Wednesday, December 8, 2010

ANTI ta'adud jema'ah (siri 1)

jujurnya, aku sudah naik menyampah dengan isu ta'adud jema'ah. Sejak 2004, aku sudah mula pening dengan isu ini, hinggakan aku sudah naik bosan dengan apa sahaja perbincangan tentang ta'adud jema'ah. Aku tension, masing2 nak bawa Islam, kenapa nak saling gaduh-gaduh?

POSITIF
Kenapa tak pandang dari segi sisi positif?

MUDAHKAN ORANG MEMILIH
Banyaknya jema'ah memudahkan,kerana manusia mudah nak memilih jema'ah mana yang lebih sesuai untuk mereka. Mereka perjuangkan Islam, sebarkan Islam dengan cara yang mereka minat. Soalnya, mampukah satu jema'ah sahaja sediakan semua platform menurut kecenderungan masing-masing?

KUASA SINERGI
Sinergi antara jema'ah, amat bagus jika diwujdkan. Kerjasama. Bukan saling menjatuhkan. Dengan kelebihan yang ada pada setiap jema'ah, adalah lebih baik jika jema'ag yang ada bersinergi untuk menentang kemungkaran, menegakkan kebenaran. Jema'ah yang memilih jalan politik, tumpukan cara tu sebaiknya. Jema'ah yang pilih jalan non-partisan, mainkan peranan anda sebaiknya. Jema'ah yang pilih jalan ziarah rumah ke rumah, mainkan peranan anda sebaiknya. Apa yang penting, setiap jema'ah memainkan peranan di tempat masing-masing. Jangan nak bolot semua. Kita kan manusia, mustahil kita mampu buat semua benda!

PANDANGAN MASYARAKAT
Pendokong jema'ah masing-masing syok sama sendiri. Kononnya jema'ah nya paling best. Buruk-burukkan jema'ah lain, naikkan jema'ah sendiri. Masyarakat awam naik pening. Masyarakat mula pandang buruk orang nak bawa Islam. Akhirnya, masyarakat sudah hilang kepercayaan kat mana-mana pendokong jema'ah, bawa diri dengan cara sendiri. Argh!! Pendokong jema'ah sudah mula menjadikan wasilah sebagai matlamat!

PERPADUAN
The same difference. Matlamat sama, cara berbeza. Apa masalah? Persilisihan tidak menghalang perpaduan, jika persilisihan tu diatasi dengan AKHLAK. Masing-masing mainkan peranan masing, tak perlu nak gaduh-gaduh, pasti tiada perpecahan.

Bersambung......

u/p: Sesiapa yang ada point sisi positif ta'adud jema'ah,tolong tambah , ye?