Monday, July 28, 2008

pengalaman pahit di masjid azhar

“bai, kau nak gi masjid azhar tak? Ada pengajian tauhid, pukul 11 pagi” kawanku, husaini bertanya melalui telefon.

“owh, ok. Jom!” aku membalas, pantas. Ini lah kali pertama dalam hidupku, bertalaqqi depan syeikh azhar, dengar kata syeikh ni orang hebat, beliau pensyarah kat Kuwait, cuti musim panas je dia ada kat mesir..

Kami menaiki bas yang menuju ke muski, dan kemudian kami terpaksa berjalan kaki jauh ke dalam untuk memasuki lorong menuju ke masjid azhar kerana memang tak ada bas yang masuk ke lorong tu..

TU SYEIKH AZHAR?

“haa, syeikh dah sampai,” senior kami, abg ajak bagitau, sambil melihat ke depan.

“mana?” aku bertanya, hairan, tak nampak pulak kelibat manusia yang berjubah dan berserban di depan aku.

“tu, yang pakai baju warna putih tu,” sambil menunjukkan seorang insan yang berbaju putih, dan berseluar. Kelihatan, ramai manusia yang ingin bersalaman dengan beliau.

“aik? Ni syeikh azhar? Rileks gila! Tak berserban, tak berjubah, tak berkopiah, tak bermisai malah tak berjanggut pun!” hatiku berbisik, pelik dan hairan.

‘don’t judge a book by its cover’.

KULIAH BERMULA

“pergh, ramai gila orang,”

Mereka duduk kelilingi syeikh.

Syeikh pun memulakan pengajaran beliau. Aku duk kat bahagian tengah, tapi kat belakang, tak berani la nak duduk kat depan syeikh.

“haih, syeikh ni cakap apa ni?” getus hatiku, sedih sebab tak faham pengajaran syeikh.

Bukan tak faham sebab syeikh tu mengajar tinggi sangat, tapi sebab tak faham bahasa arab.

“tak pe2, sabar2. Dulu abg min pun pernah cerita, masa kali pertama dia pergi kuliah kat masjid azhar pun, satu perkataan je yang dia faham dari syeikh tu. So, aku mesti bersabar,” hatiku member perangasang.

Aku betulkan duduk dan berusaha semula untuk fokus dan memahami pengajaran pada hari itu.

BOSAN

“aih, bila nak habis ni? Lama nya!” aku mula memberontak.

Mataku mula mengantuk, aku mula bosan, sebab tak tau apa yang syeikh sedang mengajar.

Kemudian, aku pun zzzzzzzzz…

Lepas tu, tersedar kembali, betulkan duduk, cuba untuk fokus…

Tapi, kemudian, aku pun kembali memberi peluang kepada mata untuk berehat…

Tersedar semula, betulkan duduk, cuba betul2 untuk fokus, harap2 kali ni dah tak tertidur!

Tapi, aku masih gagal dan kemudian kembali tetidur.

DITEGUR SYEIKH

Pang! Pang! Bunyi ketukan meja.

Aku terdengar syeikh menjerit!

Aku terjaga. Semua mata menjurus ke arah ku. Semua orang tersenyum.

‘ya Allah, malunya aku… ‘

‘tapi, aku agak sakit hati bila pandang muka seorang arab tu yang macam senyum mengejek kat aku..geram gila!’

‘tak pe2, nanti aku pandai bahasa arab, tengok la..’ aku memujuk diri.

Tapi, lepas tu, aku dah tak tertidur dan mula memahami sedikit demi sedikit pengajaran syeikh tu, Alhamdulillah.

PENGAJARAN

“tu la kau, lain kali duk la kat depan, tapi kat tepi, baru la syeikh tak nampak,”nasihat seorang kawan.

“kau ni tak pandai cover la!” kawan ku mengusik.

Ini lah pengalaman ku belajar diarect dari seorang syeikh azhar buat kali pertama. Tak kan ku ulangi lagi kesilapan yang sama!

Takkan kena tegur sekali, terus merajuk!
takbir!!

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, July 27, 2008

masihkah ada ruang untuk 'dia'?

“macam mana result?”

“jayyid jayyidan.”

“Alhamdulillah, lulus..”

“erm..kena amik dur 2 subjek..”

Bagi aku, atmosfera result exam masih belum habis. Biasanya, kalau aku jumpe ngan junior2 atau dak2 medik dari muhafazah lain, itulah soalan yang biasa aku tanyakan..




KITA ADALAH KAWAN?

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
Bila dengar dan tengok result kawan2 yang fail, pelik rasanya kalau tak de rasa kesian.. kita dah 2 tahun bersama, kalau dengan junior2 plak, kita dah satu tahun bersama… banyak sungguh pengalaman kita bersama, terutama dengan dak2 satu batch dan satu persediaan, apatah lagi kalau satu rumah…

Dulu2, kita sama2 ketawa, sama2 nikmati masakan(kalau tak rasa tak best, telan je), sama2 ulang lawak pensyarah2, sama2 bincang kalau ada masalah…

Tapi, time dia fail, dia kena dur,

“aku ada kerja…”

CARING

“aku dah nak balik Malaysia 2 hari lagi…”

“aku ada banyak kerja laa,”

“aku nak talaqi, masa cuti ni la peluang aku nak talaqqi ngan syeikh2 azhar..”

Kasihan kat kawan2 yang kena dur, diorang kena tangguhkan tiket sebab ada dur…

Sedih tengok kawan2 yang kena repeat exam, diorang tak boleh nak buat kerja2 lain yang best2..

Kesian kawan2 yang fail, diorang tak de peluang nak ngaji dengan syeik2 azhar, kan?

Tapi, Kadang2, ada gak manusia yang tak selesa kalau amik berat kat dia,

So, kena pandai2 la kalau nak tunjuk sikap tu pun…

kita hidup kat dunia ni, bukan berseorangan. Hari ini,dia susah, hari lain, siapa tahu?

YANG DAH NAK PERGI DAN TAK AKAN PERGI

“macam mana nak study ni, ha? Banyak gila, susah la nak hafal..”

“malas la nak study, study2, lupa balik, lantak la!”

Kawan2 kita hilang skill nak study….

Kawan2 kita rasa tension kerana study…

Buat kawan2 yang dah nak balik Malaysia, tak boleh ke kalau kawan2 tlg ajarkan kat kawan2 teknik2 study yang betul? Sebab, kalian memang dah tak sempat nak ajar semua, tapi, KUNCI kepada ilmu medik itulah yang paling penting!

Camne teknik menghafal yang berkesan? Camne nak kenal pasti yang penting dan tak penting? Camne cara nak menjawab dalam exam? Camne cara nak hadapi rasa ‘blank’ semasa dalam exam?

Kepada kawan2 yang tak balik Malaysia, kadang2 masa kita banyak dihabiskan menonton citer2 dan berchatting, sedangkan kawan serumah sedang dalam fatrah exam…

Luangkan dan carikan masa untuk ajar kawan2, bagi diorang faham betul2, main teka2, tak perlulah luangkan sepenuh masa untuk diorang je..

Mudahnya nak hantar mesej cinta dan semangat kepada ‘si dia,’

Apa kata,kalau kadang2 jadikan ‘si dia’ tu kawan2 kita tu?

Tapi, KALAU TAK BOLEH SEMUA, JANGAN NAK TINGGAL SEMUA…

SAYANG DAN CINTA

“aku sayang kat kau.”

“eii… gelilah…”

“jika seseorang itu sayangkan sahabatnya, maka hendaklah dia beritahu yang bahawa dia menyayanginya..” (riwayat Abu Daud)

Adat melayu memandang pelik kalau sayang dilafazkan kepada sesama jantina..

Tapi, kita bukan sayang kerana nafsu syahwat, kita sayang kerana dia sahabat… sanggupkah kau kehilangan seorang sahabat semasa kau sedang berseronok kerana dapat naik tahun? sedangkan kawan2 kau satu batch kekal di tahun yang sama?

Kerana sayang, kita sanggup melakukan segalanya..

Tanyalah orang yang sedang bercinta!

KESIMPULAN

Ayuh, bangkitlah!

Bantulah sahabat2 kita!

Atas dasar sayang dan cinta!

Semoga usaha ini membawa ke syurga!



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, July 17, 2008

result ; gembira atau sedih??

“result dah kuar, dr nadia hantar kut e-mel,”

Itu maklumat yang aku terima dari seorang rakan. Huh! Berdegup gak hati aku ni, macam mana la agaknya result aku, memang dah lama aku menunggu result keluar, dah beberapa hari aku menanti.

Lepas je solat asar, aku berdoa banyak2, minta Allah kurniakan kejayaan kepadaku, minta dapat mumtaz dalam semua subjek. Tak dilupakan kepada rakan2, semoga Allah kurniakan kami mumtaz dalam semua subjek.

Sebelum bukak computer, dan bukak emel untuk tengok result, aku baca quran dan berdoa lagi, ya Allah, takutnya.. risau gak tak dapat mumtaz tahun ini..

Download file. Open. Loading………

2006891571

Aku mencari no giliran aku dan melihat markah aku.

Fisiology (202/250-jayyid jayyidan), Anatomy (211/250-jayyid jayyidan), Histology (132/150-mumtaz), biochemistery (130/150-mumtaz), Psychology (39/50-jayyid jayyidan)

Markah keseluruhan…

Apa? aku dapat JAYYID JAYYIDAN??

KECEWA

Aku kecewa, kerana gagal dapat mumtaz, seperti tahun lepas.

Sebab aku rasakan, usaha aku dah macam orang gila tahun ini.

Aku selalu duk kat depan, selalu bertanyakan guru kalau tak faham, korbankan video dan bermain bola , korbankan masa tidur, bersedia dari awal tahun dan macam2 lagi.

Di manakah silapku? Kenapa aku tak dikurniakan mumtaz?? Sedihnya….

MIMPI

Sebelum keluar exam final year ni, aku memang dah bermimpi.

‘maaf, nama anda tak tersenarai dalam mumtaz.’

Itulah tulisan yang tertera di atas kertas result dalam mimpiku. Nama2 kawan2 yang lain pun ada jugak, mereka dapat mumtaz. Uish, memang takut! Doa banyak2, agar mimpi tu tak menjadi kenyataan.

Tapi, semasa result keluar pada hari ini(16 July 2008), mimpi aku tu memang betul. Aku tak dapat mumtaz. Kawan2 yang aku mimpikan tu, memang betul2 diorang dapat mumtaz.

HIKMAH TERSEMBUNYI

Aku masih ingat kenanganku semasa aku darjah 6, UPSR. Aku merupakan harapan sekolah. Guru2 menjangka aku mendapat 5A dalam UPSR tu.

Aku berusaha kuat ke arah itu. Aku masuk tuisyen, aku tidur lewat malam, sambil ditemani oleh ummi, kadang2 korbankan tv.

Tapi, semasa result diumumkan, aku gagal! Gagal mendapat 5A, aku cuma mendapat 4A 1B.

Kemudian aku dimasukkan ke SMKA Tok Jiring, medapat 9A dalam PMR dan seterusnya ke KISAS dan mendapat 12 A dalam SPM.

Aku baru mula nampak hikmah Allah tak memberikan aku 5A semasa exam UPSR.

Cuba bayangkan, andai kata aku mendapat 5A dalam UPSR, aku mesti ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, sebab aku mendapat banyak anugerah semasa aku di sekolah rendah, tambahan pula, aku ketua pengawas sekolah.

Kalaulah aku dapat masuk ke SBP masa aku tingkatan 1, aku mesti tak dapat masuk KISAS, sebab KISAS hanya menerima pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6, pemindahan antara SBP ke SBP lain pun tak dibenarkan.

Andaikata, aku tak dapat masuk KISAS, aku mengalami kerugian yang banyak!

Tarbiyah, Bi’ah solehah, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang betul, ukhuwah yang mantap, rakan2 yang best2, guru2 yang terbilang, mengenali dunia luar dari Terengganu dan macam 2 lagi.

Aku tak tau, adakah aku akan mendapat semua tu kalau aku mendapat 5A dalam UPSR.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah lebih tahu apa yang tersembunyi di sebalik result ku, pasti ada yang terbaik buatku pada masa akan datang.

MUHASABAH

Kini, aku kembali muhasabah diriku, mencari lubang2 kesalahan yang mencacatkan sebuah kecemerlangan yang diimpikan.

Aku mula memeriksa amal ibadatku dan amal ku untuk Islam.

Tak semua solat kat masjid, pernah masbuq, kadang2 ada buruk sangka kat kawan2, kadang2 malas nak berjuang untuk Islam, tak rapat dengan Allah dan macam2 lagi..

Owh, agak2nya, ini yang menghalang kejayaanku!

sebab bagi aku dari segi usaha dalam akademik, aku dah buat yang terbaik, mungkin amalku yang menghalang aku dari mengecapi kejayaan dalam exam.

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberikan teguran kepada ku..

Aku mengakui, amal2 aku pun agak teruk semasa aku di tahun 1, dan aku masih dapat mumtaz. Mungkin Allah nak menyedarkan aku dan menergur aku melalui result dalam peperiksaan kali ini.

Allah masih sayangkan aku.. Alhamdulillah..

KESIMPULAN

Sesunggunya Allah tahu apa yang terbaik buat kita. ya, kita gagal dalam exam kali ini, tapi mungkin kita akan berjaya di masa akan datang. Kegagalan tu tak selama-lamanya!

Kegagalan itu adalah pemangkin ke arah kecemerlangan!

Gembirakan diri, jangan sedih2. Masih ada yang sayang kat kita ni….. percayalah!

Gembira dengan kegagalan kerana Allah bagi kita peluang untuk terus berusaha.

Sedih dengan kegagalan adalah sia2, jika tidak diiringi dengan perubahan ke arah kemajuan diri!

u/p; letakkan diri pembaca sebagai watak 'aku' yang ditulis dalam cerita ini..

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Tuesday, July 15, 2008

cinta pada buku

“uish, malas la nak membaca, main game lagi best, apa..”

“wargh, baca sikit dah ngantuk…”

Hehe, inilah luahan yang biasa didengari, bila berbicara mengenai membaca.

Cuba fikirkan, sejauh manakah kepentingan membaca?


HOBI

“urm.. hobi aku banyak, antaranya membaca..” ujar seorang pelajar, kata orang, ni jawapan dak2 skema.. jenis ulat buku.. betul ke?

Menurut doktor Raghib As-Sarjani, beliau menolak pendapat yang mengatakan membaca itu adalah hobi. Kenapa?

Pelik tak kalau dengar orang kata, “hobi aku makan”.. pelik kan? Kenapa?

sebab makan itu benda yang darurat, bila rasa lapar, makan la, kan? Macam itu jugalah dengan membaca, perkara darurat kepada setiap insan! Bila rasa jahil, bacalah, kan? Tapi, tak kan, kita dah tau semua benda kot…

WAHYU PERTAMA

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
Itulah wahyu pertama. Ayat2 first pun dah suruh umat Islam membaca. Padahal, boleh je, Allah nak turunkan ayat2 selain dari kalimah itu, tapi, Allah tetap memulakannya dengan suruhan membaca.

BUTA HURUF

Nabi Muhammad seorang yang tak tahu membaca, tak tahu menulis.

Tapi, wahyu pertama menyuruh Nabi Muhammad membaca. Pelik tak? Pelik kan? Tiga kali, sayidina Jibril menyuruh Nabi membaca, dan tiga kali jugak Nabi bagi tau yang baginda tak pandai membaca. Lepas tu, barulah JIbril membaca firman Allah tersebut.

Kalau Nabi Muhammad yang tak tahu membaca dan menulis pun dah disuruh membaca, kita yang memang dah pandai membaca dan menulis ni, apatah lagi?

PENGULANGAN

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Kalau perasan, kalimah ٱقۡرَأۡ diulang sebanyak dua kali, pada ayat 1 dan 3, Allah yang Maha Bijaksana langsung tak guna kias2 untuk mengulang kalimah itu. Jelas.ٱقۡرَأۡ ” (Bacalah!)

WASILAH

Matlamat kita, nak dapatkan ilmu. Apa wasilah untuk mendapatkannya?

Mendengar, melihat, membaca dan lain2.

Tapi, Allah menekankan pembacaan sebagai wasilah untuk mendapatkan ilmu. Ya la, tak kan semua buku kat dunia ni nak belajar dengan guru, kena la baca sendiri.

TAPI, jangan dilupakan untuk berguru, sebab kita akan hilang separuh daripada ilmu,kalau kita tak berguru, sebab kadang2, tak semua ilmu ditulis dalam kitab, ada yang kena didapati melalui mulut guru. Jangan pulak nak buat2 faham. Salah faham dalam perubatan, pesakit bertambah sakit. Salah faham dalam agama, masyarakat sesat.

SUSUNAN AYAT

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١

Selepas kalimah ٱقۡرَأۡ (bacalah!), Allah menyebut بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (dengan nama TuhanMu),

Jadi, kita mestilah membaca dengan nama Allah.

Agak2, boleh ke memulakan pembacaan majalah yang penuh dengan maksiat (macam manga ) dengan kalimah ‘basmalah’?

ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Selepas kalimah ٱقۡرَأۡ Allah menyebut ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥ (yang mengajar manusia dengan pen, Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuiya.)

Allah ajar kita, daripada jahil kepada tahu. So, kalau ilmu dah banyak kat dada tu, boleh ke nak berlagak sombong? syok dengan ilmu2 sehingga takabbur! Tak risau, kalau Allah tarik semula ilmu tu?

KESIMPULAN

Ayuh, letakkan perasaan sayang sangat2 kat membaca tu.. kalau boleh, cium la buku2 tu.

Kalau yang berjiwa remaja tu, ha, anggap la si buku tu, macam 'si dia', peluk dan cium la buku tu, tidur sekali dengan buku tu.. cinta kat buku… bila rasa boring, cakap2 la dengan buku tu, Allah pun suruh kita membaca, kan?

‘Dia’ lah kekasih hati anda..

u/p; semua ini diambil daripada kitab 'alqiraah minhajul hayah' karangan doktor Roghib As-Sarjani dan ulasan dari us hairol nizam sebagai pendiskusi kitab ini...

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, July 10, 2008

ilmu dan penyelewengan

Entah, aku pun tak tau apa sebenenarnya yang telah menimpa diriku. Walau aku mencintai ilmu dan kuat mencari dan menggali segala khazanah di Mesir ini, aku masih gagal menjadi Hamba Allah yang dikehendakiNya. Aku gagal menemui hakikat diri dalam penciptaan-Nya.

Tapi, alhamdulillah, melalui buku yang aku pinjam dari seorang rakan, akhirnya baru aku sedar kesilapanku. Dibawah ini, kunukilkan petikan dari buku itu yang memang tepat2 terkena atas batang hidungku. Semoga Allah membantuku.

"Apabila orang yang berada di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma’rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala’ah semata-mata, sehinggakan jihadnya tertumpu dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya dalam dan amal yang lain yang dituntut agama, itulah penyelewengan ilmu yang lebih berbahaya daripada mereka yang berfatwa tanpa ilmu yang cukup.

Akhirnya, hatinya menjadi terlalu seronok dan khusyuk dalam dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata . ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membalik-songsangsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.

Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melewati batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik daripada apa yang kita belum ketahui.

Juga barangsiapa yang mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian, kita cantum ilmu dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa.

Kita mestilah sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan fikiran yang sahih dan benar tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka.

Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali batas kadarnya."

Dipetik dari buku;

Jalan Dakwah

Oleh; Mustafa Masyhur




"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, July 9, 2008

ada senjata, tak digunakan. Cerdikkah?



“adus! sakitnya kepala, rasa macam nak demam pulak, lepas ni, ambik panadol la.”

“alamak, duit aku dah habis! Camne erk? Urm…haa.. pinjam duit Rahman la.”

“alahai, pesal susah sangat nak tidur malam ni? Tanya doktor la, harap2 diorang dapat bagi nasihat..”



“aih, susah betul nak faham biokem ni, tanya amir la petang ni..”

Inilah lafaz2 yang sering terpancul dari mulutku semasa menghadapi masalah.

HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Saya teringat kisah seorang sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi kesusahan. Mereka terus memohon bantuan daripada Allah, bukan mengharap pertolongan dari rakan2 mereka.

Teringat kisah sayidina Ali KWJ(kalau tak silap), suatu hari, beliau pulang ke rumah, tetapi, tiada makanan di rumah. Lantas beliau terus ke masjid dan menunaikan solat sunat 2 rakaat, serta memohon pertolongan daripad Allah. Kemudian, beliau kembali semula dan bertanya kepada sayiditina Fatimah, ada atau belum lagi makanan? Tatkala sayidina Fatimah mengatakan tidak ada, beliau terus ke masjid semula untuk menunaikan solat sunat dua rakaat dan memohon kepada Allah. Tetapi, masih makanan masih tiada. Dan buat kali yang ketiga inilah, Allah mengakbulkan permintaan mereka. Tiba2, datang seseorang yang memberikan mereka pengisar gandum yang berkisar tidak henti2 dan menghasilkan gandum dengan sendiri. Subhanallah!

Bagaimana pula hubungan saya dengan Allah?

Apabila datang masalah, kawan lebih diutamakan berbanding Yang menciptakan kawan itu.

Ubat lebih diutamakan berbanding Yang menyembuhkan penyakit itu.

Kenapa ini boleh berlaku?

CINTAKAN DUNIA

Duit. Hiburan. Wanita. Laptop. Internet.

“Islam bukan agama yang jumud! Islam tak pernah menghalang kita mengecapi nikmat dunia ini. bukankah dunia ini jambatan ke akhirat?”

Secara jujurnya, saya amat bersetuju dengan pandangan sedemikian. Tapi, kadang2, saya sangat2 terkilan apabila kata2 itu hanya dilafazkan oleh lidah yang tak bertulang, tanpa penghayatan di hati.

Jika betullah, nak gunakan nikmat2 itu sebagai jambatan menuju akhirat, kenapa sanggup dilewatkan solat hanya kerana sedang menonton televisyen? Dan kadang2 adegan2 babak dalam cerita itu muncul ketika solat, adakah sempurna dan khusyuk solat seperti itu?

Jika betullah, nak nikmati segala keindahan dunia ini, kenapa kalimah ‘wau’ lebih mudah terpancul dari mulut berbading kalimah subhanallah, tatkala hati kagum melihat keindahan ciptaan-Nya?

Jika betullah, nak kecapi nikmat2 itu, kenapa laptop digunakan untuk menonton video2 yang tidak membawa ke arah mengingati akhirat?

Bukankah ini, akan menjauhkan diri dengan Allah? Yang mengurangkan keyakinan untuk bergantung kepada-Nya, lantas mengharapkan bantuan makhluk yang secara hakikatnya memang LEMAH! Tak terasa DUNGUkah, mengharapkan bantuan dari perkara yang TAK PASTI dan TAK ADA UPAYA?

TAWAKKAL DAN USAHA

“tawakkal je laa,”

Ya Allah, mudahnya nak bertawakkal!

Saya akui, Islam memang menyuruh umatnya bertawakkal, tetapi tak malukah untuk bertawakkal, sedangkan usaha macam melepaskan batuk di tepi tangga?

Kadang2, usaha yang dibuat tanpa diiringi dengan doa. Seolah2 menganggap, Tuhan tidak terlibat dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha.

Ya, Islam menyuruh umatnya bertawakkal, tapi jangan tawakkal tanpa usaha!

Ya, Islam menyuruh umatnya berusaha, tapi jangan usaha tanpa doa!

Teringat kata seorang teman, “semasa usaha, aku berusaha betul2, seolah2 usaha aku inilah yang menentukan kecemrlangan aku, selepas peperiksaan, aku letakkan sepenuh2 pengharapan kepada Allah, hanya Allah yang akan menentukan kejayaan aku.”

Berusaha betul2, yakin pada sunnatullah. Kemudian, tawakkal dan berdoa, yakin pada syariatullah. Bukankah Allah sangat2 berkuasa dalam memberikan keputusan keatas usaha. Bahkan, kadang2 keputusan itu di luar jangkauan fikiran manusia! Percayalah!

DOA

"doa adalah salah satu senjata orang2 beriman," tuan guru nik Abd Aziz dalam Sirah Nabawiyah p425.

“ya, betul doa tu senjata mukmin, tapi kalau tangan yang berdoa tu lemah, macam mana senjata tu nak berfungsi. Macam seseorang yang memegang pistol, tetapi tangan tu lemah, tak mampu nak angkat dan petik picu pistol tu, boleh ke pistol tu membunuh?” –sebahagiannya kalam tuan guru nik aziz-

Memang doa tu senjata kita, tapi kalau dalaman lemah, iman tak kuat, agak2 mampukah ‘senjata’ itu berfungsi dan menghasilkan kesan yang diharapkan.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Al-Mu’min;60)

Ya, Allah Maha Memperkenankan doa makhluk-Nya. Bahkan, Allah perkenankan doa iblis laknatullah yang meminta Allah panjangkan umurnya untuk menyesatkan umat manusia sehingga Hari Qiamat. Takkan Allah tak perkenankan doa orang yang beribadat kepadaNya?

Allah merakamkan kisah ini didalam Al-Quran yang bermaksud, “Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan(yakni waktu tiupan pertama tanda permulaan Hari Qiamat).” (Al-Hijr;36-38)

Tapi, tak malukah memohon kepada-Nya dalam keadaan tak patuh perintah-Nya dan melanggar larangan-Nya? Tak berasa segankah, meminta itu dan ini daripada Dia sedangkan, keyakinan kepadaNya pun begitu lemah?

KESIMPULAN

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, lebih penyayang daripada seorang ibu kepada anak. Dia sentiasa nak membantu, apabila hamba-Nya didalam kesusahan. Tapi, sejauhmanakah peluang dan kasihsayangNya itu dimanfaatkan? semoga aku menjadi orang yang sentiasa mengingati-Nya dan selalu memohon daripada-Nya.


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, July 6, 2008

ustaz bukan nak marah....


“ustaz, ustaz free tak malam ni, lepas maghrib?” aku bertanya kepada seorang ustaz, ketinggian ilmunya memang diakui di perlembahan Nil ini. Beliau di tahun akhir Darul Ifta’, tempat pengajian di Mesir yang akan melahirkan mufti. Beliau begitu disegani di sini.

“urm, lepas maghrib malam ni, ana free, malam esok, ana free jugak,” jawab ustaz tu, dalam dialek Kelantan.

“owh, kalau gitu, saya gi jumpa ustaz malam esok, lepas maghrib, boleh ustaz?”pintaku.


“insya Allah, datang la kat bilik ana,” balas ustaz, mengizinkan..

Keesokannya, aku bergegas ke Asrama Anak Melayu Abbasiyah(ARMA), Abbasiah, untuk berjumpa dengan ustaz tu. Aku bercadang untuk duduk bersamanya sepanjang cuti ni, aku ingin mengaut sebanyak mungkin ilmu yang ada padanya. Tambahan pula, beliau tinggal berseorangan dalam bilik kat ARMA. Harap2 Allah mudahkan..

“Assalamualaikum, ustaz.”

“waalaikumussalam, Baihaqi. Mari kita minum air dulu,” ujarnya mesra, memuliakan tetamu.

Selepas mempersilakan aku untuk duduk, ustaz itu pun menghidangkan air Nescafe kepadaku, Alhamdulillah, nikmatnya dapat merasai penangan air Nescafe ni di saat aku sedang keletihan menempuh kesesakan jalan raya di Mesir ni yang menggila! Faham2 je ustaz ni..

“ustaz, sebenarnya saya nak tanya sikit, boleh tak ustaz mengizinkan saya untuk duduk dengan ustaz selama beberapa hari? Saya nak minta tolong ustaz selesaikan masalah saya, harap tak menyusahkan..” ujarku, menyusun bicara selepas bertanyakan kesibukan ustaz pada musim cuti musim panas ini.

“urm, ana belajar cuti2 ni, ana pun ada jugak buat muzakarah dengan kawan2,”balasnya, tawadhuk.

Kemudian, beliau membuka satu kitab, mengambil sekeping kertas bertulis dalam kitab itu, dan menyerahkan kertas itu kepadaku. Kertas itu bertulis doa yang diajarkan oleh Sayidina Muhammad bin Wasi’, ulama’ tabi’in yang sangat warak, sehinggakan orang teringatkan Allah apabila memandang wajahnya. Apabila masuk ke kedai yang sedang riuh, kedai itu pun menjadi diam. Demikianlah, kehebatan Sayidina Muhammad bin Wasi’ ini.

Beliau menyarankan agar aku mengamalkan doa itu menurut kemampuanku. Aku juga menceritakan masalah ku kepada ustaz itu, dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan berpandukan kitab2 Islam. Sambil2 itu, beliau sempat membuat lawak, membuatkan ku ketawa dan terhibur, memang orang Kelantan ini mudah mesra dan pandai melawak, menghiburkan sesiapa sahaja. Tapi, sebenarnya, aku masih menanti keizinannya untuk membenarkan aku tinggal bersamanya.

Selepas solat Isya’ di bilik beliau secara berjemaah, beliau melayan para pengunjung ke biliknya. Beliau memang disukai oleh orang ramai, terutamanya orang Kelantan, berbual mesra dengan ustaz tersebut, melawak dan ketawa beramai-ramai. Suasana sungguh meriah dan ceria. Banyak betul aku ketawa malam tu. Sungguh, aku memang sukakan suasana itu. Sambil2 berhibur, beliau sempat memberikan nasihat kepada kami.. itulah seronoknya duduk dengan orang alim.

MASIH MENANTI

‘uish, bila ustaz ni nak bagi tau aku ni? Dia setuju ke tak, aku nak duduk dengan dia ni?’hatiku mula berbicara, risau. Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam.

‘ke dia ni uji aku, ntah2, dia nak tengok aku ni bersungguh ke tak… tak pe la, sabar la jap, lepas ni aku cakap sekali lagi..’ pujuk hatiku..

Selepas semua kawan2 ustaz keluar,

“ustaz, camne ustaz? Boleh tak saya nak duduk dengan ustaz ni?” aku kembali bertanya, mengingatkan ustaz, mungkin beliau terlupa. Masih mengharap agar beliau memberi keizinan.

Rupa2nya, beliau baru faham maksud kedatangan ku. Beliau tak memahami permintaanku semasa di awal2 perbualan antara kami, dan tika ini, beliau memberikan jawapan kepada penantianku, tak membenarkan aku duduk bersamanya lantaran kesibukan belajar dan mengaja, lagipun bilik beliau memang selalu dikunjungi rakan2 dari muhafazah selain kaherah.

“ustaz bukan nak marah, ana nak bagi tau sikit kat anta. Sejak pukul berapa lagi anta duduk kat sini? Dari lepas maghrib hingga pukul 12 malam!” tanya ustaz, wajahnya sedikit berubah. Masa tu, jantungku berdegup kencang, dadaku terasa sakit, takut.

“urm, 4 jam ustaz,”jawabku, perlahan, sambil cuba untuk mengawal perasaan.

“Dalam kita bertamu ni, ada 3 peringkat. Mula2, tuan rumah suka sangat, kalau lagi lama, sampai tahap membebankan, kalau lama lagi, sampai tahap mencemuhkan. Anta tak masuk lagi tahap mencemuhkan, cuma membebankan. Ana dah bagi tau kat anta, ana ada kerja lepas isya’ ni!” ustaz menyambung bicara, mukanya serius!

‘ya Allah, apa aku dah buat ni,’ lantas aku bangun dan bergegas keluar selepas bersalam dengan ustaz, memohon kemaafan dan berterima kasih. Maaf kerana mengganggu beliau dan terima kasih atas ilmu yang beliau curahkan sebentar tadi. Aku cuba untuk tersenyum walaupun dalam kepayahan.

Aku terasa bersalah sangat2. Sambil melangkah menuju ke bilik kawan2 ku yang lain, jantungku berdegup kencang. Dadaku sakit. Dimanakah silapnya aku?

Seronok telah hilang! Kini, rasa bersalah menghantui diri.

PERCAKAPAN TAK JELAS

Sebenarnya, bukan aku berniat pun nak duduk lama2 dengan ustaz tu, aku cuma menantikan jawapan dari ustaz. Aku harap, kalau beliau tak dapat mengizinkan aku tinggal bersamanya, beliau boleh mencadangkan nama kawan2 beliau yang lain, yang boleh membenarkan aku duduk bersamanya.

Tapi, lain yang kuharapkan, lain pula yang terjadi.

Aku merasakan, semua ni berpunca dari butir percakapanku yang tak jelas, menyebabkan ustaz tak dapat memahami maksud asal kedatanganku. Ini membuatkan aku tertunggu2 dan beliau pula berasa terbeban dengan kewujudanku, yang lama..

Memang aku ada masalah sikit dari segi percakapan. Entah, aku pun tak tau, sama ada lidahku yang tak normal atau otak ku yang kurang sempurna. Sudah lama, aku mengalami masalah ini. kerananya, aku menjadi bahan ejekan kawan2 di sekolah. Kerananya, pensyarah2 sukar memahami soalan2 yang ku tanyakan dan apa yang paling teruk, seorang ustaz yang mesra telah bersikap luar biasa kepadaku, hanya kerana masalah ini.

BERGAUL DENGAN ULAMA’

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, dadaku terasa sakit dan jantungku berdegup agak kencang apabila aku terkenangkan peristiwa itu. Wajah ustaz itu dan kata2nya menusuk hati. Inilah kesan duduk dengan ulama’, setiap teguran itu melekat di hati dan menjadi panduan. Patut la,Nabi menggalakkan umatnya mendampingi ulama'.

ADAB BERTAMU

Kedatangan tetamu memang membawa rahmat, tapi Islam tetap menggariskan adab sebagai tetamu. Tengoklah, apa kesan saya menjadi tetamu lama2, sehingga memberatkan tuan rumah. Lain kali, saya mesti membuat janji dan persefahaman yang betul setiap kali sebelum bertamu di rumah orang. Entah macam mana, saya boleh terlupa yang beliau ada kerja selepas isya’, sebab tu, beliau agak tak senang dengan kewujudanku. Selain itu, saya juga tak boleh menyampuk kata2 tuan2 rumah sebelum dia menghabiskan bicaranya.

RASA BERSALAH

Perasaan takut itu memang betul2 menghantui jiwaku, sehingga membuatkan saya sukar mendapatkan solat yang khusyuk. Tapi, saya terfikir, kenapa saya tak pernah berasa takut dan bersalah seperti ini setiap kali saya melakukan kesalahan kepada Allah? Kenapa saya tidak berasa takut dan bersalah setiap kali saya tak khusyuk dalam solat, bukankah itu kesalahan yang dibuat kepada Allah, Tuhanku???

KESIMPULAN

Mendampingi ulama' memang sangat elok dilaksanakan, kerana ianya membawa saya lebih taqarrub dengan Allah, menambahkan ilmu dan membaiki akhlak. ustaz2 boleh menegurku secara diarect. Sakitnya cuma sekejap, nikmatnya berpanjangan.

Hidup ini memang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Manusia yang terbaik ialah manusia yang belajar dari kesilapan dan sentiasa berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Semoga saya tergolong dalam kumpulan itu.

Saya mengharapkan doa kawan2 supaya Allah memperelokkan percakapan saya. Bagaimana patient nak faham percakapan saya nanti?

inilah yang sabgat2 merisaukan saya sampai sekarang..

p/s; saya tak dapat ingat sebijik2 butir2 dialog antara saya dengan ustaz itu, jadi, ada jugak isi2 dialog yang saya reka.. harap maklum dan harap maaf..



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Saturday, July 5, 2008

teruknya solat ku-siri 7 (saya seorang pesalah)

“aku lapar, nak makan kat mana ye?” tanya Ramli(bukan nama sebenar) mulakan bicara.

“uish, dah lewat malam ni, dah pukul 12.30 malam dah haa, ada lagi ke kedai yang bukak?” balas Badrul(bukan nama sebenar), risau..

“haa, kita makan kat mo’men la, masa ni kedai tu bukak lagi, tapi jauh la, aku call la, nanti diorang hantar ke rumah,” Ramli memberi cadangan, berseri2 mukanya, gembira..

Masa tu, saya sedang menunaikan solat isya’ kat rumah abang kadir, lepas kelas us fawaz. Tapi, tengoklah, saya boleh dengar perbualan diorang, astaghfirullah..

“assalamualaikum warah matullah..(2x)” saya memberi salam, menghabiskan solat..


“bang, saya nak order mo’men gak laa,” pintaku,sejurus selepas memberi salam..

“ok,” jawab Ramli dan Badrul,saya tersenyum, memang masa tu, perut sedang menyanyi, minta diisi..inilah antara faktor utama yang menggangguku disamping faktor2 lain..

KEBELAKANGAN INI

Saya sedih sangat, sejak kebelakangan ini, solatku semakin teruk. Entah, sudah berapa kali, saya lupakan bilangan rakaat, sudah berapa kali saya tak dapat fokus dalam solat, sudah berapa kali saya tak tahu apa yang saya baca…

Post2ku dalam siri2 sebelum ini, sudah ku lupa, saya sudah cuba untuk hadirkan dan ingat kembali apa yang dah dibaca dan dibuat dulu, tapi masih gagal, syaitan tetap membawa hati saya mengembara, menghayati kenangan2 lama..

MENGULANG

Selepas solat, saya selalu muhasabah. banyak manakah saya sudah khusyuk dalam solat kali ini? entah, rasa macam sikit sangat. Berdoa minta Allah bagi rasa nikmat khusyuk tu.. Lepas solat, saya bukak semula post2 yang lama, baca semula siri2 solat sebelum2 ini. saya akui, solatku memang semakin teruk!

Allah semakin jauh, menjadi orang yang fasiq, tak dapat hidayah, taubat yang tak bersungguh2 juga satu dosa.

Itulah balasan buat mereka yang tak khusyuk dalam solat. Secara lumrahnya, saya memang rasa takut dengan ancaman2 tu, tapi, bila saya solat, ancaman2 hanya terlintas seperti angin, tak melekat kat hati..Astaghfirullah…

KEMBALI MEMBACA BUKU

Pulang ke rumah malam tu, saya terus mencapai semula buku Khusyuk Dalam Solat tu, dan tengok kembali, apakah ilmu2 yang saya ter’miss’ point, yang mungkin dapat membantu diriku mendapat solat yang khusyuk.

Mengadap Allah sebgai seorang pesalah. Itulah tajuk yang ku baca. Memang, saya adalah seorang pesalah!

“bolehkah anda bayangkan bagaimana perasaan seorang anak yang lari meninggalkan rumah, kemudiannya, kembali semula setelah menghadapi kesulitan. Ketika tiba di ambang pintu rumahnya, tanganya merasa berat untuk mengetuk pintu, tetapi dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan, dia terpaksa pulang ke pangkuan orang tuanya, dalam keadaan berat hati, dia memberanikan diri untuk memasuki rumah tersebut dan sekaligus dia menghadap orang tuanya.

Sukar hendak dibayangkan betapa malu dan berat hatinya untuk menemui kembali orang tuanya, lebih2 lagi mengingatkan tindakannya yang lalu begitu nekad untuk melawan dan menyinggung perasaan orang tuanya yang penyayang itu, dia bersikap biadap terhadap mereka. Suatu ketelanjuran mesti dibayar dengan penyesalan, walaupun sewaktu dia meninggalkan bagaikan tidak akan diinjak lagi. Semua itu kerana menurut kata hati. Kini dia terpaksa pulang semula membawa hati yang insaf bercampur malu serta mengharap segala kesalahannya dimaafkan.”

“Itu satu contoh dan gambaran perasaan yang sepatutnya ada pada setiap kali seseorang itu hendak mendirikan solat.”

Allah yang Maha Penyayang telah memberikanku pelbagai jenis nikmat. saya sihat, bernafas, makan, minum, tidur, kawan2, boleh bercakap, dan macam2 lagi. Tapi, semasa saya sedang menikmati pemberian Allah itu, dengan ‘slumber’nya, saya langgar perintah Allah, saya langgar apa yang Allah larang dan saya tak buat apa yang Allah suruh. Apa yang lebih teruk, semasa sedang mengadap Allah tu, saya boleh pulak buat seolah2 Allah tu tak nampak saya, depan Allah pun, saya boleh buat benda yang Allah larang! Macam tu, tak dikira biadap ke?

Sepatutnya, bila saya dah sedar yang saya ni banyak buat salah, saya mestilah datang mengadap Allah selepas membuat kesalahan dengan penuh penyesalan, penuh rasa malu, macam anak lari rumah tadi. Mana boleh saya datang mengadap Allah dengan penuh sikap yang sambil lewa! Saya mesti membuat azam baru setiap kali saya datang semula nak mengadap Allah di dalam solat, harap sangat2 semoga Allah mengampuni saya selepas, dengan suka2 je buat benda yang Allah Maha Penyayang tu larang!

MOTIVASI

tuan guru bagi sikit motivasi kepadaku sebagai seorang pesalah ni,

"memang dia sudah bersedia untuk menerima sebarang balasan dari Tuhan, tetapi dia tidak putus asa malah terus mengharap agar Allah menerima dia sebagai seorang hamba yang telah bertaubat, serta mengampuni dosa2nya yang lalu."

harap2 Allah ampunkan dosaku..

lega sikit hatiku selepas membaca petikan ini..

KESIMPULAN

Apa yang saya sedar, untuk mendapat khusyuk dalam solat ni bukan benda yang sangat mudah dan mungkin memakan masa bertahun2. Senjatanya ialah sabar.

Untuk mendapatkan khusyuk juga, saya perlu kepada pengulangan. Oleh sebab susah nak mencari kawan2 yang bertaraf murabbi, saya mesti selalu mengulang2 membaca karangan tn guru nik aziz ni untuk membantu saya mencapai khusyuk dalam solat. insya Allah, saya akan baca semula post2 saya setiap kali sebelum solat, recharge battery..

Tapi, dengan iman yang lemah, saya juga akan gagal mendapatkan khusyuk itu, sebab tu, iman juga perlu ditingkatkan! Semoga Allah membantu dan memudahkan diriku dan kawan2..

semoga kawan2 doakan saya..



u/p; saya membahasakan diri sebagai saya atas nasihat seorang senior..

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, July 3, 2008

bosan; sifat seorang muslim?

“aih, boring gila cuti ni.. nak buat apa, ha?”detik hatiku, bosan..

Pergi rumah kawan2, bukak tenet, bukak laman web tu, bukak laman web ni, open video2 yang ada dalam computer, citer2 pulak boring, tutup balik, bukak ym, nak kacau siapa ye?

BUZZ!! BUZZ!! Ha3x, rasa seronok sikit.. sembang2, habis sembang, tak tahu nak buat apa…

Argh!! Boringnya…

budak kecik pun boleh bosan..

Cuti di Mesir ni memang lama, 3 bulan. Walaupun kami ni pelajar medik, tapi kami tetap cuti lama.

“hey, mesti cemburu gila kan orang belajar medik kat lain, bukan kat mesir. Ada ke pelajar medik yang cuti lama2 macam kita ni? Beruntung betul la belajar medik kat mesir ni,” luahku kat seorang teman,menceritakan keuntungan belajar kat mesir ni…

Tapi, cuti lama2, balik malaysia ke, tak balik Malaysia ke, kalau tak de apa2 aktiviti, memang membosankan!



BOSAN

Huh, kaji pasal bosan sikit… aku bukak Wikipedia…

apa sebenarnya bosan ni?

Menurut wikipedia, bosan tu ialah satu emosi semasa tak ada aktiviti dan semasa seseorang itu tak berminat dengan aktiviti sekeliling.

Tengoklah, bosan tu bukan berlaku sebab tak ada kerja sahaja, tapi, kalau tak berminat dengan kerja tu pun,boring jugak.

Kenapa boring?

Menurut kajian, boring ni berlaku sebab tak faham. Tak faham, apa matlamat hidup. apa peranan sebagai hamba Allah, anak dan pelajar. Belajar sekalipun, tapi tak faham, bosan akan wujud. Tapi, kalau belajar benda yang terlalu mudah pun, bosan jugak. Apa yang penting, mesti ada stimulus kepada diri, baru la tak bosan.

BOLEH KE ORANG MUSLIM BOSAN?

“kerja itu lebih banyak dari masa,” Hassan Al-Banna.

Kalam ini cukup masyhur bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti haraki dan jemaah. Tapi, sejauh mana pelaksanaan nya?

Kenapa masih boleh berasa bosan? Tak ada kerja?

Padahal, banyak sangat kerja nak dibuat.Belajar agama, kuasai bahasa arab, baiki solat, mantapkan kefahaman tentang Islam,tegakkan Islam, mantapkan ilmu medik,baiki diri,itu... ini…

Seorang ahli falsafah barat mempunyai huraian yang menarik tentang kebosanan ni, menurut Arthur Schopenhauer, boring tu menunjukkan keangkuhan! Kenapa? Sebab bosan dengan dunia ni, menunjukkan seolah2 setiap benda yang wujud kat dunia ni tak mampu memuaskan hati.

NAK ATASI BOSAN?

“uish, tengok movie la, isi masa…”

“aih, tido laa, tak de kerja nak buat ni…”

“sembang2 la ngan kawan2, gi rumah dia ni laa..rumah dia ni best, ramai orang…”

Itulah yang biasa dibuat, kalau rasa bosan,

Habis satu cerita, tengok cerita ni pulak…

Baring atas tilam, merehat2kan diri….

Hoho, teruk2x. tapi, apa sebab aku jadi begitu?

Bagi aku, aku jadi teruk sebab aku tak ada matlamat dan perancangan. Kalau dah ada matlamat dan perancangan, tapi masih lagi bosan, itu tanda matlamat dan perancangan aku tak jelas dan tak realistik!

Sebab tu, rasa macam tak ada kerja, walhal kerja tu masih banyak.

Sebab tu, rasa bosan dan malas buat kerja, walhal kerja tu penting untuk diri, untuk akhirat.

PENYELESAIAN

Matlamat dan perancangan mesti lebih jelas. Ummi abah inginkan anakya menjadi insan yang berilmu. Nabi tak nak umat baginda kena seksa. Allah suruh patuh arahan dan tinggal larangan.

Matlamat ialah tambahkan ilmu dan baiki diri. Jelaskan lagi!

Ilmu apa? Ilmu agama; fiqh perubatan, aqidah dan akhlak, kuasai bahasa arab, ilmu bukan agama; medik dan kewangan.

Perancangan? Duduk kat hayyu asyir, letak target kitab mana yang nak dihabiskan, duduk bersama rakan2, duduk dengan ustaz2, mengulangkaji pelajaran medik, buat kajian..

kalau bercuti kat malaysia? saya cadangkan pergi mengaji kat pondok bait qura', sungai udang kat melaka, pagi ahad, ada sorang ustaz bernama ustaz zulkifli mengajar, best sangat, tak ramai ustaz yang mampu mengajar macam dia.. pengalaman mereka yang pernah pergi, pergi sekali ke pondok tu, mesti nak pergi lagi lepas tu, best...
harap tak dilupakan peranan sebagai anak... mak ayah mana yang tak rindukan anak2?

kalau ada internet kat rumah, lagi mudah, klik je laman web ni, http://www.kuliyah.net/ ustaz azhar idrus best!!


SOAL HATI

Secara fitrah, kerja2 yang baik2 mesti tak seronok, mesti tak best, mesti boring!

Penyelesaian?

Masukkan hati, timbulkan rasa sayang, cinta kat kerja.

Macam mana?

Cinta memang tak boleh dipaksa, tapi boleh dipupuk, sedikit demi sedikit. Kenal dan fahami dulu kerja tu, apa kepentingan dia, apa benefit yang boleh diambil, mula2, memang tak seronok, tapi, lama2, bila dah tahu apa kepentingan, bila dah tengok hasilnya, bila dah capai matlamat, insya Allah, seronok.. puas hati.. gembira sangat..seronok sangat..

Kalau buat kerja kerana tak sayang, mudah sangat rasa bosan.

Tapi, bila buat kerja kerana sayang, tak kan terasa letih, tak kan rasa bosan. Rasa seronok je.. nak buat lagi, nak buat lagi.. That’s power of loving!

Rasa sayang kat kerja yang dah dirancang mesti dipupuk, bila dah sayang, ada la minat, bila dah minat, kerja pun berkualiti, buat pun sungguh2, hasil pun cemerlang.

Apa yang lebih penting, kerja2 yang dapat membina diri dan memartabatkan Islam mesti lebih disayangi! Suka belajar, suka membaca, suka berfikir tentang masalah semasa, suka berusrah, sayang kat naqib, sayang kat kawan2, cinta kat buku2, cinta kat ulama’, cinta kat Nabi dan cinta kat Allah.

PERANAN KAWAN

Hidup ni memang tak syok kalau tak de kawan.

Tapi, fungsi kawan bukan setakat jadi penghibur sahaja, kawan2 juga mesti jadi penolong dan penggalak kepada kawan yang lain. Sebab tu, dalam Islam, disuruh hidup dalam kumpulan/jemaah, kalau lalai, kawan la yang tolong ingatkan, bagi dorongan. Kalau ada masalah, dikongsi kat kawan2, pengganti ummi abah… tu lah seronoknya hidup dalam kumpulan/ jemaah ni…

Sebab tu, segala matlamat dan perancangan diceritakan kat kawan2. Harap2 mereka ingatkan aku. Nak kutuk2 ke, nak cakap elok2 ke, aku tak kisah, yang penting, aku mampu laksanakan perancangan aku dan jadi lebih baik.

KESIMPULAN

Kebosanan tu boleh diatasi, dengan menggariskan matlamat dan membuat perancangan based on matlamat. Jangan dilupa menggabungkan soal hati, iaitu sayang kat kerja yang dirancang itu disamping berdoa supaya Allah mudahkan dan membantu kearah pelaksanaan dan keberkesanan kerja yang telah dirancang.

doakan semoga Allah mudahkan diriku dan kawan2 laksanakan perancangan...

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, July 2, 2008

manusia robot

muka budak tengah protes !

“ala ummi, asyik2 angah! Asyik2 angah! Orang lain tu ummi tak suruh!” marahku kat ummi, menarik muka masam, ku mancungkan mulut semahu2nya, biar ummi tau, aku betul2 marah ni! protes!

Kecewa sangat aku dengan ummi. Along dan rol ada, ummi biar je diorang tu tengok tv, aku ni jugak la yang ummi suruh.

‘Tak adil betul la!’ getus ku dalam hati.

Masa tu, ummi sedang memasak kat dapur, senyum je tengok perangai aku..

Kemudian,




“angah, tuk guru nik aziz kata, ‘kalau Allah suruh buat, buat! Bila Allah larang, jangan buat, kita pun tak buat!’ susah ye nak amal, angah?” balas ummi, sambil tersenyum, mendidik anaknya yang sedang protes!

Aku terdiam, berfikir kata2 ummi. Malas la nak layan. Aku pun lari, masuk ke ruang tamu, menonton televisyen.

Masa tu, aku darjah 6. Ummi memang selalu sangat suruh aku buat macam2. Abang dan adik aku, ummi tak suruh,biar je diorang buat apa yang diorang nak! jiwa budak mana tak dengki masa tu? Padahal, sebenarnya, ada jugak sesetengah perkara tu, ummi lebih suka suruh along dan rol buat daripada aku. Tapi, jiwa budak mana nak fikir semua tu, yang penting, nak protes!

NAFSU dan SYAITAN

Kini, aku mula memahami nasihat ummi tu. Memang tuk guru nik aziz ada kata macam tu. Download dan dengar la kuliah tuk guru pasal ni kat sini.

Siapa sebenarnya yang halang aku dari buat baik, ikut apa yang Allah nak?

Siapa sebenarnya yang rangsang aku buat jahat, nak buat juga benda yang Allah larang?

Siapa lagi, kalau bukan nafsu! senjata bagi syaitan! Dieksploitasi oleh syaitan untuk merosakkan manusia. Nafsu ni memang salah satu komponen manusia, tak boleh dipisahkan.

Masa musim puasa, syaitan dah tak ada. Tapi, kenapa ada lagi manusia buat jahat?

Mana taknya, kalau dah 11 bulan diajar, dilatih taat syaitan, boleh ke dalam masa sebulan tu, nak taat Allah?

NAFSU VS IMAN

Cuba buat eksperimen,

Allah Akbar Allah Akbar (2x) , ha.. azan dah masuk tu.

firman Allah yang bermaksud, "
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat" (Al-Ankabut;45)

Sekarang, jadi macam robot jap, tak de perasaan. Buangkan rasa malas , terus pergi bilik air, terus ambik wudhuk, dan terus ke masjid, terus solat.

senang kan, ?

------------------------------------------------------------------------------------------------

“wow, lawa gila arab ni!,” sambil mata memandang seorang gadis arab, berhidung mancung, berkulit cerah, berpakaian ketat, jelas sebijik2 bentuk tubuh, berjalan pulak, lenggang lenggok. fuh, nafsu lelaki mana tak bergolak? Perempuan arab memang lawa2!

Allah kata yang bermaksud, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya..” (surah An-Nur;30-31)

Sekarang, jadi macam patung jap, tak de nafsu, terus je alih pandangan ke tempat lain, sambil istighfar. Mudah tak? Jangan dilayan langsung perasaan tu, anggap diri ni macam makhluk tak de perasaan. jangan pandang sekali lagi! buang nafsu tu sekejap! buang jauh2!

susah ke?

HARI KIAMAT

Kadang2 memang rasa rugi tak tengok benda2 maksiat ni. seronok sebenarnya buat benda yang Allah larang ni.. seronok kalau rasa aku lebih dari orang lain, seronok tengok perempuan cantik2 ni, seronok solat lewat2 ni, seronok bazirkan masa ni, seronok sakitkan hati kawan ni, seronok malas2 ni, seronok pentingkan diri ni, tapi seronok yang sementara je nak buat apa?

Firman Allah yang bermaksud, “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. “(Al-Waqi’ah; 22-23)

Firman Allah lagi, yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah;35-37)

Tak rasa rugi ke? Dah la jelita,brkali2 ganda lebih jelita dari ratu cantik kat dunia ni, halal, tak tua2, penuh cinta kat laki dia, selama2 nya pulak tu… bukan sementara... tak rasa nak ke?

Firman Allah yang bermaksud, “Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih, dan dalam naungan asap yang hitam. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan.”(Al-Waqi’ah;42-44)

Firman Allah lagi, yang bermaksud, “Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, benar-benar akan memakan pohon zaqqum, dan akan memenuhi perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum. Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan". (Al-Waqi’ah; 51-56)

Tak rasa menyesal? Rasa seronok sekejap je, kejap je suka, tapi kena bakar dalam api neraka, lama! Bukan sekejap! Berbaloi tak? dah tak de, perempuan cantik2! kena seksa aje!! sanggup??

KESIMPULAN

kalau aku nak buat baik tu, mudah je, jangan la layan nafsu tu.

kalau aku nak tinggal buat benda yang jahat tu, mudah je, jangan la ikut kehendak hati yang busuk tu.

Persoalannya, sanggup ke tak, aku nak jadi manusia robot ni? Jadi macam patung? tak hiraukan langsung kehendak nafsu?

tepuk dada, tanya selera..

terima kasih, ummi.. baru sekarang, angah faham nasihat ummi...


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz