Thursday, May 21, 2009

SOLAT BOLEH MENJADIKAN KITA BIJAK

“apesal kau solat?” cuba tanyakan persoalan tu kat diri sendiri…. Mesti kita akan kata, aku solat sebab Allah suruh… erm..sebab aku tak nak masuk neraka… sebab tu la aku solat..

Tengok, kita tak pernah pun rasa solat tu untuk diri kita..tapi, sebab lain yang tak berkait dengan kita..sebab tu, kita jarang MENILAI SOLAT dan meningkatkan kualiti solat..

KECERDASAN DALAM SOLAT

Percaya tak jika dikatakan solat mampu mencerdaskan diri kita?

Jangan disangka cerdas tu pada akal je. Kita pernah mendengar istilah IQ, SQ, EQ. kecerdasan intelek, kecerdasan spiritual, kecerdasan emosi dan macam2 kecerdasan lagi..

BAHKAN, solat mampu meningkatkan semua jenis kecerdasan ini, termasuk kecerdasan pergaulan, kecerdasan berbahasa, kecerdasan mengira, kecerdasan melihat, kecerdasan mendengar, kecerdasan fizikal dan kecerdasan naturalis.

Tapi, bagaimana solat meningkatkan kecerdasan2 tu?

Bagaimana cara nak mencapai kecerdasan2 tu?

PENTINGNYA CERDAS DALAM SOLAT

Ammar bin Yassir ra telah menjelaskan;

“Sesungguhnya apa yang dicatatkan oleh malaikat Raqib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang DILAKUKAN DENGAN AKALnya.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

INGATKAN TUJUAN DAN PROGRAM SOLAT

Kalau sebelum ini, kalau orang tanyakan kenapa kita solat, kita jangan ulangi lagi jawapan seperti sebelum ini..

Tapi, kita katakan, “Aku solat, memang kerana aku perlu kepada solat. Solatku ada tujuan, ada SEBAB!”

Mula2, kita tetapkan tujuan kita. apa yang ingin kita capai dalam hidup ini? MATLAMAT BERDASARKAN KEPERLUAN DALAM HIDUP.

Kemudian, kita kaitkan ayat2 Quran dan Nama2 Allah dengan tujuan kita.. setiap zikir dan tasbih kita dalam solat dikaitkan dengan tujuan kita itu.

Bacaan dalam solat, Al-fatihah, surah2 lain, zikir dan tahiiyat mesti difahami.

Ingat, mesti satu tujuan je..satu2..kalau ada tujuan lain, letakkan tujuan tu semasa solat yang lain pula.

CONTOH

Kita dalam tempoh peperiksaan. Jadi, kita mesti nak kecemerlangan. Kita nak, kita mudah dan ingat membaca dan menghafal. Jadi, kita perlu meminta dari Allah, Tuhan yang kita kasihi.

MATLAMAT: KECEMERLANGAN

LANGKAH :

1. Fahami maksud ayat2 Al-Quran dan Zikir2 dalam solat.

2. Kaitkan matlamat dengan ayat2 al-fatihah, zikir2 dalam solat , cari dan pilih ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kecemerlangan.

3. Tetapkan matlamat sebelum solat.

Contoh;

semasa baca basmalah, kaitkan Allah yang Maha Pengasih,dengan sifat Maha Pengasihnya akan mencemerlangkan kita, akan mengabulkan doa kita..akan memudahkan kita menghafal..

semasa meminta ditunjukkan jalan yang benar, kita ingat, tunjukkan kecemerlangan yang benar..jangan sampai lupa diri, sombong..nak cemerlang macam ulama2’ dulu.. nak cemerlang macam akak2 dan abang2..nak cemerlang yang Allah redha..

semasa baca zikir dalam rukuk, sujud dan sebagainya dibuat benda yang sama..

semasa baca tahiyyat akhir, kan kita ada menyampaikan salam kepada Rasulullah,kita sebut (terjemahan), salam kepada KAU, masa tu rasa Nabi dekat dengan kita..tawassul dengan Nabi..haa…kalau kita solat lewat waktu pun, mesti rasa segan, sebab kita sampaikan salam kat Nabi masa tahiyyat akhir pada akhir waktu, bukan pada awal waktu..segan jugak, kalau ucap salam tu sorang2, bukan berjemaah…

buku ini ditulis oleh M Siddiq Mustika, berharga RM 33, keluaran PTS, muka surat 372.

beli ye? penerangan panduan solat khusyuk dari perspektif yang berbeza..sangat2 menarik!!



PANDUAN SOLAT KHUSYUK

Semua orang nak solat yang khusyuk, tapi solat yang khusyuk tu, bukan mudah nak capai, tapi tak mustahil. Dulu, pernah gak baca buku tentang khusyuk dalam solat ni, macam kata2 Imam Ghazali mengajar buat 6 perkara(kosongkan pemikiran, ingat kebesaran Allah, Wujudkan perasaan mengharap, wujudkan perasaan takut, fahami maksud ayat yang dibaca…maaf, lupa lagi satu)

Tapi, semasa saya cuba nak amal semua tu, rasa susah…kadang2 tak ingat..sebab hati ni kotor,nak buat semua ni perlukan fokus dan penyucian jiwa…

Dan Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan buku ini, saya cadangkan sahabat2 semua beli dan baca buku ni..sebab dia terangkan panduan khusyuk dalam solat, dengan lebih saintifik dan tasawuf..insya Allah, lebih memudahkan untuk diamalkan dan meningkatkan fokus dalam solat..

Sebenarnya,ada banyak lagi kaedah yang dia terang dalam buku ni, untuk meningkatkan kecerdasan yang lain pula, tapi malas pulak nak tulis semua. Harap, kita semua dapat beli, baca, amal dan sebarkan ilmu tu kat orang lain…

Ok, selamat membaca dan beramal.


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, May 6, 2009

Fiqh Tarbiah

salam, saya terjumpa artikel menarik yang ingin dikongsi bersama....
di copy and paste dari blog us dzulkhairi, ni blog beliau, http://dzulkhairi.blogspot.com

penting untuk generasi pemuda yang BEGITU BERSEMANGAT DALAM DAKWAH.

Nasihat ayah saya, yang memetik kata2 dari seorang ulama' di Malaysia;
"janganlah memukul telur ayam kerana inginkan anak ayam itu, anak ayam itu akan mati! Tapi, tunggulah sehingga apabila tiba masanya, telur itu akan 'pecah' dengan sendirinya dan anak ayam itu akan hidup dengan sempurna." -ulama'-

selamat membaca artikel fiqh tarbiah ini =)

"Adab amar ma'ruf nahi mungkar ini banyak. Tidak boleh semberono. Mesti ada cara, mesti ada teknik," saya memulakan perbincangan dalam usrah hari itu. Terik matahari yang menjamah tubuh kami ada baiknya.

Meski panas, namun membekalkan kebaikan. Meski terpiat-piat mata saya dek silaunya, namun sekurang-kurangnya saya akan menjadi sihat. Seolah-olah begitulah nahi mungkar, pedih namun memberikan kebaikan.

"Abang Zul," Mahathir memulakan pertanyaan. "Ada apa Deq?" saya bertanya balik. Ia membetulkan kaca matanya yang agak tebal.

"Hari tu ana dengar kuliah oleh Ustaz Jamil Khir. Dia kata, amar ma'ruf dan nahi mungkar mestilah bermula dengan kekuatan. Hati ini bagi orang yang memiliki Iman yang tohor sahaja," Mahathir bercerita.




"Nah, apa pandangan antum," sengaja saya melemparkan persoalan itu untuk dibincangkan. Zambry cepat-cepat menjawab, "Ana setuju. Mesti bermula dengan kekuatan. Tunjukkan kemuliaan umat dakwah ini," semangat sekali anak muda yang berkulit gelap-gelap manis ini.

Saya teringat dengan kesungguhan beberapa pemuda dalam berdakwah. Mereka memohon izin al-Banna namun al-Banna menyebut, "Kami tidak mahu menjadi orang yang memetik buah sebelum masaknya".

Apabila beberapa pemuda bersemangat menggunakan kekuatan dalam berdakwah, mereka dibantah oleh ulama. Namun mereka menafikan kebijaksanaan ulama. Setelah masuk ke dalam penjara, mereka mengkaji semula, barulah mereka menginsafi dan berkata,

"Baru kini kami sedar, menggunakan kekuatan adalah milik dan hak pemerintah bukannya kami," penyesalan itu terlalu lambat.

Mana satu yang benar? Menggunakan kekuatan atau kelembutan? Bukankah Nabi SAW berkata, penghulu syuhada' ialah Hamzah dan pemuda yang mengatakan kebenaran kepada seorang pemimpin yang zalim lalu ia dibunuh?

Bukankah pepatah menyatakan, "Berkata benarlah meskipun pahit?"

Maka kekuatan harus digunakan demi mencapai kebaikan.

Apabila saya membentangkan "Faktor Keruntuhan Khilafah" di UIA PJ, saya menyebut, "Amar ma'ruf dan nahi mungkar mesti bermula dengan hati dan berakhir dengan kekuatan," pernyataan yang mengundang persoalan dan kritikan.

Wahai anak-anak muda, jangan tergopoh-gapah, sesungguhnya Islam bangkit dengan tadarruj, atau beransur-ansur. Mereka sudah lama tenggelam dalam lautan maksiat, maka jangan terlalu cepat untuk membasahkan mereka dengan air keimanan.

"Habis tu bang, bukan ke Nabi kata, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan?" Firdaus bertanya.
Saya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. "Hadis itu dilihat dari konteks kekuatan, namun dari sudut urutan, ia bermula dari hati".

Sesungguhnya Ibnul Qayyim menyebut empat rukun mencegah kemungkaran.

Pertama: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan kebaikan. Jika ya, teruskan.

Kedua: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sedikit. Jika ye, teruskan.

Ketiga: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sama beratnya dengan kemungkaran. Jika ya, timbangkan.

Keempat: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang lebih besar. Jika ye, tidak perlulah untuk kita mencegah kemungkaran.

"Eh, betul ke begitu Abang Zul?" Mukhriz tekejut mendengar pernyataan saya. Saya sudah agak, mesti mereka tidak percaya punya. Bolehlah rjuk buku Dr um'ah Amin Abdul Aziz yang telah menggariskan 10 perkara dalam berdakwah.

Bahkan seingat saya, ulama juga menggariskan teknik mencegah kemungkaran secara lebih praktikal dan detail.

Pertama: Nasihat secara halus. Sama ada kita berdepan dengan dia, menggunakan alat bantu seperti SMS dan email, atau menggunakan orang yang paling rapat dengan dia.

Kedua: Menggunakan sedikit kekerasan agar timbul rasa takut dalam diri dia.

Ketiga: Menggunakan ugutan dan amaran awal sebelum amaran terakhir

Keempat: Pukul sekadarnya agar ia berasa takut dan gerun.

"Ustaz, isteri saya derhaka pada saya. Saya nak tanya ustaz, boleh ke saya nak bunuh lelaki yang keluar dengan isteri saya?" terkejut saya mendengar luahan seorang lelaki selepas saya menyampaikan khutbah Jumaat akhir tahun lepas.

"Kenapa abang nak bunuh lelaki tu?" saya bertanya, cuba sedaya mungkin menyembunyikan rasa gusar dalam diri saya. Bimbang jugak saya yang dibunuh dahulu sebelum lelaki tu. Janganlah, kus semangat. Saya belum kawen lagi.

"Saya yakin lelaki tu yang sihirkan isteri saya," tambahnya.

Nah tengok. Ada orang sampai nak bunuh orang dalam menghalang keburukan. Bukankah ini menakutkan. Maka sikap sabar perlu disemai dalam amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Seorang isteri yang derhaka, bagaimana mengubatinya? Allah taala telah mengajar kita,

1- Bagi nasihat
2- Asingkan tempat tidur
3- Pukul ala kadar, dengan kayu sugi.

"Mukhriz, bukankah Allah taala mengambil masa yang lama untuk mengharamkan arak. Tiga ayat diturunkan dalam beberapa tempoh untuk mengharamkannya," kata saya kepada adik usrah saya yang bersemangat tu.

Adik-adik usrah saya terlalu bersemangat. Sesungguhnya mereka perlu ingat. Mencegah kemungkaran menggunakan kuasa adalah milik pemerintah.

Abdul Malik yang masih muda, darahnya panas, mengkritik ayahnya Umar Abdul Aziz yang terlalu lembut. Maka Umar berkata, "Sesungguhnya Allah menurunkan tiga ayat untuk mengharamkan arak".

Dalam situasi yang lain beliau berkata, "Aku terpaksa menggunakan dunia untuk menarik rakyat kepada pengabdian".

Malah itulah yang dibuat Nabi SAW, menggunakan faktor dunia untuk menarik orang ke dalam Islam.

"Jadi Abang Zul, kami mesti berhemah dan berlembut dalam berdakwah?" tanya Mahathir.

"Ya," jawab saya. "Apabila seorang lelaki bertemu dan mengkritik Khalifah al-Makmun, khalifah berkata, "Sesungguhnya engkau tidak sebaik Musa dan aku tidak sejahat Fir'aun. Namun Allah memerintahkan agar Musa berlembut kepada Fir'aun".

Sesungguhnya Allah taala berfirman, "Maka dengan rahmat Allah, kamu berlembut dengan mereka. Jika kamu berlaku kasar, pasti mereka akan lari dari kamu".

Saya dan adik-adik usrah berjalan meninggalkan wakaf di tepi tasik universiti itu. Sambil memegang tangan Zambry yang masih berasa ragu dengan perbincangan, saya berkata,

"Zambry, sukakah jika ana berlakau kasar kepada nta?"












"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz