Saturday, January 30, 2010

bestnya kalau diriku di hati ulama'

"Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan, maka bererti berusaha untuk hilangnya nikmat itu. Dan barangsiapa yang syukur atas nikmat bererti telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kukuh."

daripada Kitab Al-Hikam, karangan Syeikh Ibnu Atho'ilah.

DI MASJID MUKHATAM

Syeikh Yusri, seorang pakar bedah, keturunan Rasulullah SAW mensyarahkan kalam tersebut. Walaupun saya tak faham apa-apa pun apa yang syeikh terang. Tapi, ustaz-ustaz selalu pesan, nak tuntut ilmu mesti SABAR. Jangan tergesa-gesa.

Kat masjid mukhatam ni, syeikh ada ajar syama'il muhammadiah(ajak sifat2 Nabi Muhammad SAW) dan Kitab Hikam (antara kesan demam KCB kat Mesir). syeikh ajar setiap lepas jumaat. kalau nak pergi sana, boleh naik tremco kat sayedah aisyah. LE 1 je...

SYEIKH ULAMA' BERJIWA BAPA

apa yang paling best, saya dapat bergambar dengan syeikh. Mula-mula memang la segan, sebab syeikh tu hebat sangat. Kita ni apa la sangat, rasa inferior complex betul!

tapi...

tanpa disangka-sangka, syeikh sendiri pegang tangan aku..
subhanallah, syeikh yusri memang berjiwa lembut, lembut sangat-sangat. Jiwa beliau penuh dengan kasih sayang. Penuh dengan rahmah. Tengok muka syeikh pun kita dah rasa tenang. Mukanya penuh dengan cahaya. pandang mukanya pun, sudah dapat ingatkan kita pada Allah. Mudah masuk dengan orang, layan semua orang dengan baik, cakap pun lembut, penampilan pun menarik. Suka senyum..Yang lebih menariknya, beliau seorang pakar bedah.

Itu baru syeikh pegang tangan, belum lagi syeikh cium dahi(syeikh pernah cium dahi ustaz nazrul). Bila dah cium dahi, penanda kita dah ada dalam hati syeikh.


HADIS TENTANG KASIH SAYANG

Daripada Jabir bin Abdillah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
" Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak disayangi." (riwayat Bukhari)

Kalau diri hendak disayangi, sayangilah orang lain.
Hadirkan kasih sayang daripada dalam, berlandaskan iman kepada Allah.
Mudahkanlah diri untuk menyangi, sebelum diri disayangi.
Percayalah! Kita akan rasa seronok sangat dengan BERKASIH SAYANG.


Serlahkan kasih sayang itu pada SENYUMAN MENAWAN.

Jom senyum sentiasa! Senyum sokmo!

Thursday, January 21, 2010

kaji kesihatan badan je??


Dalam disiplin ilmu perubatan, ada satu disiplin ilmu dinamakan Community Medicine/ Public Health. Ringkasnya, ilmu ini lebih kepada mengkaji masalah kesihatan di sesuatu kawasan dan merangka kaedah untuk menjadikan masyarakat kat kawasan itu sihat-sihat semuanya. Best tak?

KESIHATAN TUBUH BADAN vs KESIHATAN ROHANI

kesihatan penting untuk kemajuan kat dunia. Kalau diniatkan dengan betul, untung2 dapat kemajuan kat akhirat serentak.

Kalau kesihatan tubuh badan pun ada satu disiplin khusus, bahkan ada yang menjadi specialist dalam bidang tu, kenapa dalam soal dakwah dan pemahaman masyarakat kepada Islam, tidak macam tu?

pendakwah sibuk berdakwah, 'merawat' masyarakat.

Tapi, apa kayu ukurnya? Adakah ada penambahbaikan dari semasa ke semasa?

TEAM PENGKAJI

Alangkah seronoknya, sekiranya dalam lapangan dakwah di mana2 kawasan, mempunyai team pengkaji yang mengkaji tentang penyakit agama yang semakin menular sejak akhir2 ini.

apakah real causenya?

apakah pendekatan terbaiknya?

apakah cabarannya?

Sebelum itu, ilmu untuk mengkaji ni perlulah difahami betul-betul oleh si pengkaji. Kalau tak de cangkul, macam mana nak bertanam, betul tak?

kenapa ilmu kajian dalam dakwah ini tidak dijadikan satu disiplin ilmu, bahkan sampai ke peringkat specialist macam ilmu perubatan?

atau....

adakah penyakit tidak rasa perlu kepada agama, sudah merebak kepada pendakwah?

PENDUDUK KITA


sila klik sini untuk taburan kelahiran dan kematian di Malaysia.

antara yang menarik,

kadar kelahiran di negara kita semakin meningkat. Maksudnya, bilangan umat Islam semakin bertambah kat malaysia.

(kekuatan atau kelemahan?)

Sejak beberapa tahun lepas, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara. Maksudnya, orang yang sudah boleh menyumbang lebih daripada separuh!

macam mana nak gunakan kelebihan tu?

Lepasan agamawan daripada universiti tempatan dan luar negara berpuluh-puluh setiap tahun. Tapi, kenapa masyarakat kita masih macam sekarang?

umat Islam sekarang sangat MALAS mengkaji. Ramai pendakwah yang syok sendiri.

fikir-fikirkan.

seeru 'ala baraktillah..