Monday, June 22, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu


“apa tujuan kita belajar?” soal us Razi.

“nak tingkatkan iman.. nak kenal syari’at.. nak buat ibadat..” pelajar2 kesayangan us razi bingkas menjawab.

Hari itu, kami membincangkan tentang tujuan kita menuntut ilmu.

“hurm..tujuan sebenar kita menuntut ilmu adalah mengenal Allah,” jelas beliau tersenyum.

Semua orang khusyuk mendengar kalam2 mutiara seterusnya dari beliau.

Allah ciptakan alam sekitar untuk berbakti kepada manusia, dan manusia pula diciptakan untuk menyembah, mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, manusia mesti menggunakan seluruh alam sekelilingnya, dengan apa cara sekalipun untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah.

TANDA2 KEKUASAAN ALLAH

“ulama’ membahagikan tanda2 kekuasaan, ciptaan alam seluruhnya kepada 3 perkara;

pertama; tanda kejadian seperti pokok, laut dan sebagainya

kedua: tanda2 sifat kepada kejadian seperti sifat kepada laut adalah ombak.

Ketiga : tanda tulisan seperti Al-Quran dan Al-Hadis.”

“manusia mesti menggunakan seluruh tanda2 tersebut untuk mengenali Allah dengan apa cara sekalipun,” sambungnya lagi, sambil merenung mata kami satu persatu.

Tanda pertama dan yang ke dua adalah sunnatullah manakala tanda yang ketiga pula adalah syaria’atullah.

Nak mengenal Allah bukan sahaja diperolehi dengan mengkaji syaria’atullah, bahkan mengkaji alam dan sifat2nya(sunnatullah) juga dapat membawa pengkaji kepada mengenal Allah, lantas menguatkan iman dan membuahkan taqwa.

Firman Allah yang bermaksud,

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’’(surah Fathir:28)

AGAMAWAN DAN DOKTOR

TAQWA itu milik sesiapa. Bukan milik mutlak seorang ustaz dan agamawan.

Bahkan ustaz yang tidak beramal dengan ilmunya, mengkhianati ilmunya lebih teruk dari seorang doktor yang berilmu agama sedikit, tapi bersungguh2 menjaga agamaNya!

“Saya terangkan kat antum semua benda ni, sebab saya tak nak dengar nanti orang kata, ‘alaa… bolehlah dia tu ustaz, kami ni doktor.. memanglah susah kami nak kenal Allah’. Tapi, antum semua kena ingat, walau sesiapa pun kita, ilmu apa pun yang kita ambik, bidang apa pun yang kita sedang terokai, semua ilmu itu mesti membawa antum kepada Allah, jika betul jalan dan cara antum belajar,” tegas ustaz razi.

Kita semua berasal dari ruh Allah, dan Allah mesti menjadikan sesuatu yang dapat menghubungkan kita denganNya. Alam2 sekelilinglah yang mesti dimanfaatkan dan dijadikan alat untuk mengenal Allah, untuk melahirkan sifat kehinaan dan kehambaan yang mencetuskan kemanisan iman dalam ibadat kita kepadaNya.

JALAN UNTUK MENCAPAI MA’RIFATULLAH

“ustaz, habis tu kenapa kami susah sangat nak kenal Allah, tingkatkan Iman kami dengan kami belajar medik?” seorang sahabatku bertanya.

“betul tu ustaz, saya dah cuba dah relatekan dengan semua kejadian Allah, yang saya belajar dalam ilmu medik ni, tapi susah betul nak rasa zuuq, rasa takut kat Allah,” sampuk seorang lagi, menjelaskan persoalan.

“memang la kalau antum buat sekali dua, tak rasa apa2.. cuba buat banyak kali. Buat lagi dan lagi, berterusan. Insya Allah, Allah tak akan sia2kan. Antum akan dapat zuuq tu.”

Apabila mengaitkan alam yang dipelajari dengan kuasa Sang Maha Pencipta, terasa diri ini begitu kerdil. Daripada situlah, diri ini akan sentiasa muhasabah atas segala musibah yang menimpa. ‘sunnatullah’ pada muasahabah itu akan dikaitkan dengan syariatullah, mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan, kemalasan dalam ibadat, kelalaian dalam melaksanakan segala perintaNya menyebabkan musibah itu datang menimpa.

AMALKAN YANG INI

“ha.. ana nak kongsi satu benda yang ana buat kat antum,” us razi berkongsi pengalamannya dalam tasawuf.

“antum duduk diam2..antum sebut laa ilaaha illallah kuat2. Masa sebut laa ilaaha tu, buang semua yang kat dalam hati tu, buang semua! Palingkan muka ke sebelah kanan! Kemudian, masa sebut, illallah tu, tujukan muka antum kat jantung antum, sebelah kiri la. Buat ulang2 kali, sampai hati tu, betul2 kosong dari yang lain.

BIla dah capai tahap tu, antum pejam mata, tarik nafas dalam2 dan tahan nafas kat perut. Masa tengah tahan nafas tu, sebut Allah berulang2 kali. Sebut lagi dan lagi. Bila dah rasa nafas dah habis, hembus, kemudian buat lagi. Ulang lagi! Ulang lagi! Sampai satu tahap nanti, antum dah tak perlu lagi sebut nama Allah kat mulut, antum akan rasa degupan jantung antum akan berfegup dengan kalimah Allah! Allah! Allah! Bila antum dah rasa nak berhenti, jangan terus minum air, kerana minuman itu akan hilangkan zuuq yang antum dapat tadi tu. Antum akan sesak nafas bila antum dah selesai buat semua tu. Kalau antum rasa sakit kepala buat macam tu, biasa la tu, first time. Lama2 nanti, biasa la, insya Allah.

Kalau antum amalkan yang ini, jangan pelik kalau antum tiba2 menjerit nama Allah kuat2. Antum akan rasa……. Entah la, ana pun tak tau nak cakap macam mana,” us razi menutup pelajarannya pada hari itu, bersemangat!

Terima kasih ustaz.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

diri kembali bermuhasabah, kini ku dah berada di penghujung tahun 3.

berbanding dengan tahun 2 dulu, ilmu ku semkin banyak.

tapi, kenapa iman, taqwa dan mengenaliNya masih seperti dulu?

Saturday, June 20, 2009

kenapa semua orang nak bagi pandangan?

Arg! Sakitnya kepala! Sakitnya hati, bila membaca blog2 yang cuba nak menunjuk pandai! Aku betul2 terbakar apabila membaca media yang sibuk melaga2kan dua orang tuk guru yang ku sayangi sepenuh hati ini.

DIAM ITU LEBIH BAIK

Kenapa orang sibuk nak memberikan pelbagai pendapat tentang kerajaan perpaduan? Bukankah muktamar hari tu menyeru agar isu ini didiamkan? Kenapa masih ada pihak cuba menerangkan unity government sedangkan ia masih belum dijelaskan secara jelas oleh para pimpinan.

Sedarkah kita yang kita sedang mengupas benda yang kurang jelas,yang masih kabur dan kupasan kita itu yang membawa kepada perpecahan, kepeningan dan kecelaruan pemikiran?

Islam adalah agama yang fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman dan kawasan, selain agama yang sangat memuliakan aqal.

Lantaran itu, Islam membenarkan umatnya yang memahami ilmu2 Islam untuk berijtihad. Tujuan berijtihad adalah untuk memudah dan mempraktikalkan hukum2 Islam, dalam bahasa yang lain, menterjemahkan Islam dalam quran dan kitab, kedalam kehidupan untuk diamalkan oleh penganutnya.

Orang yang tidak faqih diseru untuk berdiam diri dan mengambil mana2 pendapat yang dia tenang dengan dirinya, tanpa DIKRIKTIK dan DIKUTUK golongan yang tidak mahu mengamalkan pendapat yang dipegang. Pokoknya, jangan TA’ASUB kepada sesuatu pendapat. Ingat, TA’ASUB ITU MEROSAKKAN!

Saya yakin, tiada sesiapa pun yang memahami kerajaan perpaduan selain dari tuan presiden. Kenapa? Sebab memang beliau tidak pernah menerangkan isu ini dengan sejelas2nya untuk dilaksanakan diperingkat negara! Jadi, bukankah lebih baik kalau kalian semua BERDIAM DIRI? kenapa nak melaga2kan?

Atau adakah kita suka kalau PAS berpecah belah?

Atau ada antara kita yang nak menguasai PAS? Kerana PAS bakal memerintah negara?

MEMULIAKAN AQAL

“Islam agama yang memuliakan aqal.” Seorang ‘critism’ berhujah.

“Tengok dan kaji la ayat quran. Banyak sangat ayat yang menempelak golongan yang tidak mahu berfikir!” ‘dia’ menguatkan hujahnya.

Ya,memang tidak dinafikan, Islam agama yang memuliakan aqal. Tapi, adakah kita juga beriktiqad bahawa Islam adalah agama yang membenarkan perpecahan?

Yup, islam menempelak golongan yang tidak mahu berfikir. So, adakah kita beranggapan, tak perlu wala’ kepada pimpinan, kerana ia tidak memuliakan aqal? Adakah kita juga beriktiqad Islam adalah agama yang tidak mementingkan kesatuan?

Bukankah perkara utama yang Nabi Muhammad buat di Madinah adalah persaudaraan demi sebuah kesatuan? Dan golongan munafiq cuba menghancurkannya?

HAD DAN SEMPADAN

semua orang mengakui, Islam adalah agama yang membuka, tapi masih ada sempadannya. Allah Maha Penyayang, dan Allah juga Maha ‘Samseng’! Bahkan, kita perlu kepada raja’, tanpa di'anak tiri'kan perasaan khauf.

indahnya, saling melengkapi….

Anak yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan menjadi seperti Anakku Sazali.

Manusia yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan hancur musnah.

Kalau betul manusia patut diberikan kebebasan sepenuhnya, kenapa undang2 diciptakan? Bukankah undang2 tu diciptakan untuk mengawal manusia?

Suruhan untuk berfikir, mesti juga ada had dan sempadan. Berfikir tentang hakikat Allah sangat2 ditegah agama, lantaran ketidakmampuan akal kearahnya.

Berfikir, lalu melontarkan idea yang mengundang kekeliruan dan menimbulkan perpecahan bakal menempa balasan dariNya. bukankah lebih baik jika berdiam diri, dan tidak mencetuskan sebuah perpecahan?

yup, mungkin kita sangat2 menyayangi jemaah Islam ini, tidak mahu ia rosak dan musnah.. tapi, harus diingat, tanpa disedari, kadang2 terlalu menyayangi tanpa cara yang betul juga akan merosakkan!

Wednesday, June 10, 2009

Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah



Oleh Yussamir Yusof

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungk

apkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.


Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.


Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.

Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S

AW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

baby pun lebih comel kalau tersenyum

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumann

ya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.

Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.



Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

sumber: berita harian

Tuesday, June 2, 2009

pandanganku terhadap sistem pendidikan negara ( 2)

CADANGAN

Saya berfikir, alangkah bagusnya jika kerajaan Malaysia atau mana2 pihak yang berautoriti dapat mengusulkan kepada PBB untuk meminta setiap negara2 yang hebat dalam sistem pendidikan mereka membentangkan kepada dunia, sama ada menulis jurnal, membuat kongres atau sebagainya, menceritakan sistem pendidikan yang diamalkan di negara masing2! Bermula dari sistem prasekolah, hinggalah keperingkat universiti dan sebagainya. Peranan PBB yang diharapkan dapat memajukan negara yang kurang membangun diharapkan dapat menekankan sistem pendidikan untuk kemajuan negara masing-masing.

Atau…

Mana2 indvidu atau pihak yang berautoriti mengkaji secara serius sistem pendidikan di negara2 membangun. Mugkin boleh ditubuhkan skuad khusus untuk pengkajian ini. ada yang mengkaji pendidikan di rumah, pendidikan prasekolah dan seterusnya. Pemerhatian ,penilaian dan cadangan sistem pendidikan yang meyakinkan dicadangkan kepada kerajaan untuk dibahas dan dilaksanakan. BUANGKAN semua prejudis parti politik, fikirkan kemajuan sistem pendidikan negara! Pihak2 ini boleh merujuk kepada pengasas tadika Khalifah, mempelajari cara beliau dan isteri laksankan semasa mengkaji sistem tadika di setiap negara.

Atau….

Mana2 individu atau keluarga yang menetap di luar negara, di negara2 maju, mengkaji sistem pendidikan di negara2 yang diduduki. Kesedaran kearah sikap ini mesti dipupuk kepada mana2 keluarga atau individu yang menetap di luar negara kerana pekerjaan atau menyambung pengajian. Ini kerana, oleh sebab saya ada ramai kawan2 yang pernah belajar di tadika di luar negara, menceritakan pengalaman mereka belajar di sana, saya berasa cemburu dan pelik, KENAPA MALAYSIA JUGA TIDAK MEMPRAKTIKKAN PERKARA YANG SAMA?

Jadi, KELEBIHAN dan PELUANG keberadaan orang2 Malaysia di luar negara harus diambil manfaat sepenuhnya untuk mengkaji sistem pendidikan di negara masing2, dan dicadangkan kepada kerajaan malasysia.

Dan..

Kerajaan mesti menyediakan satu badan bertindak untuk mengkaji kepincangan sistem pendidikan pada hari ini. kesusuaian tahap umur dan tempat dalam menerima sukatan pelajaran yang ditetapkan, kesediaan dan kemampuan guru2 dalam mengajar dan mendidik pelajar dan sistem peperiksaan yang BUKAN melahirkan ROBOT yang kaku dan tidak mampu menyelesaikan permasalahan massa yang kian mencabar dan unik!

Badan ni juga akan menerima laporan kajian yang dibuat oleh mana2 pihak dan individu. Oleh sebab Malaysia terlalu kuat dipengaruhi politik kepartian, saya amat mengharapkan SEGALA PREJUDIS atau KETA’ASUBAN kepada mana2 parti politik mestilah dijauhi dalam memajukan sistem pendidikan negara!

Kajian ini pula, bukan bermakna kerajaan perlu membuat satu perubahan yang drastik! Tindakan ke arah pelaksanaan itu juga perlu dikaji dan ditanya pendapat pakar2 pendidikan di dalam diluar negara. Saya sudah tidak mahu lagi melihat DASAR PENDIDIKAN yang dibuat secara SEMBORONO , tanpa pengkajian yang MENDALAM! Tidak perlu saya memberi contoh, kerana semua orang boleh tengok dan menilai sendiri.

PENUTUP

Sistem pendidikan adalah sangat penting kerana pendidikan lah yang menjadi penentu kepada JATUH dan BANGUNNYA sesebuah negara. Hal ini mesti dipandang serius oleh pihak kerajaan, supaya tidak mengubah sesuatu dasar sesuka hati mereka. Saya tegaskan lagi sekali, BUANGKAN SEGALA PREJUDIS KEPARTIAN dalam membincang dan mengkaji kearah kemajuan sistem pendidikan negara.

pandanganku terhadap sistem pendidikan negara ( 1)

Masa aku upsr dulu, aku nak dapat 5A sebab aku nak masuk sekolah2 hebat. Tapi, gagal sebab aku tak dapat 5A, aku dapat 4A 1 B..

masa tu, aku perasan jugak, aku tengok kawan2 aku.. mana2 yang dapat result gempak2, confirm, mesti nak hantar ke sekolah power2! Macam MRSM dan sebagainya..jarang pulak, aku tengok family yang nak hantar anak dia ke sekolah agama, apatah lagi pondok. Seolah2, belajar agama ni, bukan penting sangat. kalau dah dapat masuk sekolah power2, tak de harapan nak jadi doktor, tak de harapan nak jadi engineer, baru hantar anak ke sekolah agama.. kalau peringkat unversiti plak, yang dapat pointer rendah2 ni, masuk bidang pengurusan, sejarah, peradaban dan sebagainya..senang sangat kah bidang pengurusan ni? Kecil sangat kah cabaran dibidang tersebut di alam reality(semasa alam pekerjaan)?

aku teringat kata senior aku,”sekarang ni, jarang orang yang berIQ tinggi nak ambil, mendalami bidang agama..yang berIQ tinggi ni, lebih gemar nak ceburi bidang lain yang kelihatan gah dan menghasilkan pulangan yang lumayan.”

RISAU

Aku risau, apabila agama diambil, diterokai oleh orang2 yang seperti ini,(tanpa menafikan ada orang yang berIQ tinggi mendalam bidang agama).. kerana agama ini adalah sistem kehidupan yang mengatur kehidupan manusia. Jadi, sekiranya agamawan sendiri tidak mampu membaca politik semasa, menilai dengan ilmu agama , untuk menterjemahkan ilmu2 dalam kitab kea lam reality, saya sangat merisaukan AGAMA DIFIKIRKAN SUDAH TIDAK RELEVAN KERANA TIDAK MAMPU MENJAWAB PERSOALAN SEMASA DAN MENGATUR KEHIDUPAN MASYARAKAT. Sedangkan, Islam itu,adalah satu sistem yang memang lengkap dan sempurna, namun perkara2 teknikal untuk menterjamhkan Islam sebagai Ad-Din itu perlu kepada pemikir2 Islam yang menguasai ilmu2 Islam dengan kefahaman yang jelas dan sahih! Apatah lagi, jika kita mahu mengubah sistem kapitalisme, dan mana2 lagi sistem barat yang telah mendarah daging dalam minda masyarakat kita pada hari ini, sangat susah untuk diyakini oleh masyarakat, sekiranya sistem alternative Islam itu dihidangkan kepada masyarakat dalam keadaan yang tidak meyakinkan mereka.

Begitu juga, dalam bidang pengurusan dan pendidikan(melahirkan guru). Ramai orang mengejar untuk menjadi doktor dan seumpamanya, tapi sedarkah kita, PENGURUSAN dalam pentadbiran, PENGURUSAN dalam mencapai kemajuan ekonomi, perubatan dan sebagainya juga tidak kurang pentingnya. Jika negara hanya mampu melahirkan ramai dokor dan seumpamanya, tapi GAGAL melahirkan manusia yang pandai MENGURUS, MEMBACA REALITI MASYARAKAT, saya amat takutkan jika negara kita tidak mampu menampung kebanjiran doktor dan seumpamanya, tidak membawa negara ke arah kemajuan! Lantaran mereka tidak diurus secara bijaksana.

Begitu juga dalam sistem pendidikan, sistem perguruan seolah2 tidak begitu diambil berat oleh kerajaan. Kita sendiri melihat banyak isu negara yang melibatkan perguruan ini. adakah disana, disediakan guru yang betul2 mampu menempuh cabaran semasa yang lebih mencabar dalam mendidik pelajar yang bukan macam pelajar pada zaman 80-an dahulu? Adakah disana, diberikan motivasi yang bersungguh2 kepada guru2, kepentingan pendidikan kepada negara, kesungguhan guru2 yang bukan sahaja hendak melahirkan pelajar yang BANYAK ‘A’ tapi juga mampu menempuh cabaran semasa dan menyelesaikan masalah2 masyarakat semasa yang tidak ada dalam silibus mereka?

PELIK

Aku pelik, kenapa kita tidak meniru sistem pendidikan di negara2 maju seperti UK dan sebagainya? Baru2 ni, aku berkenalan dengan pengasas Khalifah(tadika) yang begitu hebat dan berkesan dengan sistem tadikanya. Aku bertanya, idea dan cara beliau berjaya mengasaskan sistem tadika yang begitu hebat ini. beliau menceritakan kepadaku, macam mana kesungguhan beliau dan isteri merantau ke negara2 maju, dan melihat serta mengkaji sistem2 pendidikan tadika di negara2 tersebut. Lalu, mereka menganalisa dan merangka sistem pendidikan tadika (Khalifah) seperti yang ada pada hari ini.

Kalau mereka, selaku individu berjaya membuat perkara tersebut untuk sistem pendidikan pra sekolah(tadika), kenapa kerajaan, atau mana2 NGO , parti2 politik, jemaah Islam yang mempunyai kekuatan tersendiri tidak membuat perkara yang sama? Adakah PENDIDIKAN dipandang remeh oleh masyarakat kita? adakah ekonomi dan politik lebih penting dari pendidikan?

Sistem pendidikan kita pun macam pelik! Tidak melihat kepada keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar. Orang yang pakar dalam matematik, adakah diberikan pendedahan kepada mereka untuk mengambil bidang engineer yang lebih sesuai dengan jiwa mereka? Orang yang minat menghafal dan menganalisa, adakah disuntik semangat mereka untuk menceburi bidang agama, sejarah dan pengurusan? Sebab, saya ada ramai kawan2, yang saya melihat kehebatan mereka dalam matematik. Tapi,oleh sebab tersalah memilih bidang, mereka gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang itu. Bahkan, ada yang gagal dalam bidang itu! Dan, mereka menujukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mereka mengambil bidang engineer, selepas mereka di’tendang’ dari bidang yang asal!

Aku pelik, adakah terdapat silibus dalam pendidikan perguruan yang mengajar guru cara untuk men’detect’ kecenderungan pelajar2 beliau dalam bidang tertentu, terutamanya pelajar SPM. Kerana, kadang2, pelajar2 tersebut kurang matang untuk memilih bidang yang amat sesuai untuk mereka. Bahkan faktor persekitaran, ibu bapa dan keluarga amat mempengaruhi mereka dalam memilih bidang seterusnya. Sekiranya guru mampu memberikan pandangan yang bernas, berdasarkan pemerhatian mereka, pelajar berkenaan akan berfikir dengan lebih mendalam dan membuat pilihan yang tepat dengan diri mereka!