Monday, June 30, 2008

teruknya solat ku - siri 6 (mengharap)

“hai ali, ambik ni.. selamat hari jadi,”wish abu kat kawan baiknya, sambil hulurkan hadiah. tersenyum.

Ali mengambil dan merenung hadiah itu, hatinya berbunga!

“bukak la,special tau, just for u,”desak abu, tersenyum, kelihatan giginya yang tersusun cantik.

Tiba2..



dish! Hadiah tu dibaling! tepat2 melepek ke muka abu.

TAKUT

Aku teringat kepada kata2 senior aku, semasa di kisas, memeringatkan kami, bahawa solat yang tak sempurna akan dicampak semula ke muka kita, macam kain buruk kat hari qiamat. Siapa tak sedih kalau dengar macam tu? Ye la, ingat senang ke nak ke nak buat solat yang perfect? ingat senang ke nak capai khusyuk?

Tadi, masa solat zuhur, penyakit ku datang lagi, buat hal, tadi semakin teruk. Fuh, tak boleh nak fokus langsung, duk layan penyakit tu laa.. tau, hati ni dah terdetik, ingat benda lain selain Allah tu akan menjadikan aku fasiq, dan orang fasiq tak akan dapat hidayah!

Masa tu, cuba la semula lawan, nak dapat kan fokus semula, paksa hati! Then, penyakit tu datang lagi! Aih, sedih..

Bayangkan, nak solat tu bukan mudah. Kena ambik wudhuk, kena pergi masjid, kena korbankan masa study, kena korbankan masa borak dan macam2 lagi! Tapi, tiba2 je, solat tak khusyuk, lepas tu, kena campak pulak macam kain buruk, Allah tak terima! Jiwa mana yang sanggup bertahan?

ALLAH MAHA LEMAH LEMBUT

“umpama seorang fakir yang memberi hadiah sebiji durian kepada orang kaya, sedangkan orang kaya itu kalau membeli durian, bukan kira biji, tapi kira bakul. Namun orang kaya yang bersikap lemah lembut tentunya tidak memperkecilkan hadiah si fakir itu, malah dia tetap menghargai dan menganggap bahawa si fakir itu telah berusaha keras untuk melakukan kebaikan.”

“Allah SWT lebih baik daripada itu dan sebelah kurma yang diusahakan oleh hamba-Nya dengan tujuan untuk menghindarkan dirinya daripada bencana api neraka itu tetap mempunyai nilai yang besar disisi Allah”

Alhamdulillah. Aku terkedu. Kagum dan bersyukur. Kagum dan syukur kerana melihat Maha Lemah-lembutnya Allah. Nak sangat agar hamba2Nya masuk syurga. Tak de la, nak berkira sangat! Kalau Allah bersifat macam boss2 syarikat, yang sentiasa mahukan performance yang perfect 100% setiap masa, tak tahulah macam mana solat ku tu, layak ke diserahkan kepada Allah?

USAHA DULU

Tapi, tak boleh la plak aku nak ambik peluang. Memang la Allah tu Maha Pengasih, Maha Lemah Lembut, tapi Allah juga mahukan yang terbaik dari hamba-Nya.

Si kaya tu, mesti la dia dah tahu kemampuan si fakir yang memberikan durian kepadanya tadi. Mesti dia tahu betapa susahnya si fakir itu berusaha untuk memberikan durian itu kepadanya, tabah menunggu di bawah satu pohon durian, dan bila gugur je buah tu, terus je diberi kat si kaya tu.

So, aku mesti berazam bersunggu-sungguh dan berusaha dulu untuk capai rasa khuyuk tu! Hati aku ni memang suka sangat mengembara, aku pun dah tak tau lagi macam mana nak hadkan pengembaraan si hati ni.

Tapi, ingat!

Bila dah tersedar, mesti kembali ingat Allah!

SEMASA DAN SELEPAS SOLAT

semasa solat, aku mesti berusaha untuk amalkan mutiara2 dari tuk guru nik aziz yang telah aku tuliskan dalam siri2 sebelum ini. mesti ada rasa gerun! kalau tak, aku akan lalai, macam solat subuh tadi, langusng tak kisah tentang kualiti solat.solat je... hati ni dah merayau ke mana2...

mesti ingat akhirat! mesti fikir jadi fasiq kalau ingat benda lain selain Allah!

tapi, masa muhasabah lepas solat tu, baru aku boleh ada rasa harap tu, yakin Allah akan terima solat aku, kan Allah tengok pada usaha, bukan pada natijah dan keputusan!

KESIMPULAN

Rahmat Allah tu memang luas. Bergantung kepada aku sahaja, nak mendapatkannya atau tak.

Allah tu memang Maha Lemah Lembut, aku pasrah. Aku tetap mengharapkan agar Allah terima ibadahku walau dalam keadaan kurang sempurna, sebab aku bukan insan yang PERFECT...

ISLAM ITU AGAMA FITRAH

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, June 29, 2008

selamat berumrah, kenang daku dalam doamu

Malam tu, rumah ku agak meriah, penuh dengan manusia dan beg2. apa taknya, rumah Aku jadi tempat berkumpul untuk orang yang nak ke umrah malam tu. Harap2 rahmat Allah turun kat rumah aku..

“bila bertolak?” aku bertanya kepada ketua mereka, ekem.

“naik kapal pukul 11, tapi bertolak dari sini, lepas isya’ la,”jawab eckem, yakin.

“nanti jangan lupa doakan aku, ye?”pintaku, penuh mengharap.

“ramai sangat orang minta aku doakan, lebih baik kau tulis, lepas tu bagi kat aku,” ceroj bagi cadangan.

Tanpa buang masa...


Betul jugak tu, ku ambik pen, koyakkan kertas, dan tulis segala permintaan aku, lepas tu, aku bagi kat setiap orang, aku puas...

'seronoknya diorang, inilah untungnya belajar medik di mesir ni, mudah nak buat umrah,' bisikku di dalam hati.

UMRAH
kalau nak ikut dari sudut hukum, sekadar yang aku tahu hukumnya hanya sunat sahaja, tak pernah ku dengar ada ulama' yang mewajibkan umrah. Tapi, tak kan dalam hidup ni, nak buat yang wajib je... buat kek, kalau tak de perhiasan, memang jadi kek, tapi puas hati ke? nak ke beli kek tu, buat sambut besday?

dari sudut realiti sebagai student, umrah lebih mudah dilaksanakan, sebab umrah boleh dilakukan bila2 masa, tapi haji perlukan masa tertentu dan rukunnya pun lebih banyak berbanding umrah.

Sebab itu, biasanya student2 tidak akan membazirkan peluang pada cuti musim panas selama 3 bulan untuk menunaikan umrah. Lagipun, jarak antara mekah dan mesir tak ada lah jauh sangat. Tak payah naik kapal tebang, naik kapal je. Harga pun murah, pengalaman baru pun dapat.

Kalau nak balik Malaysia pun tak pe, sebab boleh buat umrah awal2, habis je umrah, terus balik Malaysia. Umrah tak de la lama sangat, 2 minggu je..Barang2 dari mekah pun terus boleh dibawa ke Malaysia, mak ayah pun lagi suka sebab dapat barang2 dari Mekah. berkat...

BAGI AKU

“kau tak nak buat umrah lagi ke tahun ni, bai?” seorang sahabat menyoalku. Waktu tu, semua orang tengah sibuk berbincang tentang umrah.

“belum lagi kot, tengok lah nanti,” jawabku..

“kau nak gi bila? Pesal kau tak nak pergi lagi?” biasalah tu, perangai manusia, suka mengorek rahsia orang.

“urm, nanti lah, aku nak tunggu aku mahir dulu bahasa arab, segala masalah aku settle dulu, baru aku pergi umrah. Entah, aku rasa macam tak puas hati je kalau pergi mekah tak pandai bahasa arab. Kalau boleh, aku nak berbual2 dengan orang arab, bercakap dengan imam masjid haram, baru puas hati, kan? Sebab tu, kalau boleh masa cuti ni, aku nak kemaskan bahasa arab,” jawabku, memberi penerangan..

IDIOM

Teringat masa zaman aku di smka tok jiring, masa tu aku di tingkatan 3. Guru2 bi kami suruh hafal idiom2, ‘nak sedapkan essei’, kata mereka. 'nanti dapat markah tinggi dalam essei..'

‘Kill two birds with one stone.’

Itulah antara idiom yang aku hafal dan aku pegang sampai sekarang. Aku belajar untuk membuat sesuatu perkara yang betul2 bermanfaat buat diriku, buat sikit, tapi manfaat dia besar.

BERHUJJAH TANPA ILMU
teringat plak, zaman aku kecik2 dulu, aku pernah berhujjah dengan ummi, bahawa umrah itu hukumnya wajib.
sebab apa?
sebab masa aku belajar kat sekolah, aku terjumpa satu ayat Al-Quran dalam buku teks, firman Allah,
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ‌ۚ
" Dan sempurnakanlah ibadah haji dan 'umrah karena Allah." (surah Al-Baqarah;196)
ustazah kata, kalau ikut kaedah bahasa arab dan ilmu usul fiqh, fi'il amar pada kalimah أَتِمُّواْ itu menujukkan suruhan yang membawa maksud wajib. Dan aku tersilap faham, menyangka umrah dan haji tu wajib dilaksanakan.

so, dengan jiwa sebagai seorang pemuda yang dapat ilmu baru, aku cuba berlagak pandai dengan ummi.
"angah, rukun Islam yang ke5 kata apa?" ummi bertanya, agak marah.
"urm.. tunaikan haji bagi mereka yang mampu,"jawabku, tenang.
"ada ke dalam tu, disebut umrah?" pantas ummi membangkang hujjah aku..
"owh, betul gak.." aku terkedu, begitu mudah hujjahku yang goyah itu dipatahkan.

Ini lah kesan, belajar ilmu tak habis, dah nak berlagak!semoga aku tak mengulangi lagi sifat itu..

Aku bersyukur kerana ada ummi yang pandai agama, pandai dalam melayani karenah ku..

DOA

Buat rakan-rakan yang pergi umrah; husaini, faiz, ekem, damak, faris, adam, ceroj, copok, ikmal, salman, anip, nash, faqih, najib dan rahman, aku doakan semoga Allah berkati kalian, semoga kalian selamat sampai dan beribadat dengan selesa di sana.

Semoga Allah tak lupakan kalian untuk mendoakan diriku; supaya Allah perkenankan permintaan ku setiap kali aku berdoa kepada-Nya, belajar tak lupa, bercakap lebih elok dan solat khusyuk.

Selamat berumrah…..

kenang daku dalam doa mu...

Friday, June 27, 2008

balik kampung??

selamat bermusafir,kawan2, jangan lupa baca doa ye?

“Bai, kau balik tak?” tanya seorang sahabatku.

“tak,” jawabku ringkas, malas nak layan pertanyaan sebegitu.

“tahun depan?” tanya nya lagi.

“tak,” aku menjawab.

“tak balik gak? Kenapa tak balik?” bertanya lagi..

Aku tersenyum..



RINDU

Siapa kata aku tak rindu kat family?

Baru2 ni, abah kirim gambar satu family kat aku. Ada gambar ummi dan adik2. Huhu, bukan main bergaya lagi abah, ummi plak macam tengah fikir sesuatu. Entah la apa yang difikirkan.

Tapi, gambar tu, aku sembunyikan, aku tak berani nak tengok. Sebab bila aku pandang je gambar tu, aku terus je ingat kat ummi dan abah, terus je nak balik kampung, walhal, amanah dari abah belum lagi ku sempurnakan.

HARAPAN

“angah, abah nak cakap dengan angah sikit ni,” abah ku berbicara, lembut je bunyinya.

“ye, apa dia abah?” balasku, curious.. masa tu, kami tengah berbual melalui telefon.

“angah belajar la betul2 kat mesir ni, tak payah la balik Malaysia, buang duit je. Abah nak tengok angah cemerlang dalam belajar. Usah dilayan sangat perasaan tu..” abah menyambung biacara.

Hatiku tersentak. kagum. Kagum melihat pengorbanan seorang ayah.

Ummi dan abah nak tengok aku jadi seorang berilmu. Bukan sahaja pandai ilmu perubatan, juga dalam ilmu agama. Ummi juga mahukan aku mahir dalam bahasa arab. Memang dia berharap agar aku menjadi ulama’. Sebab tu namaku Baihaqi, nama seorang ulama’ hadis.

PENGORBANAN

Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Aku pernah merasa makan nasi dengan berlaukkan air kosong.

Kini, keluarga ku membuka kedai, menjual ikan dan ayam. tapi sekarang, harga barang semakin mahal, lantaran kerakusan pemimpin yang tak merasai derita orang seperti kami! So, kedai abah ku semakin tak laku. Kami kesempitan. Siapa lagi nak tolong ummi dan abah berniaga kat kampung? Adik2 aku kecik2 lagi.

“angah doakan kami ye? Doakan supaya perniagaan semakin maju,” itulah permintaan abah kepadaku dalam perbualan telefon.

“tak pe la angah tak balik pun, yang penting angah call la ummi 2 minggu sekali ye?” pinta ummi.

Itulah pengorbanan hebat seorang ibu, sanggup dikorbankan rasa rindunya kepada seorang anak..

BERSYUKUR

Aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku dua orang istimewa ini dalam hidupku. Merekalah yang mencorakkan aku, mendidikku dengan amal2 dan ilmu2 Islam, demi melihat kejayaanku di dunia dan di akhirat. Sabar melayani karenah ku yang nakal. Sungguh, tak ternilai perngorbanan yang telah mereka lakukan! Sanggupkah aku menghancurkan harapan mereka?

“wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu ku kecil”

Buat sahabat2 yang pulang ke kampung, sayangilah ibu bapa dan buktikanlah kasih cinta kalian kepada mereka! Selamat bermusafir!

KESIMPULAN

Kini, segalanya terletak keatas diriku. Aku mesti memenuhi permintaan ummi dan abah, itulah juga arahan Allah kepadaku…

So, cuti summer ni, aku mesti manfaatkan sepenuhnya untuk mecari ilmu. Jangan join orang lain yang sibuk melayan movie. Aku tak nak hancurkan hati ummi abah dengan perangai buruk tu. Lebih2 lagi, Allah suka ke kalau aku buat benda macam tu?

Aku mesti membuat perancangan dan mempunyai target yang jelas. Aku tak mahu membazirkan cuti aku dengan benda yang sia2.. semoga Allah membantu aku..

“kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun. ” - sayidina Ali-


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
lagu yang membuakkan rinduku kat kampung

Thursday, June 26, 2008

teruknya solat ku - siri 5 (panduan untuk hati yang cintakan dunia)

‘entah apa2 la aku ni, tengah syok2 duk baca fatihah, aku terfikir nak masak apa ari ni!’

‘masa aku duk sujud, yang aku kena buat macam hinakan diri tu, boleh plak aku rasa seronok, sebab ingatkan lawak kawan2!’

‘sebut Allah Akbar banyak2 masa solat, tapi time sebut tu la, aku duk terbayang benda2 lain, tuk guru Nik Aziz kata perbuatan macam ni syrik kat Allah!’

Itulah muhasabah yang dibuat selepas solat. Teruk betul!

segala ilmu2 yang aku dapat dan telah aku post kan dalam siri2 sebelum ini, hanya memberi sedikit sahaja kesan kepada aku.. aku masih gagal nak capai khusyuk dalam solat!

orang lain solat, dapat pahala, aku dapat apa?

Orang lain solat, rasa seronok, sebab dapat borak dengan Allah, dapat ‘bersama’ dengan Nabi, tapi, aku tak rasa apa2 pun..



Orang lain solat, penuh khusyuk, aku solat tak khusyuk pun, kotornya hati!

CINTAKAN DUNIA

Kenyang. Sayang. Mumtaz. Menang.

Itulah perkara2 yang sering aku fikirkan. Itu yang duk mengacau sampai ke dalam solat. Sibuk nak penuhkan perut dengan makanan. Sibuk memikirkan nak masak yang best2 kat kawan2, sampai duk reka resepi yang pelik2 dalam solat. Sibuk sangat nak kejar kecemerlangan.

Persoalannya, untuk apa semua ini? berbaloikah dengan ganjaran yang bakal diterima? Mumtaz yang dikejar bawa rahmat atau celaka? Ya Allah, rahmatilah diriku..

Kata Imam Ghazali, “halangan bersifat batin lebih banyak jika dibandingkan dengan halangan bersifat lahiriah, kerana orang berada dalam lembah dunia dengan fikiran yang bercabang2 dipenuhi dengan daki dunia.”

Kesannya…

“Orang seperti ini sukar untuk menumpukan hatinya khusus kepada sesuatu perkara. Fikiran yang bercabang2 dalam memikirkan daki2 dunia itu menjadi musuh yang ganas kepada hatinya sendiri.

Analogi..

“Sesungguhnya orang yang fikirannya dipenuhi dengan daki2 dunia untuk kesenangan duniawi yangbersifat sementara itu, maka jadilah dia seperti burung yang berterbangan dan hinggap dari satu dahan ke dahan yang lain sehingga dia lalai untuk kembali ke sarangnya yang asal.”

PAKSA DIRI

Kata tua guru nik aziz, “mereka ini, bagi mencapai maksud sebenar dalam solatnya, TIDAK ADA JALAN LAIN selain bertindak sendiri untuk memaksa diri itu bagi memahami setiap kalimah yang diucapkan di dalam solatnya itu, malah dia mesti tahu dan sedar hatinya terpaksa atau mesti dipaksa untuk mengikut setiap gerak-geri dan segala ucapan yang dilakukan dalam solat tersebut.”

Ini yang paling praktikal bagi aku, Cuma aku masih gagal nak wujudkan perasaan takut kepada dosa!

Tuk guru menyambung ,“sebagaimana dia sedar bahawa apabila dia meninggalkan solat fardhu itu, adalah suatu dosa besar, maka demikian juga dia mesti sedar bahawa begitu besarnya dosa yang diterimanya apabila hatinya meninggalkan tanggungjawab dari mengikuti dan memahami segenap ucapan yang dilakukannya.

Sebab apa?

Jawab tuk guru, “ini kerana jika dia tidak mengambil tahu terhadap hatinya yang lalai dari memahami segala bacaan dalam solat, maka amatlah ganjil jika lidahnya menyebut supaya dihindarkannya dari jalan yang dimurkai Allah dan juga jalan yang sesat, seperti yang ada dalam surah Al-Fatihah. Tetapi, oleh sebab hatinya lalai dan fikirannya tidak tidak tertumpu kepada kepada apa yang diucapkannya, maka tiadalah dia sedari maka Allah murka atau sebaliknya.

Macam mana nak wujudkan rasa takut tu?

Pesan ustaz shauqi, anggaplah bahawa dosa yang dibuat dalam solat lantaran tak khusyuk dalam solat tu, tersangat besar! Sebab, memang tak patut aku teringat benda lain di dalam solat, selain Allah.

tapi, aku still tak boleh nak bayangkan takut tu. so, aku bayangkan dosa aku tak khusyuk tu macam aku berzina. bila aku nak lalai je, aku akan ingatkan diri aku tentang dosa zina!

MEMAHAMI

Bagaimana nak paksa hati ikut bacaan dan ucapan, kalau aku tak faham apa yang diucapkan?

“oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang berkeadaan demikian itu, hendaklah dia memaksa dirinya untuk mengambil tahu segala makna yang diucap dalam solat sama ada dalam ucapan fardhu ataupun sunat.”

Memanglah aku dah tak faham semua ucapan, sebab aku tak mahir bahasa arab. Tapi, aku dah tahu maksud setiap kalimah dalam fatihah dan bacaan dalam setiap rukun. Kenapa kadang2, hati aku lalai jugak?

“untuk membantunya dalam perkara ini, maka orang itu mesti bersiap sedia sejak sebelum solat itu didirikan, malah sebelum seseorang itu mengucapkan takbiratul ihram, sayugialah dia berdiri dulu, dengan menumpukan ingatannya kepada perkara yang bersifat Akhirat. Bayangkan seolah-olah, solat yang didirikan adalah solat yang terakhir. Bayangkan juga dalam ingatannya bahawa dia sedang berdiri di padang mahsyar. Berdirinya seseorang menghadapi suatu penentuan yang abadi bahawa syurga neraka menjadi salah satu tempat yang mana dirinya akan dihantar kesana.”

Jadi, aku mesti berusaha mencari maklumat tentang hari Qiamat. Aku mesti tingkatkan kefahaman aku pada Beriman Kepada Hari Qiamat! Guna la you tube, yahoo search, dan buku2 yang melambak di pasaran.

HARAPAN

Aku tak mahu kehilangan peluang dapat minum air dari telaga Nabi, dapat tengok wajah Allah, dapat semua benda yang aku nak kat syurga, hanya sebab aku malas berusaha untuk dapatkan solat yang khusyuk.

Aku tak sanggup kehilangan bidadari yang jelita2 kat syurga, hanya sebab aku nak dapat kasih sayang dari kawan2, yang mengacau fikiranku dalam solat.

Aku tak rela dibakar dengan api neraka, hanya sebab aku nak dapat mumtaz dalam peperiksaan, yang sering membuatkan aku risau tentang peperiksaan.

Aku tak sudi makan buah zaqqum , minum air yang menghancurkan diri aku, hanya sebab aku nak makan best2 kat dunia ni, yang mengganggu ingatanku kepada Allah.




KESIMPULAN

Sekarang, Cuma yang perlu aku buat ialah buang sifat malas! Malas nak cari maklumat yang boleh menyebabkan aku membayangkan suasana kat Hari Qiamat tu. Malas untuk paksakan hati untuk fokus dan khusyuk dalam solat.

Aih, ruginya kalau tak dapat berseronok dengan bidadari kat syurga, dah la jelita, taat plak tu…

Persoalannya, Sanggupkah aku berkorban untuk mendapatkannya??


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Kempen satu orang, satu buku



Khuyuk Dalam Solat
buku yang mantap dan bermutu
bahasa yang mudah dan ringkas
analogi yang tak terfikir oleh minda
- Ahmad Lutfi Othman-

harga
RM 13 bagi semenanjung Malaysia
RM 19 bagi Sabah dan Sarawak

belilah untuk saham akhirat anda!!
sangat2 membantu dalam solat
anda akan mengalami kesannya
yang tak dijangka2 !!

jangan kata tak nak, baca dulu!

nak tau serba sedikit tentang kandungan buku?
klik sini, sini, sini, sini,

bagi yang pulang ke Malaysia tu,
jangan lupa belikan satu buku
untuk kawan2 yang tak balik
untuk anda sendiri, jangan dilupa!

kenapa nak kena beli?
tak boleh ke pinjam dengan kawan2 je?
untuk pengetahuan--> ye, boleh!
untuk pengamalan dan penghayatan --> tak boleh!


sebab apa?
sebab tazkirah perlukan pengulangan
macam mana nak ulang, kalau buku orang lain??

fikir2kan...

cepat!!
bagi yang dah ada kat malaysia tu,
jangan bertangguh, jangan berlengah!
dapatkan buku ini sekarang!!

www.nufair.com






"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, June 25, 2008

Menguji atau Mengajar


1571 hingga 1574!

Alamak, no giliran aku dah disebut. Mak cik tu mengarahkan kami berempat masuk ke bilik pensyarah. Oral examination of histology.

Dup! Dup! ya Allah, takutnya… aku risau kalau2 aku tak dapat nak recall semula apa yang dah dibaca. Ingatan ku kepada exam anatomy membuatkanku semakin takut. Maklumlah, aku Cuma tidur satu jam sahaja malam tadi. Bukan sebab aku minum Nescafe atau ubat tahan tidur, tapi wabak ‘isomia’ telah melanda pada diriku malam tadi..

“Ya Allah, bantulah aku,” itu sahaja yang mampu aku ucapkan…

“what is your name?” pensyarah histology perempuan itu bertanya, sambil tersenyum. Beliau menjadi pemeriksa untuk oral examination aku hari ini.

“Ahmad Baihaqi?” dia bertanya…

“yes,”aku mengiakan pensyarah tersebut. Alhamdulillah,senyumannya meredakan sedikit ketakutanku.. itulah kuasa senyuman!



MENGUJI DAN MENGAJAR

“what is the lining of vas epidiymis?” dia bertanya.

“pseudostratified columnar ciliated epithelium,” dijawab dengan yakin.

“is it true cilia?” tanyanya lagi, cuba menguji kefahaman kami.

“no, it is streocilia,” membuktikan kefahaman dalam topik tersebut.

“yes, you are excellent! Is it logic, if organ that is storage in function, has cilia?”menguji lagi…

Kami tersenyum dan menafikan. Kemudian,beliau menceritakan, semasa dia belajar dulu, pensyarah2 ajar lining of epidymis is cilia, diorang pelik, kenapa organ yang berfungsi sebagai cilia mempunyai cilia? Kemudian, apabila microscop electron tercipta, barulah fakta itu dibetulkan semula. Sel yang lining epidymis tu, bukannya cilia tapi microvilli, berfungsi untuk meningkatkan luas permukaan untuk mematangkan sperm dan menyerap cecair dalam tube itu.. subhanallah!

Seronoknya! Pensyarah ni bukan sahaja menguji kami, bahkan beliau juga cuba betulkan kami, mengajar kami dan membetulkan kesalahfahaman kami dalam ‘histology.’

IKHLAS

Itulah ciri2 guru yang ikhlas.

Bukan hanya berperanan sebagai pengajar, juga sebagai pendidik. Mendidik kami, para pelajarnya untuk mengagumi kehebatan Allah dalam ciptaan-Nya yang memukau. Berapa kali beliau mengulang2 perkataan subhallah, menggalakkan kami untuk mengaguminya.

Guru2 ikhlas akan cuba memastikan pelajarnya faham dengan kefahaman yang betul dalam subjeknya. Tidak lokek dalam mengulang2 perkara yang sama jika pelajarnya tak faham. Bahkan, peluang untuk menguji anak didiknya semasa oral examination tidak disia2kan!

Tapi, bagaimana pula dengan aku sebagai pelajar, adakah aku ikhlas dalam belajar?

MENGAITKAN MEDIK DENGAN AGAMA

Inilah yang paling seronok. Di sini, pensyarah kami akan menyebut apa2 ayat quran atau hadis yang berkait dengan perubatan. Semoga iman ku semakin meningkat!

Firman Allah yang bermaksud, “Dia diciptakan dari air yang dipancarkan, yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan” (surah At-thariq; 6-7)

Kenapa Allah kata kita keluar dari tulang sulbi? Sedangkan sperms keluar dari testis. Dalam testis, mana ada tulang.

Aku terdiam. Betul jugak. Kenapa ye?

Pensyarah tu berkata, semasa kita dalam perut emak, testis tu dihasilkan behampiran dengan tulang belakang, kemudian testis tu pun bergerak menuju ke scrotum.

Owh! Begitu..

Subhanallah! Itulah ucapan yang sering terpancul dari mulut2 pensyarah2 kami. Menggalakkan kami mengagumi kehebatan Allah. Rugilah kalau iman aku tak bertambah-tambah!

KESUNGGUHAN

Aku rasa sungguh seronok belajar medik di mesir ini. pensyarah2 begitu bersungguh mengajar kami.

Aku ni jenis yang kuat bertanya, sebab aku ni tak macam orang lain yang tersangat ‘pick up’ dalam belajar dan aku juga suka fikir benda yang pelik2. Sebab tu, kadang2 aku fikir dengan cara yang kompleks, sehingga aku memeningkan kepala rakan2. maafkan aku..

Tapi, yang menjadikan aku kagum dengan pensyarah2 kat mesir ni, mereka melayani aku dengan baik .Aku tanya macam2, diorang jawab dengan tenang, siap tanya lagi, faham ke tak ni??

kalau aku suruh diorang ulang sambil tunjukkan muka ‘blur’, diorang pun ulang2 sampai aku faham.

KELAKAR

Kadang2 pensyarah di Mesir ni kuat jugak melawak. Nampak kami macam boring dengan subjek, diorang buat lawak. Apa lagi, tergelak sakan la kami kat belakang. Pulang ke rumah plak, diceritakan lawak doktor tu, lepas tu ketawa sekali lagi, ramai2.. huhu, seronoknya..

Percaya tak, ada kajian yang menunjukkan belajar dengan ceria lebih berkesan dari belajar secara tertekan. Aku rasa, pensyarah2 kat mesir ni berpegang kepada kata2 ni..

SAYANGI ORANG ISLAM

Apa yang menyeronokkan, pensyarah2 kami ni sangat menyayangi kami, walhal kami bukannya orang Mesir pun. Diorang seronok sebab kami semua ni orang Islam. Memang orang Mesir ni sangat bangga dengan Islam dan menyayangi sesiapa yang Islam.

Yang perempuan,bertudung litup, menyejukkan mata yang memandang, sangat memberi respon kepada soalan2 dari pensyarah.

Yang lelaki pulak, entah, aku tak berani nak komen.

Setiap individu yang berlainan jantina mempunyai perangai yang berbeza.

MEMUDAHKAN

Subjek medic ni bukan subjek yang mudah, banyak sangat benda yang kena hafal, terlalu banyak. Kadang2, rasa macam tak logic plak kami kena hafal sebanyak tu..

Disini, kadang2 pensyarah akan mengajar kami cara menghafal sesuatu istilah medik. Contoh; glossopharyngela nerve ialah cranial nerve no 9. Diorang kata, no 9 tu kan macam huruf g. huhu, mudahlah kami nak hafal, dah tak tertukar2 lagi dengan cranial nerve yang lain..

Malah, pensyarah2 kat sini juga rajin buat nota ringkasan. Daripada buku2 teks department dan buku teks international yang tebal2 tu, diorang buat ringkasan dan jual kat kami, mudahkan kami faham dan baca. Malah kadang2, diorang bagi free dan suruh kami fotostatkan dan edar kat kawan2.

Beruntunglah bagi sesiapa yang fotostat tu, sebab dia dah tolong mudahkan orang lain mempelajari ilmu fardhu kifayah. Kalau mudahkan orang lain dengan buat nota, lagi lah besar pahalanya, insya Allah.

PENYAYANG

"i'm like you mother here"

itulah kata2 dari seorang pensyarah kami. kami bertepuk tangan, terharu mendengarnya. memang jiwa perempuan ini bagus, mudah fahami perasaan orang lain. beliau faham keadaan kami yang jauh dari mak dan ayah.

pada masa tu, kami dah nak menduduki peperiksaan akhir tahun. beliau ingatkan kami supaya tidak study sampai lupa nak tidur, sebab dia amat risau kalau kami tak boleh nak recall semula apa yang dibaca, beliau tak nak kami fail dalam exam..

tapi, aku bukan tak nak tidur awal, tapi aku memang tak boleh nak tidur, macam mana ye?

DOA

“Doa adalah senjata orang mukmin” mafhum hadis.

Memang antara perangai orang Arab ni, mereka memang suka mendoakan orang. Kalimah2 doa mudah sangat terpancul dari mulut mereka.

Biasannya, selepas dari bertanya soalan, aku akan berterima kasih dengan mereka. Tak ku lupa meminta doa daripada mereka, semoga doa dari pensyarah ni berkat dan membantuku dalam mencapai kecemerlangan.

KESIMPULAN

Belajar kat mesir ni sangat best. Pensyarah sangat menunjukkan prestasi terbaik semasa mengajar. Sekarang, kecemerlangan itu bergantung kepada aku. Kalau aku tak cemerlang, memang salah aku!

Semoga Allah merahmati semua pensayra2 ku dan mengurniakan kecemerlangan kepadaku..

Thanks doctors, I love u all..




"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Tuesday, June 24, 2008

teruknya solat ku - siri 4 (hikmah sujud, ruku' dan duduk tasyahud)



“apa aku nak ingat masa ruku’ dan sujud?” aku bingung.

“apa hikmah sujud dua kali dan baca doa ketika duduk antara dua sujud?”

“tahiyyat akhir tu, panjang sangat la..”

Itulah luahan2 yang sering bermain2 di minda aku…


TAHU tapi TAK FAHAM

Ramai orientalis hafal quran. Ilmu mereka pun lebih banyak dari aku lagi! Tapi, kenapa mereka tak Islam?

Sekarang, ilmu2 banyak gila. Melimpah ruah. Cuba tengok kat pameran buku, banyak gila buku2. Berjilid2. Tebal2. Baca 10 tahun pun tak habis.

Tapi, zaman sahabat Nabi Muhammad dulu, ilmu2 bukannya sebanyak tu pun.. disiplin ilmu seperti ilmu tauhid, ilmu kalam, ilmu fiqh, ilmu tafsir tak wujud lagi. Tapi, kenapa iman mereka mantap? Aku?

sabda Nabi Muhammad SAW, "tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)"

Hadis ni, bukan aku tak tau. Dah berapa kali aku dengar!

firman Allah yang bermaksud, "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, " (Al-Ma'uun; 4-5)

Ayat quran ni, aku dah hafal pun! Tapi, mana kesannya?

KALAM ULAMA’

sebab tu, aku kena ambik kalam ulama’. Aku kena paksa diri, slow2. Insya Allah, Allah akan tolong aku. Dengan syarat aku itqan atas syariat Allah.

Alhamdulillah, aku dapat petunjuk dari kalam Imam Ghazali dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, khusyuk dalam solat.

RUKU’

Menurut tuan guru, ruku’ dalam solat tu macam gaya seorang yang sedang ‘surrender’. Perasan tak? Aku ni suka cerita perang2..

Badan tunduk 90 darjah.

Kepala tengok atas tanah.

Badan tengah mengadap qiblat.

Kaki tangan terpaku.

Kalau aku duduk macam tu depan budak2 14 tahun ke atas, kalau dia nak sepak kepala aku, aku boleh nak bertahan tak? Boleh nak mengelak?

Sebab tu, tuk guru kata, kalau dah 17 kali ‘surrender’ dengan Allah, sanggup lagi ke ingkar arahan Allah?

keras sangat ke hati aku ni?

SUJUD

Semasa sujud, muka aku ni tepat2 tersembam atas tanah. Asal aku dari tanah, dan aku pun akan kembali ke tanah! Kenapa pula kena sujud dua kali? Baca doa pula masa tengah duduk tu, kenapa?

Masa sujud kali pertama tu, aku mesti menghinakan diri, sebab aku ni dibuat dari air mani yang hina! Then, aku agung2kan Allah pula dengan bacaan sujud! Bacaan tu plak, mesti baca perlahan2 dan 3 kali. Kenapa? Bandingkan air yang menitik ke atas batu. Air yang menitik sikit2 dan berulang atau air yang banyak sekaligus akan melekukkan batu tu? Mesti la air yang sikit2 tapi berulang2! Begitu juga la dengan hati aku ni, bacaan yang secara berulang2 dan perlahan2 tu akan melembutkan hati aku yang dah keras ni, lebih keras dari batu!

aku juga mesti fikir tentang MATI, Sebab aku akan dikuburkan kat dalam tanah, tempat aku sujud sekarang.

Kemudian, semasa sedang rasa diri ni pacal hina dina,hati ini lemah, aku bertakbir dan bangun, duduk antara dua sujud. Pada masa ni, ku melafazkan doa dengan penuh kehinaan,

“ ya Allah, ampunkanlah dosaku, rahmatilah aku, penuhilah segala kekuranganku, berilah hidayah kepadaku, tolong sihatkan aku dan ampunilah aku.”

Sambung tuk guru, “setelah seseorang itu menyatakan yang demikian itu kepada Allah, maka sayugialah lagi sifat tawadhu’ itu dengan menghantarkan wajahnya kepada sujud yang kedua, supaya benar2 dia merasai khusyuk dan tawadhu’ di hadapan Allah.

DUDUK TASYAHUD

Tuan guru berpesan kepada aku supaya duduk dengan beradab, ‘iftirasy’ atau ‘tawarruk’.

“kemudia mengucapkan selawat: Selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi, dan apabila ucapan ini menggunakan perkataan ‘mu’ atau ‘kamu’ seolah2, seseorang itu sedang berdepan dengan Nabi SAW. Maka ketika itu, sayugialah dibayangkan atau dihadirkan di dalam hati, seolah2 bahawa Rasulullah SAW ada bersamanya. Dengan demikiaan, dari sudut psikologinya, ia memperlihatkan bahaswa seseorang yang melakukan solat itu tidak terasa bersendirian sebaliknya ketika dia mengucapkan ‘assalamu ‘alaika ‘ itu bagaikan Rasulullah SAW ketika itu ada bersamanya.”

Aku rasa seronok apabila terbaca perenggan ini. sebab Nabi bersama2 dengan diriku. Aku mesti yakin yang Nabi Saw menjawab salam aku tu, baru aku terasa aku bersama baginda.

Selepas ni, kalau tensen2, semasa solat, aku mesti buat benda ni dengan lebih yakin! Barulah aku tak terasa keseorangan, dan tak tensen2..

KESIMPULAN

Aku mesti hadirkan hati ,aku dalam setiap kali rukun yang aku buat. Kalau aku lalai masa ruku’ macam aku ‘surrender’ tu, aku cuba hadirkan semula semasa sujud, rasa diri ini dari air mani yang keluar dari tempat air kencing!

Kalau lalai juga, aku akan cuba untuk rasakan keseronokan bersama dan berbual dengan Nabi Saw… tak dapat jumpa Nabi betul2 pun, bayang2kan macam ada pun, jadi laa….

_________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal

Monday, June 23, 2008

teruknya solat aku -siri3 (jaga pandangan)


“wau, lawanya kain jubah dia ni,” kagum…

“uish, dia ni! Asyik gerak2 je, duk diam la sikit!” geram..

Tika itu, aku sedang solat di masjid. Terganggu betul dengan keadaan orang yang solat di saf depan.



FITRAH

Semua orang tau, semua manusia sukakan yang cantik2, yang lawa2. Sebab tu, manusia nak kan syurga. Aku tak pernah lagi jumpa manusia yang menolak lamaran perkahwinan dari wanita yang cantik dan baik. Cantik pada wajah dan perangai. Aku pun sama, sebab aku pun manusia, kan?

Kalau perangai teruk, orang suka tak? Buat benda2 yang mengacau zon ketenangan manusia. Agak2 manusia naik berang tak? Mestilah naik minyak, kan? Kalau nafsu tu mengusai diri lantaran lemahnya iman, boleh mati si pengacau itu, dibunuh! Begitu juga aku, tapi tak adalah sampai membunuh. Tapi, geram laa!

Itulah fitrah makhluk manusia.

SAF PERTAMA

“uish, dah azan Maghrib la..”

“makan dulu la.. nanti tak khusyuk plak dalam solat,” mencipta alasan.

Syaitan sedang ketawa keriangan!” bodoh punya manusia!”

Nafsu makan dan iman bertikam2 dalam diri aku! Siapa yang akan menang? Semuanya ditentukan oleh aku.

sabda Nabi Muhammad SAW, "tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)"

Bila aku terbaca dan teringat hadis tu, aku tergamam. Bodohnya diri ini. Nak dikejar sangat makanan tu, untuk apa? Dikejar sangat kuantiti study tu, nak dibawa ke mana? Nak diteruskan juga tengok video tu, apa faedahnya?

Study banyak2,kalau tak masuk dalam otak dan tak boleh recall time exam, apa faedahnya?

Apa lah sangat nilai MUMTAZ itu, dengan fadhilat di saf pertama?

Apalah sangat nilai kenyang itu, dengan KEBURUKAN menjadi ma’mum masbuq?

KEBURUKAN

Tengok la dialog di atas. Khusyuk ku terganggu dek baju orang di depan ku yang lawa! Khusyuk ku hancur dek perangainya yang suka bergerak2 dalam solat. Malah khusyuk ku terganggu dek bunyi hand phone orang sekeliling. Khusyuk ku pun hilang dengan ‘BUZZ’ kawan2 kalau aku solat kat depan lap top kat rumah!

PERANCANGAN

Padahal, kalau aku tengok buat persediaan lebih awal, segala masalah tu akan di atasi. Tengok la pukul berapa masuk waktu, kemudian, manage my time! Is it difficult?

Tuan guru nik abdul aziz sebut dalam bukunya, Khusyuk Dalam Solat,berkata imam Ghazali,

“antara cara untuk merawat penyakit lalai ialah memejamkan mata ketika solat. Kerana hati yang lalai mudah sangat mengikut kearah mana pandangan matanya.”

Ulas tuk guru,” memenjamkan mata dengan maksud menghindari dan memandang sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat. Misalnya, semasa dalam perjalanan menuju ke masjid, malah dalam kehidupan sehariannya.”

Tuk guru pun bagi cara supaya solat la kat penjuru2 dinding ke, atau mana2 sahaja yang boleh halang pandangan. Matlamatnya? Solat khusyuk.

Sedangkan Allah hanya menerima solat yang khusyuk. Antara caranya, mesti la duduk saf pertama. sebab bila solat di saf pertama, mesti pandangan aku terhalang oleh dinding. baju yang cantik, gerakan2 manusia sudah tak kelihatan...

So, sanggupkah aku nak gadaikan pahala solat dengan MUMTAZ dan KENYANG?? A’uzubillah….

KESIMPULAN

Aku mesti merancang waktu aku betul2. Solat mesti diutamakan.

sebab tu, antara hikmah solat ialah dapat mendisiplinkan diri.

Pandangan 2 biji mata yang akan berbicara di Hari Akhirat kelak, mesti aku jaga betul2. Kenapa? Sebab segala apa yang ditengok, terus masuk ke hati. PENYUMBANG UTAMA ke arah lalai!

_________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal

Sunday, June 22, 2008

ego seorang penuntut ilmu


Malam tu, aku berjalan pulang di lorong berhampiran rumah. Ingin menonton perlawanan bola sepak. Rusia vs Belanda. Aku sokong Belanda, dan memang aku jangkakan pasukan tu menang tahun ni.

Tiba-tiba, aku rasa ada orang pegang tangan aku.

“ismak eih?(kau nama apa?)”sapa seorang penduduk mesir, bersama gang2 nya..

“ahmad,”jawabku ringkas, malas nak layan orang mesir ni.

pemakaian dia dan kawan2 agak teruk. kalau tak silap, dia pakai rantai. lepas tu, gigit batang2 pokok yang kecik2...



“abla muslim, ismak eih?(sebelum Islam kau nama apa?)”tanya nya lagi.

“laa, ana muslim min awwal,(tak, aku muslim dari awal.)” jawabku bersahaja..

Dia pegang tangan aku, dan berkata,”bla…bla….(aku tak fokus sangat kepada apa yang dia kata)

Tapi, dia sedang menceritakan kebesaran Islam, Islam ni diturunkan oleh Allah.

“aih, malasnya nak layan mamat ni,” hatiku bersungut, lantas meninggalkan dia dan kawan2nya dengan muka yang agak 'gangster'! tapi, dia dan rakan2 ketawa berdekah2..

aku pun tak tau kenapa diorang ketawa, muka aku lawak kot kalau buat macam orang 'brutal'.

TUNJUK PANDAI

Senior2 kat mesir dan ustaz2 pun ada pesan, orang2 mesir ni, biasanya nak tunjuk pandai! Ilmu tu tak banyak, tapi sibuk nak betulkan orang.

“sebelum maghrib hari tu, ana masuk masjid, ana solat sunat ‘tahiyyatul masjid’, lepas je sembahyang, arab datang tegur.

“haram solat sebelum magrib!” si arab menegur ustaz syed abdul kadir, mengambil master dalam syari’ah.

“ana menafikan kata2 dia, sebab memang la dalam kitab ada sebut antara waktu yang diharamkan ialah selepas asar, tapi, ada juga solat2 yang dibenarkan, tapi arab tu tetap degil! Urm, biarlah malas la ana nak layan. Dan, kebetulan pulak malam tu, seorang syeikh mengajar kat masjid tu, menyebut tentang waktu yang diharamkan dalam solat dan pengeculiannya.. ha, baru si mesir tu tau! Ana senyum je..”

Seronok juga mendengar cerita ustaz tu.. orang mesir, orang mesir..

CARA ATASI

“kalau antum berhadapan situasi macam tu, cakap je la ‘ana musy fahim’ (aku tak faham)’ , lepas tu,buat tak tau je laa…

Tapi, aku kena yakinlah apa yang dia tegur tu memang SALAH! Kalau aku ragu2 betul atau salah, tak boleh la pula aku segan silu nak tanya ustaz2 kat sini.. ustaz2 kat sini ramai, sudi membantu pelajar2 medik ni… bersedialah menerima nasihat tu, kalau diri ini memang betul2 salah!

beruntungnya jadi pelajar medik kat mesir.

EGO DAN BERSANGKA BURUK

Entah, aku rasakan sikap aku pada si mesir ni macam silap pulak. Macam cerita yang aku nukilkan di permulaan blog, aku rasakan aku tersilap, tersilap kerana menilai mereka dari pandangan luar semata2!

Aku rasakan aku ego dan bersangka buruk ke atas mereka. Mereka nak terangkan kepada aku tentang kehebatan Islam, tapi kerana penampilan mereka yang sebegitu, aku terus menolak mereka. aku berlagak sebab aku seorang sedang mencari ilmu kat mesir ni, aku anggap aku ni lebih pandai dari orang mesir tu! sebab aku banyak membaca!

lantas, aku tak mendengar betul2 kalam2 mereka.. aku terus je set dalam minda aku,mereka ni nak berlagak pandai! mana tau kalau2 mereka tu orang pilihan Allah.

Nabi Muhammad Saw bersabda yang bermafhum;" TAK MASUK SYURGA seseorang yang hatinya ada perasaan sombong walau sebesar biji sawi."

Nabi bersabda lagi yang bermafhum dalam hadis qudsi, yang menggambarkan ego itu adalah sifat Allah, dan barangsiapa yang ambil sifat2 Allah itu, Allah akan mencampakkanya ke dalam neraka!

"ya Allah, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya aku ego ya Allah! tapi Kau lah Tuhan yang Maha Ego, ampunkan aku kerana terambil sifatMu, sesungguhnya aku tak sengaja. tolong berikan aku taufikmu setiap kali aku menghadapi situasi sebegitu lagi," -ameen-

inilah bahananya kalau terlalu rajin belajar jika tidak berdasarkan iman yang kukuh!

KAGUM

Semasa bulan ramadhan, aku dapat tengok orang2 mesir yang pakai jeans, berbaju ketat(lelaki), menangis2 dalam solat, menitis air mata semasa membaca doa qunut, berebut2 saf pertama.

Aku plak? Nak menangis macam mana kalau tak faham?

Nak rebut saf pertama macam mana kalau dengar azan baru nak turun ke masjid?

KESIMPULAN

Dalam hidup ini, ada pelbagai ragam manusia.

Don’t judge a book by its cover.

Mungkin orang itu hanya tak cantik dari luaran penampilannya( tak sampai tahap dedahkan aurat), tapi ilmu dan imannya power.

Dan untuk diriku ini, belajar la setinggi langit pun, kalau tak amal, tak ada makna!

Kalau iman tak meningkat, sia2! Kalau akhlak masih teruk, buang duit dan masa!

tapi, jangan nak menafikan hati ni elok, kalau dah jelas2 langgar syariat Allah!

seperti ulasan us zaharuddin.

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'."

- us zaharuddin.net-
_________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal


Saturday, June 21, 2008

exam psikologi, taman cantik dan solat

oleh sebab isomnia, aku mula tido lepas subuh. aku telah mimpikan sesuatu yang pelik. kalau kalian ada tafsiran, harap dapat tolong uraikan.




mimpi1:EXAM PSIKOLOGY
time tu, sebelum exam psikologi.
exam psikologi dalam mimpiku ni pelik!ada soalan subjektif dan objektif.
entah kenapa, sebelum exam psikology ari tu, aku tertidur beberapa jam sebelum exam start. time tu soalan berbentuk objektif!yang sedihnya, kawan2 aku tak kejutkan aku.
"laa..ingat kau dah pergi!" kata ahli rumah aku...
so, aku dah kehilangan markah untuk soalan objektif.

lepas tu, aku tanyakan abg iqbal dan abg mede(senior2 aku), macam mana pembahagian markah untuk soalan subjektif dan objektif?(aku takut fail) diorang kata markah untuk soalan objektif dan subjektif tu macam lebih kurang sama je. diorang tak tau la macam mana nak tolong aku. lepas tu, aku cuak sangat, aku tak boleh nak belajar! aku cerita kat abg mede, dia pegang tangan dan dada aku(kalau tak silap) dan dia baca something, pastu dia suruh aku doa, aku doa tapi still lagi tak tenang. time tu, amin pun ada dalam mimpi aku. dia tengok je kat aku.

lepas tu, tengah2 buat persediaan untuk exam psiko untuk soalan subjektif plak, kawan amin(ustaz-ustaz) datang rumah. ustaz tu baik gila, dia masak untuk kami. aku puji la diorang dan aku agak sedih la sebab kenapa tak ramai ustaz yang baik macam tu. wal hal semua ustaz ada ilmu tentang islam, ada ilmu tentang harakah islamiah, tapi kenapa tak cuba2 nak tarik mad'u budak medik2 dengan cara begini?

cuma, yang seronoknya, result untuk psiko tak kuar lagi..(sebab aku dah terjaga dari tidur) so, aku tak tau la aku fail ke lulus! tapi dalam mimpi tu, aku dah bayangkan la keadaan aku yang dah fail exam tu. aku terbayangkan muka senior2 aku yang fail exam psikologi tahun lepas. ya Allah, takutnya kalau fail (di alam realiti, aku doakan supaya aku tak fail.. ameen)


mimpi2:TAMAN CANTIK
faid dan kawan2(termasuk aku) sewa satu kereta. kami pergi melancong. masa tu, kerajaan mesir dah bagi satu tanah yang sangat besar kat kerajaan malaysia. so, kerajaan kita buat la bangunan kat tanah tu. (aku tak tau la plak bangunan tu untuk apa)..

apa yang bestnya, bangunan tu canggih gila, kereta boleh lalu atas bumbung dan boleh parking kat setiap tingkat bumbung tu. memang canggih la! tangga kat atas bumbung tu boleh di'adjust' jadi laluan kereta.....lepas tu, nak bagi tau, kerajaan kita buat taman cantik2 kat sekeliling bangunan tu, termasuk la atas bumbung tu! banyak gila pokok pelik2.

time tengah syok2 naik atas bumbung tu, tiba2 kereta tu habis minyak! alamak, kereta tu terus je menggelongsor kat bawah.. haih, cuak bukan main la masa tu. nasib baik, kat setiap tingkat bangunan tu agak landai, so, kereta tu pun berhenti. alhamdulillah! time tu, memang kami kutuk2 l driver tu. ada ke patut tak isi minyak betul2. tengok,kan dah abih minyak! camne nak balik nanti!

lepas tu, kami pergi la ke taman2 yang cantek tu! pergh, rasa macam bukan berada kat mesir! dengan bersihnya, cantiknya, menghijaunya, memang cukup2 mendamaikan. pendek kata memang cantik la. ada satu pokok tu boleh gerak2, bila aku bawa something dekat dengan pokok tu, ia gerak2 ke arah benda yang aku bawa tu, bersuara plak tu! pelik2.

mimpi 3:SOLAT
hari tu, aku dan orang lain tengah tunggu giliran nak ambik wudhu' kat masjid. tapi, oleh sebab ramai orang, tunggu la lama2.

"huh, ambik wudhu' kat tandas laa.. "
"aik? ada jugak orang!" air pun tak la laju sangat!
"tak pe la.."

aku masuk tandas tu, then aku ambik wudhu'.

tapi,
tiba2 je waktu solat tu dah abih!
aik? apa maksud ni?
entah, apa dosa yang aku buat, sampai aku terlepas satu waktu!
astaghfirullah...

" ya Allah sebagaimana Kau mencantikkan ciptaan-Mu, kau cantikkan lah juga ibadatku. berilah aku dapat amalkan ilmu2 ku... janganlah sekiranya, mimpi solat itu menjadi kenyataan.. jangan golongkan aku dalam golongan orang yang lalai dalam solat, ya Allah. ku tak mahu merasa neraka wail Mu... "

p/s; kalau sesiapa ada sikit huaraian , pandangan untuk mimpi2 ni, harap dapat tolong uraikan..
________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal

teruknya solat ku - siri 2


Allah Akbar Allah Akbar 2x

“aik? Dah azan? Pukul berapa dah ni?”

“laa.. dah kol 4.30 pm”

“tak pe la jap, kat mesir ni lambat iqamat, study la kejap,banyak lagi tak baca ni. Nanti dah iqamat aku pergi la.”

Aku bermonolog semasa azan dilaungkan. Tika itu, exam sangat la dekat. Mujahadah antara belajar dan menyambut azan. Seruan menuju kearah kejayaan langsung tak menusuk hati, gelapnya hati.. iman vs nafsu belajar!



TIUPAN SANGKAKALA

Menurut tuan guru dr nik abd aziz dalam buku khusyuk dalam solat, beliau berkata,

“jka sewaktu mendengar seruan azan, ramai manusia yang malas untuk bangun menyahut seruan azan itu bagi menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid, maka demikian juga keadaan manusia ramai yang baru dibangkitkan dari kubur dengan keadaan lemah, namun mereka terpaksa melangkah juga setelah mendengar tiupan sangkakakala sekalipun dalam keadaan malas bergerak.”

Tuk guru suruh bayangkan keadaan masa seruan azan tu macam tiupan sangkakala. Bayangkan keadaan manusia ketika itu. Aku dan orang lain bergerak ramai2. Nak kemana lagi kalau bukan ke padang mahsyar! Masa tu, segala amal aku akan dihitung! Aku suka ke, aku tak suka ke! Aku malas ke aku semangat ke! aku tetap akan kesana!

HIKMAH

Tuk guru pesan, kalau aku dah dapat bayangkan keadaan itu, sudah pasti aku akan rasa gerun! Gerun nak buat jahat! Bila dah ada rasa gerun, tak mungkin aku aku tak teringat untuk menjaga kesucian hati! Bersih dari perbuatan keji! Bersih dari ingat benda lain selain Allah! HATI itu adalah pusat tumpuan aku semasa mengadap Allah!

Imam Ghazali pun ada bagi kata2 perangsang, " orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat jemaah, di akhirat kelak, Allah akan menjemputnya dengan segala lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya. orang itu tak perlu tergopoh-gapah bangun ketika mendengar tiupan Israfil, kerana dia telah berusaha dan melatih dirinya menyahut seruan azan secara serta-merta walau dalam keadaan sulit sekalipun."

eii, seronoknya.. aku nak la jadi tetamu Allah. tapi, mudah ke nak lawan nafsu??

BERDIALOG DENGAN ALLAH

“bai, aku tak suka la orang paksa2 aku!” dia berterus-terang.

Masa tu, aku ajak dia join smart circle.

Aku tergamam! Hati mana yang tak tersentuh dengan kata2 begitu? Dah la dia tu junior aku.. selamber je kata macam tu!

“Macam mana ye aku nak berbaik semula dengan dia ni?” dalam solat ari tu, aku bermonolog sambil membayangkan suasana itu, pertengkaran aku dengan dia. ~aih~

Tuk guru kata, “ketika seeorang itu berdiri di dalam solat, dia sedang mengadap Allah. Hendaklah ia membayangkan seolah2 doa baru dibangkit dari kubur dan bersoal jawab dengan Allah.”

Nah, aku sekarang sedang mengadap Allah! Bercakap2 dengan Allah. Boleh ke nak bercakap2 kalau aku sendiri tak faham apa yang aku ucapkan? hati dah melencong ke lain. Ingat macam2 cerita!

Tuk guru bagi analogi, hati ni macam anggota badan yang lain juga, mudah juga nak mengembara ke mana2. Tu yang masa solat, aku boleh ingat suasana aku kat dunia luar solat.

Ni kata2 tuk guru yang menyengat! “betapa pula jika solat yang disifatkan sebagai dialog atau percakapan penting antara manusia dseorang hamba dengan Khaliqnya, yang didalamnya ada pelbagai pujian, permohonan dan harapan tetapi dia sendiri tidak fahami apa yang diucapkannya. Sudah pasti dia gagal dalam melaksanakan solat tersebut.

Uish, bukan benda kecik ni! Tak faham apa yang aku ucap sebab hati ni dah melencong! Tuk guru kata, aku gagal tunaikan solat. Gagal exam, boleh ulang! Gagal solat? Kalau tak neraka, ada tempat lain ke??

HIKMAH

sebab tu aku kena ingat macam aku sedang mengadap Allah kat padang mahsyar tu. Dah tak ada sape2 lagi nak bantu! Aku dengan Allah! Rasa la sikit gerun hari qiamat tu! masa tu, dah tak ada masa nak patah balik. Sifirnya mudah, Aku cemerlang, SYURGA! Aku lalai, NERAKA! Amalan aku banyak, tapi Allah tak terima, NERAKA! na'uzubillah..

KESIMPULAN

Gerun! Sifat tu aku mesti wujudkan! Dengar sahaja azan, mesti diwujudkan rasa gerun tu. Ingat sangkakala! Semasa solat pun sama. Ingat dialog aku dengan Allah kat padang mahsyar! Semoga Allah mudahkan diriku….

_________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal

Thursday, June 19, 2008

teruknya solat ku - siri 1


Allah Akbar! takbiratul ihram...
"urm.. lepas ni nak beli handset apa ye?"
"apa ye origin of palmaris longus ?"
"urm.. nak jadikan blog menarik, kena la buat gitu.... gini...."

"alamak, aku tgh solat laa! astghfirullah..."
"cuba hayati perkataan tu, hadirkan rasa takut kat Allah! bayangkan lafaz perkataan tu!" aku cuba betulkan semula keadaan...

kemudian,




Allah Akbar! eih, dah sujud?
"camne la exam aku tadi... ada ke patut aku jawab semua soalan? dia kan minta aku jawab 4 soalan je?? dah la ada satu soalan tu aku merapau gila!"
"alamak, lupa la plak tulis vein of thyroid gland kat blood supply of thyroid gland!"

~aih~ tengah solat la ni..

itu lah aku, dialog tu berulang2 masa aku tgh solat...

MENCARI2

huh! bosan la baca buku medik! baca benda sama je... aku pun lari ke rumah damak, mencari kelainan...
"syakir, ada buku best2 tak?"
"tengok la dalam almari baju aku tu," syakir membalas..

aku bukak je almari baju tu, " rahsia khusyuk dalam solat" karangan tn guru dr Nik Abdul Aziz Nik Mat terpampang di depanku...

alhamdulillah, aku melonjak keriangan! buku yang ku cari selama ni!

"syakir, pinjam ye?" mengharap..
"amik laa.." "huhu.. alhamdulillah seronoknya.." hati ku ber'bicara'.

tak sangka plak ada rahmat aku ke rumah damak ari tu....

MENIPU
kata tuk guru nik aziz, dalam buku tu,
"berwaspadalah kepada 3 janji yang dibuat semasa mendirikan solat iaitu semasa mengucapkan takbiratul ihram, bahawa lidah mengakui kebesaran Allah SWT, kemudian Doa Iftitah, mengaku bahawa ia mengadapkan hatinya kepada Allah SWT dan seterusnya mengatakan 'hanifan muslimin', janganlah menjadi pendusta terhadap Allah SWT ketika melafazkan janji2 tersebut!"

tengoklah! semasa nak start solat tu, aku dah kata Allah Maha Besar, tapi masa tengah2 solat, (bukan dah habis solat!) hati aku lalai, aku besarkan benda2 lain plak.. aku besarkan tentang handphone! exam! blog! mana pengakuan yang aku buat tadi tu??

(fuh, nasib baik aku tak baca doa iftitah, kalau tak lagi banyak pendustaan yang aku buat!)

----------------------------------------------------------------------------------------------
tuk guru kata lagi, "sekiranya seseorang itu, ketika lidahnya mengatakan Allah Maha Besar, pada ketika yang sama di hatinya turut berada benda2 yang lain, maka dengan sendirinya dia telah meletakkan benda2 itu selaras dengan Allah SWT. seolah2, dia telah mengagungkan benda2 yang lain itu sama dengan Allah SWT."

ni yang paling pedih! " bagaimanakah solat itu hendak dikatakan sebagai ibadah kepada Allah? sedangkan sejak awal2 lagi, dah dimulai dengan syirik kepadaNya di dalam hati. waspadalah terhdap bahaya tersebut terutama bagi orang yang hidupnya mengutamakan dunia semata-mata..."

aku utamakan exam dalam hidup aku? exam tu perkara dunia! entah, susah la nak praktikal kan bawa exam ni ke akhirat!

-----------------------------------------------------------------------------------------------
sambung tuk guru, orang seperti ini tergolong dalam golongan orang yang fasiq! dan Allah tak akan bagi hidayah kat orang2 yang fasiq!

habis tu, apa makna aku mohon kat Allah bagi kat aku hidayah dalam surah al-fatihah tu?

PENYELESAIAN

tuk guru bagi penyelesaian supaya aku mesti selesaikan masalah aku ni dengan bertaubat sebab aku dah menipu Allah! kalau tak, aku tak akan dapat hidayah!!

tapi aku mesti ingat! tuk guru pesan, taubat yang tidak bersungguh2 akan yang menyebabkan terulangnya perbuatan berbahaya itu juga adalah satu dosa lagi!

--------------------------------------------------------------------------------------------
LALAI

1.firman Allah yang bermaksud, "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, " (Al-Ma'uun; 4-5)

2.sabda Nabi Muhammad SAW, "tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)"

kata tuk guru, kalau aku lalai dalam solat, maknanya solat aku tu tak de nilai langsung kat sisi Allah. sia2 la aku solat...
dah la penat! korbankan masa study!
tak nak solat? nak kena bakar dalam neraka? ~aih~

---------------------------------------------------------------------------------------------
tuk guru sambung lagi, orang lalai tak akan merasai kebesaran Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan pujian memuji Allah!

kalau begitu, tak de makna la ucapan aku sebelum2 ni??

-----------------------------------------------------------------------------------------------
3. yang ni lagi perit! tuk guru kata, "apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang se seorang itu untuk mengahampiri Allah meskipun Allah mengatakan bahawa Ia lebih hampir dengan urat marikh seseorang!

kalau begitu, kalau aku lalai, Allah semakin jauh la daripada aku!alamak, kat siapa lagi aku nak mengadu msalah aku lepas ni? nak ngadu kat kawan2,diorang mampu ke?

kat siapa lagi aku nak pohonkan doa supaya Allah bagi aku mumtaz dalam exam baru2 ni? dah la soalan2 exam baru2 ni agak payah!

---------------------------------------------------------------------------------------------
4. Aku melafazkan firman Allah yang bermaksud"Engkau yang ku sembah dan Engkau lah tempat aku memohon pertolongan."(al-fatihah; 5)

jelas, aku mengatakan bahawa aku aku dah buktikan kesetiaan aku kepada Allah, BUKAN menjadi penyembah kepada hawa nafsu atau yang lain2.

tapi, aku masih lagi nak buat maksiat! aku jadi hamba nafsu! aku dah bercanggah dengan dengan ucapan yang aku cakap masa solat bahawa aku hanya menyembah Allah semata2!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
PENYELESAIAN

tuk guru suruh aku muhasabah balik lepas solat tu, sebanyak manakah aku masa untuk aku khusyuk dalam solat! kalau khusyuk tu skit, sikit je la yang aku dapat. kalau tak khusyuk langsung, sia2! tak de makna! :(

dan based on nasihat imam ghazali, beliau suruh aku sedar dan menurut dengan hati apa yang aku lafazkan dalam solat. aku dah faham al-fatihah. so, aku mesti la memaksa hati aku ikut dan fahami fatihah itu! barulah hati itu tak lalai!
_________________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal

aku ta'asub??

"bai, kau ni ta'asub sangat la dengan us hasrizal," seorang kawan menasihatkan aku.
"kita boleh baca dan percaya idea2 seseorang, tapi kita tak boleh nak ta'asub," seorang senior menasihatkan aku selepas aku menyampaikan idea us hasrizal.

setiap kali ditimbulkan kata2 sebegitu, aku terdiam! kembali berfikir, betulkah selama ini aku ta'asub?



aku ta'asub kat us hasrizal?
BERKENALAN
aku mula berkenalan dengan saifulislam.com semasa aku di tingkatan 4. kawanku, firdaus kadir yang mencadangkan aku membaca laman ini..' aku tidak pedulisme'
itulah tajuk yang pertama aku baca, tapi pada masa tu, aku tak begitu tak tertarik dengan saifulislam.com..

entah bagaimana, aku mula tertarik semula dengan saifulislam.com semasa aku kat mesir. aku pernah tak tidur kerana membaca artikel2 di sana. ye la, sebab aku baru start baca, banyaklah artikel2 yang aku tak baca lagi.. berbekalkan matlamat untuk menghabiskan semua artikel2 tersebut, aku tak tidur malam. bukan sebab aku tahan mengantuk, tapi memang aku tak mengantuk! seronok sangat membaca artikel2 di saifulislam.com.

PENGUBAH FIKIRAN
"huh, barat kafir!"
"malas aku nak baca, dah la bahasa inggeris!"

begitulah lebih kurang ayat2 aku semasa aku belum mengenali saifulislam.com.. huh, begitu teruk!
tapi segala2nya berubah bila aku berkenalan dengan saifulislam.com
ini semua kerana artikel beliau yang bertajuk 'menjahilkan diri terhadap musuh', aku tersentak membaca artikel ini. segala paradigma aku kepada barat berubah.



dulu, aku sangat membenci bahasa inggeris dan malas nak baca buku2 bahasa inggeris, lebih2 lagi yang membabitkan agama! namun, kerana sentuhan us hasrizal, aku mula berjinak2 dengan buku2 bahasa inggeris, terutama yang melibatkan human mangement. aku terkesan dengan kata2 beliau"Maka ’kenal Allah’ tetapi ’tidak kenal manusia’, menjadikan kita sombong apabila bercakap kepada manusia dengan lagak tuhan!"

sejak daripada itu, aku mula membaca buku2 tentang human management.. kebanyakannya dalam bahasa inggeris. pemalas betul la bangsaku ini!

tambahan pula, semasa aku di kisas, "pandai dalam bahasa inggeris mudahkan kita untuk berdakwah!" kalam us kamal semasa perhimpunan harian kat kisas. time tu, result bi agak merundum di kalangan kami.. see! what he said!

maka, aku mula berjinak2 membaca buku bahasa inggeris. bi aku memang la hancur! baca buku, bukak kamus! baca lagi, bukak kamus lagi! tapi, oleh sebab nak faham idea2 dari buku itu, aku mesti mujahadah! aku nak jadi orang berilmu dan tak menjahilkan diri kepada musuh!


BERBAHASA
"woi, apa ni! agak2 la.. bersatu2 la.."
"bodoh betul la dia ni..." lepas kemarahan kat kumpulan tertentu.

oh! teruk betul la aku ni.. suka sangat menghukum orang! padahal diri tu bukan bagus sangat pun! ilmu tak de la mantap! aku da'i bukan qadhi'! Ahkam, Tahkim dan Mahkum, telah menjadikan aku berbahasa, hormat dengan orang lain dan menjauhi perdebatan yang sia2!

haa, satu lagi, aku suka sangat gunakan perkataan yang ringkas dalam tulisan.. kalau 'yang' jadi yg, kalau 'pergi' jadi 'g' dan lain2.. dulu, aku tak pernah terfikir pun kepentingan bahasa, hanya yang ku tau, aku belajar bahasa untuk aku faham ilmu2 lain dalam bahasa asal.. tak pernah terfikir lebih jauh dari itu! tapi, kemunculan artikel dalam saifulislam.com ini, bahasa intan kaca, bahasa itu sikap, bahasa akal bahasa hati telah berjaya mengubah pendirian ku.. tak sangka plak sebegitu hebat peranan bahasa!

CLOSED MINDED
"aku mesti pilih jemaah ini, sebab ini la jemaah paling lama! jemaah lain mesti dibubarkan dan tolong jemaah ini! kalau jemaah ni lemah, bantulah! pesal nak tubuh jemaah lain plak?"
"mana ada pekdah jemaah tu, menyusahkan je! ni la melambatkan perjuangan Islam ni!"

ya Allah, teruk betul kalam2 aku dulu! pemikiran aku tertutup! hanya memandang satu tu aje yang betul! dah tak nak terima kebaikan dari jemaah lain! walhal, masing2 menyumbang peranan masing2. nak suruh bubar jemaah, macam mustahil. so, lebih baik bekerjasama. kita bersatu pada apa yang kita mahukan. itulah kesimpulan yang aku buat dari pembacaan di saifulislam.com. tapi, aku still tak boleh nak terima jemaah yang berlawan dengan jemaah yang dah sedia ada! jemaah itu keperluan ummah itu tujuan.

tapi, untuk berperanan, aku mesti terlibat dalam satu jemaah je! dan jangan nak terima sahaja dari jemaah! apa yang aku boleh bagi kat jemaah? itulah persoalan yang paling penting! jernihkan fikrah sebelum dakwah.

ya Allah, rindunya kat kalian..
SIKAP
apa yang paling penting, saifulislam.com telah banyak mengubah sikap aku! syukran jaziila diucapkan kepada ustaz hasrizal. sekarang, aku lebih banyak berfikir untuk mempraktikalkan teori2 ilmu yang ku pelajari, berbanding 'bercakap macam nak meletup' dengan kawan2.
usaha ustaz hasrizal dalam mengislamisasikan buku stephen covey, 7 habis to be an effective person, sangat2 membantu dan mengubah sikap dan pendirian aku!

huh, banyak gila sikap aku yang tersilap selama ini, terutama berhubung dengan sikap da'i kepada mad'u dan hubuungan antara sunnatullah dan syariatullah. artikel us pasal jenayah akademik aktivis dakwah sangat2 menyengat! tepat2 kena atas batang hidung ni sendiri!

TA'SUB
ye ke, aku ta'asub? bacalah pandangan sorang ustaz tentang ta'asub.
Gejala Ta’asub dapat dilihat pada ciri-ciri yang dimiliki oleh umat Islam terhadap tokoh-tokoh tertentu atau pada fahaman tertentu seperti :

1) Menganggap apa yang disampaikan oleh guru atau fahaman mereka sebagai mesti benar dan tidak akan salah sama sekali
2) Menganggap apa yang diucapkan oleh guru dan tokoh tertentu mesti bertepatan dengan kitab dan sunnah atau membawa maksud dari kitab dan sunnah
3) Menyakini kelebihan guru dan fadhilatnya yang melebihi orang lain sekaligus menjamin kebenaran pendapatnya
4) Merasakan gurunya sudah cukup menjadi rujukannya tanpa perlu melihat kepada pendapat orang lain atau kepada ulama dan tokoh lain
5) Menyakini jalan perjuangan yang dibawa oleh gurunya bertepatan dengan kitab dan sunnah serta mesti disokong walaupun tidak memahaminya atau masih belum memahami isi kandungan kitab dan sunnah

aku rasa, aku tak de la mencapai ke tahap seperti itu. aku cuma amik apa yang baik dari ustaz. aku tak de la menerima sepenuhnya, kalau ada benda yang aku tak faham, aku akan bertanyakan orang yang faqih! lagipun, salahkah aku mengangumi tokoh yang banyak mengubah aku?

tengok la apa kata us hasrizal dalam saifulislamisme.com
"Kesemua artikel saya berulang kali membenci taqlid. Sama ada taqlid hukum, mahu pun taqlid metodologi, taqlid dakwah, taqlid politik dan taqlid beragama. Kerana taqlid sebegitu membunuh unsur penting kejadian manusia… akal fikiran dan waras pertimbangan.

Kesemua artikel saya berulang kali membenci taassub. Sama ada taassub menerima, atau pun taassub menolak. Kerana taassub itu juga menghijab manusia, daripada memenangkan kebenaran, yang satu-satunya jadi titik perkiraan Allah di alam Sana.

Kesemua artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub.

Tetapi jika seruan saya itu pula menjadikan segelintir pembaca bertaqlid dan taasub dengan saifulislam.com, mereka telah menghabiskan masa yang banyak di sini kerana gagal menggarap cita-cita dan harapan yang satu itu. Jangan sesiakan kesempunaan diri sebagai insan, dengan membiarkan diri dirantai hidung."

"
Saya menolak open house saifulislam.com, saya tidak gemar dengan idea saifulislam.com fan club dan pelbagai lagi contoh saranan yang pernah dikemukakan kepada saya. Semua cadangan itu akan menjadikan saya dan pemikiran saya sebagai pusat, dan ia adalah sebesar-besar perkara yang saya hindarkan."

KESIMPULAN
gejala ta'sub bukanlah satu fanomena yang baik, sebab ia menghalang kemampuan kita dalam mencari kebenaran dan menutup minda! mana ada manusia dalam dunia ni yang perfect, kan?
tapi, pada saya 'ta'sub' kepada Allah dan Rasul tak menjadi masalah sebab Allah dan Rasul ini sentiasa benar!
kepada rakan2 yang masih belum mula membaca dan menghayati saifulislam.com, ayuh, kita buat langkah perubahan! link kan di blog2 anda. tapi, ingat! Us Hasrizal tak suka kita ta'sub pada tulisan beliau! gunakan kemampuan akal mu untuk berfikir!
insya Allah, aku akan teruskan sesi pembacaan ini. aku nak jadi macam 'dia' satu hari nanti!