Sunday, December 20, 2009

Hebatnya kembali kepada fitrah!

“mana perginya muslimat dalam arena dakwah? Kenapa suara muslimat tak kedengaran?”

Itulah antara kalam2 yang pimpinan muslimat satu gerakan Islam ulang-ulangkan.

Malah, apabila ditanya kepada salah seorang pimpinan gerakan Islam, “sume muslimat lesu ke?”

“ya, semuanya lesu..” jawabnya, sambil tersenyum…

KETEGASAN SEORANG WANITA

Berdesing juga telinga, betapa sakitnya hati, apabila Sister In Islam mengutuk hokum-hakam Islam, terutama mengaitkan wanita.

Mana perginya suara muslimat?

Pelik. Ye, muslimin mampu nak menangkis segala serangan SIS, tapi, bukankah lebih baik sekiranya, muslimat sendiri yang melaungkan kebenaran Islam? Menunjukkan Islam tu memang agama yang fitrah, memang sangat2 sesuai dengan wanita?

Untuk itu, ramai wanita mahu menjadi seperti lelaki. Matang dalam berfikir. Begitu berani bersuara. Berani menyanggah hujah2 lelaki!

Subhanallah! Wow! Tahniah!

Namun, sifat ingin menjadi seperti lelaki mengundang parah, apabila mereka lupa bahawa mereka sebenarnya adalah seorang WANITA!

Ya, mereka perlu tegas! Berani dalam membela kebenaran Islam, apabila Islam itu dihina! TEGAS BERTEMPAT!

Sifat kewanitaan pada dirimu,wahai muslimat2 janganlah sesekali kamu lupakan. Memang, kadangkala muslimat sering disamakan dengan golongan yang lemah. Macam mana golongan yang lemah mahu menegakkan Islam?

KELEMBUTAN DAN KEKUATAN WANITA

Sebenarnya, apakah definisi lemah? Dan apa pula definisi kuat?

Mungkin kekuatan seorang lelaki adalah pada kemampuan mereka mengangkat benda2 yang berat2. mungkin kekuatan seorang lelaki pada kemampuan berlawan dengan penjahat yang bengis!

Tapi, adakah kekuatan seorang lelaki mampu berjaga malam, melayani karenah si anak kecil yang menangis saban malam? Adakah kekuata seorang lelaki mampu menahan karenah anak yang nakal selama bertahun-tahun?

Ya! Wanita ada kekuatan yang tersendiri!

FITRAH YANG DILUPAKAN

Wanita moden kini terlupa sifat semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri mereka. Mereka terlupa, bahawa kelembutan mereka mampu melemahkan dan menguatkan seorang lelaki. Mereka terlupa sifat kelembutan, kewanitaan, keibuan yang ada pada diri mereka yang sangat-sangat bermanfaat untuk perjuangan Islam.

KEHEBATAN FITRAH WANITA

Jika direnung kembali, apakah sebenarnya kekuatan fitrah seorang wanita?

Sifat keibuan yang ada dalam diri seorang wanita melayakkan mereka menjadi seorang murabbi secara semulajadi kepada satu intitusi keluarga atau di mana-mana mereka berada. Semua orang akan mudah menerima teguran dan nasihat seorang wanita yang disulami dengan unsur2 keibuan dan penuh emosi. Dengan sifat keibuan ini, mereka mampu melahirkan pejuang Islam, sama ada daripada anaknya sendiri atau anak orang lain.

Sifat wanita yang meghalusi sesuatu perkara sangat bermanfaat dalam memperjelas dan mempraktikalkan sesuatu idea yang kadang-kadang tidak terfikir oleh muslimin.

Sifat kesabaran wanita yang tinggi secara semulajadi sangat-sangat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu perkara, apabila lelaki sudah mahu beralih ke idea baru.

Sifat kelembutan seorang wanita, menyenangkan semua pihak dalam memastikan kejayaan dakwah yang dilakukan.

Sifat bersungguh-sungguh, teliti dan kesetiaan seorang wanita sangat penting dalam menjayakan sesuatu perancangan.

Sifat wanita yang memang pandai berbahasa dan berpuisi , sangat penting dalam menarik orang kepada Islam dengan bahasa-bahasa yang indah dan menarik hati pendengar.


Malah, banyak lagi sifat fitrah wanita yang sangat-sangat bermanfaat untuk Islam, sekiranya digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Semestinya wanita lebih mengetahui rahsia mereka!

SYNERGY FITRAH LELAKI DAN WANITA

Lelaki memang diciptakan untuk menjadi pemimpin, ketua keluarga. Namun, wanita adalah timbalannya.

Lelaki selalu memikirkan idea2 besar. Idea2 dalam nak membangunkan keluarga, syarikat dan negara. Namun, wanita akan meghalusinya.

Lelaki adalah decision maker. Tengoklah ayah kita, ayah hanya masuk campur dengan karenah anak-anak apabila nasihat dan pujukan ibu sudah tidak menjadi. Ayahlah yang menjadi alternatif terakhir, apabila ibu sudah kehilangan punca. Ibulah yang menjadi penasihat dan pemujuk si anak selama-lamanya, hatta selepas anak di’marahi’ ayah.

Kehebatan fitrah wanita plus kehebatan fitrah lelaki menjadi senjata yang paling hebat untuk dakwah Islam. Namun, siapakah yang menggilapnya?

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI

Sebab itu, dalam melaksanakan sesuatu idea, sifat kelakian dan kewanitaan mesti dicampuradukkan.

Jika semua wanita mahu menjadi seperti lelaki, keseimbangan alam akan terganggu. Bahkan, apa yang lebih malang, kejayaan usaha dakwah dan tarbiyah akan terbantut.

Wanita dan lelaki, masing-masing ada kelemahan dan kekuatan. Kelemahan sebelah pihak akan ditampung oleh kekuatan pihak yang lain.

Itulah indahnya ciptaan Allah dalam memastikan keseimbangan alam.

Kesimpulannya, ayuhlah kita semua kembali kepada fitrah kelakian dan kewanitaan. Jangan terpengaruh dengan barat yang mahukan semua wanita menjadi lelaki. Ingatlah wahai wanita, kamu ada kelebihan yang tersediri! Gilaplah kewanitaan mu itu! Kelebihan itu menjadi lebih hebat jika disandarkan pada Islam.

Sebab itulah, sebaik-baik perempuan adalah wanita solehah!

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

Hari ini, utusan melaporkan populasi umat Islam.. klik sini

"Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia"
"Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya."
"Bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat."

Oleh itu,munasabahkah Islam hanya dinisbahkan kepada Arab? Sesungguhnya kemuliaan pada mengamalkan Islam dan kehinaan pada meninggalkan Islam!


apa yang mengejutkan, berita melaporkan,
"agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian"

apa respond anda?? apa tindakan susulan anda?

Kita masih bergaduh, berpecah-pecah, saling mencaci, membincangkan hal2 yang remeh temeh.. seolah-olah keinginan terlampau amalkan agama menyebabkan kita semakin mundur, padahal hakikatnya, pengamalan Islam pasti membawa kemajuan!
adakah Islam yang kita amalkan bukanlah Islam yang asli, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW??

Padahal Allah telah meletakkan syarat untuk bersatu padu mestilah berpegang pada tali Allah!

Persoalannya,
Adakah benar tali Allah yang kita pegang sekarang ? Adakah kita tertipu?
sama-sama kita mencari kebenaran

semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada kita semua

Thursday, August 6, 2009

haa! dah nak puasa ke?


Pejam celik, pejam celik. Lorgh, hari ini sudah masuk hari ke-15 sya’aban. Kalau masjid-masjid kat Malaysia ni ,mesti baca yaa siin 3 kali. Kalau kat mesir pulak, depends la kat diri masing-masing, kalau nak baca yaa siin 3 kali, Alhamdulillah. Paling kurang, sedar jugak hari ini sudah masuk hari ke-15 sya’ban. Masih berbaki 15 hari lagi untuk Ramadhan rupanya..

ALAHAI, DAH NAK PUASA RUPANYA…

Ops, dah nak puasa?

Uish, kalau orang yang tahu dan meyakini kelebihan bulan Ramadhan,amboi, mesti seronok sakan! Apa tak nye, ganjaran dalam bulan Ramadhan, bukan sedikit. Bayangkan, pahala amalan sunat akan diganda-ganda macam pahala wajib. Pahala amalan juga akan diganda-ganda sehingga 700 kali ganda dan berkali-kali ganda lagi. Buat amalan sedikit, pahala bertimbun-timbun. Lagi banyak amalan, pahala mesti lagi gempak! Syok sungguh! Nikmat syurga pun, bukan sebarangan. Dapat bidadari syurga , jelita bukan main. Itu tak kira lagi bab makan minum, tidur baring, muda sokmo, tak de kencing berak dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang tak kan terjangkau dek akal kita ni! Tak tau la nak kata macam mana! Memang nikmat sangat-sangat!

Haa, kalau orang tak tahu atau tahu tapi tak yakin pada kelebihan bulan Ramadhan, macam-macam ragam pulak hadapi Ramadhan ni. Ada yang rasa biasa-biasa aje(urm, setakat puasa penuh dan solat tarawikh cukuplah). Ada pulak yang mencari-cari alasan. Masa nak masuk bulan Ramadhan, cari alasan tak nak puasa..a’udzubillah min zalik..orang lain semua gembira sebab penghulu segala bulan nak datang bertandang ziarah, ‘dia’ resah bukan main. Tapi, time nak masuk bulan syawal, ‘dia’ insan paling seronok. 10 malam terakhir, orang sibuk nak cari lailatul qadar, ‘dia’ sibuk nak cari langsir baru, buat macam-macam kuih raya, dan macam-macam lagi..pendek kata, macam-macam ada.. Nak beraya.. mesti ceria..tak gitu? Padahal, ramai orang sedih pada malam raya, takut-takut dah tak sempat jumpa Ramadhan akan datang..rabbi yahdiinaa..

DAH TAU RAMADHAN DAH DEKAT, DUDUK RILEKS-RILEKS AJE KE?

Haa..ni lagi satu penyakit. Kalau dah tau ramadhan tu dah dekat, kenapa aku masih rileks?(ops, terkena kat diri sendiri pulak). Ramadhan tu bukan masa untuk baru nak menanam, tapi masa untuk menuai hasil.

Kalau dah tau ramadhan tu masa untuk menuai, kenapa yang masih tak biasakan diri bangun di tengah malam? Kenapa masih tak biasakan diri baca quran 1 juzuk satu hari? Kenapa masih tak biasakan diri dengan tinggalkan mengumpat, kutuk-kutuk? Kenapa masih tak bina kekuatan fizikal dan rohani betul-betul, supaya dapat betul-betul beribadat? Kenapa masih tak de usaha tingkatkan ibadah? Kenapa masih leka dengan movie, dengan game? Kenapa masih biasa dengan kelalaian dan maksiat?

Bukan apa, takut-takut nanti, bila dah masuk bulan Ramadhan, baru nak ber’tatih’ baca quran satu juzuk..baru nak ber’tatih’ bangun malam...baru nak try ‘curang’ kepada movie dan game, yang sudah sekian lama jadi ‘isteri pertama’,(ye la.. bukan senang nak tinggalkan ‘belaian kasih mereka tu’,kan?)..bukan senang nak terus istiqamah baca quran, bangun malam, tingkatkan ibadah yang lain-lain, tinggalkan maksiat dan kelalaian dalam masa yang sekejap, kalau tak latih betul-betul. Kalau dapat ‘berjalan terus’ tak pe, takut-takut nanti, ‘jatuh’ dan tak bangun-bangun! Campur dengan rasa puas, lapar,bosan, cuaca panas, tensen bergaduh dengan arab, kerja-kerja rumah yang bertimbun, karenah manja adik-beradik yang mencabar, tensen itu ini, dapat ke nak istiqamah buat ibadat tu? Ibadat bukan satu benda yang selari dengan nafsu kita!

TAQWA TU MATLAMAT PUASA, TAPI…..

Semua orang baca quran, jadi, confirm semua orang tau, matlamat puasa untuk tingkatkan taqwa.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah:183)

Saya pun pelik, sudah lama saya berpuasa. Sejak dari baligh dulu lagi, tapi darjat taqwa tu macam sama je. Tak de plak rasa meningkat dari tahun ke tahun, selepas habis je bulan puasa tiap-tiap tahun.(ops, terkena kat diri sendiri lagik!) Astghfirullah….

Hurm, teringat pulak isi kitab taqwa, karangan Dr Muhamad Zuhaili. Antara cara untuk mencapai taqwa adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.

Tak kan bila masuk je bulan ramadhan,automatically, semua orang jadi macam wali-wali belaka. IMPOSSIBLE. Kita bukannya robot, boleh nak reset system gitu-gitu, kan? Manusia perlukan LATIHAN YANG BERTERUSAN untuk berubah.

LET’S SET UP!

Set kan matlamatku TAQWA. Ramadhan tempat memetik hasil yang sudah tersedia pada pokok-pokok ibadah di dalam ladang Ramadhan. Hanya orang yang ada ‘galah’ saje yang boleh petik.

Haa..masih ada beberapa hari lagi ni untuk siapkan ‘galah’ masing-masing. Semakin canggih ‘galah’, semakin banyak la ‘buah’ yang boleh dipetik. Kalau galah pun rapuh je,macam nak patah, tak merasa la ‘buah-buah’ tu jawabnya..telan air liur sendiri je la…

Ayuh, persiapkan diri untuk Ramadhan. Jangan lupa ajak kawan-kawan tu sekali, ye? Rajin-rajinkan diri baca kelebihan Ramadhan, baru la semangat pun macam nak meletup!

Penat-penat usaha untuk ibadah, korbankan nafsu tu sekejap je..paling lama pun, 100 tahun ke atas. tapi, nikmat kat syurga tu selama-selamanya. Tapi, kalau kena bakar bertahun-tahun la jawabnya. So, use our bright brain! Nak berseronok sekejap je kat dunia ni, atau nak berseronok selama-lamanya kat akhirat? Tepuk dada, tanya selera (err..terkulat-kulat gak nak menjawabnya, tak gitu?)

TIREDNESS IS TEMPORARY, SUCCESS IS FOREVER!

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 H.

Monday, June 22, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu


“apa tujuan kita belajar?” soal us Razi.

“nak tingkatkan iman.. nak kenal syari’at.. nak buat ibadat..” pelajar2 kesayangan us razi bingkas menjawab.

Hari itu, kami membincangkan tentang tujuan kita menuntut ilmu.

“hurm..tujuan sebenar kita menuntut ilmu adalah mengenal Allah,” jelas beliau tersenyum.

Semua orang khusyuk mendengar kalam2 mutiara seterusnya dari beliau.

Allah ciptakan alam sekitar untuk berbakti kepada manusia, dan manusia pula diciptakan untuk menyembah, mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, manusia mesti menggunakan seluruh alam sekelilingnya, dengan apa cara sekalipun untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah.

TANDA2 KEKUASAAN ALLAH

“ulama’ membahagikan tanda2 kekuasaan, ciptaan alam seluruhnya kepada 3 perkara;

pertama; tanda kejadian seperti pokok, laut dan sebagainya

kedua: tanda2 sifat kepada kejadian seperti sifat kepada laut adalah ombak.

Ketiga : tanda tulisan seperti Al-Quran dan Al-Hadis.”

“manusia mesti menggunakan seluruh tanda2 tersebut untuk mengenali Allah dengan apa cara sekalipun,” sambungnya lagi, sambil merenung mata kami satu persatu.

Tanda pertama dan yang ke dua adalah sunnatullah manakala tanda yang ketiga pula adalah syaria’atullah.

Nak mengenal Allah bukan sahaja diperolehi dengan mengkaji syaria’atullah, bahkan mengkaji alam dan sifat2nya(sunnatullah) juga dapat membawa pengkaji kepada mengenal Allah, lantas menguatkan iman dan membuahkan taqwa.

Firman Allah yang bermaksud,

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’’(surah Fathir:28)

AGAMAWAN DAN DOKTOR

TAQWA itu milik sesiapa. Bukan milik mutlak seorang ustaz dan agamawan.

Bahkan ustaz yang tidak beramal dengan ilmunya, mengkhianati ilmunya lebih teruk dari seorang doktor yang berilmu agama sedikit, tapi bersungguh2 menjaga agamaNya!

“Saya terangkan kat antum semua benda ni, sebab saya tak nak dengar nanti orang kata, ‘alaa… bolehlah dia tu ustaz, kami ni doktor.. memanglah susah kami nak kenal Allah’. Tapi, antum semua kena ingat, walau sesiapa pun kita, ilmu apa pun yang kita ambik, bidang apa pun yang kita sedang terokai, semua ilmu itu mesti membawa antum kepada Allah, jika betul jalan dan cara antum belajar,” tegas ustaz razi.

Kita semua berasal dari ruh Allah, dan Allah mesti menjadikan sesuatu yang dapat menghubungkan kita denganNya. Alam2 sekelilinglah yang mesti dimanfaatkan dan dijadikan alat untuk mengenal Allah, untuk melahirkan sifat kehinaan dan kehambaan yang mencetuskan kemanisan iman dalam ibadat kita kepadaNya.

JALAN UNTUK MENCAPAI MA’RIFATULLAH

“ustaz, habis tu kenapa kami susah sangat nak kenal Allah, tingkatkan Iman kami dengan kami belajar medik?” seorang sahabatku bertanya.

“betul tu ustaz, saya dah cuba dah relatekan dengan semua kejadian Allah, yang saya belajar dalam ilmu medik ni, tapi susah betul nak rasa zuuq, rasa takut kat Allah,” sampuk seorang lagi, menjelaskan persoalan.

“memang la kalau antum buat sekali dua, tak rasa apa2.. cuba buat banyak kali. Buat lagi dan lagi, berterusan. Insya Allah, Allah tak akan sia2kan. Antum akan dapat zuuq tu.”

Apabila mengaitkan alam yang dipelajari dengan kuasa Sang Maha Pencipta, terasa diri ini begitu kerdil. Daripada situlah, diri ini akan sentiasa muhasabah atas segala musibah yang menimpa. ‘sunnatullah’ pada muasahabah itu akan dikaitkan dengan syariatullah, mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan, kemalasan dalam ibadat, kelalaian dalam melaksanakan segala perintaNya menyebabkan musibah itu datang menimpa.

AMALKAN YANG INI

“ha.. ana nak kongsi satu benda yang ana buat kat antum,” us razi berkongsi pengalamannya dalam tasawuf.

“antum duduk diam2..antum sebut laa ilaaha illallah kuat2. Masa sebut laa ilaaha tu, buang semua yang kat dalam hati tu, buang semua! Palingkan muka ke sebelah kanan! Kemudian, masa sebut, illallah tu, tujukan muka antum kat jantung antum, sebelah kiri la. Buat ulang2 kali, sampai hati tu, betul2 kosong dari yang lain.

BIla dah capai tahap tu, antum pejam mata, tarik nafas dalam2 dan tahan nafas kat perut. Masa tengah tahan nafas tu, sebut Allah berulang2 kali. Sebut lagi dan lagi. Bila dah rasa nafas dah habis, hembus, kemudian buat lagi. Ulang lagi! Ulang lagi! Sampai satu tahap nanti, antum dah tak perlu lagi sebut nama Allah kat mulut, antum akan rasa degupan jantung antum akan berfegup dengan kalimah Allah! Allah! Allah! Bila antum dah rasa nak berhenti, jangan terus minum air, kerana minuman itu akan hilangkan zuuq yang antum dapat tadi tu. Antum akan sesak nafas bila antum dah selesai buat semua tu. Kalau antum rasa sakit kepala buat macam tu, biasa la tu, first time. Lama2 nanti, biasa la, insya Allah.

Kalau antum amalkan yang ini, jangan pelik kalau antum tiba2 menjerit nama Allah kuat2. Antum akan rasa……. Entah la, ana pun tak tau nak cakap macam mana,” us razi menutup pelajarannya pada hari itu, bersemangat!

Terima kasih ustaz.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

diri kembali bermuhasabah, kini ku dah berada di penghujung tahun 3.

berbanding dengan tahun 2 dulu, ilmu ku semkin banyak.

tapi, kenapa iman, taqwa dan mengenaliNya masih seperti dulu?

Saturday, June 20, 2009

kenapa semua orang nak bagi pandangan?

Arg! Sakitnya kepala! Sakitnya hati, bila membaca blog2 yang cuba nak menunjuk pandai! Aku betul2 terbakar apabila membaca media yang sibuk melaga2kan dua orang tuk guru yang ku sayangi sepenuh hati ini.

DIAM ITU LEBIH BAIK

Kenapa orang sibuk nak memberikan pelbagai pendapat tentang kerajaan perpaduan? Bukankah muktamar hari tu menyeru agar isu ini didiamkan? Kenapa masih ada pihak cuba menerangkan unity government sedangkan ia masih belum dijelaskan secara jelas oleh para pimpinan.

Sedarkah kita yang kita sedang mengupas benda yang kurang jelas,yang masih kabur dan kupasan kita itu yang membawa kepada perpecahan, kepeningan dan kecelaruan pemikiran?

Islam adalah agama yang fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman dan kawasan, selain agama yang sangat memuliakan aqal.

Lantaran itu, Islam membenarkan umatnya yang memahami ilmu2 Islam untuk berijtihad. Tujuan berijtihad adalah untuk memudah dan mempraktikalkan hukum2 Islam, dalam bahasa yang lain, menterjemahkan Islam dalam quran dan kitab, kedalam kehidupan untuk diamalkan oleh penganutnya.

Orang yang tidak faqih diseru untuk berdiam diri dan mengambil mana2 pendapat yang dia tenang dengan dirinya, tanpa DIKRIKTIK dan DIKUTUK golongan yang tidak mahu mengamalkan pendapat yang dipegang. Pokoknya, jangan TA’ASUB kepada sesuatu pendapat. Ingat, TA’ASUB ITU MEROSAKKAN!

Saya yakin, tiada sesiapa pun yang memahami kerajaan perpaduan selain dari tuan presiden. Kenapa? Sebab memang beliau tidak pernah menerangkan isu ini dengan sejelas2nya untuk dilaksanakan diperingkat negara! Jadi, bukankah lebih baik kalau kalian semua BERDIAM DIRI? kenapa nak melaga2kan?

Atau adakah kita suka kalau PAS berpecah belah?

Atau ada antara kita yang nak menguasai PAS? Kerana PAS bakal memerintah negara?

MEMULIAKAN AQAL

“Islam agama yang memuliakan aqal.” Seorang ‘critism’ berhujah.

“Tengok dan kaji la ayat quran. Banyak sangat ayat yang menempelak golongan yang tidak mahu berfikir!” ‘dia’ menguatkan hujahnya.

Ya,memang tidak dinafikan, Islam agama yang memuliakan aqal. Tapi, adakah kita juga beriktiqad bahawa Islam adalah agama yang membenarkan perpecahan?

Yup, islam menempelak golongan yang tidak mahu berfikir. So, adakah kita beranggapan, tak perlu wala’ kepada pimpinan, kerana ia tidak memuliakan aqal? Adakah kita juga beriktiqad Islam adalah agama yang tidak mementingkan kesatuan?

Bukankah perkara utama yang Nabi Muhammad buat di Madinah adalah persaudaraan demi sebuah kesatuan? Dan golongan munafiq cuba menghancurkannya?

HAD DAN SEMPADAN

semua orang mengakui, Islam adalah agama yang membuka, tapi masih ada sempadannya. Allah Maha Penyayang, dan Allah juga Maha ‘Samseng’! Bahkan, kita perlu kepada raja’, tanpa di'anak tiri'kan perasaan khauf.

indahnya, saling melengkapi….

Anak yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan menjadi seperti Anakku Sazali.

Manusia yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan hancur musnah.

Kalau betul manusia patut diberikan kebebasan sepenuhnya, kenapa undang2 diciptakan? Bukankah undang2 tu diciptakan untuk mengawal manusia?

Suruhan untuk berfikir, mesti juga ada had dan sempadan. Berfikir tentang hakikat Allah sangat2 ditegah agama, lantaran ketidakmampuan akal kearahnya.

Berfikir, lalu melontarkan idea yang mengundang kekeliruan dan menimbulkan perpecahan bakal menempa balasan dariNya. bukankah lebih baik jika berdiam diri, dan tidak mencetuskan sebuah perpecahan?

yup, mungkin kita sangat2 menyayangi jemaah Islam ini, tidak mahu ia rosak dan musnah.. tapi, harus diingat, tanpa disedari, kadang2 terlalu menyayangi tanpa cara yang betul juga akan merosakkan!

Wednesday, June 10, 2009

Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah



Oleh Yussamir Yusof

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungk

apkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.


Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.


Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.

Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S

AW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

baby pun lebih comel kalau tersenyum

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumann

ya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.

Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.



Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

sumber: berita harian

Tuesday, June 2, 2009

pandanganku terhadap sistem pendidikan negara ( 2)

CADANGAN

Saya berfikir, alangkah bagusnya jika kerajaan Malaysia atau mana2 pihak yang berautoriti dapat mengusulkan kepada PBB untuk meminta setiap negara2 yang hebat dalam sistem pendidikan mereka membentangkan kepada dunia, sama ada menulis jurnal, membuat kongres atau sebagainya, menceritakan sistem pendidikan yang diamalkan di negara masing2! Bermula dari sistem prasekolah, hinggalah keperingkat universiti dan sebagainya. Peranan PBB yang diharapkan dapat memajukan negara yang kurang membangun diharapkan dapat menekankan sistem pendidikan untuk kemajuan negara masing-masing.

Atau…

Mana2 indvidu atau pihak yang berautoriti mengkaji secara serius sistem pendidikan di negara2 membangun. Mugkin boleh ditubuhkan skuad khusus untuk pengkajian ini. ada yang mengkaji pendidikan di rumah, pendidikan prasekolah dan seterusnya. Pemerhatian ,penilaian dan cadangan sistem pendidikan yang meyakinkan dicadangkan kepada kerajaan untuk dibahas dan dilaksanakan. BUANGKAN semua prejudis parti politik, fikirkan kemajuan sistem pendidikan negara! Pihak2 ini boleh merujuk kepada pengasas tadika Khalifah, mempelajari cara beliau dan isteri laksankan semasa mengkaji sistem tadika di setiap negara.

Atau….

Mana2 individu atau keluarga yang menetap di luar negara, di negara2 maju, mengkaji sistem pendidikan di negara2 yang diduduki. Kesedaran kearah sikap ini mesti dipupuk kepada mana2 keluarga atau individu yang menetap di luar negara kerana pekerjaan atau menyambung pengajian. Ini kerana, oleh sebab saya ada ramai kawan2 yang pernah belajar di tadika di luar negara, menceritakan pengalaman mereka belajar di sana, saya berasa cemburu dan pelik, KENAPA MALAYSIA JUGA TIDAK MEMPRAKTIKKAN PERKARA YANG SAMA?

Jadi, KELEBIHAN dan PELUANG keberadaan orang2 Malaysia di luar negara harus diambil manfaat sepenuhnya untuk mengkaji sistem pendidikan di negara masing2, dan dicadangkan kepada kerajaan malasysia.

Dan..

Kerajaan mesti menyediakan satu badan bertindak untuk mengkaji kepincangan sistem pendidikan pada hari ini. kesusuaian tahap umur dan tempat dalam menerima sukatan pelajaran yang ditetapkan, kesediaan dan kemampuan guru2 dalam mengajar dan mendidik pelajar dan sistem peperiksaan yang BUKAN melahirkan ROBOT yang kaku dan tidak mampu menyelesaikan permasalahan massa yang kian mencabar dan unik!

Badan ni juga akan menerima laporan kajian yang dibuat oleh mana2 pihak dan individu. Oleh sebab Malaysia terlalu kuat dipengaruhi politik kepartian, saya amat mengharapkan SEGALA PREJUDIS atau KETA’ASUBAN kepada mana2 parti politik mestilah dijauhi dalam memajukan sistem pendidikan negara!

Kajian ini pula, bukan bermakna kerajaan perlu membuat satu perubahan yang drastik! Tindakan ke arah pelaksanaan itu juga perlu dikaji dan ditanya pendapat pakar2 pendidikan di dalam diluar negara. Saya sudah tidak mahu lagi melihat DASAR PENDIDIKAN yang dibuat secara SEMBORONO , tanpa pengkajian yang MENDALAM! Tidak perlu saya memberi contoh, kerana semua orang boleh tengok dan menilai sendiri.

PENUTUP

Sistem pendidikan adalah sangat penting kerana pendidikan lah yang menjadi penentu kepada JATUH dan BANGUNNYA sesebuah negara. Hal ini mesti dipandang serius oleh pihak kerajaan, supaya tidak mengubah sesuatu dasar sesuka hati mereka. Saya tegaskan lagi sekali, BUANGKAN SEGALA PREJUDIS KEPARTIAN dalam membincang dan mengkaji kearah kemajuan sistem pendidikan negara.