Wednesday, December 26, 2007

mencari mutiara- siri 1



" boringlah belajar medik," rungut seorang kawan saya dalam kuliyah perubatan di universiti kaherah. saya terdiam mendengar ucapan sedemikian. ucapan begitu seringkali dilafazkan apabila peperiksaan hampir menjelang.




hadirkan hati

Islam menggalakkan penganutnya menghadirkan hati kita dalam setiap ibadat yang dilakukan terutamnya solat. inilah yang dikatakan ihsan, "kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah dan kalau kamu tak melihat Allah, sesungguhnya Allah itu melihat kamu".


belajar tanpa minat memang membosankan. Tidak mahu berfikir dan merenung matlamat pengajian mengingkatkan lagi konflik dalaman. Gamers sanggup habiskan masa berjam-jam untuk bermain game kerana minat. Pencinta movie sanggup habiskan berbelas-belas movie kerana minat. so, kenapa tidak tanam, baja dan sirami minat kepada ilmu dalam diri??




kuliyah itu penjara??

ulama'2 pada zaman dahulu amat sukakan kuliah, bahkan sanggup tinggalkan makanan kerana ingin menuntut ilmu. Zaman sekarang, KULIAH bagaikan PENJARA. lecturer terlebih masa dah merungut. Bagaimana agaknya perasaan lecturer dengan perbuatan kita? adakah berkat ilmu yang dicurahkan kepada kita lantaran sikap kita?

mengulang

dalam kitab ta'alim muta'alim toriiqu ta'alum, ulama'2 pada zaman dahulu amat suka mengulang pelajaran. pelajaran pada hari ini, diulang sebanyak 5x, pelajaran yang semalam, diulang sebanyak 4x, pelajaran yang kelmarin, diulang sebanyak 3x, pelajaran yang 2 hari lepas, diulang sebanyak 2x, pelajaran yang 3 hari lepas, diulang sebanyak 1x. bagaimana dengan kita? ULANGAN akan mengukuhkan ingatan!