Sunday, December 20, 2009

Hebatnya kembali kepada fitrah!

“mana perginya muslimat dalam arena dakwah? Kenapa suara muslimat tak kedengaran?”

Itulah antara kalam2 yang pimpinan muslimat satu gerakan Islam ulang-ulangkan.

Malah, apabila ditanya kepada salah seorang pimpinan gerakan Islam, “sume muslimat lesu ke?”

“ya, semuanya lesu..” jawabnya, sambil tersenyum…

KETEGASAN SEORANG WANITA

Berdesing juga telinga, betapa sakitnya hati, apabila Sister In Islam mengutuk hokum-hakam Islam, terutama mengaitkan wanita.

Mana perginya suara muslimat?

Pelik. Ye, muslimin mampu nak menangkis segala serangan SIS, tapi, bukankah lebih baik sekiranya, muslimat sendiri yang melaungkan kebenaran Islam? Menunjukkan Islam tu memang agama yang fitrah, memang sangat2 sesuai dengan wanita?

Untuk itu, ramai wanita mahu menjadi seperti lelaki. Matang dalam berfikir. Begitu berani bersuara. Berani menyanggah hujah2 lelaki!

Subhanallah! Wow! Tahniah!

Namun, sifat ingin menjadi seperti lelaki mengundang parah, apabila mereka lupa bahawa mereka sebenarnya adalah seorang WANITA!

Ya, mereka perlu tegas! Berani dalam membela kebenaran Islam, apabila Islam itu dihina! TEGAS BERTEMPAT!

Sifat kewanitaan pada dirimu,wahai muslimat2 janganlah sesekali kamu lupakan. Memang, kadangkala muslimat sering disamakan dengan golongan yang lemah. Macam mana golongan yang lemah mahu menegakkan Islam?

KELEMBUTAN DAN KEKUATAN WANITA

Sebenarnya, apakah definisi lemah? Dan apa pula definisi kuat?

Mungkin kekuatan seorang lelaki adalah pada kemampuan mereka mengangkat benda2 yang berat2. mungkin kekuatan seorang lelaki pada kemampuan berlawan dengan penjahat yang bengis!

Tapi, adakah kekuatan seorang lelaki mampu berjaga malam, melayani karenah si anak kecil yang menangis saban malam? Adakah kekuata seorang lelaki mampu menahan karenah anak yang nakal selama bertahun-tahun?

Ya! Wanita ada kekuatan yang tersendiri!

FITRAH YANG DILUPAKAN

Wanita moden kini terlupa sifat semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri mereka. Mereka terlupa, bahawa kelembutan mereka mampu melemahkan dan menguatkan seorang lelaki. Mereka terlupa sifat kelembutan, kewanitaan, keibuan yang ada pada diri mereka yang sangat-sangat bermanfaat untuk perjuangan Islam.

KEHEBATAN FITRAH WANITA

Jika direnung kembali, apakah sebenarnya kekuatan fitrah seorang wanita?

Sifat keibuan yang ada dalam diri seorang wanita melayakkan mereka menjadi seorang murabbi secara semulajadi kepada satu intitusi keluarga atau di mana-mana mereka berada. Semua orang akan mudah menerima teguran dan nasihat seorang wanita yang disulami dengan unsur2 keibuan dan penuh emosi. Dengan sifat keibuan ini, mereka mampu melahirkan pejuang Islam, sama ada daripada anaknya sendiri atau anak orang lain.

Sifat wanita yang meghalusi sesuatu perkara sangat bermanfaat dalam memperjelas dan mempraktikalkan sesuatu idea yang kadang-kadang tidak terfikir oleh muslimin.

Sifat kesabaran wanita yang tinggi secara semulajadi sangat-sangat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu perkara, apabila lelaki sudah mahu beralih ke idea baru.

Sifat kelembutan seorang wanita, menyenangkan semua pihak dalam memastikan kejayaan dakwah yang dilakukan.

Sifat bersungguh-sungguh, teliti dan kesetiaan seorang wanita sangat penting dalam menjayakan sesuatu perancangan.

Sifat wanita yang memang pandai berbahasa dan berpuisi , sangat penting dalam menarik orang kepada Islam dengan bahasa-bahasa yang indah dan menarik hati pendengar.


Malah, banyak lagi sifat fitrah wanita yang sangat-sangat bermanfaat untuk Islam, sekiranya digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Semestinya wanita lebih mengetahui rahsia mereka!

SYNERGY FITRAH LELAKI DAN WANITA

Lelaki memang diciptakan untuk menjadi pemimpin, ketua keluarga. Namun, wanita adalah timbalannya.

Lelaki selalu memikirkan idea2 besar. Idea2 dalam nak membangunkan keluarga, syarikat dan negara. Namun, wanita akan meghalusinya.

Lelaki adalah decision maker. Tengoklah ayah kita, ayah hanya masuk campur dengan karenah anak-anak apabila nasihat dan pujukan ibu sudah tidak menjadi. Ayahlah yang menjadi alternatif terakhir, apabila ibu sudah kehilangan punca. Ibulah yang menjadi penasihat dan pemujuk si anak selama-lamanya, hatta selepas anak di’marahi’ ayah.

Kehebatan fitrah wanita plus kehebatan fitrah lelaki menjadi senjata yang paling hebat untuk dakwah Islam. Namun, siapakah yang menggilapnya?

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI

Sebab itu, dalam melaksanakan sesuatu idea, sifat kelakian dan kewanitaan mesti dicampuradukkan.

Jika semua wanita mahu menjadi seperti lelaki, keseimbangan alam akan terganggu. Bahkan, apa yang lebih malang, kejayaan usaha dakwah dan tarbiyah akan terbantut.

Wanita dan lelaki, masing-masing ada kelemahan dan kekuatan. Kelemahan sebelah pihak akan ditampung oleh kekuatan pihak yang lain.

Itulah indahnya ciptaan Allah dalam memastikan keseimbangan alam.

Kesimpulannya, ayuhlah kita semua kembali kepada fitrah kelakian dan kewanitaan. Jangan terpengaruh dengan barat yang mahukan semua wanita menjadi lelaki. Ingatlah wahai wanita, kamu ada kelebihan yang tersediri! Gilaplah kewanitaan mu itu! Kelebihan itu menjadi lebih hebat jika disandarkan pada Islam.

Sebab itulah, sebaik-baik perempuan adalah wanita solehah!