Wednesday, December 26, 2007

mencari mutiara- siri 1



" boringlah belajar medik," rungut seorang kawan saya dalam kuliyah perubatan di universiti kaherah. saya terdiam mendengar ucapan sedemikian. ucapan begitu seringkali dilafazkan apabila peperiksaan hampir menjelang.




hadirkan hati

Islam menggalakkan penganutnya menghadirkan hati kita dalam setiap ibadat yang dilakukan terutamnya solat. inilah yang dikatakan ihsan, "kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah dan kalau kamu tak melihat Allah, sesungguhnya Allah itu melihat kamu".


belajar tanpa minat memang membosankan. Tidak mahu berfikir dan merenung matlamat pengajian mengingkatkan lagi konflik dalaman. Gamers sanggup habiskan masa berjam-jam untuk bermain game kerana minat. Pencinta movie sanggup habiskan berbelas-belas movie kerana minat. so, kenapa tidak tanam, baja dan sirami minat kepada ilmu dalam diri??




kuliyah itu penjara??

ulama'2 pada zaman dahulu amat sukakan kuliah, bahkan sanggup tinggalkan makanan kerana ingin menuntut ilmu. Zaman sekarang, KULIAH bagaikan PENJARA. lecturer terlebih masa dah merungut. Bagaimana agaknya perasaan lecturer dengan perbuatan kita? adakah berkat ilmu yang dicurahkan kepada kita lantaran sikap kita?

mengulang

dalam kitab ta'alim muta'alim toriiqu ta'alum, ulama'2 pada zaman dahulu amat suka mengulang pelajaran. pelajaran pada hari ini, diulang sebanyak 5x, pelajaran yang semalam, diulang sebanyak 4x, pelajaran yang kelmarin, diulang sebanyak 3x, pelajaran yang 2 hari lepas, diulang sebanyak 2x, pelajaran yang 3 hari lepas, diulang sebanyak 1x. bagaimana dengan kita? ULANGAN akan mengukuhkan ingatan!

Thursday, November 8, 2007

uhuk!! uhuk!! batuk ni amat menyeksakan. sakit tengkuk..sakit perut ( intraabdomina pressure increase )..kahak berdarah..

segan

itulah penyakit yang aku alami selama 2 minggu..lama gak tu.. segan plak rasanya nak pergi kuliyah.. takut ganggu orang lain..ya laa..orang susah la nak fokus dan mendengar apa yang lecturer cakap lantaran pekikan batukku yang begitu kuat.. habis tersebar virus2 dan bakteria2..
maaf


saya nak minta maaf kepada kawan2, terutamanya kawan2 yang duk satu rumah...mungkin susah nak tido malam, terganggu kenyenyakan dek batukku yang begitu kuat.. kepada kawan2 yang duk berhampiran dengan aku pun masa dalam kuliyah, aku nak pohon jutaan kemaafan jugak..kalau kalian berjangkit dengan aku, harap sudi maafkan.. ;)

ubat

pasal ubat, aku memang kurang suka makan ubat yang berbentuk 'drug'.. aku ada reason aku sendiri..ubat yang bukan drug aku suka.. so, camne ha? aku tanya kawan2, diorang kata makan madu, campur ngan limau nipis dan makan madu beserta air suam..urm..aku try dan alhamdulillah ada kesan.. sekarang pun aku dah beransur sembuh..
terima kasih

tu je la something yang aku dapat bagi kat kawan2.. makashih banyak2 atas nasihatdan doa kalian..semoga Allah balas dengan balasan yang setimpal...

syukur

syukur kepada Allah kerana bagi aku jumpe dan berkawan dengan kalian, semoga ukhuwah kita ini kekal sampai bila2..semoga kita dapat jadi kawan yang sejati di dunia dan akhirat..

aku cinta kalian kerana Allah ;)


Friday, October 19, 2007

keluarga aku dah baik laa..


kawan2..
ada orang kata,
cukuplah kalau keluarga aku baik..berakhlak..
lantaklah orang lain..kami dah bahagia hidup macam ni..
kami tak nak jaga tepi kain orang..kami nak jaga urusan kami je...


tapi, duhai..
kawan2 yang ku sayangi kerana Allah,
kalau keluarga awak je yang baik, berakhlak,
masyarakat sekeliling tak berakhlak dengan akhlak Islam,
bagaimana kalau keluarga2 yang lain( jiran2), yang tak berakhlak tu,
ganggu hidup awak? ganggu family awak? tengok la dalam paper..
kes kematian nuzrin, kes rompak, kes rogol, kes bunuh dan macam-macam lagi
sebab tu, Islam ajar konsep amar ma'ruf nahi mungkar.. nak kita ni hidup aman..
cantikkan Islam?? Allah dan Nabi Muhammad sayang sangat2 kat kita.. tak nak kita hidup tak tenteram..gelisah..

jadi, lepas ni,
jangan la malu2 nak tegur kawan2..
ajak kepada yang baik..cegah yang tak baik..
hidup kita pun tenang..kita pun seronok..boleh la senyum sokmo..
kalau kita tak nak buat, siapa lagi? jangan hiraukan kata2 orang..
sematkan dalam diri, "aku nak Allah sayang aku..aku nak masuk syurga"
nanti siapa yang susah??

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
(ali imran: 110 )

Thursday, October 18, 2007

10 wasiat imam as-syafie

" i love ulama'"
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"isk3..kecantikanku dah tak berguna lagi....siapa yang mampu tolong aku?? argghhhhhh!!!

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”"zzz..bestnya tidor.."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

"siapa nak teman aku kat dalam kubur ni? dah la gelap! sempit! panas! banyak kala jengking! tolong!! tolong along maaak!! tolong along ayah!! isk3"

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

"luqman,.i love u so much. i tak sanggup tengok u kena bakar dalam neraka. i nak masuk syurga bersama dengan u. so, kalau i ada buat silap, tolong tegur i, ye??"

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati."jom berzikir. hati pun tenang..muka pun ceria..orang pun suka..Allah laaagi suka, kan?"

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
"eeiii..bestnya dapat solat sama2 dengan ummi..abah..pahala pun berganda..nanti bolehlah masuk syurga sama2..bestnyaaaa!!"

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

"tolonglah kami..dah lama kami tak makan! kalian akan dapat ganjaran yang jauh lebih baik dari apa yang ada kat dunia ni..percayalah"

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

"ya Allah, kurniakan aku keluarga yang soleh..jadikan kami selalu bersyukur kepada-Mu"
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

"besar nanti, fatih nak jadi ulama'.fatih saaaaaayang kat ulama'.kawan2 sayang ulama' gak, kan?"

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

"jika kita tak berani nak cegah mungkar, siapa lagi yang kita nak harapkan? doktor adalah orang yang paling mudah buat kerja ni sebab doktor rapat dengan orang, betul tak?"
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


kawan2,
amallah mana yang kalian mampu amalkan..
yang penting jangan tak amalkan langsung..
sebarkan kepada kawan2..gunakan kecanggihan teknologi kini..
minta Allah lindungkan kita dari hati yang keras dan payah untuk menerima nasihat..

Tuesday, October 16, 2007

check and balance

CHECK AND BALANCE

SEBAB GAGAL:

  • Tunaikan solat fardhu secara berjemaah dan gagal menjadi ma’mum muwafiq

Ø subuh

Ø zuhur

Ø asar

Ø maghrib

Ø isya’

  • Tunaikan solat sunat selepas setiap solat fardhu:

Ø qabliah Subuh -

Ø qabliah dan ba’diah Zuhur -

Ø qabliah Asar -

Ø ba’diah Maghrib -

Ø ba’diah Isya’ –

  • membaca Al-Ma’thurat

  • menunaikan solat sunat Dhuha dan Istikhrah

  • membaca buku Agama selama satu jam

  • membersihkan bilik dan ruang tamu

  • membaca Al-Waqi’ah dan Al-Mulk

  • menunaikan solat sunat:

Ø hajat

Ø taubat

Ø witir

bagaimana tahap khusuk solat aku hari ini? (anggaran), sebab apa tak khusuk, hah??!!

Ø Subuh -

Ø Zuhur -

Ø Asar -

Ø Maghrib -

Ø Isya’ -

Bagaimana hubungan aku dengan orang ramai(kawan-kawan,pensyarah dll)

Apa kebaikan aku?(janganlah ria’ wahai diri)

Apa kejahatan yang telah aku buat dengan mereka? sakitkan hati?

Bagaimana tahap pembelajaran aku hari ini?

SUBJEK

KEFAHAMAN

HAFALAN










Bagaimana penguasaan aku dalam:

BAHASA ARAB

BAHASA INGGERIS

Pembacaan

Perbualan

Pembacaan

Perbualan





Bagaimana percakapan aku hari ini?

Adakah aku terlalu melawak dan terlalu bersedih pada hari ini?

Komen tentang pengalikasian pemikiran sistemik..

Bagaimana tahap kualiti setiap amalan aku hari ini?

Hal Akhirat

Hal keduniaan



Pristiwa menarik hari ini..


Adakah perancangan hari ini terlaksana dengan cemerlang?

Apa perancangan aku untuk esok??

Monday, October 15, 2007

jom muhasabah diri

assalamualaikum..
" hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah, timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang oleh Allah"

indahnya jika hidup ini sentiasa dicheck dari semasa ke semasa.
semoga setiap hidup yang berlalu bertambah baik dari semasa ke semasa.

kalau sudi, 'print outl'ah borang muhasah ini,
borang ini dibuat berdasarkan kajian terhadap 10 sifat individu muslim yang digariskan oleh
Imam Hassan Al-Banna

muhasabahlah diri setiap hari pada bila2 masa,
tetapkan satu waktu,

sebelom tidor?
sebelom memulakan pelajaran ?
sebelom solat fardhu?

terpulang kepada diri anda!
yang penting BUAT!

BIL

PERKARA

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

1

Lazimi mulut dengan basmalah, doa dan kerana Allah































2

Berfikir dan merancang untuk kemajuan diri.































3

Menghabiskan masa berjalan dengan berzikir & berfikir kejadian Allah































4

menunaikan setiap solat fardhu secara berjemaah di masjid dan berjaya mendapatkan takbiiratul ulaa.































5

menunaikan solat sunat mu’akkadah































6

khusyuk dalam solat.































7

menyebut subhanallah walhamdulillah wallahuakbar, dan berselawat ke atas nabi Muhammad saw 11x selepas setiap solat.































8

membaca al-Ma’thurat selepas solat Subuh dan Solat Asar































9

menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat istikharah setiap pagi.































10

membaca 20 ayat surah Al-Kahfi selepas solat Asar































11

membaca buku agama dan membuat nota. dalam masa 1 jam































12

membersihkan ruang bilik dan ruang tamu setiap selepas Asar.































13

menghabiskan masa antara waktu Maghrib dan Isya’ dengan ibadah.































14

membaca surah al-Waqi’ah setiap kali selepas Maghrib.































15

menunaikan solat sunat witir, solat hajat, dan solat taubat setiap malam.































16

membaca surah Al-Mulk setiap kali sebelum tidur.































17

istiqamah dalam amalan.































18

mematuhi jadual (menepati masa).































19

Faham semua pelajaran hari ini.































20

Fahami bahasa inggeris dan bahasa arab































21

Pengaplikasian pemikiran sistemik































22

Perbaiki hubungan dengan kawan































23

Perbaiki hubungan dengan pensyarah































24

Pertambahan ilmu keduniaan selain dari medik































25

Bersifat tenang































26

Bersifat lemah lembut































27

Membaca Al-Quran ( mengulang dll, serentak dgn tadabbur )































28

Sudah ingat pelajaran hari ini..































29

Sudah berbincang dengan rakan tentang pelajaran hari ini































Peratusan kejayaan ;

Peratusan kegagalan ;

Komen ;

Pandangan orang kepada aku ;



p/s: maaf sebab 'line' jadual muhasabah tu tak keluar. sebab tu nampak macam tak organize skit. sebenarnya, saya buat jadual ini untuk sebulan, tapi ntah la. tak semua yang keluar dalam blog. harap maaf...

ambillah manfaat semampu mungkin..