Sunday, March 8, 2009

Rasul Pemangkin Kegemilangan Ummah

“Aku ‘tension’ betul belajar ni! Hafal macam nak mati, last2 lupa gak masa nak jawab exam,”getus Abu.

“Aku lagi la tension. Aku study dari awal, konsisten aje. Tapi, result pun hampeh gak!” marah.

Ya, setiap orang inginkan kecemerlangan, dalam apa jua bidang sekalipun. Demi kecemerlangan, mereka mula mencari-cari formula kecemerlangan. Buku-buku dari barat diselongkar, dikaji satu persatu. Mereka lupa bahawa di dalam agama Islam itu sendiri juga,terdapat formula kecemerlangan. Formula yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW sendiri.

Membentuk aqliah ilmiah dalam diri setiap muslim adala formula paling penting dalam meningkatkan kecemerlangan seseorang. Nabi Muhammad mengajar kita untuk tidak menerima sebarang dakwaan selagi tidak ada bukti yang jelas tentang dakwaan tersebut, sama ada bukti melalui penglihatan atau yang boleh dirasai oleh pancaindera manusia atau kesahihan orang yang menyampaikan dakwaan tersebut. Islam juga menolak sangkaan, dalam setiap perkara yang memerlukan keyakinan dan kepastian. Bahkan, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad bukan sahaja menentang budaya jumud, beku dan ‘pak turut’ dalam masyarakat, malah Islam sangat memuliakan akal dan menyeru umat Islam agar selalu berfikir dan meiliti!dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?”(Adz-Zariyaat:21). Jadilah kita insan yang berfikir, jika tidak kita akan diperbodohkan seumur hidup!

Buta huruf adalah pembantut utama kepada penguasaan ilmu. Sebagai agama yang mulia, Islam memerangi gejala buta huruf dikalangan umat Islam! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,”(Al-Alaq:1). Kalau nak tak nak diperangi,amalkan budaya membaca setiap hari. By reading, we will know everything.

Setiap bangsa mencapai kemajuan dalam bidang ilmu tertentu. Bahasa adalah ‘alat bantu belajar’ yang sangat penting dalam membantu seseorang mengusai ilmu yang telah dicapai oleh bangsa tersebut. Sebagai Nabi yang sentiasa inginkan umat yang cemerlang,Nabi Muhammad menyeru umat baginda belajar bahasa-bahasa asing apabila diperlukan. Rasul pernah menyuruh sayidina Zaid belajar bahasa yahudi untuk memhami kitab-kitab mereka. Ayuh, kita kuasai bahasa inggeris untuk kuasai ilmu medik!

Dalam merangka sesuatu perancangan, sistem bancian sangat penting. Siapa sangka, Nabi Muhammad telah memperkanalkan sistem bancian kepada kita semasa hayat baginda. Baginda pernah memerintah para sahabat membanci berapa ramaikah manusia yang telah melafazkan Islam. Mulakan perancangan study dari sekarang. Bancilah subjek-subjek, kenal pasti kelemahan, kekuatan, ancaman dan peluang yang ada. Nabi Muhammad juga mengajar umat baginda untuk merancang dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Jangan semborono sahaja! Walaupun baginda seorang Kekasih Allah, baginda merangka strategi yang cukup hebat dalam hijrah baginda ke Madinah. Baginda mematuhi sunnatullah(hukum alam). Merancanglah untuk kecemerlangan bersama!

Ilmu tidak datang secara semulajadi. Kita dituntut untuk mencari ilmu. Nabi Muhammad mengajar kita agar mengambil ilmu dari orang yang pakar dan berpengalaman. Bertanyalah kepada mereka! Nabi menerima pandangan seorang sahabat yang pakar peperangan untuk mendirikan khemah di hadapan sumber air sebagai strategi peperangan. Di universiti, doktor-doktor pakar begitu ramai. Maka, rugilah orang yang mempersia-siakan peluang ini.

Allah mengurniakan ilmu kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh. Bahkan, terdapat ilmu yang dikuasai oleh orang kafir. Nabi Muhammad menyeru umat baginda mengadaptasi segala ilmu yang berguna walaupun dari orang bukan Islam! “Kalimah kebijaksanaan barang hilang milik orang beriman. Dimana sahaja didapatinya,maka dialah yang paling berhak ke atasnya.”(riwayat At-Tarmizi).

Amalan berbomoh dan takal amat ditentang oleh Nabi Muhammad SAW. Jelasnya, amalan ini bercanggah dengan akal normal manusia yang waras. Baginda melaknat sesiapa yang melakukan amalan sedemikian.

Nabi Muhammad juga menunjukkan contoh yang terbaik dalam ilmu perubatan. Nabi pernah tidak mengaku mereka yang puasa sehingga tidak makan dan enggan tidur kerana ingin beribadat sebagai umat baginda. Nabi juga menggalakkan umat baginda berubat apabila sakit dan menyuruh mereka menjauhkan diri dari penyakit berjangkit.

Begitulah hebatnya baginda SAW dalam mengajar umat baginda dalam ilmu keduniaan. Ilmu Akhirat mesti dipelajari berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, tidak boleh melalui akal semata-mata. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja inginkan umatnya mencapai kejayaan di akhirat semata-mata, baginda juga mahukan umat Islam berjaya di akhirat. Ayuh, kita buktikan! Amalkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, kita pasti berjaya! Sunnah diamalkan,kejayaan dalam genggaman!

Orang kafir hebat, kerana mereka meninggalkan amalan agama mereka dan mengamalkan isi-isi Islam, orang Islam lemah, kerana mereka meninggalkan ajaran Islam dan mengamalkan budaya orang kafir.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H.