Monday, April 5, 2010

Memfokuskan semula fikiran yang merewang

Exam ENT masih tinggal 2 hari...Tapi, fokus dah lari! Mana silapnya?!

Kadang-kadang,walaupun jiwa begitu bersemangat untuk study, sudah mengetahui kepentingan study, diri tak boleh fokus untuk study. Ada je banyak benda yang terlintas di fikiran. Tengelam dalam lautan masalah, perlukan masa untuk keluar dari lautan itu. Mungkin perlukan bantuan rakan-rakan.

Bacaan quran Imam Misya'ari Al-Fasi memang mendamaikan, mendamaikan jiwa yang resah, memfokuskan fikiran yang merewang. Jom sama-sama kita dengar.




ini pulak nasyid Imam



nasyid ni pulak untuk ingatan destinasi sebenar saya:

lagu semangat

Lagu ni penyuntik semangat perjuangan...
seperti manusia biasa, kadang2 diri ni perlukan 'pautan' supaya tidak tersungkur.

jom dengar sama2:





Saturday, April 3, 2010

Asas kepada gerakan Islam

ucapan daripada us Nik Abduh dalam majlis makan malam bersama 2 anak tuk guru. Ada 3 point penting yang beliau ucapkan:

1. Memang Allah sengaja buat dalam dunia ni ada keburukan dan kejahatan, kerana inilah dunia. Kalau dunia ini begitu indah, penuh dengan keindahan yang kita impikan, maka itu bukan lagi dunia. Jadi,kehidupan yang sebenar itu adalah KEHIDUPAN AKHIRAT.

2. Jangan merasa lemah dengan kejahatan gerakan keparat musuh Islam durjana, pejuang agenda kafir sekularisme dan lain-lain. Kerana semua itu telah ditetapkan oleh Allah. Sewaktu sayidina Abu Bakar sedih kerana kaum quraisy hampir-hampir menemui tempat persembunyian mereka berdua di dalam gua, Abu Bakar menangis. Nabi Muhammad SAW menenangkan Abu Bakar dengan berkata daripada firman Allah yang bermaksud:
"Janganlah sedih, Sesungguhnya Allah bersama kita."

Allah sengaja campur adukkan kebaikan dan keburukan dalam dunia ini untuk memilih siapakah di kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Siapakah yang tidak 'menghiraukan' apa yang dibuat oleh orang yang jahat, dan terus berjalan menuju Allah, orang inilah yang akan mencapai kejayaan.[tidak bermaksud, tidak menghiraukan itu tidak menjalankan dakwah. tapi, tidak menghiraukan ini bermaksud, tidak menjadi lemah dan tertekan dengan kejahatan pihak musuh!]

3. Kuasa politik yang tidak mengikut syariat Islam akan menjadi tidak seimbang dan memporak-perandakan kehidupan. Islam mengajar kuasa politik yang dicapai harus digunakan untuk menjaga 6 perkara iaitu --> Agama, Jiwa(nyawa), Akal, Harta, Keturunan dan Maruah.

saya berpandangan, seharusnya mana-mana gerakan Islam atau gerakan persatuan mahasiswa Islam menggunakan kuasa yang dipegang oleh mereka dalam gerakan/persatuan masing-masing untuk menjaga ke enam-enam perkara itu, tidak lebih dan tidak kurang.

ini ucapan Us Nik Abduh: