Thursday, January 29, 2009

siapakah yang menyayangi dirimu?



“Astaghfirullah, aku kata Allah Akbar, Allah Maha Besar, aku mengaku bahawa semua perkara kat dunia ni kecil2 belaka, Allah Yang Maha Besar. Tapi, dalam solatku, masih tidak khusyuk!” mengutuk diri sendiri, selepas solat fardhu pada hari itu.

Kemudian,

Solat fardhu seterusnya,…………………………….

“la.. sama je macam solat sebelum ni! Ingat lagi benda2 lain! Tak khusyuk langsung!”kecewa dengan kesilapan lama.

Susah hendak berubah, lantaran lemahnya kekuatan iman dalam menggerakkan diri untuk berubah!

Begitulah lumrahnya, iman naik dan turun. Bagaimana jika kematian menjemput semasa iman sedang turun?

CINTA ALLAH

‘ku dambakan cintaNya’ ku baca status seorang rakan di ym.

‘ya Allah, kurniakanlah ku cinta Mu’ tulisan dalam blog seseorang.

Ya, Alhamdulillah, syukurku kerana kesedaran orang Islam dalam mencari cinta Allah yang lebih hakiki dan abadi.

SECEBIS KISAH

Firman Allah yang bermaksud;

pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (‘Abasa:36-37)

begitulah realiti Hari Qiamat, yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.

Ulama’ meriwayatkan, mafhumnya;

Pada hari Akhirat, seorang hamba Allah ditimbang amalannya. Hasilnya, masih perlu sedikit lagi kebaikan untuk membolehkannya masuk syurga. Allah berfirman, “carilah saudara-saudara kamu, dan mintalah sedikit kebaikan dari mereka.”

Lalu, si hamba Alllah ini pun merentas padang mahsyar, mencari semula saudara-saudaranya,

“abang Long, Kak Ngah, dulu kat dunia dulu, abang Long, Kak Ngah sayang sangat kat adik, tolong adik jalan-jalan, belikan adik hadiah, sekarang ni, boleh tak adik nak minta sedikit pahala dari abang Long, Kak Ngah?”

adik, abang Long, Kak Ngah pun takut macam apa yang adik takut,”jawab saudaranya.

Lalu, dia mencari dan menemui ibunya,

“mama, kat dunia dulu, mama sayang sangat kat adik, kan? Kalau adik sakit, mama sanggup tak tidur malam sebab nak jaga adik, adik sayang sangat kat mama. Mama, boleh tak mama bagi kat adik sedikit kebaikan? Adik tak nak masuk neraka! Adik takut!”

adik, mama pun takut macam yang adik takut,”jawab ibunya, lantas meninggalkannya.

Lalu, dia mencari dan menemui ayahnya.

“papa, adik tau, papa sayang kat adik. Papa selalu belikan kat adik hadiah kalau adik dapat nombor 1. Adik pun sayang kat papa jugak. Boleh tak papa bagi kat adik sedikit kebaikan?”

adik, papa pun takut macam yang adik takut,”ayahnya menjawab.

Lalu, dia mencari dan menemui isterinya.

“isteriku sayang, abang tau yang sangat cintakan abang,kan? Dulu, susah senang kita bersama, membina mahligai indah bersama-sama, kan? Sama-sama besarkan anak-anak kita yang comel-comel tu. Sayang, boleh tak bagi kat abang sedikit kebajikanmu?”

bang, yang pun takut macam abang jugak…”balas isterinya.

Lalu, dia bergegas dan menjumpai anaknya.

“anakku sayang, ingat ayah lagi tak? Ayah sayang tau kat acik. Acik pun sayang kat ayah, kan? Ayah ingat lagi, acik sanggup korbankan bermain-main dengan kawan-kawan sebab nak jaga ayah kat hospital. Acik, boleh tak acik bagi kat ayah sikit amalan acik?”

acik pun takut apa yang ayah takut,”balas anaknya.

Buntu, si hamba ini mengadap Allah.

“ya Allah, aku telah meminta sedikit kebaikan dari saudaraku, tapi, tak seorang pun yang sanggup memberikan kebaikan mereka kepada ku.”

Allah menjawab dengan Rahimnya,”wahai hambaKu, sesungguhnya Ku lebih menyayangimu berbanding mereka. Wahai malaikatKu, kau ambillah hamba Ku ini dan kau masukkanlah dia kedalam syurga.

ALLAH sayang sangat-sangat kat hambaNya!

PENGAJARAN HADIS

Daripada Anas bin Malik , bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada dirinya sendiri, anaknya, keluarganya dan manusia keseluruhannya

(riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam An-Nasaa’i, Imam Muslim dan Imam Ibnu Majah)

Allah sayangkan kita, tapi bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? bagaimana nak cintakan Allah?

CARA CINTAI ALLAH

Firman Allah yang bermaksud,

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah Ali ‘Imran:31)

Ikutlah Nabi Muhammad, nescaya, diri ini akan dicintai Allah!

Itulah kata kuncinya.

CABARAN

Badan penat, katil empuk.. tiba-tiba, azan berkumandang..

Teruskan terbaring hingga tertidur, atau terus bangkit dan tunaikan kefardhuan di Masjid?

Ya, Nabi Muhammad menunaikan solat fardhu di masjid!

ya, Nabi Muhammad khusyuk dalam solat!

Nak dapat cinta Allah? Mesti ikut Nabi Muhammad SAW!

Kata-kata mudah dilafazkan dari lidah yang tak bertulang.

Sudah banyak berteori, pelaksanaannya bagaimana?

“ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang imanku yang sering naik dan turun. Kau mudahkanlah diriku mengikuti Nabi Muhammad SAW. Sediakanlah tempat di hatiku untukMu, anugerahkanlah perasaan cintaku kepada Mu.” -ameen-

p/s:

situasi di cabaran tu, hanya salah satu dari contoh-contoh dalam kehidupan.

terdapat rakaman video tentang kuliah seorang ulama' melayu dalam menghuraikan siapa yang paling sayangkan kita. boleh dicari di youtube.com






"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, January 28, 2009

TUBERCULOSIS - siri 2

Sambungan daripada TUBERCULOSIS SIRI 1....
Semoga dapat manfaat,

2. USUS


seperti paru-paru TB, usus juga terdiri dari primary dan secondary TB.

Dalam Primary usus TB, meminum susu haiwan seperti lembu dan seumpamanya yang sudah dijangkiti tuberculous bacili ini. Bakteria ini akan dibawa oleh salah satu sel pertahanan badan merentasi dinding usus dan menyebabkan jangkitan di kawasan itu.
Ruang dalam usus, di kawasan jangkitan mengalami luka dan akan sembuh dengan meninggalkan parut dan digantikan tisu fiber. Salur limfa dan ruas limfa juga akan dijangkiti bakteria ini. Mesenteric lymph node(salah satu ruas limfa di kawasan usus) akan membesar, menjadi kuning dan melekat sesama sendiri.
kawasan jangkitan ini akan sembuh(digantikan dengan tisu fiber) sekiranya sistem pertahanan badan berfungsi dengan baik, tetapi sekiranya sistem pertahanan badan tidak berfungsi dengan baik, bakteria ini akan tersebar dan menjangkiti anggota badan yang lain.

Dalam secondary usus TB, jangkitan biasanya berlaku kepada orang dewasa, akibat daripada jangkitan paru-paru TB yang kronik akibat daripada menelan air liur yang sudah dijangkiti bakteria ini.
Kawasan jangkitan ini juga akan menjadi luka, secara melintang. Luka itu juga akan sembuh dengan digantikan oleh tisu fiber.
Orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami usus berdarah, tersebarnya bakteria ke anggota badan yang lain, usus tersumbat dan lain-lain lagi.

3. GINJAL TUBERCULOSIS

Dalam ginjal TB yang kronik, jangkitan biasanya di bawa oleh darah atau daripada organ seks. Ginjal akan berlubang dan saluran kencing akan tersumbat, dan menyebabkan pembesaran ginjal.
Pesakit yang dijangkiti penyakit ini mengalami kencing berdarah, kegagalan ginjal untuk berfungsi dan penyebaran bakteria ke anggota badan yang lain.

4. TULANG TUBERCULOSIS (POTT'S DISEASE)

Tulang belakang dan hujung tulang yang panjang biasanya dijangkiti bakteria ini, dan menyebabkan tulang hancur.
Jangkitan di tulang belakang akan menyebabkan tulang belakang dan disk antara tulang juga akan hancur. Tulang belakang akan membengkok ke depan, dikelilingi material yang berwarna kuning dan lumpuh separuh badan.

5. SARAF TUBERCULOSIS

Jangkitan ini menjangkiti otak dan kawasan sekeliling otak, menghalang saluran cecair dalam otak, yang menyebabkan cecair itu terkumpul dan meninggikan tekanan dalam otak serta menekan saraf-saraf sekeliling yang menyebabkan lumpuh.

untuk pengetahuan semua, sebenarnya, tuberculosis juga boleh menjangkiti tonsil, kulit, pundi kencing, jantung dan seks organ. Secara keseluruhannya, semua anggota badan mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti bakteria ini!

Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya, "DUA nikmat yang sering dilupai oleh manusia iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG."

Allah berfirman dalam Al-Quran surah Luqman ayat 12; " Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

"ya Allah, sementara masih dikurniakan dua nikmat ini, aku mengadu kepadaMu tentang LALAInya aku dalam mentaati perintahMu, Kau jadikanlah aku orang yang dapat mengikut Nabi Muhammad SAW, supaya ku berjaya mendapatkan cinta-Mu" -ameen-

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah Ali 'Imran:31)

Monday, January 26, 2009

exam dan saudaraku di palestin

We Will Not Go Down (Song for Gaza)

by ; Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

lyric source: http://liriknasyid.com



LANTARAN SIBUK DENGAN URUSAN PERIBADI, ADAKAH DIRI INI SANGGUP MELUPAKAN SAUDARA-SAUDARA KU DI PALESTIN?

QUNUT NAZILAH
senjata kita sekarang!
ALLAH MAHA KUASA!!
HANCURKANLAH ISRAEL!!

ALLAH AKBAR!!
ALLAH AKBAR!!
ALLAH AKBAR!


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Saturday, January 24, 2009

TUBERCULOSIS - siri 1

“Mohd Saifulloh: Faiz Matzaid: 24 Januari-Seorang mahasiswa tahun satu kuliah Usuludin Kaherah, saudara Mohd Hatta Mohamad Hanafi,21 meninggal dunia di sini malam tadi. Beliau berasal dari Terengganu merupakan pelajar yang baru tiba di Mesir bagi sesi pengajian tahun lepas. Yang Dipertua Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika dihubungi pagi ini memberitahu, Allahyarham yang menetap di Asrama Rumah Terengganu,Hayyul 'Asyir menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ustaz Shafizi lagi, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit Tibi. Allahyarham juga mempunyai abang di Mesir iaitu Ustaz Hambali. Sehingga pagi ini, jenazah masih berada di Hospital 'Ain Syam dan akan diuruskan serta dikebumikan hari ini. al-fatihah”

Itulah mass massage yang ku dapat petang tadi, selepas exam pharmacology. Semalam, ku telah diberitakan pelajar itu sudah dimasukkan ke hospital, kerana serangan tuberculosis tu(TB), ku buat status ym, ku minta agar semua orang solat hajat untuknya.. harap2, dia sembuh! Tapi, Allah lebih menyayanginya.. umur semuda itu meninggal semasa dalam perjalanan menuntut ilmu agama, di bumi mesir, bumi para anbia’ dan ulama’..

“alfatihah buat ustaz Mohd Hatta Mohamad Hanafi, semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan mendapat kelebihan mati syahid.” –ameen-

Aku juga mendapat berita dari Alexandria, 2 orang pelajar perubatan terkena penyakit TB ni, tapi, Alhamdulillah,setakat hari ini, masih tidak kedengaran pemergian mereka ke rahmatullah. “ya Allah, ku mengadu kepadaMu lemahnya kudrat kami, Kau sembuhkankanlah dua orang sahabatku itu, hanya Kau Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Menyembuhkan, Yang Maha Mengasihani.” –ameen-

Entah kenapa, selepas solat asar, aku terasa terpanggil untuk menulis sedikit maklumat tentang penyakit tuberculosis ini. ku risau kalau diriku dan sahabat-sahabat semesir ini terkena penyakit ini lagi. Kerana Allah ku sayangkan kalian! Sesungguhnya, ku teramat-amat merindukan kemunculan ulama’ dan pengamal perubatan dari Mesir ini, yang mendapat didikan Islam dari ulama' mesir, untuk memimpin dan mengajak rakyat Malaysia kembali kepada Islam dan menjadikan Islam dalam hati setiap insan!

ya, ku sangat-sangat rindukan saat itu!

Semoga maklumat ini dapat membantu kita semua..

mycobacterium tuberculosis

APA ITU TUBERCULOSIS?

Tuberculosis ialah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mycobacterium bacilli, sejenis bacteria.

BAGAIMANA MENDAPAT JANGKITAN?

Terdapat 3 cara manusia boleh terkena jangkitan bacteria ini, sama ada melalui pernafasan, pemakanan dan suntikan melalui kulit.

Antara ketiga-tiga cara jangkitan ini, jangkitan melaui pernafasan adalah yang paling lazim, melalui debu-debu yang sudah dijangkiti bacteria ini yang masuk kedalam saluran sistem pernafasan badan. Bacteria yang dijangkiti melalui pernafasan akan menyerang tonsil dan paru-paru.

Jangkitan melalui pemakanan diperolehi melalui susu lembu , kerbau dan seumpamanya(genus bos) yang dijangkiti bacteria ini, dan menjangkiti tonsil dan usus-usus perut.

Jangkitan melalui suntikan kepada kulit diperolehi melalui pengendalian kepada barang-barang yang sudah dijangkiti bacteria ini seperti daging dan lain-lain. Jangkitan melalui cara ini adalah yang paling sedikit.

BAGAIMANA PENYAKIT INI BOLEH TERSEBAR DALAM BADAN MANUSIA?

Bacteria ini boleh tersebar melalui darah, cecair limfa, saluran-saluran dalam sistem badan, (seperti saluran kencing, saluran pernafasan dan sebagainya) dan juga secara terus(menjangkiti kawasan sekitar)! Bacteria ini boleh menjangkiti salur darah dan memasuki darah melalui jangkitan pada salur darah tersebut. Kaedah yang sama digunakan dalam penyebaran melalui cecair limfa, malah cecair limfa ini membawa limfa yang sudah dijangkiti bacteria ini ke ruas limfa(lymph node).

APAKAH BAHAGIAN BADAN YANG BIASA DIJANGKITI PENYAKIT INI?

1. PARU-PARU TB

PARU-PARU TB ada dua jenis iaitu primary(kali pertama) dan secondary(kali berikutnya).

Dalam primary paru-paru TB, titik-titik jangkitan muncul di bahagian tepi paru-paru. Salur limfa dan ruas limfa juga akan mengalami jangkitan. Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak dan boleh sembuh sekiranya sistem pertahanan badan mampu melawan bacteria itu. Sekiranya sistem pertahanan badan gagal, bacteria itu akan tersebar melalui darah, limfa dan saluran-saluran sistem badan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru semakin teruk dan juga menjangkiti bahagian-bahagian badan yang lain pula.

Dalam secondary paru-paru TB, yang biasanya menjangkiti golongan dewasa, kesan jangkitan juga bergantung kepada sistem pertahanan badan. Sekiranya sistem pertahanan badan kita berada pada tahap yang sederhana dan bilangan bacteria itu juga sederhana, chronic fibro-caseous pulmonary tuberculosis akan berlaku. Dan sekiranya sistem pertahanan kita lemah dan bilangan bacteria itu terlalu banyak, tuberculous bronchopneumonia dan acute caseous tuberculous pneumonia akan berlaku.

Dalam chronic fibro-caseous pulmonary tuberculosis, bahagian atas paru-paru berlubang-lubang kerana jangkitan ini menyebabkan sebahagian paru-paru menjadi lembut, hancur dan memasuki saluran-saluran pernafasan. Bahagian bawah paru-paru juga akan menunjukkan kawasan jangkitan. Pesakit yang terkena jangkitan ini menyebabkan paru-parunya mengecut dan tidak dapat berfungsi, batuk berdarah, jangkitan di bahagian tubuh yang lain, jantung gagal berfungsi dengan lancar dan lain-lain. Pesakit ini juga akan kehilangan berat badan, berpeluh-peluh, demam malam, sakit dada dan susah untuk bernafas.

Dalam tuberculous bronchopneumonia pula, titik jangkitan berselerak di seluruh paru-paru. Ruas limfa juga akan membesar(hilar lymph node). Sekiranya sistem pertahanan badan semakin lemah, penyakit ini akan menjadi semakin teruk dan dipanggil acute caseous tuberculous pneumonia. Titik-titik jangkitan akan bercantum sesama sendiri , menjadi lembut, hancur dan membentuk lubang-lubang di paru-paru.

adakah TUBERCULOSIS menjangkiti paru-paru sahaja?
bagaimana anggota badan yang lain?
nantikan sambungannya....





"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

mat rempit dan doktor

secebis kisah untuk pengajaran bersama...
dicopy and paste dari emel oleh saudari zetty..

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doktor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..


kalau Allah menilai kejayaan seseorang kerana kecantikan wajah, kasihan kat manusia yang tak cantik.
kalau Allah menilai kejayaan seseorang kerana kejayaan dalam pelajaran, kasihan kat manusia yang kurang bijak dan kurang pintar.
kalau Allah menilai kejayaan seseorang kerana kekayaan, kasihan kat manusia yang miskin.

tapi..

Allah menilai kejayaan seseorang kerana hati dan amalannya.

Orang TAK CANTIK pun boleh menjaga hati dan memperbanyakkan amalan.
Orang TAK PANDAI pun boleh menjaga hati dan memperbanyakkan amalan.
Orang MISKIN pun boleh menjaga hati dan memperbanyakkan amalan.
MAT REMPIT pun boleh menjaga hati dan memperbanyakkan amalan.

bahkan...

ORANG CANTIK pun dibenci Allah, kalau tak ikut perintah Allah!
ORANG PANDAI pun dimurkai Allah, kalau buat kepala sendiri!
ORANG KAYA pun dilaknat Allah,kalau berlagak sombong!
ORANG HEBAT di mata masyarakat pun diazab Allah, kalau langgar suruhan Allah!

akhirnya..

Semua manusia boleh mencapai kejayaan itu,
semuanya kembali kepada persoalan,

NAK ke TAK NAK?

"ya Allah, ku mengadu kepada Mu tentang kelemahanku, Kau kuatkanlah diriku."

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, January 22, 2009

ayuh! teruskan perjuangan!!


17 Jan :: Pathology

20 Jan :: Parasitology

24 Jan :: Pharmacology

27 Jan :: Microbiology

masih berbaki 2!

hubungan dengan-Nya!

cayouk!

fokus!

doa!



"keletihan itu sementara,

kejayaan itu selama-lamanya"

-bijak pandai-



dengarkan,
Ku persembahkan,
"usah putus asa!" dari mirwana.
JANGAN PUTUS ASA YE?!!





"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, January 21, 2009

terasa kehilangan

abang min bersama putera dan puterinya

“apa? Abang min dah nak balik Malaysia?” kaget. Terkejut dengan berita yang baru aku terima dari sayuti.
“ye la, tadi dia call, ahli Smart Circle aku nak gi rumah dia malam ni..” sambung sayuti, menegaskan kata-katanya sebelum ini..

PERKENALAN PERTAMA

“erm.. nama saya Ahmad Muhaimin Bin Mustafa, asal Kelantan,” seorang abang senior memperkenalkan diri. Masa tu, kami di dalam bas dari Cairo International Aiport ke Asrama Melayu Abbasiyah(ARMA), hari pertama kami di Mesir, selepas beberapa jam perjalanan dengan kapal terbang.
‘uish, jernihnya muka abang ni.. macam ustaz,’ hatiku berdetik. Aku mula mengaguminya..

BERSAMA ABANG MUHAIMIN DAN KELUARGA

Aku sangat sukakan orang Kelantan. Mereka ni ceria-ceria belaka. Aku sangat selesa apabila bergaul dengan mereka. Dengan loghat mereka yang agak lucu dan lembut, aku sangat senang bermesra dengan mereka. Orang Kelantan pun pandai-pandai. Rumah Kelantan mesir antara rumah negeri yang paling aktif dalam menyampaikan kuliah-kuliah agama. Rumah yang paling aktif!

Abang muhaimin orang Kelantan. Orangnya peramah, senang diajak berbicara, tempat untuk aku menluahkan masalah, berbincang dan menyelesaikannya. Beliau juga pandai dalam berkata-kata. Kewujudan fateh yang ‘nakal’ dan syaima’ yang suka tersenyum, membuatkan aku amat menyayangi keluarganya.fateh...syaima'..... senyum....

Bermain-main dengan dua penyeri rumah tangga beliau ini memang sangat-sangat menghiburkan. Lebih-lebih lagi buat insan seperti diriku, yang mempunyai adik yang sebaya dengan fatih. Melayan karenah fatih,macam melayan karenah adikku, Fatimah..

Merekalah penghilang rinduku kepada family ku di Malaysia.

Apa yang paling best, kalau pergi rumah abang muhaimin, dapat merasa masakan orang kahwin. Siapa yang tak suka masakan ibu sendiri, kan? Masakan ibu adalah masakan paling ‘best’! Dapat makan di rumah abang Muhaimin, hasil kerja tangan isterinya, wan faqihah sudah cukup bermakna buatku, penawar rindu kepada hasil tangan ummi di Malaysia.

PERPISAHAN
“abang Muhaimin, semoga Allah selamatkan abang dan keluarga. Semoga selamat sampai ke Malaysia. Doa-doakan kami di sini..” begitulah bunyi kalam terakhir ku, dalam perbualan ku bersamanya dengan telefon. Masa tu, pukul 1 pagi, beliau dan keluarga akan bertolak pukul 3 pagi waktu Mesir.

abang min n family, jangan lupakan kami..

Kini…..
Karenah fatih sudah tiada.
Senyuman manis syaima’ sudah tidak kelihatan.
Suara abang Muahaimin, nasihat-nasihat beliau akan tetap tersemat di hati.

“janganlah menjadi orang lain, jadilah diri sendiri! Kalau anta jadi orang lain, nanti orang lain akan benci kat anta. Jangan fikirkan lagi hal ini, teruskan kerja anta!”

Terima kasih abang Muhaimin. Nasihat itu akan ku semat di dada.

Fatih dan syaima’, selamat jumpa datuk dan nenek, jangan nakal-nakal.. kesian kat abu fatih dan ummu fatih tu..

semoga dapat menjadi ulama’ ummah.

selamat jalan, perjuangan di Malaysia sedang menanti dirimu!



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

kembali

“beginilah orang berblog, menulis hanya ada idea…” seorang sahabatku memberi komentar.

“itu yang aku malas nak menulis, susah nak istiqamah,”kawanku mengomen.

LAMA BERHENTI

Aku mengaku,memang sudah agak lama aku tak menulis, maafkan aku.

Takut. Tak sempat. Ilmu.

Itulah antara punca kenapa sudah lama aku tak menulis.

Aku ketakutan sebab semua yang aku tulis gagal untuk aku amalkan.

Hanya seronok dalam menulis.

Malah, mencari gambar-gambar dalam yahoo search , sebagai hiasan dalam blog akan menyebabkan aku berjumpa dengan gambar yang entah apa-apa.

TUJUAN

Hamba Allah. Khalifah Allah. Da’ie.

Itulah matlmat hidup sentiap insan, apatah lagi muslim.

Aku menulis untuk diri sendiri, sebagai muhasabah buat diri. Ku baca setiap post yang dibuat.

Ku juga ingin berkongsi ilmu-ilmu dengan rakan-rakan. Tapi, ku ketakutan…

Sudahkah aku beramal? Sudahkah sebati dengan diri?

PEMANGKIN

Kini, ku cuba menulis semula. Pemangkin yang paling menolakku kembali menulis adalah abang Muhaimin. Ku harap, dengan berblog ini, akan menjalin dan meneruskan ukhuwah antara kami.

Ku cuba untuk istiqamah. Semoga aku berjaya. Doakan aku.