Thursday, February 25, 2010

iktibar maulid rasul kali ini!


“hey, minggu depan dah 12 rabi’ul awal la.. kau sedar tak?” abu menyapa ali, kawan sebiliknya.

“Alamak! Ya ke?! Aku tak plan apa-apa lagi la. Nak sambut macam mana entah sambutan maulid tahun ni!” sahut ali, termenung.

SAMBUTAN MAULID NABI

Sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sambutan, yang jauh daripada penghayatan perjuangan dan menjelmakan perwatakan Nabi Muhammad SAW dalam diri. Namun begitu, sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat kita beria-ria menyambut hari kelahiran junjungan kita ini,begitu juga hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Oleh itu, menjadi satu kesalahan yang sangat besar pada pendakwah sekiranya tidak mempersiapkan aktiviti-aktiviti yang betul-betul menarik, yang dapat menyedarkan manusia dan mengisi jiwa mereka.

PENGHAYATAN SEBENAR

Jujurnya, Nabi Muhammad seorang tokoh politik dalam pemerintahannya dalam perjuangannya. Namun, baginda tidak meninggalkan aspek pentarbiyahan rohaninya. Ini adalah satu tempelak kepada pejuang-pejuang Islam yang berbangga dengan gelaran pejuang, namun kurang mengambil berat dengan aspek pembangunan rohani dalam perjuangan mereka.

Nabi Muhammad seorang tokoh suami dan anak yang terbilang, disamping perjuangan dakwahnya. Bacalah bagaimana romantiknya Nabi Muhammad dengan para isteri baginda dan layanan baginda kepada anak-anak. Jadi, adalah satu benda yang jelek jika para pejuang/pendakwah yang terlupa melayan isteri dan anak-anak mereka dengan sebaiknya lantaran terlalu sibuk dengan urusan perjuangan mereka. Walhal, anak isteri adalah tanggungjawab mereka untuk selamat daripada api neraka, bukan anak orang lain!

Nabi Muhammad seorang yang hebat dalam strategi peperangan dan mengatur kehidupan dunia, tanpa melupakan aturan kehidupan akhiratnya. Oleh itu, macam mana seorang yang menganggap dirinya adalah seorang sufi, tapi meninggalkan urusan keduniaannya dan perjuangan untuk meletakkan Islam kembali ke tempatnya?! Terlalai dengan amalan sunat sehingga melupakan amalan wajib yang lebih penting! Menyangka sufi dengan banyaknya amalan. Walhal, hebatnya saidina Abu Bakar bukan kerana banyaknya amalannya, tapi kerana ‘banyaknya’ Allah dalam hatinya.

Nabi Muhammad banyak menceritakan kaedah untuk mencapai kejayaan dalam dunianya, tanpa melupakan kejayaan akhirat. Bertanam bersungguh-sungguh di dunia untuk menunaikan hasilnya di Akhirat. Tidak pernah mengajar umatnya untuk meninggalkan kejayaan dalam mencapai kecemerlangan dunia, lantaran terlalu sibuk dengan urusan akhirat. Terlupa konsep ibadah umum dan ibadah khusus. Terlupa konsep fardhu kifayah yang dapat memajukan kehidupan dunia. Terkubur sudah konsep khalifah, sebagai pengatur dan pemakmur kepada bumi!!

Nabi Muhammad seorang yang sangat pengasih dan menyayangi. Berlembut dan berkerasnya bertempat. Kenapa terdapat golongan yang menganggap dirinya seorang pejuang, terlalu berkeras dan melampau dalam perkara cabang?! Bergaduh dalam perkara wasilah. Tidak dapat membezakan perkara usul dan furu’. Tidak pandai membezakan matlamat dan wasilah. Tidak pandai menyusun keutamaan. Ta’asub pada golongan atau individu tertentu. Berpecah dan bergaduh sesama sendiri, sehingga musuh bertepuk tangan. Mundur dalam perkara duniawi.

AYUH! KITA ‘TENGOK’ KE BELAKANG SEKEJAP

Pada maulidur rasul ini, saya menyeru semua rakan-rakan, kita tengok ke belakang sekejap. Apa kesan tidakan kita sebelum ini?! Menguntungkan Islam atau merugikan islam? Kalau tindakan kita itu merugikan Islam, masih ada masa untuk berubah walaupun perit. Kalau sebaliknya, teruskan langkahmu itu, terus maju ke hadapan. Pimpinlah rakan-rakanmu yang masih terkapai-kapai mencai sebuah kebenaran itu.

Ayuh, jadikanlah Rasulullah SAW itu contoh terbaik kita!

Salam maulidur rasul 1431 H.

Tuesday, February 9, 2010

pelik betul!

Petikan penuh dari laman web Jab Agama Islam

Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera

Tarikh Keputusan:
21 Apr, 2009

Tarikh Mula Muzakarah:
21 Apr, 2009

Tarikh Akhir Muzakarah:
23 Apr, 2009

Oleh:
Muzakarah Kali Ke-86

Keputusan:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Walau bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak

Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk Bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

Muzakarah juga bersetuju supaya JAKIM menyediakan satu garis panduan binaan tanda peringatan untuk rujukan semua agensi Kerajaan dan swasta serta masyarakat awam.

Sumber: klik sini


KENAPA TAK DIPOPULARKAN?

Daripada sumber tu, kita semua dapat melihat kebenaran tetap kebenaran. Tapi, kenapa dipopularkan. Kelihatan seolah-olah ulama'-ulama' pembangkang yang bersemangat, membantah tindakan pemimpin kerajaan pada satu masa dahulu.

Tak sangka, ulama' dalam kerajaan juga membincangkan isu yang sama. Pendapat pun tidak bercanggah. Maksudnya, kebenaran tu tetap kebenaran, walaupun keluar daripada mulut sesiapa. asalkan berpegang pada manhaj yang benar!

Tapi, kenapa kurang diwar-warkan?

Thursday, February 4, 2010

Had dan Peranan

"Alahai, semua buku agama dalam bahasa Arab. Macam mana la nak buat. Nak belajar bahasa arab pun bukan senang. Prioriti aku sekarang medik."

Ini antara rungutan yang biasa didengari. Jujurya saya seronok melihat perkembangan sekarang. Masyarakat semakin mahu kepada Islam. Mereka semakin bersemangat dalam usaha untuk memahami Islam.

BAKAL PROFESIONAL BERSEMANGAT

Maaf, saya bukan hendak mengatakan profesional tu bukan ulama' dan ulama' itu tidak profesional. Tapi, saya guna istilah itu untuk memudahkan penulisan saya.

Bakal golongan profesional kini semakin kuat kesedaran mereka kepada agama. Mereka semakin bersemangat menghadiri kelas-kelas agama, usrah-usrah agama bahkan ada yang lebih advance terlibat sebagai pendokong, penggerak kepada usaha memahamkan masyarakat kepada Islam.

SEKITAR POLEMIK YANG TIMBUL

Dalam keseronokan saya melihat kesedaran mereka yang semakin meninggi kepada Islam, kerisauan terhadap fanomena ini semakin menjadi-jadi dewasa ini.

Mereka mula berani memasuki zon-zon yang mana golongan agamawan sendiri tidak berani memasukinya. Mereka berani mengkritik hukum hakam terdahulu, bahkan berani mengeluarkan hukum dari nas-nas tertentu. Mereka mula berani mengkritik ulama' Islam terdahulu, bahkan ulama' masa kini. Kesedaran mereka kepada Islam kelihatan menjadi lebih berbahaya berbanding fanomena keegganan mereka kepada Islam, lantaran pengaruh mereka lebih kuat dalam masyarakat dan sikap mereka yang keras kepala dan tergopoh-gapah.


FAHAMI PERANAN DAN BATASAN MASING-MASING

Saya merasakan setiap orang harus memahami peranan dan batasan masing-masing. Kebijaksanaan golongan bakal profesional ini seharusnya diambil berat oleh golongan agamawan. Golongan agamawan harus membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu agama yang ber'aproach' kontemporari.

Kebijaksanaan akal mereka seharusnya dimanfaatkan dengan memberi mereka peluang membaca buku-buku agama, memahami kuliah-kuliah agama dalam bahasa Arab oleh ulama'-ulama' Arab yang muktabar dan diyakini ilmunya. Buku-buku syeikh Yusof Al-Qardawi, Dr Ahmad Zuhaili, Dr Sa'aduddin Khilali dan ramai lagi ulama' yang mengambil pendekatan yang sesuai dengan zaman sekarang harus diterjemah dan disebarkan, kerana mereka banyak menjawab persoalan 'KENAPA' golongan profesional sekarang.

Janganlah bersikap reaktif, tapi amalkan sikap proaktif. Golongan profesional sendiri harus menyedari batasan mereka. Mereka pendakwah, bukan faqih. Mereka da'i bukan Qadhi.

Seperti dimaklumi Allah berbicara dengan hambaNya melalui ayat mahzuurah(alam), maqruah (AlQuran) dan ayyamullah(kejadian). Serahkan penilitian maqruah kepada ulama dan laksanakan peranan kita untuk mendalami ayat mahzurah dan memikirkan hikmah di sebalik setiap ayyamullah.

Setiap golongan memahami peranan dan mengetahui batasan masing-masing.


HARUN YAHYA

Kita ada contoh hebat dan praktikal iaitu Harun Yahya. Beliau memahami batasan dan peranan. Beliau optimumkan peranan yang sepatutnya dimainkan.

Saya mencadangkan agar kita semua menjadikan Adnan Oktar(nama sebenar Harun Yahya) sebagai idola kita. Saya menyeru golongan profesional semua untuk memahami pemikiran beliau, men'download' audio, video, artkel, pembentangan dan sebagainya dari laman web beliau.

klik sini untuk ke laman web harun yahya
klik sini untuk download buku
klik sini untuk download audio
klik sini untuk donwload video

CADANGAN GUNAKAN HARUN YAHYA

Tengok minat kita. Kalau minat membaca dowload banyak buku dan artikel. Jika minat melihat, download la video. Kalau minat macam budak-budak, dowload versi budak-budak (Klik sini)

Ayuh kita ambil semangatnya. Perhebatkan peranan kita di tempat yang kita sepatutnya berperanan. Pada saya, cemerlang dalam bukan bidang kita adalah mengada-ngada. Bidang sekarang terlalu luas. Realitinya, kita perlu kepada pengkhususan.

Fikirlah dengan mata hati, bukan dengan mata nafsu berteraskan syaitan.

Hati, Akal dan Nafsu

Manusia bukan robot. Manusia ada akal, hati dan nafsu. Ketiga-tiga elemen dalaman ini, PENJANA kepada gerakan anggota badan luaran yang lain. Ringkasnya, aktif atau longlai manusia adalah kerana aktif atau longlai akal, hati dan nafsu.



HUBUNGAN AKAL, HATI DAN NAFSU


Akal mencetuskan 'tahu', hati mencetuskan 'yakin' dan 'mahu', nafsu pula menentukan 'mampu'. Ilmu dapat me'muas'kan akal, iman dapat me'muas'kan hati dan menjerat nafsu. Muallim(guru) mengajar untuk memberitahu, murabbi(pendidik) mendidik untuk mencetuskan mahu dan memimpin kebuasan nafsu.

Hati adalah raja anggota badan. Akal adalah bendahara kepada hati. Nafsu pula pengacau yang boleh memburukkan akal dan hati. Ringkasnya, hati menentukan tindakan, akal memandu hati untuk bertindak membuat kerja dengan 'betul-betul'. Nafsu pula perosak kepada 'perancangan' hati dan akal!

Disamping faktor dalaman tersebut, faktor luaran juga mempengaruhi 'penghijrahan' seseorang, untuk keluar daripada zon selesa kepada zon derita, buat sementara! Namun hakikatnya, kita hanya mampu mengubah faktor dalaman, cuma 'dia' dalam kawalan kita.

DILEMA MELAYU DAN KUNCI PENYELESAIAN

Melayu lemah dari segi rohani(kemajuan akhirat) dan material (kemajuan dunia). Islam adalah penjana kemajuan akhirat dan kemajuan dunia. Formula nya mudah, jiwailah konsep hamba sebagai penjana insan BERINTEGRITI dan jiwailah konsep khalifah sebagai penjana insan berKOMPETENSI. Ibadah fardhu ain pembentuk insan bersikap mulia dan ibadah fardhu kifayah pembentuk insan pembangun dunia.

Mudahnya, orang baik tapi bodoh akan ditipu, orang bijak tapi jahat akan menipu. Jadi, kita mesti menjadi orang baik(ITEGRITI) dan bijak(KOMPETENSI). Bijak dan penipu adalah pembinasa, baik dan bijak adalah pembina!

Orang berjiwa hamba banyak berZIKIR. Orang yang berjiwa khalifah banyak berFIKIR. Zikir punca integriti dan fikir punca kompetensi.

Zikir dan fikir inilah sifat orang MUTTAQIN(bertaqwa), bukan mu'min semata-mata. Mereka sentiasa memperelok hubungan dengan Allah(taqwa), hubungan dengan manusia(akhlaq) dan memilik kekuatan terulung dalam semua bidang kehidupan(itqan) . Mereka 'betul-betul' bertanam di dunia untuk menuai hasilnya di Akhirat! IMAN adalah prinsip hidup dan ISLAM adalah peraturan hidup. Mereka taat kepada syariat Allah dan tidak ingkar kepada sunnatullah.

Kelihatan Melayu mempunyai ramai Muallim, tapi Melayu kekurangan Murabbi. Pengajaran sudah dilaksanakan, tetapi kesannya macam tidak kelihatan!

Lantarannya, kurangnya sentuhan RASA DIDIKAN kepada hati.

Sedangkan metod Nabi Muhammad adalah pengajar kepada akal, pendidik kepada hati dan pemimpin kepada nafsu!


KEFAHAMAN ISLAM

Islam agama yang sangat hebat. Islam itu adalah kecemerlangan. Islam penyelesai kepada masalah umat. Islam itu adalah penjana kemajuan dan kecemerlangan umat. Lihatlah Arab Jahiliah, daripada bangsa paling hina menjadi bangsa paling mulia, dengan sebab Islam. Lihatlah bangsa Turki, mampu menawan Kostintinopel dengan sebab Islam. Lihatlah bangsa Melayu Melaka, namanya gah hingga ke China dengan sebab Islam.

Tapi, itu umat Islam dulu...

Kenapa umat Islam sekarang dah tak macam umat Islam dulu?
Adakah Islam sekarang bukan Islam dulu? Atau....
Adakah kefahaman Islam kita bukan kefahaman Islam yang Nabi Muhammad maksudkan? Atau....
Adakah kita lemah atau musuh yang kuat?

Ya, teorinya Islam memang hebat! Sangat sempurna!
Tapi, praktikalnya sekarang, UMAT Islam 'seolah-olah' kelihatan lemah dan penjana kemunduran!!?


LANGKAH PERTAMA

Akal diisi dengan ilmu untuk mencetus tahu. Hati diisi dengan iman untuk mencetus mahu dan yakin. Nafsu dipimpin dan dijerat untuk mengizinkan mampu. Jika difikir lebih mendalam, kekuatan 'mahu' sahaja sudah cukup untuk mendapatkan tahu dan membentuk mampu. Soal kemahuan itu yang paling penting!

Skala akal, hati dan nafsu kini mesti diubah kearah mencapai TAQWA. Ilmu, keyakinan dan latihan mesti dibuat BERTERUSAN.

Seterusnya,
Hanya yang 'ahli' adalah pengajar,pendidik,pemimpi dan pelatih terbaik. Islam datang daripada Nabi Muhammad. Ulama' pula adalah pewaris baginda. Kefahaman Islam yang tepat mesti datang daripada mereka.

Alangkah indahnya jika kita semua dapat kenal para ulama' dan mendengar sendiri kalam-kalam daripada mulut mereka. Mahasiswa yang belajar di Timur Tengah boleh merujuk golongan azhari atau mana-mana agamawan untuk mendapatkan nama-nama ulama dan mendengar ceramah mereka di youtube atau mana-mana laman web yang menayangkan ceramah mereka. Kemampuan bahasa Arab boleh diatasi dengan memilih ceramah-ceramah yang sudah siap terjemahannya atau cuba menguasai bahasa Arab dengan membiasakan telinga mendengar ceramah Arab berulang-ulang kali secara berterusan.

Cabarannya cuma satu.

Sejauhmanakah kesungguhan kita dalam mendapatkan kefahaman dan pengamalan Islam yang TEPAT?

------------------------------------------------------------------------------------------------
u/p: Saya tidak menafikan peranan ulama' Melayu dalam memberi kefahaman Islam yang tepat. Pada saya, dua sumber utama Islam dalam bahasa Arab(Quran dan Hadis). Jadi, apa salahnya jika kita terus mendapatkan kefahaman Islam melalui 2 sumber utama itu dengan dibantu oleh manhaj-manhaj ulama' sebagai pemandu pemahaman kita..Kebetulan pula, ramai ulama'-ulama' mu'tabar bercakap, mengajar dan menulis dalam bahasa Arab!

Kebanyakan hasil tulisan ini diolah dari buku Dilema Melayu Islam:Kurang Zikir atau Kurang Zikir oleh En Pahrol Mohamad Juoi.

Tuesday, February 2, 2010

berusaha ke arah sempurna

Kebelakangan ini, orang sibuk membicarakan soal persatuan. Persatuan yang manakah yang TERBAIK, untuk disertai kerana penyertaan memerlukan komitmen dan komitmen memerlukan perngorbanan masa, diri,pemikiran, wang dan tenaga.

HAKIKAT KEJADIAN
Dalam memilih, banyak perkara yang perlu diambil kira untuk dijadikan kayu ukur. Kadang-kadang, kita terlupa ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Sebelum memberi, mesti memiliki dan memiliki memerlukan usaha.

Kekuatan adalah satu nilai yang RELATIF dan bersifat SEMENTARA, manakala dasar dan objektif persatuan adalah TETAP dan TIDAK AKAN BERUBAH!

Ahli yang mencorakkan persatuan. Kuat ahli, maka kuatlah persatuan itu. Begitu juga, jika lemah ahli, maka lemahlah juga persatuan itu. Ahli itu pula adalah manusia. Manusia yang menentukan kekuatan sesuatu persatuan setelah segala gerak kerja dilaksanakan ke arah objektif dan selaras dengan persatuan! Biarpun kadang-kadang, gerak kerja itu mempunyai banyak cacat cela kerana kekurangan manusia itu sendiri.

Maksudnya, jika kita menyakini dasar dan objektif sesuatu persatua sudah jelas dan tepat, kenapa mahu dicari persatuan yang kelihatan hebat luarannya, tanpa kita menggeladah isinya? Kenapa sanggup keluar dari persatuan yang sudah disertai hanya kerana tertipu oleh luarannya yang kelihatan lemah, sedangkan sudah jelas dan tepat objektif dan dasarnya?

FIKRAH MENERIMA

Sayang seribu kali sayang, fikrah menerima begitu membarah dalam umat ini. Jarang sekali difikirkan untuk memperelok dan memantapkan sesuatu yang kurang sempurna. Mahu dicari apa yang sudah sempurna. Walhal, terlupakah kepada hakikat makhluk yang pasti tidak akan sempurna?

Alangkah indahnya jika akhirat dijadikan matlamat. Pahala kesan daripada amalan jari'ah di hebat-hebatkan promosinya untuk diamalkan oleh umat Islam. Menyediakan dasar kebaikan yang tepat untuk orang akan datang berjalan atas dasar yang baik itu, menjanjikan pahala yang berterusan hatta empunya diri sudah alam barzakh sekali pun!

Pahala amal jariah bukan sebarangan. Pahalanya laksana hujan turun lebat melimpah-limpah. Namun, cabarannya besar sekali. Banyakkan memberi!

Ada sesiapa berani menyahut cabaran ini?

pengajaran daripada cerita madu tiga p ramlee


Madu Tiga lakonan P Ramlee menghangatkan suasana gerak kerja pembungkusan kitab kat rumah ustaz fawaz pada malam itu. Memang tak kering air liur dengan lawak-lawak mantap pelakon-pelakon tu. Hafzi dan copuk, berapa kali ter'rehat' sebab terpaku dengan lawak-lawak tu. Sampai terhafal-hafal, buat modal nak 'sakat' orang! ~aih~

SUAMI KAK TIPAH KAHWIN LAIN SEBAB MAIN MAHJONG

Jamil, dilakonkan P Ramlee berkahwin lain, atas alasan isteri lama dia, sibuk dengan mahjong 24 jam. Suami mana yang tak tensen, kan? Last-last, nak mengubat hati yang sunyi, dia kawin lagi satu. Apa lagi, melenting si isteri, bila dapat tau suami dah kawin lagi satu.. sampai gaduh-gaduh dengan madu dia..gaduh dengan suami, tak payah nak cerita...

biasalah, perempuan mana yang nak dirinya di'madu' kan. Kasih suami biarlah tumpah kat dia sorang je, tak nak share-share dengan orang lain..

SUNNATULLAH

Situasi ni macam sama dengan situasi orang yang marah-marah dengan orang yang tak nak join 'kumpulan' masing-masing.

'Kumpulan' A tu 'kelihatan' biasa-biasa je.. Tarbiah Ruhiyah ada, tapi biasa-biasa je... Tarbiah thaqafiah ada, tapi biasa-biasa je... Pendek kata, semuanya ada, tapi biasa-biasa je.. puak A kata, manhaj dia paling tepat! Puak dia adalah puak terbaik!

'Kumpulan' B ni pulak, 'kelihatan' tarbiahnya mantap! 'Kelihatan' hubungan dengan orang pun dia jaga.. 'kelihatan' kecemerlangan akademik pun hebat.. pendek kata, secara zahirnya memang nampak 'macam sempurna' je puak lagi satu ni..Puak ni pun mengaku, puak mereka adalah puak yang tepat! Manhaj mereka adalah manhaj yang tepat!


Hukum Sunnatullah, MANUSIA LEBIH YAKIN DENGAN APA YANG DILIHAT OLEH MATA, BERBANDING YANG DIDENGAR OLEH TELINGA.


KITA ADALAH HAQ

Kumpulan kita memang BENAR.

Tapi, kalau gerak kerja mengingkari sunnatullah, JANGAN MELETING kalau orang tak nak 'kahwin', 'bermadu' atau 'cerai' dengan kumpulan kita.

Kalau cara pendekatan, gerak kerja masih tak memenuhi permintaan dan keperluan semasa, JANGAN MELENTING kalau orang nak 'kahwin' dengan kumpulan lain.

Sedangkan gerakan freemasonary dan lain-lain gerakan nak hancurkan Islam pun macam 'dibenarkan' untuk berkuasa sekarang. Walhal, mereka itu sudah jelas BATIL. Kenapa mereka boleh berkuasa macam hari ini?

SEBAB mereka buat kerja jahat tu dengan BETUL-BETUL! Kumpulan kita pula, tak buat kerja yang betul dengan betul-betul!


JEMAAH dan ISTERI

Jemaah ni macam isteri. Tempat untuk melepaskan rindu, menyayangi dan disayangi, dibelai, dididik dan macam-macam lagi. Kadang-kadang disayangi, kadang-kadang kena tegur. Biasa tu, sayang memang sebab sayang dan ditegur tu pula tanda sayang. Apa yang penting, PERHATIAN diberikan sebaiknya. PERHATIAN yang baik melahirkan PERKHIDMATAN dan HUBUNGAN yang mantap. Lalu, terbentuklah KEBAHAGIAAN!

apabila PERHATIAN tidak diberikan, ditumpahkan kepada perkara lain, 'si suami' berasa sunyi lalu mencari PERHATIAN daripada wanita lain.

sama macam mana-mana jemaah,

apabila tiada PERHATIAN sebaiknya kepada ahli, PERKHIDMATAN pun kehilangan 'umph'nya dan nikmat KEBAHAGIAAN dalam berjemaah sudah hilang, bahkan sengsara datang bertimpa-timpa, ahli akan mencari jemaah mana yang dapat berikan PERHATIAN kepada mereka, demi menikmati kebahagiaan yang mengasyikkan.

KEKUATAN JEMAAH

Kalau macam tu, kalau kita nak orang masuk jemaah kita, kita mestilah memberikan sepenuh PERHATIAN kepada ahli. Tidak dinamakan memberi perhatian, jika perkhidmatan tidak memenuhi KEPERLUAN, dan perhatian pula gagal dijelmakan dalam bentuk perkhidmatan yang mantap, jika tiada KESUNGGUHAN.

Kekuatan jemaah juga adalah hasil kekuatan pendokong-pendokong jemaah. Kuat pendokong, maka kuatlah jemaah tu. Kalau lemah pendokong, lemah jemaah tu.
Bukan pemimpin sahaja pendokong jemaah. Macam mana pemimpin nak memimpin jika tiada orang yang nak dipimpin.

Jadi, kombinasi padu antara pemimpin dan yang dipimpin mesti utuh. Pemimpin cuba mengkaji keperluan, memberi perhatian sebaiknya kepada yang dipimpin. Yang dipimpin pula patuh dan bersungguh-sungguh menerima apa yang diberikan, disamping menegur untuk proses pembaikan.

Ringkasnya, kedua-dua pihak mesti mematuhi sunnatullah, (work hard and work smart) untuk survival jemaah masing-masing. Mesti GELIGA dan BERSUNGUH-SUNGGUH!

Bila jemaah dah 'cantik', baru la orang 'tertarik'! Tak sanggup lagi nak 'bermadu-madu'! Apatah lagi 'bercerai'.

Ayuh kita bersama-sama menambahkan lagi ke'cantik'an Jemaah Islam PAS!

u/p: tak perlu cakap kumpulan A dan kumpulan B mewakili jemaah mana-mana, masing-masing muhasabah diri. Hakikat kehidupan, manusia memang tak sempurna. Mereka yang paling baik, menyedari ketidak sempurnaan diri dan berusaha mengubahnya!