Saturday, April 25, 2009

tersilap skill study medik


"aku dah study banyak, tapi kenapa result aku masih teruk?"
"hafal2, pastu lupa! lebih baik tak payah hafal!"

itu antara luahan kata yang ku dengar dari mulut dak2 medik, terutama saat2 exam.
~hai~ memang tensen study medik ni. berlambak2 nak kena hafal!
dah la penat hafal, kepala lak sakit, lepas tu,lupa balik! kena hafal balik!
apa yang lebih TENSEN, LUPA masa exam!
" Ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang lemahnya ingatanku, Kau janganlah bagi aku lupa apa yang telah ku belajar dan hafal.." -ameen-

disini, hatiku terdetik untuk berkongsi dengan semua, pada pandangan dan pemerhatian aku, KESILAPAN yang dilakukan oleh diriku sendiri dan rakan-rakan masa study dan menjawab exam.

MASA STUDY

1. Terlalu fokuskan nak habiskan silibus. TAK PENTINGKAN kepada keFAHAMan dan HAFALan.

Ø Meneruskan pembacaan dan usaha untuk menghafal tanpa PENGULANGAN kepada hafalan.

Ø Hanya membuat latihan apabila sudah selesai membaca SELURUH buku setiap subjek, bukan setiap 2 hingga 3 bab, meyebabkan latihan dan pengulangan pada kali ke-2 seperti bacaan masa kali pertama. (hafalan kurang kukuh.)

2. Main HAFAL je semua. Tak letak priority yang mana PENTING dan KURANG PENTING.

3. Tak de output learning. Input learning je.. --> blank masa exam.

4. Paksa diri untuk study walau badan dan otak dah TAK MAMPU!

5. Study dari pelbagai jenis buku.

6. Menghafal ayat, hafal buta. Tak faham dan tak tau apa yang dihafal.

7. Anggap latihan membuang masa. Tak buat latihan selepas pembacaan.

8. Terlalu risaukan silibus yang tak dibaca, muka tensen, tak senyum, hidup tak seronok, TERTEKAN!

9. Tak membandingkan secara efektif point2 yang kelihatan serupa.

Ø Hanya ‘vertical learning’(bacaan secara detail, tanpa comparison.)

10. Tak tengok past year question.

11. Study tanpa perancangan yang tersusun dan tak melihat KEMAMPUAN DIRI.

MASA JAWAB EXAM

1. Tak bajet masa mengikut markah dan kehendak soalan.

2. Jawab semua yang diketahui BUKAN yang diminta.

3. Tulisan terlalu kecil.

4. Tak menggaris point2 penting.

5. Tinggalkan kosong.

semoga bermanfaat.
u/p: kalau kawan2 nak tambah, sila2 ..
kalau ada yang tak bersetuju, nak kritik, tafadhol..
maaf atas segala kekurangan..



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, April 9, 2009

Gagal Berubah

"damak, tegur aku something..."minta muhasabah dari rakan-rakan..

"urm..kau ni agak ........................(maaf,sy tak nak tulis),"ujar damak, yakin.
"owh, betul la tu. Aku pun rasa gitu gak. Tapi, aku dah try tau nak ubah, tapi sampai sekarang, still tak dapat2. Pernah sekali ari tu, aku try.. Then, aku rasa lain. Aku rasa, aku dah bukan aku pada ari tu.. hidup aku dah jadi macam lain. Aku dah tak boleh concentrate dalam kelas. Tak boleh nak gaul ngan kawan2 macam biasa.." jelasku, panjang...

"er.. kalau gitu.. kau mantain je la. nak wat camne, dah tak leh nak ubah, kan?"copok menambah.

HIJRAH

hijrah zaman sekarang, bukan macam zaman Nabi dulu, dari mekah ke madinah. Hijrah sekarang, berubah dari BURUK kepada BAIK, yang BAIK kepada LEBIH BAIK, yang LEBIH BAIK kepada YANG TERBAIK!

sape lagi yg lebih kenal kita selain dari sahabat kita sendiri?

sahabat2 adalah CERMIN. Nasihat dan pendapat mereka mesti dinilai dan ditimbang.

"Kenallah diri kau melalui orang lain.." nasihat Hafzi, rakan study buddyku.. (^_^)

SILAP

pagi tadi, sy fikir2 semula nasihat damak... sy nilai2 semula respon sy pd nasihat damak.
Alamak! sy dah buat silap!

kenapa sy tak kata,
"Boleh tak kau bimbing aku utk ubah perangai aku tu?" ????
dari mengatakan..
"Tapi, aku dah try tau nak ubah, tapi sampai sekarang, still tak dapat2...."

kenapa sy tak kata,
"Boleh tak kau tunjukkan aku buku2 atau sape2 yg aku boleh rujuk untuk aku atasi masalah ni?"
dari menyatakan pendirian yang seolah2 kecewa dengan sikap yg difikikirkan MUSTAHIL utk diubah!


teringat Firman Allah yang bermaksud;
"
sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Anfal:53)

Kenapa masih memberi ALASAN!
sediakan JALAN! berjalanlah di atasnya!
segalanya terpulang kepada ANDA!




"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz