Friday, October 3, 2008

best raya, makanan best2!!

“jom, lepas ni kita gi beraya kat hayyu asyir plak,” aku mengajak kawan2. Masa tu, kami sedang menikmati soto kat rumah abg isra’. Sedap gila. Lemang dan rendang pun ada. Baik betul abang2 senior, sanggup berjaga malam untuk memasak ini semua… syukran jaziila..

“ok gak, lepas tu kita pergi rumah Kelantan pulak, dengar kata ari ni rumah johor pun ada gask buat open house,” kawan ku membalas, siap dengan tentatif memenuhkan perut pada pagi raya…

Hurm.. begini lah suasana beraya kat mesir, kuih raya dan makanan raya memang tak sama dengan Malaysia. Lemang yang ada pun, lemang segera, direbus. Bukan dibakar guna buluh, confirm la rasanya lain. Tapai dan ketupat kegemaranku tak dihidangkan. Beraya di mesir mesti bersyukur dengan apa yang ada, tak boleh la demand tinggi sangat macam beraya kat Malaysia..

Tapi, apa2 hal pun, nasib baik kat sini ramai orang melayu, sembahyang raya ramai-ramai dan sama2 menjamu selera.. pergh!

Dah rasa macam duk kat Malaysia. Hilang sekejap ke’tension’an melayan karenah2 arab mesir yang kadang2 menyakitkan hati..

Di rumah kelantan

Hehe, bab open house ni, food first! Pergi rumah Kelantan, dihidangkan makanan berkiub2, warna-warni plak tu..

‘uish, ni mesti best ni.. agar2 pun ada, nasi kunyit pun ada, tapi kenapa ada kuah kacang plak? Ada ke orang makan nasi kunyit dengan kuah kacang? Makan aje laa…’

Bila disuap, cheit, kena tipu! Bukan agar2, mahupun nasi kunyit, tapi semuanya nasi himpit, orang Kelantan letak pewarna. Tu yang ada warna merah, kuning, hijau dan putih tu! Hampeh betul, pagi2 raya dah kena tipu.

Lepas makan, perut dah mula senak. Lepas salam2,

“selamat hari raya, maaf zahir dan batin”, ‘zikir’ tu terpancul keluar semasa bersalaman dengan ‘oghe qlate’.. senyum2, pengikat kasih.. itulah ziarah ringkas..

Di rumah johor

Kemudian, pergi rumah johor plak, huhu, semua orang hidang nasi himpit. Tapi kat rumah johor, spesel skit. Nasi himpit dimakan dengan lode, kuah kacang dan ayam masak merah. Huh, sekali pandang, best gila! Bukan senang nak dapat ni. Ada air sirap limau plak tu!

‘ya Allah, kenyangnya perut…’ hati ku menjerit…

Pandang kat makanan, pergh, best gak ni .. tapi, capacity perut macam dah penuh ni! Tak makan kan, kecik ati tuan rumah plak.. takpe2, kita makan2,sambil sembang.. kebetulan orang tak ramai masa tu kat rumah johor, YDP johor melayan kami laa.. borak2, minum air, telan nasi himpit, telan ayam…

Alhamdulillah, selepas berjuang menentang nafsu yang mendorong untuk tidak makan, akhirnya aku berjaya! Nafsu telah ku tewaskan. Pembaziran berjaya dielakkan. Aku makan habis, dalam keadaan kekenyangan. Harap2 tak keluar semula ni…

Makanan sedap, makan pun sedap ke?

‘best nya kan duk kat syurga?’ mula berfikir..

‘urm, makan sebab sedap.. bukan sebab lapar, makan banyak2 pun tak rasa sendat perut.. tak de rasa nak buang air kecik dan air besar..’

‘ye laa, kentut pun tak ada..’

Sesedap mana pun makanan kat dunia ni, confirm tak sama dengan makanan kat syurga! bila dah kenyang mesti nak berhenti!

Kalau malas nak beramal dan menentang nafsu kat dunia ni, rasa macam rugi sangat2..

Sebanyak mana pun dapat nikmat kat dunia ni, sekejap aje… paling lama pun dalam 200 tahun.

Tapi, kalau mujahadah lawan nafsu atas muka bumi ni, paling lama pun 200 tahun, dapat merasa nikmat yang tak pernah terlintas di fikiran, tak pernah dilihat oleh mata, dann tak pernah didengar oleh telinga!

KESIMPULAN

Betul la sabda Nabi Muhammad yang mafhumnya;

dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

Aku orang beriman.

Dunia adalah penjara untukku.

Semoga syurga adalah tempatku di akhirat.

Selamat hari raya aidilfitri… maaf zahir dan batin

selamat menjamu selera.. jangan lupa call kalau buat open house! :-p

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz


Monday, September 15, 2008

susah kat dunia, akhirat macam mana?

‘aik? Mana pergi beg aku ni? Tadi aku letak kat sini!’ aku mula risau..

‘betul la, sebelum solat maghrib tadi, aku letak beg aku kat tepi tiang ni la..’

‘Dalam beg tu, dah la ada passport, beg aku dah hilang ke?’

Aku mula meronda2 mencari beg aku, beg biru kesayanganku, harga murah, tapi lasak betul!

beg tu banyak berjasa kepada aku!

KEADAAN MESIR

Majoriti penduduk mesir kat kawasan tempat tinggal aku adalah orang2 miskin, tahap kemiskinan kat sini memang teruk, di mana kaki melangkah, disitu akan kelihatan orang menadah tangan, mengemis duit. Bahkan, apa yang menyedihkan, budak2 datang, menarik2 tangan dan mengemis wang.. perasaan malu dibuang jauh2,untuk apa? membeli makanan buat penyambung usia…

PELUANG

Kehidupan mereka memang menyedihkan, sampai ada budak2 yang tidor atas simen.. anak2 comel pun kelihatan comot.. apa2 pun, aku amat memuji sikap sesetengah mereka yang gigih mencari rezeki! Menjual tisu, menjual gula2 dan manisan.. mempromosi jualan mereka dalam bas, metro dan tepi2 jalan.. tak la mengemis, meminta duit. Tulang empat kerat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapat rezeki untuk hari tersebut..hati ini pun lebih senang untuk bersedekah kepada mereka,

Ganjaran pahala pada bulan Ramadhan ni berlipat kali ganda, rugi la kalau tak bersedekah.. kat Malaysia susah nak cari orang Islam dan bukan sindiket yang meminta sedekah.. kat Mesir ni, insya Allah, mereka bukan sindiket. Duit biasiswa pun melimpah2, kedekut sangatkah nak diberi kepada si pengemis walau LE0.25? balasannya pahala dan syurga! Hanya LE0.25!

TERDESAK

“kefakiran membawa kepada kekufuran” satu ungkapan yang biasa kedengaran…

Kini, ungkapan tu jelas di depan mataku.. lantaran kesusahan hidup, apa sahaja cara digunakan untuk mendapatkan duit demi mendapatkan rezeki.. sebab itu, aku kehilangan beg dicuri, bukan di shopping complex, tapi di masjid dekat kompleks orang Malaysia, passport, buku2 dan mp4, semuanya lesap! Bukan di bulan zulhijjah, tapi di bulan ramadhan! apa lagi yang mampu dibuat selain berdoa kepada-Nya?
agak2, kalau semua orang senang, ada ke orang yang nak mencuri?


INI DUIT AKU LA!

Duit biasiswa banyak sangat2! melimpah2, kalau nak compare ngan ustaz2, memang jauh la... betul ke? dengan USD 400 sebulan di Mesir ni, mampukah menyewa rumah semewah dato' duta di Muhandisin? mampukah memiliki rumah secantik Bill Gates?

Tapi, kalau sedekah seminima LE 0.25, syurga adalah ganjarannya. Orang beriman paling lemah pun, dapat syurga 10 kali ganda dunia luasnya. Diulang, dapat syurga 10 kali ganda dunia luasnya! Orang yang bijak sahaja membuat tindakan yang bijak. masih sayangkan duit??

KESIAN

Hidup di negara miskin sangat susah dan tension! Jalan jammed! Bising! Orang menjerit! Bergaduh! Arg!!!! Banyak duit pun macam tak de faedah je! Bukan dengan duit biasiswa yang melimpah2 ni, aku boleh hidup macam kat UK pun! Kalau boleh hidup macam kat UK pun, bukan boleh hidup aman damai macam kat syurga pun! Ada bidadari, nyaman, selamat, happy setiap masa, no sedey2..

So, kalau hidup sekarang ni pun dah banyak langgar suruhan Allah, risau gak. Takut2 susah jugak kat akhirat. Paling best hidup kat dunia macam Bill Gates pun, tak sama nikmat macam kat syurga, mesti ada susahnya!

KESIMPULAN

Kini sudah separuh Ramadhan, masih berbaki 15 hari untuk rebutkan ganjaran2 secara ekspres! Tahanlah nafsu jahat selama 15 hari sahaja lagi, syaitan pun dah tak de, apa lagi penghalang ke arah kebaikan?

duit kecil2 disediakan sebelum keluar rumah.


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

u/p; tapi, tak de la semua orang suka mencuri, ada yang baik2, apa2 pun kita mesti berjaga2, letak beg kat depan masa solat... jaga barang masing2..

Monday, September 1, 2008

1001 kelebihan ramadhan, masih sempat bertangguh?

“bangun bai, lagi satu jam nak subuh,” kawanku mengejutkan aku.

Aku terjaga, masih lagi separa sedar, ‘urm, tidur dulu la, malas la nak qiam lagi, sahur lewat sikit la’ bisik hati kecilku. Walaupun daslam bulan puasa ni tak de syaitan, tapi tabi’at ‘bertangguh’ itu sudah mendarah daging.

Selepas itu….

“faiz, tak azan lagi kan?,”tanya ku, cemas. Ditanganku ada sebungkus roti, untuk dibuat sahur.

“orang dah azan suku jam tadi,”jawab faiz, sambil membuka pintu untuk ke masjid.

“laaa….” Aku terduduk, kecewa dengan sikap sendiri, puasa selama 14 jam, semasa musim panas, memang cukup2 menguji!

Aku pergi semula ke bilik, meletakkan roti disebelah, dan melihat tilam.

‘tidur la kejap, sempat lagi ni,”nafsuku. Kawan terbaik syaitan menghasut.

dek lemahnya iman, aku pun tersungkur rebah ke alam fantasi.

Selang beberapa minit, ‘bai, apa ni? Ni kan dah bulan ramadhan, nak lepaskan peluang ke?’bisikan hatiku memperingatkan semula azam ramadhanku tahun ini.

ya Allah, astaghfirullah. Lantas ku bangun dan menuju ke masjid, kedengaran suara pak bilal melaungkan iqamah. Begtitu ramai orang Mesir menunaikan solat subuh jemaah pada ari tu, sehingga aku terpaksa solat di luar masjid.

KESAN BERTANGGUH

Aku mula berfkir, kenapa aku bertangguh-tangguh? Kalaulah aku terus je bangun untuk sahur dan qiam dengan mengaplikasikan konsep ‘manusia robot’ aku mesti bahagia, kerana berjaya dapatkan kelebihan qiamullail di bulan ramadhan. Lebih2 lagi, doa di waktu sahur sangat2 mustajab berdasarkan satu hadis yang mengatakan bahawa Allah turun ke langit dunia pada waktu tersebut.

Aku terlepas peluang memohon hajat dari Yang Maha Menunaikan Hajat. Rugi betul!

Kenapa aku masih boleh tidur semula, walhal kawanku sudah kata, azan subuh sudah berlalu suku jam yang lalu? Kenapa aku tidak terus menjadi manusia robot? Walhal, solat sunat sebelum subuh itu lebih afdal dari dunia dan segala isinya. Sekarang ni, sudah la bulan ramadhan! balasan pahala diganda-gandakan!

Nah, apa lagi yang aku mahukan?? Ruginya !!!!

Lantaran sanggup bertangguh, aku kehilangan dua nikmat yang sangat berharga. Waktu itu dah tak boleh berunfur semula. Bertangguh itu pencuri masa.

Bertangguh itu amalan celaka!

KENAPA BERTANGGUH

Para sahabat Nabi Muhammad berlumba2 mendapatkan pahala. Si miskin cemburukan si kaya kerana tidak mampu bersedekah. Seorang sahabiah, mengikat tali sebagai tempat berpaut untuk mengerjakan ibadah qiamullai. Keyakinan yang sangat tinggi kepada balasan pada Hari Qiamat mendorong mereka untuk beribadat. Keyakinan itulah keimanan.

Imanku yang lemah adalah punca aku bertangguh! Aku masih tidak nampak dan yakin keindahan syurga dan keburkan neraka seperti yang para sahabat nampak dan yakin.

Iman yang tinggi membangkitkan kesedaran! Kesedaran yang tinggi akan mendorong seluruh anggota tubuh untuk bertindak! Tidak terpengaruh dengan suasana, kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.

CARA ATASI

“hendaklah kamu berjemaah,” mafhum hadis.

Pengaruh suasana masih penting bagi aku, imanku masih lemah. Aku perlukan rakan untuk membantu dan mendorongku buat ibadat. Aku mesti mencari seorang rakan yang diyakini boleh membimbingku dan bersama2 mengecapi segala kelebihan dalam bulan ramadhan. Diri mesti rela dipukul jika ingin mengalahkan nafsu yang sangat perkasa.

Iman juga mesti dibajai dengan amalan zikir dan ingatkan Allah setiap masa. Bsahakan mulut dengan berzikir.

Dosa boleh membelit tubuh, menghalang dari beribadah. Jadi, maksiat mesti dikurangkan!

KESIMPULAN

Hari ini sudah 1 ramadhan. Masih berbaki 29 hari untuk aku kecapi sgala nikmat ranadhan.

Ilmu2 untuk rebut segala nikmat di bulan ni sudah tersemat didada,.

Tapi, kalau sikap bertangguh masih diteruskan, apalah gunanya? Yakinkah akan bertemu Ramadan tahun depan?






"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, August 10, 2008

ramadhan semakin hampir, sudah bersedia?


“bulan ramadhan tahun ni, aku nak manfaatkan masa betul2, semoga nanti aku keluar dari madrasah ramadhan, aku jadi lebih baik!” itulah azamku semasa bulan sya’ban tahun lepas.

Bila tiba bulan ramadhan..

‘alamak, tak sahur plak!’ getus hati, kecewa kerana tak bersahur, qiamulllail apatah lagi!

‘uish, letih la plak nak baca quran ni lama2, tidur la jap’ hati ini berbisik, tak mampu nak teruskan bacaan.

Itulah peristiwa2 yang berlaku. Azam hanya tinggal azam. Kosong dari pelaksanaan.

Kenapa hal itu berlaku? Nak ke peristiwa seperti itu berulang?

PRACTICE MAKES PERFECT

Tanyalah penjulang juara piala malaysia.. tanyalah si mumtaz yang terbilang dalam exam mereka..

Apa yang korang buat? Macam mana korang boleh capai kecemerlangan ni?

Sudah pasti, tak de yang kata, ‘entah, aku tidur, makan, buang air je.. masa exam aku jawab je apa2 yang terlintas kat fikiran ni, entah tiba2 je, masa keluar result, aku dapat mumtaz.. tak sangka plak!’

Tapi..

Semua orang yang cemerlang akan kata, ‘ uish, aku bukan nak kata apa, tapi ye laa, nak cemerlang ni, kena ada usaha, banyakkan buat latihan, jangan baca buku je.. semakin susah latihan tu, semakin hebat la jawapannya, semakin kuat la ilmu tu terlekat kat kepala tu..’

Ya, practice makes perfect!

KITA DIMANA SEKARANG?

Bulan rejab sudah jauh berlalu, bulan sya’ban sedang dirasai, bulan ramadhan sedang mengendap2, waktunya semakin hampir!

Persoalannya, sejauh manakah persediaan untuk menyambut ramadhan yang mulia tu?

Allah nak gandakan amalan2 kita 70 hingga 700 kali ganda, bahkan ada yang digandakan lagi, terpulang kepada Allah. Gandaaan itu, hanya ditawarkan dalam bulan ramadhan…

Bayangkan,

Kita bekerja di sebuah syarikat, dan digajikan RM1000, hidup pun agak susah, barang kan naik!

Tiba2, insya Allah, bulan depan gaji semua akan naik..mana2 yang gaji RM1000 akan naik ke RM 70, 000 hingga RM 700, 000 sebulan, dengan syarat, mesti kerja lebih rajin dan lebih bermutu! Siapa kerja sehingga saya betul2 puas hati, saya bagi bonus..k? kerjalah rajin2, saya sayang kamu semua..”

Macam mana keadaan masa tu? Masih di takuk lama? Atau berusaha untuk menjadi semakin baik?

Masa yang masih berbaki sebelum tiba bulan depan, masih nak disia2kan? Tak nak belajar dan berlatih untuk memperbaiki mutu kerja? Demi mendapatkan gaji semaksimum mungkin bulan depan!

Macam mana pulak dengan usaha mendapatkan ganjaran di bulan ramdhan?

Sekarang sudah 9 sya’ban..

PERANCANGAN

“aku dah study gila2 dah, tapi result aku macam ni gak!” terdengar luahan seorang rakan, sedih jugak dengar luahan sedemikian… mungkin kerana Allah nak mengujinya, menangguhkan kejayaannya, dan mungkin juga teknik study yang kurang betul. “ya Allah, kau teguhkan hatinya dan bantulah dia, bimbinglah dia sentiasa, Kau lah Tuhan Yang Maha Bijaksana dan Maha Penyayang.”itu yang mampu dibuat, untuk menenangkannya..

Teknik yang salah datang dari perancangan yang salah.

Kini, adalah masa untuk berlatih, tapi bukan berlatih membabi buta, mesti berperancangan.

Kini, subuh selalu lambat. Quran jarang2 dibaca. Zikir lepas solat tak pernah dibuat. Mulut tak dilazimi dengan zikir, tapi dilazimi dengan mengumpat dan mencaci. Qiamullail apatah lagi!

Movie pun selalu tengok, berjam2.. chatting pun lama, berborak2 memang seronok, lebih2 lagi dengan orang yang pandai berjenaka.

Nak berubah secara total? Mungkin boleh, tapi kesannya tak lama, bahkan mungkin gagal!

Perubahan yang konsisten dan berkesan perlukan perancangan yang tersusun.

Peubahan mesti berperingkat-ringkat, tengoklah sejarah pengharaman arak. Allah pun haramkan secara berperingkat selepas ditanam keyakinan yang kukuh dalam jiwa para sahabat.

Jika subuh lambat, dari sekarang kena berlatih tidur di rumah kawan2 yang bangun awal, berlatih untuk qiam dan bersahur, kalau mulut ringan untuk mengumpat dan sebagainya, lazimilah dengan zikir, tak mampu banyak, sikit pun tak pe, andainya terlalu malas nak baca quran setiap kali lepas solat, paksakan diri untuk baca satu ayat pendek setiap kali lepas solat, jika susah nak berzikir 33x lepas solat, cubalah berzikir 3x sahaja.

Kalau sebelum ni tengok movie 3 jam, dikurangkan kepada 2 jam.. gantikan masa untuk menonton movie entah apa2, kepada movie islamik, atau kepada dokumentari2 yang seronok, atau kepada ceramah2 agama yang penuh dengan jenaka yang berisi.. atau kepada bacaan2 yang menambahkan maklumat..

Tak mampu semua, harapnya tak tinggal semua.. memang masa dipelukan untuk berubah!

Dalam mematuhi syariatullah, sunnatullah juga faktor penting.

KESIMPULAN

Kini masih tinggal beberapa hari untuk ramadhan. Kelebihan2 yang sangat2 hebat, hanya dalam bulan ni je.. ada lailatul qadar lagi.. harapnya, kesilapan lama tak akan berulang lagi..

Tak rugi tak tengok movie dalam bulan ramadhan ini, kerana janjinya syurga..

Tak kisah kalau mulut letih kerana berzikir dan membaca quran, kerana janjinya ialah bidadari2 yang jelita.

Tak kesal jika badan letih kerana berjaga malam dan mengunjingi kuliah2 ilmu, kerana janjinya ialah mahligai2 yang tiada tolok bandingannya..

Janjinya adalah keseronokan di akhirat yang kekal abadi. Tak sanggupkan dikorbankan keseronokan di dunia yang sekejap ini untuk keseronokan yang selama-lamanya?

Ayuh, mulakan latihan detik ini.. siapkan perancangan.. jangan dilupakan soal hati..






"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Saturday, August 9, 2008

doaku, dimanakah silapnya?

“mat, tolong doakan aku.. harap2 Allah memperelokkan cara aku bercakap,”pintaku kepada Muhammad, kawan baik ku semasa di smka tok jiring. Memang aku ada satu masalah dari sudut percakapan. Aku pernah di ‘soud’ oleh guru2 kerana masalah ni, malah pernah menjadi bahan kutukan kawan2..

“ Ya Allah, kau perelokkanlah percakapanku..”itu sahaja doa yang ku panjatkan kepada Penciptaku, kepada siapa lagi, untuk ku adukan masalah ini?

Sejak di tingkatan 2 lagi(kalau tak silap), aku doakan supaya Allah perelokkan percakapan ku.. malam2 di bulan ramadhan, adalah waktu yang aku tunggu, aku panjangkan sujud terkahir dalam solat hajat, minta agar Allah perelokkan percakapanku, namun, percakapanku masih bermasalah, sehingga sekarang..

aku akan jadi doktor nanti, macam mana nak deal dengan patient? Dan banyak lagi persoalan yang cukup2 menghantuiku!

Entah, kadang2 aku dah putus asa dan tak berdoa untuk itu lagi.

Dimanakah silapnya?


FOKUS DAN MENGHARAP

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad bersabda,”berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan makbulkannya. Ketahuilah,sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan tidak bersungguh.(riwayat at-tarmizi)

Aku pernah tengok orang mesir ni, menangis ketika berdoa, bersungguhnya mereka! Tapi, semasa aku berdoa, aku masih boleh memikirkan perkara2 lain! kosong dari fokus, apatah lagi harapan!

antara tanda2 pengharapan, sentiasa berada dalam ketaatan..

Tanda2 orang yang berharap, Firman Allah yang bermaksud, sesungguhnya orang2 yang beriman dan orang2 yang berhijrah serta berjuang di jalan Allah(menegakkan agama Islam), mereka itulah orang2 yang MENGHARAPKAN rahmat.Allah.” (Al-Baqarah;218)

inilah puncanya yang pertama!

BERSUNGGUH-SUNGGUH

Sabda Nabi Muhammad,”apabila salah seorang dari kamu berdoa, maka janganlah dia berkata;’Ya Allah, ampunilah aku, jika Engkau mahu,’ tetapi hendaklah dia BERDOA BERSUNGGUH2, dan melahirkan KESUNGGUHAN keinginannya. Sesungguhnya Allah tidak sedikitpun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakannya. (diriwayatkan oleh at-tarmizi)

Aku akui, memang kadang2 aku doa sambil lewa je… sekadar cukup syarat .. kadang2, doa dilafazkan tanpa penghayatan, hanya terpancul dari mulut lantaran kebiasaan menyebutnya setiap kali selepas solat..Aku akui, memang kadang2 aku doa sambil lewa je… sekadar cukup syarat .. kadang2, doa dilafazkan tanpa penghayata, hanya terpancul dari mulut lantaran kebiasaan menyebutnya setiap kali selepas solat..

Tak bersungguh langsung!

Inilah punca ke2!

MERAYU-RAYU

Firman Allah yang bermaksud, “dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau2 tak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya dimakbul). Sesunggunya rahmat Allah itu dekat kepada orang2 yang memperbaiki amalannya.” (Al-A’raaf;56)

Sesungguhnya Allah menyukai jika hamba2Nya menzahirkan ubudiyyah kepadanya, dan mengemukakan hajatnya. Tunjukkan kat Allah, bahawa diri ini memang tak ada kemampuan langsung, hanya Dia sahaja yang boleh memberi, seperti si lumpuh yang miskin merayu2 kepada seorang doktor yang angat sombong! hanya doktor tu sahaja yang boleh memulihkannya. Bagaimanakah rayuannya?

Ini punca ke-3!

PUTUS ASA DAN MENINGGALKAN DOA

Sabda Nabi Muhammad, “doa kamu akan dimakbulkan selagi kamu tidak berputus asa dengan mengatakan, “Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi Dia tidak memperkenankan.” (muttafaqun ‘alaih)

Patutkan aku berputus asa? Sedangkan Dia sudah berjanji untuk memperkenankan setiap doa hambanya?

Sabda Nabi Muhammad, barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia murka kepadanya.” (Ibnu Majah)

Jadi, kenapa harus berhenti dari berdoa? Rahmat Allah kan luas!

Ini punca ke-4!

USAHA

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”(Ar-Ra’d;11)

Urm.. aku sangat2 setuju dengan ayat ni. Selama ni, aku berdoa je lebih, usaha sejemput je. Dah ramai kawan2 bagi nasihat, tapi sikit2 je yang aku buat.. tak de kesungguhan!

patuhilah syari'atullah, jangan membelakangkan sunnatullah.

Ini punca ke-5!

TERKABULNYA DOA

Nabi Muhammad bersabda, “tidak seorang muslim berdoa dengan doa yang tidak membawa kepada melakukan maksiat atau memutuskan silatur rahim, melainkan Allah akan memberikannya salah satu daripada tiga perkara; menerima doanya dengan segera, atau Allah meyimpan untuknya doanya itu di akhirat atau Allah meneyelamatkannya dari keburukan yang seumpamanya.” Para sahabat berkata,”kalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa.” Baginda menjawab;”Allah lebih banyak (kurniaanya walau sebanyak manapun doa kamu).”

Nah! Bukan bermaksud doa yang dimakbulkan itu, aku dapat apa yang aku pinta je! Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kenapa bersangka buruk dengan Allah?!

Athar (kata2 sahabat) ada menyebut, “ apabila seorang hamba yang dicintai Allah berdoa, maka Dia berkata; wahai Jibril, janganlah kamu tergesa2 memenuhi permintaannya. Sesungguhnya aku suka mendengar suaranya.”

cewah.. seronok kan? Itu tanda Allah cinta kat hambaNya.. semoga hambaNya itu adalah aku!

KESIMPULAN

Firman Allah yang bermaksud, “dan Tuhanmu berfirman; berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenanankan doa permohonanmu.” (Ghaafir; 60)

Allah, Tuhan kita, Tuhan yang kita sembah setiap hari.

Allah tu Maha Kuasa, Dia boleh buat sahaja apa yang Dia nak!

Dengan sifat Maha Penyayang, Allah bagi ‘offer’ kat kita!

Kau nak apa? Mintalah dariNya. nak cakap lebih elok? Nak lulus exam? Nak muka cantik? Nak jadi hebat?

Apa lagi yang ditunggu?? Ayuh, kita berdoa!

jangan dilupakan pada USAHA! Usaha pun mesti bersungguh2!

jangan diulangi 5 kesilapan itu kembali! bersabarlah dalam menantikan terkabulnya doa...

u/p; kesinambungan dari artikel sebelum ini, klik sini..


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, August 6, 2008

ilmu dari bumi tanta

“bai, kau nak bergerak ke tanta bila? Aku nak follow kau,” damak hubungi aku melalui telefon.

“aku nak gerak lepas isya’..” aku terima ajakan damak.. sebenarnya, aku tak suka sangat gerak ramai2, kalau nak pergi jauh2, sebab aku suka explore sendiri. Bagi aku, kalau aku pergi ramai2, aku akan ikut orang. So, aku susah nak hafal jalan. Susah la kalau aku nak pergi ke sana lagi buat kali ke2.

Kesusahan itu mempunyai hikmah!

TAK PUAS HATI

“kenapa la nak belajar kitab ni? Kenapa tak belajar kitab fiqah? Kenapa tak belajar kitab tauhid? Bukan ke fiqah dan tauhid tu lebih penting?” getus hatiku! Kerana aku memang cukup2 tak setuju dengan kitab daurus syabab fii hama risalah Islam( peranan pemuda dalam membawa risalah islam).



Program diskusi kitab adalah program tahunan persatuan PERUBATAN di Mesir, untuk mengelakkan mereka yang tak pulang ke Malaysia membuang masa, disamping mengeratkan hubungan sesama ahli.

Pada aku, nak buat apa kalau asyik sangat kita bincang bab dakwah? Fiqah dan tauhid tu sangat2 penting! Macam mana pejuang nak berjuang, kalau aqidah dan fiqahnya tak betul?

Tapi, aku tidak menyatakan ketidakpuashatian ni kepada kawan2.

NASIHAT USTAZ

“amat sesuailah pemilihan kitab ini untuk dibuat diskusi!” tegas ustaz hushaimi, macam faham2 je gelodak hati aku.

“barulah para bakal doktor kat depan ana ni tau, apakah peranan yang mesti antum buat apabila menjadi doktor suatu hari nanti. Memang sesuailah dibaca kat antum, sebab antum kan syabab(pemuda)! Tak kan nak baca kitab ni kat orang tua? Tak kena tu!” beliau menyambung, sesekali terkeluar jugak lohat kelantannya..

Aku terdiam, membenarkan kalam beliau. Padahal, persatuan PERUBATAN sudah menganjurkan kelas pengajian fiqah setiap khamis malam jumaat, pengajian aqidah pun pernah dibuat pada tahun lepas. Dasar syaitan sial! Memang kerja kau! Mengelirukan aku!

Bukankah kewajipan berdakwah itu diwajibkan kepada semua? Termasuklah para doktor!

Siapakah yang membangunkan Islam, pada zaman Rasulullah?

Abu Bakar. Umar. Usman. Ali. Mereka semua ini digelar syabab(pemuda), kan? Siapakah pengganti mereka pada zaman ini? diriku? Tapi.. macam mana nak menjadi macam mereka?

AKU PEMUDA ISLAM?

Menurut Abdullah Naasih ‘Ilwan, seorang ulama’ yang bergiat aktif dalam gerakan Islam, ada 7 faktor yang akan membentuk peribadi para pemuda! Timbulkan persoalan ini..

Apa matlamat aku diciptakan? Makan, buang air, tidur, berseronok dengan isteri dan anak2, bekerja, bahagia kat dunia. Tu sahaja ke?

Apakah bahaya2 yang sedang menyerang Negara Islam dewasa ini?

Adakah aku optimis dengan pertolongan? Aku malas, selalu putus asa?

Siapakah pemuda2 Islam yang telah mencipta nama dalam sejarah? Sudahkah aku mencontohi mereka?

Tahukah aku kelebihan dakwah dan pendakwah? Tak teringin nak kecapi ke?

Adakah dakwah aku berkesan? Apakah cara yang betul?

Bagaimanakah keadaan aku semasa aku terima qadha dan qadar Allah? Redha atau memberontak?

SECEBIS PENJELASAN

Menurut Abdullah Naasih ‘Ilwan;

Matlamat aku diciptakan adalah untuk menyembah Allah, mesti ikhlas dan menepati syariat!

Antara bahaya yang sedang menyerang aku dan umat Islam ialah serangan pemikiran, serangan politik, serangan ekonomi, gerakan kristianisasi, seruan ke arah tidak beragama, penghapusan agama, sekularisme, perpecahan, hiburan melampau, membahagi-bahagikan Islam, pelacuran, kebebebasan sepenuhnya, dan menyerang masjid Aqsa. Dengan mengetahui cara mereka menyerang, aku boleh menjadi 'keeper' yang cekap. Tapi, cukupkah kalau tiada serangan balas? Bila aku boleh menjadi ‘striker’?

Ketahuilah, Al-Quran mengharamkan sikap putus asa! Bahkan sejarah pernah membuktikan kehebatan orang Islam! Putus asa bukan sifat orang beriman! Hanya yang sesat berputus asa, resah gelisah! Firman Allah yang bermaksud“..pertolongan Allah dan kemenangan itu dekat. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 beriman.”(As-Saf;13). Allah pernah mungkiri janji ke? Apakah faedah berputus asa dan malas bekerja?

Selepas menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh, jadikanlah para sahabat dan salafus soleh sebagai contoh hidup.. bacalah sejarah mereka! Lihatlah keberanian mereka dalam perjuangan! Renungkanlah akhlak mereka! Bayangkan penderitaan yang mereka alami! Mereka telah dipilih Allah menjadi sahabat Nabi Muhammad.

Sudah berabad2 aku dan umatku mundur. Dakwah;menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran disertai dengan beriman kepada Allah akan menghasilkan umat yang terbaik dan berjaya, dirahmati Allah serta mendapat balasan yang baik! Bahkan, kalam mereka adalah ucapan yang terbaik! Bilakah aku mahu menjadi anggota kepada ‘umat’ itu?

‘Cakap serupa bikin’ adalah syarat utama ke arah keberkesanan dakwah. Mengutamakan aqidah sebelum ibadah, ibadah sebelum manhaj kehidupan, perkara dasar sebelum perkara cabang. Usaha juga mesti bersungguh2 dan bijak dalam melihat tahap penerimaan masyarakat. Berlemah lembut, berhikmah. Jangan dilupakan kuasa hati, bukan membenci! Berperingkat-peringkat dan jangan tergesa-gesa! Menggalakan berfikir bukan memaksa!

Sesungguhnya Allah itu Maha Memilki segala kesempurnaan & maha Suci dari Kekurangan. Dia memberi rezeki, Dia memberi pernafasan dan macam2 lagi. Jadi, kenapa mahu kedekut? Jiwa orag beriman tidak risah gelisah, tidak meminta-minta. Beratnya ujian bergantung kepada kentalnya iman. Setiap ujian dibalas dengan meningkatknya iman, balasan pahala ditingkatkan, jadi, mengapa harus bersedih? Selami penderitaan orang terdahulu. Adakah sama dengan ujian yang sedang dialami? ya Allah, kau bantulah aku mencapai kekuatan iman. Aku takut sangat2 seandainya aku tidak dapat menerima ujian-Mu.

KESIMPULAN

Sedarlah! Pemuda mempunyai semangat yang kental! Mereka tak gentarkan celaan! Iman mereka teguh, ikhlas dalam ibadah, azam yang teguh, kemahuan yang bergelora, aqidah yang merangsang dan menghasilkan pengorbanan yang hebat.(difahami dari kalam Hassan Al-Banna.)

Semua ciri2 ini hanya dimiliki oleh para pemuda Islam. Pemuda yang cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat. Orang lain kecewa kerana gagal dalam peperiksaan, kecewa dengan kehidupan, tapi mereka yakin, itu hanyalah ujian dan terus berusaha, kerana mereka yakin Allah bersama-sama mereka.

Bilakah akan muncul pemuda seperti itu?

Tepuk dada, tanya diri….

Ustaz turun ke masyarakat untuk berdakwah.

Masyarakat menuju kepada doktor untuk mendapatkan nasihat.

Alangkah ruginya jika peluang sebegitu tidak dimanfaatkan untuk memperkenalkan Islam kepada mereka.


u/p; kebanyakan kata2 tu saya amik dari kitab tersebut, tapi ada gak sikit2 saya tambah sendiri, sikit2 je.. betulkan kalau salah.. :)
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Monday, July 28, 2008

pengalaman pahit di masjid azhar

“bai, kau nak gi masjid azhar tak? Ada pengajian tauhid, pukul 11 pagi” kawanku, husaini bertanya melalui telefon.

“owh, ok. Jom!” aku membalas, pantas. Ini lah kali pertama dalam hidupku, bertalaqqi depan syeikh azhar, dengar kata syeikh ni orang hebat, beliau pensyarah kat Kuwait, cuti musim panas je dia ada kat mesir..

Kami menaiki bas yang menuju ke muski, dan kemudian kami terpaksa berjalan kaki jauh ke dalam untuk memasuki lorong menuju ke masjid azhar kerana memang tak ada bas yang masuk ke lorong tu..

TU SYEIKH AZHAR?

“haa, syeikh dah sampai,” senior kami, abg ajak bagitau, sambil melihat ke depan.

“mana?” aku bertanya, hairan, tak nampak pulak kelibat manusia yang berjubah dan berserban di depan aku.

“tu, yang pakai baju warna putih tu,” sambil menunjukkan seorang insan yang berbaju putih, dan berseluar. Kelihatan, ramai manusia yang ingin bersalaman dengan beliau.

“aik? Ni syeikh azhar? Rileks gila! Tak berserban, tak berjubah, tak berkopiah, tak bermisai malah tak berjanggut pun!” hatiku berbisik, pelik dan hairan.

‘don’t judge a book by its cover’.

KULIAH BERMULA

“pergh, ramai gila orang,”

Mereka duduk kelilingi syeikh.

Syeikh pun memulakan pengajaran beliau. Aku duk kat bahagian tengah, tapi kat belakang, tak berani la nak duduk kat depan syeikh.

“haih, syeikh ni cakap apa ni?” getus hatiku, sedih sebab tak faham pengajaran syeikh.

Bukan tak faham sebab syeikh tu mengajar tinggi sangat, tapi sebab tak faham bahasa arab.

“tak pe2, sabar2. Dulu abg min pun pernah cerita, masa kali pertama dia pergi kuliah kat masjid azhar pun, satu perkataan je yang dia faham dari syeikh tu. So, aku mesti bersabar,” hatiku member perangasang.

Aku betulkan duduk dan berusaha semula untuk fokus dan memahami pengajaran pada hari itu.

BOSAN

“aih, bila nak habis ni? Lama nya!” aku mula memberontak.

Mataku mula mengantuk, aku mula bosan, sebab tak tau apa yang syeikh sedang mengajar.

Kemudian, aku pun zzzzzzzzz…

Lepas tu, tersedar kembali, betulkan duduk, cuba untuk fokus…

Tapi, kemudian, aku pun kembali memberi peluang kepada mata untuk berehat…

Tersedar semula, betulkan duduk, cuba betul2 untuk fokus, harap2 kali ni dah tak tertidur!

Tapi, aku masih gagal dan kemudian kembali tetidur.

DITEGUR SYEIKH

Pang! Pang! Bunyi ketukan meja.

Aku terdengar syeikh menjerit!

Aku terjaga. Semua mata menjurus ke arah ku. Semua orang tersenyum.

‘ya Allah, malunya aku… ‘

‘tapi, aku agak sakit hati bila pandang muka seorang arab tu yang macam senyum mengejek kat aku..geram gila!’

‘tak pe2, nanti aku pandai bahasa arab, tengok la..’ aku memujuk diri.

Tapi, lepas tu, aku dah tak tertidur dan mula memahami sedikit demi sedikit pengajaran syeikh tu, Alhamdulillah.

PENGAJARAN

“tu la kau, lain kali duk la kat depan, tapi kat tepi, baru la syeikh tak nampak,”nasihat seorang kawan.

“kau ni tak pandai cover la!” kawan ku mengusik.

Ini lah pengalaman ku belajar diarect dari seorang syeikh azhar buat kali pertama. Tak kan ku ulangi lagi kesilapan yang sama!

Takkan kena tegur sekali, terus merajuk!
takbir!!

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, July 27, 2008

masihkah ada ruang untuk 'dia'?

“macam mana result?”

“jayyid jayyidan.”

“Alhamdulillah, lulus..”

“erm..kena amik dur 2 subjek..”

Bagi aku, atmosfera result exam masih belum habis. Biasanya, kalau aku jumpe ngan junior2 atau dak2 medik dari muhafazah lain, itulah soalan yang biasa aku tanyakan..




KITA ADALAH KAWAN?

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA
Bila dengar dan tengok result kawan2 yang fail, pelik rasanya kalau tak de rasa kesian.. kita dah 2 tahun bersama, kalau dengan junior2 plak, kita dah satu tahun bersama… banyak sungguh pengalaman kita bersama, terutama dengan dak2 satu batch dan satu persediaan, apatah lagi kalau satu rumah…

Dulu2, kita sama2 ketawa, sama2 nikmati masakan(kalau tak rasa tak best, telan je), sama2 ulang lawak pensyarah2, sama2 bincang kalau ada masalah…

Tapi, time dia fail, dia kena dur,

“aku ada kerja…”

CARING

“aku dah nak balik Malaysia 2 hari lagi…”

“aku ada banyak kerja laa,”

“aku nak talaqi, masa cuti ni la peluang aku nak talaqqi ngan syeikh2 azhar..”

Kasihan kat kawan2 yang kena dur, diorang kena tangguhkan tiket sebab ada dur…

Sedih tengok kawan2 yang kena repeat exam, diorang tak boleh nak buat kerja2 lain yang best2..

Kesian kawan2 yang fail, diorang tak de peluang nak ngaji dengan syeik2 azhar, kan?

Tapi, Kadang2, ada gak manusia yang tak selesa kalau amik berat kat dia,

So, kena pandai2 la kalau nak tunjuk sikap tu pun…

kita hidup kat dunia ni, bukan berseorangan. Hari ini,dia susah, hari lain, siapa tahu?

YANG DAH NAK PERGI DAN TAK AKAN PERGI

“macam mana nak study ni, ha? Banyak gila, susah la nak hafal..”

“malas la nak study, study2, lupa balik, lantak la!”

Kawan2 kita hilang skill nak study….

Kawan2 kita rasa tension kerana study…

Buat kawan2 yang dah nak balik Malaysia, tak boleh ke kalau kawan2 tlg ajarkan kat kawan2 teknik2 study yang betul? Sebab, kalian memang dah tak sempat nak ajar semua, tapi, KUNCI kepada ilmu medik itulah yang paling penting!

Camne teknik menghafal yang berkesan? Camne nak kenal pasti yang penting dan tak penting? Camne cara nak menjawab dalam exam? Camne cara nak hadapi rasa ‘blank’ semasa dalam exam?

Kepada kawan2 yang tak balik Malaysia, kadang2 masa kita banyak dihabiskan menonton citer2 dan berchatting, sedangkan kawan serumah sedang dalam fatrah exam…

Luangkan dan carikan masa untuk ajar kawan2, bagi diorang faham betul2, main teka2, tak perlulah luangkan sepenuh masa untuk diorang je..

Mudahnya nak hantar mesej cinta dan semangat kepada ‘si dia,’

Apa kata,kalau kadang2 jadikan ‘si dia’ tu kawan2 kita tu?

Tapi, KALAU TAK BOLEH SEMUA, JANGAN NAK TINGGAL SEMUA…

SAYANG DAN CINTA

“aku sayang kat kau.”

“eii… gelilah…”

“jika seseorang itu sayangkan sahabatnya, maka hendaklah dia beritahu yang bahawa dia menyayanginya..” (riwayat Abu Daud)

Adat melayu memandang pelik kalau sayang dilafazkan kepada sesama jantina..

Tapi, kita bukan sayang kerana nafsu syahwat, kita sayang kerana dia sahabat… sanggupkah kau kehilangan seorang sahabat semasa kau sedang berseronok kerana dapat naik tahun? sedangkan kawan2 kau satu batch kekal di tahun yang sama?

Kerana sayang, kita sanggup melakukan segalanya..

Tanyalah orang yang sedang bercinta!

KESIMPULAN

Ayuh, bangkitlah!

Bantulah sahabat2 kita!

Atas dasar sayang dan cinta!

Semoga usaha ini membawa ke syurga!



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, July 17, 2008

result ; gembira atau sedih??

“result dah kuar, dr nadia hantar kut e-mel,”

Itu maklumat yang aku terima dari seorang rakan. Huh! Berdegup gak hati aku ni, macam mana la agaknya result aku, memang dah lama aku menunggu result keluar, dah beberapa hari aku menanti.

Lepas je solat asar, aku berdoa banyak2, minta Allah kurniakan kejayaan kepadaku, minta dapat mumtaz dalam semua subjek. Tak dilupakan kepada rakan2, semoga Allah kurniakan kami mumtaz dalam semua subjek.

Sebelum bukak computer, dan bukak emel untuk tengok result, aku baca quran dan berdoa lagi, ya Allah, takutnya.. risau gak tak dapat mumtaz tahun ini..

Download file. Open. Loading………

2006891571

Aku mencari no giliran aku dan melihat markah aku.

Fisiology (202/250-jayyid jayyidan), Anatomy (211/250-jayyid jayyidan), Histology (132/150-mumtaz), biochemistery (130/150-mumtaz), Psychology (39/50-jayyid jayyidan)

Markah keseluruhan…

Apa? aku dapat JAYYID JAYYIDAN??

KECEWA

Aku kecewa, kerana gagal dapat mumtaz, seperti tahun lepas.

Sebab aku rasakan, usaha aku dah macam orang gila tahun ini.

Aku selalu duk kat depan, selalu bertanyakan guru kalau tak faham, korbankan video dan bermain bola , korbankan masa tidur, bersedia dari awal tahun dan macam2 lagi.

Di manakah silapku? Kenapa aku tak dikurniakan mumtaz?? Sedihnya….

MIMPI

Sebelum keluar exam final year ni, aku memang dah bermimpi.

‘maaf, nama anda tak tersenarai dalam mumtaz.’

Itulah tulisan yang tertera di atas kertas result dalam mimpiku. Nama2 kawan2 yang lain pun ada jugak, mereka dapat mumtaz. Uish, memang takut! Doa banyak2, agar mimpi tu tak menjadi kenyataan.

Tapi, semasa result keluar pada hari ini(16 July 2008), mimpi aku tu memang betul. Aku tak dapat mumtaz. Kawan2 yang aku mimpikan tu, memang betul2 diorang dapat mumtaz.

HIKMAH TERSEMBUNYI

Aku masih ingat kenanganku semasa aku darjah 6, UPSR. Aku merupakan harapan sekolah. Guru2 menjangka aku mendapat 5A dalam UPSR tu.

Aku berusaha kuat ke arah itu. Aku masuk tuisyen, aku tidur lewat malam, sambil ditemani oleh ummi, kadang2 korbankan tv.

Tapi, semasa result diumumkan, aku gagal! Gagal mendapat 5A, aku cuma mendapat 4A 1B.

Kemudian aku dimasukkan ke SMKA Tok Jiring, medapat 9A dalam PMR dan seterusnya ke KISAS dan mendapat 12 A dalam SPM.

Aku baru mula nampak hikmah Allah tak memberikan aku 5A semasa exam UPSR.

Cuba bayangkan, andai kata aku mendapat 5A dalam UPSR, aku mesti ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, sebab aku mendapat banyak anugerah semasa aku di sekolah rendah, tambahan pula, aku ketua pengawas sekolah.

Kalaulah aku dapat masuk ke SBP masa aku tingkatan 1, aku mesti tak dapat masuk KISAS, sebab KISAS hanya menerima pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6, pemindahan antara SBP ke SBP lain pun tak dibenarkan.

Andaikata, aku tak dapat masuk KISAS, aku mengalami kerugian yang banyak!

Tarbiyah, Bi’ah solehah, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang betul, ukhuwah yang mantap, rakan2 yang best2, guru2 yang terbilang, mengenali dunia luar dari Terengganu dan macam 2 lagi.

Aku tak tau, adakah aku akan mendapat semua tu kalau aku mendapat 5A dalam UPSR.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah lebih tahu apa yang tersembunyi di sebalik result ku, pasti ada yang terbaik buatku pada masa akan datang.

MUHASABAH

Kini, aku kembali muhasabah diriku, mencari lubang2 kesalahan yang mencacatkan sebuah kecemerlangan yang diimpikan.

Aku mula memeriksa amal ibadatku dan amal ku untuk Islam.

Tak semua solat kat masjid, pernah masbuq, kadang2 ada buruk sangka kat kawan2, kadang2 malas nak berjuang untuk Islam, tak rapat dengan Allah dan macam2 lagi..

Owh, agak2nya, ini yang menghalang kejayaanku!

sebab bagi aku dari segi usaha dalam akademik, aku dah buat yang terbaik, mungkin amalku yang menghalang aku dari mengecapi kejayaan dalam exam.

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberikan teguran kepada ku..

Aku mengakui, amal2 aku pun agak teruk semasa aku di tahun 1, dan aku masih dapat mumtaz. Mungkin Allah nak menyedarkan aku dan menergur aku melalui result dalam peperiksaan kali ini.

Allah masih sayangkan aku.. Alhamdulillah..

KESIMPULAN

Sesunggunya Allah tahu apa yang terbaik buat kita. ya, kita gagal dalam exam kali ini, tapi mungkin kita akan berjaya di masa akan datang. Kegagalan tu tak selama-lamanya!

Kegagalan itu adalah pemangkin ke arah kecemerlangan!

Gembirakan diri, jangan sedih2. Masih ada yang sayang kat kita ni….. percayalah!

Gembira dengan kegagalan kerana Allah bagi kita peluang untuk terus berusaha.

Sedih dengan kegagalan adalah sia2, jika tidak diiringi dengan perubahan ke arah kemajuan diri!

u/p; letakkan diri pembaca sebagai watak 'aku' yang ditulis dalam cerita ini..

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Tuesday, July 15, 2008

cinta pada buku

“uish, malas la nak membaca, main game lagi best, apa..”

“wargh, baca sikit dah ngantuk…”

Hehe, inilah luahan yang biasa didengari, bila berbicara mengenai membaca.

Cuba fikirkan, sejauh manakah kepentingan membaca?


HOBI

“urm.. hobi aku banyak, antaranya membaca..” ujar seorang pelajar, kata orang, ni jawapan dak2 skema.. jenis ulat buku.. betul ke?

Menurut doktor Raghib As-Sarjani, beliau menolak pendapat yang mengatakan membaca itu adalah hobi. Kenapa?

Pelik tak kalau dengar orang kata, “hobi aku makan”.. pelik kan? Kenapa?

sebab makan itu benda yang darurat, bila rasa lapar, makan la, kan? Macam itu jugalah dengan membaca, perkara darurat kepada setiap insan! Bila rasa jahil, bacalah, kan? Tapi, tak kan, kita dah tau semua benda kot…

WAHYU PERTAMA

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
Itulah wahyu pertama. Ayat2 first pun dah suruh umat Islam membaca. Padahal, boleh je, Allah nak turunkan ayat2 selain dari kalimah itu, tapi, Allah tetap memulakannya dengan suruhan membaca.

BUTA HURUF

Nabi Muhammad seorang yang tak tahu membaca, tak tahu menulis.

Tapi, wahyu pertama menyuruh Nabi Muhammad membaca. Pelik tak? Pelik kan? Tiga kali, sayidina Jibril menyuruh Nabi membaca, dan tiga kali jugak Nabi bagi tau yang baginda tak pandai membaca. Lepas tu, barulah JIbril membaca firman Allah tersebut.

Kalau Nabi Muhammad yang tak tahu membaca dan menulis pun dah disuruh membaca, kita yang memang dah pandai membaca dan menulis ni, apatah lagi?

PENGULANGAN

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Kalau perasan, kalimah ٱقۡرَأۡ diulang sebanyak dua kali, pada ayat 1 dan 3, Allah yang Maha Bijaksana langsung tak guna kias2 untuk mengulang kalimah itu. Jelas.ٱقۡرَأۡ ” (Bacalah!)

WASILAH

Matlamat kita, nak dapatkan ilmu. Apa wasilah untuk mendapatkannya?

Mendengar, melihat, membaca dan lain2.

Tapi, Allah menekankan pembacaan sebagai wasilah untuk mendapatkan ilmu. Ya la, tak kan semua buku kat dunia ni nak belajar dengan guru, kena la baca sendiri.

TAPI, jangan dilupakan untuk berguru, sebab kita akan hilang separuh daripada ilmu,kalau kita tak berguru, sebab kadang2, tak semua ilmu ditulis dalam kitab, ada yang kena didapati melalui mulut guru. Jangan pulak nak buat2 faham. Salah faham dalam perubatan, pesakit bertambah sakit. Salah faham dalam agama, masyarakat sesat.

SUSUNAN AYAT

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١

Selepas kalimah ٱقۡرَأۡ (bacalah!), Allah menyebut بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (dengan nama TuhanMu),

Jadi, kita mestilah membaca dengan nama Allah.

Agak2, boleh ke memulakan pembacaan majalah yang penuh dengan maksiat (macam manga ) dengan kalimah ‘basmalah’?

ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Selepas kalimah ٱقۡرَأۡ Allah menyebut ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥ (yang mengajar manusia dengan pen, Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuiya.)

Allah ajar kita, daripada jahil kepada tahu. So, kalau ilmu dah banyak kat dada tu, boleh ke nak berlagak sombong? syok dengan ilmu2 sehingga takabbur! Tak risau, kalau Allah tarik semula ilmu tu?

KESIMPULAN

Ayuh, letakkan perasaan sayang sangat2 kat membaca tu.. kalau boleh, cium la buku2 tu.

Kalau yang berjiwa remaja tu, ha, anggap la si buku tu, macam 'si dia', peluk dan cium la buku tu, tidur sekali dengan buku tu.. cinta kat buku… bila rasa boring, cakap2 la dengan buku tu, Allah pun suruh kita membaca, kan?

‘Dia’ lah kekasih hati anda..

u/p; semua ini diambil daripada kitab 'alqiraah minhajul hayah' karangan doktor Roghib As-Sarjani dan ulasan dari us hairol nizam sebagai pendiskusi kitab ini...

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, July 10, 2008

ilmu dan penyelewengan

Entah, aku pun tak tau apa sebenenarnya yang telah menimpa diriku. Walau aku mencintai ilmu dan kuat mencari dan menggali segala khazanah di Mesir ini, aku masih gagal menjadi Hamba Allah yang dikehendakiNya. Aku gagal menemui hakikat diri dalam penciptaan-Nya.

Tapi, alhamdulillah, melalui buku yang aku pinjam dari seorang rakan, akhirnya baru aku sedar kesilapanku. Dibawah ini, kunukilkan petikan dari buku itu yang memang tepat2 terkena atas batang hidungku. Semoga Allah membantuku.

"Apabila orang yang berada di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma’rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala’ah semata-mata, sehinggakan jihadnya tertumpu dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya dalam dan amal yang lain yang dituntut agama, itulah penyelewengan ilmu yang lebih berbahaya daripada mereka yang berfatwa tanpa ilmu yang cukup.

Akhirnya, hatinya menjadi terlalu seronok dan khusyuk dalam dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata . ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membalik-songsangsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.

Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melewati batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik daripada apa yang kita belum ketahui.

Juga barangsiapa yang mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian, kita cantum ilmu dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa.

Kita mestilah sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan fikiran yang sahih dan benar tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka.

Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali batas kadarnya."

Dipetik dari buku;

Jalan Dakwah

Oleh; Mustafa Masyhur




"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, July 9, 2008

ada senjata, tak digunakan. Cerdikkah?



“adus! sakitnya kepala, rasa macam nak demam pulak, lepas ni, ambik panadol la.”

“alamak, duit aku dah habis! Camne erk? Urm…haa.. pinjam duit Rahman la.”

“alahai, pesal susah sangat nak tidur malam ni? Tanya doktor la, harap2 diorang dapat bagi nasihat..”



“aih, susah betul nak faham biokem ni, tanya amir la petang ni..”

Inilah lafaz2 yang sering terpancul dari mulutku semasa menghadapi masalah.

HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Saya teringat kisah seorang sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi kesusahan. Mereka terus memohon bantuan daripada Allah, bukan mengharap pertolongan dari rakan2 mereka.

Teringat kisah sayidina Ali KWJ(kalau tak silap), suatu hari, beliau pulang ke rumah, tetapi, tiada makanan di rumah. Lantas beliau terus ke masjid dan menunaikan solat sunat 2 rakaat, serta memohon pertolongan daripad Allah. Kemudian, beliau kembali semula dan bertanya kepada sayiditina Fatimah, ada atau belum lagi makanan? Tatkala sayidina Fatimah mengatakan tidak ada, beliau terus ke masjid semula untuk menunaikan solat sunat dua rakaat dan memohon kepada Allah. Tetapi, masih makanan masih tiada. Dan buat kali yang ketiga inilah, Allah mengakbulkan permintaan mereka. Tiba2, datang seseorang yang memberikan mereka pengisar gandum yang berkisar tidak henti2 dan menghasilkan gandum dengan sendiri. Subhanallah!

Bagaimana pula hubungan saya dengan Allah?

Apabila datang masalah, kawan lebih diutamakan berbanding Yang menciptakan kawan itu.

Ubat lebih diutamakan berbanding Yang menyembuhkan penyakit itu.

Kenapa ini boleh berlaku?

CINTAKAN DUNIA

Duit. Hiburan. Wanita. Laptop. Internet.

“Islam bukan agama yang jumud! Islam tak pernah menghalang kita mengecapi nikmat dunia ini. bukankah dunia ini jambatan ke akhirat?”

Secara jujurnya, saya amat bersetuju dengan pandangan sedemikian. Tapi, kadang2, saya sangat2 terkilan apabila kata2 itu hanya dilafazkan oleh lidah yang tak bertulang, tanpa penghayatan di hati.

Jika betullah, nak gunakan nikmat2 itu sebagai jambatan menuju akhirat, kenapa sanggup dilewatkan solat hanya kerana sedang menonton televisyen? Dan kadang2 adegan2 babak dalam cerita itu muncul ketika solat, adakah sempurna dan khusyuk solat seperti itu?

Jika betullah, nak nikmati segala keindahan dunia ini, kenapa kalimah ‘wau’ lebih mudah terpancul dari mulut berbading kalimah subhanallah, tatkala hati kagum melihat keindahan ciptaan-Nya?

Jika betullah, nak kecapi nikmat2 itu, kenapa laptop digunakan untuk menonton video2 yang tidak membawa ke arah mengingati akhirat?

Bukankah ini, akan menjauhkan diri dengan Allah? Yang mengurangkan keyakinan untuk bergantung kepada-Nya, lantas mengharapkan bantuan makhluk yang secara hakikatnya memang LEMAH! Tak terasa DUNGUkah, mengharapkan bantuan dari perkara yang TAK PASTI dan TAK ADA UPAYA?

TAWAKKAL DAN USAHA

“tawakkal je laa,”

Ya Allah, mudahnya nak bertawakkal!

Saya akui, Islam memang menyuruh umatnya bertawakkal, tetapi tak malukah untuk bertawakkal, sedangkan usaha macam melepaskan batuk di tepi tangga?

Kadang2, usaha yang dibuat tanpa diiringi dengan doa. Seolah2 menganggap, Tuhan tidak terlibat dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha.

Ya, Islam menyuruh umatnya bertawakkal, tapi jangan tawakkal tanpa usaha!

Ya, Islam menyuruh umatnya berusaha, tapi jangan usaha tanpa doa!

Teringat kata seorang teman, “semasa usaha, aku berusaha betul2, seolah2 usaha aku inilah yang menentukan kecemrlangan aku, selepas peperiksaan, aku letakkan sepenuh2 pengharapan kepada Allah, hanya Allah yang akan menentukan kejayaan aku.”

Berusaha betul2, yakin pada sunnatullah. Kemudian, tawakkal dan berdoa, yakin pada syariatullah. Bukankah Allah sangat2 berkuasa dalam memberikan keputusan keatas usaha. Bahkan, kadang2 keputusan itu di luar jangkauan fikiran manusia! Percayalah!

DOA

"doa adalah salah satu senjata orang2 beriman," tuan guru nik Abd Aziz dalam Sirah Nabawiyah p425.

“ya, betul doa tu senjata mukmin, tapi kalau tangan yang berdoa tu lemah, macam mana senjata tu nak berfungsi. Macam seseorang yang memegang pistol, tetapi tangan tu lemah, tak mampu nak angkat dan petik picu pistol tu, boleh ke pistol tu membunuh?” –sebahagiannya kalam tuan guru nik aziz-

Memang doa tu senjata kita, tapi kalau dalaman lemah, iman tak kuat, agak2 mampukah ‘senjata’ itu berfungsi dan menghasilkan kesan yang diharapkan.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Al-Mu’min;60)

Ya, Allah Maha Memperkenankan doa makhluk-Nya. Bahkan, Allah perkenankan doa iblis laknatullah yang meminta Allah panjangkan umurnya untuk menyesatkan umat manusia sehingga Hari Qiamat. Takkan Allah tak perkenankan doa orang yang beribadat kepadaNya?

Allah merakamkan kisah ini didalam Al-Quran yang bermaksud, “Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan(yakni waktu tiupan pertama tanda permulaan Hari Qiamat).” (Al-Hijr;36-38)

Tapi, tak malukah memohon kepada-Nya dalam keadaan tak patuh perintah-Nya dan melanggar larangan-Nya? Tak berasa segankah, meminta itu dan ini daripada Dia sedangkan, keyakinan kepadaNya pun begitu lemah?

KESIMPULAN

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, lebih penyayang daripada seorang ibu kepada anak. Dia sentiasa nak membantu, apabila hamba-Nya didalam kesusahan. Tapi, sejauhmanakah peluang dan kasihsayangNya itu dimanfaatkan? semoga aku menjadi orang yang sentiasa mengingati-Nya dan selalu memohon daripada-Nya.


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, July 6, 2008

ustaz bukan nak marah....


“ustaz, ustaz free tak malam ni, lepas maghrib?” aku bertanya kepada seorang ustaz, ketinggian ilmunya memang diakui di perlembahan Nil ini. Beliau di tahun akhir Darul Ifta’, tempat pengajian di Mesir yang akan melahirkan mufti. Beliau begitu disegani di sini.

“urm, lepas maghrib malam ni, ana free, malam esok, ana free jugak,” jawab ustaz tu, dalam dialek Kelantan.

“owh, kalau gitu, saya gi jumpa ustaz malam esok, lepas maghrib, boleh ustaz?”pintaku.


“insya Allah, datang la kat bilik ana,” balas ustaz, mengizinkan..

Keesokannya, aku bergegas ke Asrama Anak Melayu Abbasiyah(ARMA), Abbasiah, untuk berjumpa dengan ustaz tu. Aku bercadang untuk duduk bersamanya sepanjang cuti ni, aku ingin mengaut sebanyak mungkin ilmu yang ada padanya. Tambahan pula, beliau tinggal berseorangan dalam bilik kat ARMA. Harap2 Allah mudahkan..

“Assalamualaikum, ustaz.”

“waalaikumussalam, Baihaqi. Mari kita minum air dulu,” ujarnya mesra, memuliakan tetamu.

Selepas mempersilakan aku untuk duduk, ustaz itu pun menghidangkan air Nescafe kepadaku, Alhamdulillah, nikmatnya dapat merasai penangan air Nescafe ni di saat aku sedang keletihan menempuh kesesakan jalan raya di Mesir ni yang menggila! Faham2 je ustaz ni..

“ustaz, sebenarnya saya nak tanya sikit, boleh tak ustaz mengizinkan saya untuk duduk dengan ustaz selama beberapa hari? Saya nak minta tolong ustaz selesaikan masalah saya, harap tak menyusahkan..” ujarku, menyusun bicara selepas bertanyakan kesibukan ustaz pada musim cuti musim panas ini.

“urm, ana belajar cuti2 ni, ana pun ada jugak buat muzakarah dengan kawan2,”balasnya, tawadhuk.

Kemudian, beliau membuka satu kitab, mengambil sekeping kertas bertulis dalam kitab itu, dan menyerahkan kertas itu kepadaku. Kertas itu bertulis doa yang diajarkan oleh Sayidina Muhammad bin Wasi’, ulama’ tabi’in yang sangat warak, sehinggakan orang teringatkan Allah apabila memandang wajahnya. Apabila masuk ke kedai yang sedang riuh, kedai itu pun menjadi diam. Demikianlah, kehebatan Sayidina Muhammad bin Wasi’ ini.

Beliau menyarankan agar aku mengamalkan doa itu menurut kemampuanku. Aku juga menceritakan masalah ku kepada ustaz itu, dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan berpandukan kitab2 Islam. Sambil2 itu, beliau sempat membuat lawak, membuatkan ku ketawa dan terhibur, memang orang Kelantan ini mudah mesra dan pandai melawak, menghiburkan sesiapa sahaja. Tapi, sebenarnya, aku masih menanti keizinannya untuk membenarkan aku tinggal bersamanya.

Selepas solat Isya’ di bilik beliau secara berjemaah, beliau melayan para pengunjung ke biliknya. Beliau memang disukai oleh orang ramai, terutamanya orang Kelantan, berbual mesra dengan ustaz tersebut, melawak dan ketawa beramai-ramai. Suasana sungguh meriah dan ceria. Banyak betul aku ketawa malam tu. Sungguh, aku memang sukakan suasana itu. Sambil2 berhibur, beliau sempat memberikan nasihat kepada kami.. itulah seronoknya duduk dengan orang alim.

MASIH MENANTI

‘uish, bila ustaz ni nak bagi tau aku ni? Dia setuju ke tak, aku nak duduk dengan dia ni?’hatiku mula berbicara, risau. Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam.

‘ke dia ni uji aku, ntah2, dia nak tengok aku ni bersungguh ke tak… tak pe la, sabar la jap, lepas ni aku cakap sekali lagi..’ pujuk hatiku..

Selepas semua kawan2 ustaz keluar,

“ustaz, camne ustaz? Boleh tak saya nak duduk dengan ustaz ni?” aku kembali bertanya, mengingatkan ustaz, mungkin beliau terlupa. Masih mengharap agar beliau memberi keizinan.

Rupa2nya, beliau baru faham maksud kedatangan ku. Beliau tak memahami permintaanku semasa di awal2 perbualan antara kami, dan tika ini, beliau memberikan jawapan kepada penantianku, tak membenarkan aku duduk bersamanya lantaran kesibukan belajar dan mengaja, lagipun bilik beliau memang selalu dikunjungi rakan2 dari muhafazah selain kaherah.

“ustaz bukan nak marah, ana nak bagi tau sikit kat anta. Sejak pukul berapa lagi anta duduk kat sini? Dari lepas maghrib hingga pukul 12 malam!” tanya ustaz, wajahnya sedikit berubah. Masa tu, jantungku berdegup kencang, dadaku terasa sakit, takut.

“urm, 4 jam ustaz,”jawabku, perlahan, sambil cuba untuk mengawal perasaan.

“Dalam kita bertamu ni, ada 3 peringkat. Mula2, tuan rumah suka sangat, kalau lagi lama, sampai tahap membebankan, kalau lama lagi, sampai tahap mencemuhkan. Anta tak masuk lagi tahap mencemuhkan, cuma membebankan. Ana dah bagi tau kat anta, ana ada kerja lepas isya’ ni!” ustaz menyambung bicara, mukanya serius!

‘ya Allah, apa aku dah buat ni,’ lantas aku bangun dan bergegas keluar selepas bersalam dengan ustaz, memohon kemaafan dan berterima kasih. Maaf kerana mengganggu beliau dan terima kasih atas ilmu yang beliau curahkan sebentar tadi. Aku cuba untuk tersenyum walaupun dalam kepayahan.

Aku terasa bersalah sangat2. Sambil melangkah menuju ke bilik kawan2 ku yang lain, jantungku berdegup kencang. Dadaku sakit. Dimanakah silapnya aku?

Seronok telah hilang! Kini, rasa bersalah menghantui diri.

PERCAKAPAN TAK JELAS

Sebenarnya, bukan aku berniat pun nak duduk lama2 dengan ustaz tu, aku cuma menantikan jawapan dari ustaz. Aku harap, kalau beliau tak dapat mengizinkan aku tinggal bersamanya, beliau boleh mencadangkan nama kawan2 beliau yang lain, yang boleh membenarkan aku duduk bersamanya.

Tapi, lain yang kuharapkan, lain pula yang terjadi.

Aku merasakan, semua ni berpunca dari butir percakapanku yang tak jelas, menyebabkan ustaz tak dapat memahami maksud asal kedatanganku. Ini membuatkan aku tertunggu2 dan beliau pula berasa terbeban dengan kewujudanku, yang lama..

Memang aku ada masalah sikit dari segi percakapan. Entah, aku pun tak tau, sama ada lidahku yang tak normal atau otak ku yang kurang sempurna. Sudah lama, aku mengalami masalah ini. kerananya, aku menjadi bahan ejekan kawan2 di sekolah. Kerananya, pensyarah2 sukar memahami soalan2 yang ku tanyakan dan apa yang paling teruk, seorang ustaz yang mesra telah bersikap luar biasa kepadaku, hanya kerana masalah ini.

BERGAUL DENGAN ULAMA’

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, dadaku terasa sakit dan jantungku berdegup agak kencang apabila aku terkenangkan peristiwa itu. Wajah ustaz itu dan kata2nya menusuk hati. Inilah kesan duduk dengan ulama’, setiap teguran itu melekat di hati dan menjadi panduan. Patut la,Nabi menggalakkan umatnya mendampingi ulama'.

ADAB BERTAMU

Kedatangan tetamu memang membawa rahmat, tapi Islam tetap menggariskan adab sebagai tetamu. Tengoklah, apa kesan saya menjadi tetamu lama2, sehingga memberatkan tuan rumah. Lain kali, saya mesti membuat janji dan persefahaman yang betul setiap kali sebelum bertamu di rumah orang. Entah macam mana, saya boleh terlupa yang beliau ada kerja selepas isya’, sebab tu, beliau agak tak senang dengan kewujudanku. Selain itu, saya juga tak boleh menyampuk kata2 tuan2 rumah sebelum dia menghabiskan bicaranya.

RASA BERSALAH

Perasaan takut itu memang betul2 menghantui jiwaku, sehingga membuatkan saya sukar mendapatkan solat yang khusyuk. Tapi, saya terfikir, kenapa saya tak pernah berasa takut dan bersalah seperti ini setiap kali saya melakukan kesalahan kepada Allah? Kenapa saya tidak berasa takut dan bersalah setiap kali saya tak khusyuk dalam solat, bukankah itu kesalahan yang dibuat kepada Allah, Tuhanku???

KESIMPULAN

Mendampingi ulama' memang sangat elok dilaksanakan, kerana ianya membawa saya lebih taqarrub dengan Allah, menambahkan ilmu dan membaiki akhlak. ustaz2 boleh menegurku secara diarect. Sakitnya cuma sekejap, nikmatnya berpanjangan.

Hidup ini memang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Manusia yang terbaik ialah manusia yang belajar dari kesilapan dan sentiasa berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Semoga saya tergolong dalam kumpulan itu.

Saya mengharapkan doa kawan2 supaya Allah memperelokkan percakapan saya. Bagaimana patient nak faham percakapan saya nanti?

inilah yang sabgat2 merisaukan saya sampai sekarang..

p/s; saya tak dapat ingat sebijik2 butir2 dialog antara saya dengan ustaz itu, jadi, ada jugak isi2 dialog yang saya reka.. harap maklum dan harap maaf..



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz