“wau, lawanya kain jubah dia ni,” kagum…
“uish, dia ni! Asyik gerak2 je, duk diam la sikit!” geram..
Tika itu, aku sedang solat di masjid. Terganggu betul dengan keadaan orang yang solat di saf depan.
FITRAH
Semua orang tau, semua manusia sukakan yang cantik2, yang lawa2. Sebab tu, manusia nak kan syurga. Aku tak pernah lagi jumpa manusia yang menolak lamaran perkahwinan dari wanita yang cantik dan baik. Cantik pada wajah dan perangai. Aku pun sama, sebab aku pun manusia, kan?
Kalau perangai teruk, orang suka tak? Buat benda2 yang mengacau zon ketenangan manusia. Agak2 manusia naik berang tak? Mestilah naik minyak, kan? Kalau nafsu tu mengusai diri lantaran lemahnya iman, boleh mati si pengacau itu, dibunuh! Begitu juga aku, tapi tak adalah sampai membunuh. Tapi, geram laa!
Itulah fitrah makhluk manusia.
SAF PERTAMA
“uish, dah azan Maghrib la..”
“makan dulu la.. nanti tak khusyuk plak dalam solat,” mencipta alasan.
Syaitan sedang ketawa keriangan!” bodoh punya manusia!”
Nafsu makan dan iman bertikam2 dalam diri aku! Siapa yang akan menang? Semuanya ditentukan oleh aku.
sabda Nabi Muhammad SAW, "tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat (khusyuk)"
Bila aku terbaca dan teringat hadis tu, aku tergamam. Bodohnya diri ini. Nak dikejar sangat makanan tu, untuk apa? Dikejar sangat kuantiti study tu, nak dibawa ke mana? Nak diteruskan juga tengok video tu, apa faedahnya?
Study banyak2,kalau tak masuk dalam otak dan tak boleh recall time exam, apa faedahnya?
Apa lah sangat nilai MUMTAZ itu, dengan fadhilat di saf pertama?
Apalah sangat nilai kenyang itu, dengan KEBURUKAN menjadi ma’mum masbuq?
KEBURUKAN
Tengok la dialog di atas. Khusyuk ku terganggu dek baju orang di depan ku yang lawa! Khusyuk ku hancur dek perangainya yang suka bergerak2 dalam solat. Malah khusyuk ku terganggu dek bunyi hand phone orang sekeliling. Khusyuk ku pun hilang dengan ‘BUZZ’ kawan2 kalau aku solat kat depan lap top kat rumah!
PERANCANGAN
Padahal, kalau aku tengok buat persediaan lebih awal, segala masalah tu akan di atasi. Tengok la pukul berapa masuk waktu, kemudian, manage my time! Is it difficult?
Tuan guru nik abdul aziz sebut dalam bukunya, Khusyuk Dalam Solat,berkata imam Ghazali,
“antara cara untuk merawat penyakit lalai ialah memejamkan mata ketika solat. Kerana hati yang lalai mudah sangat mengikut kearah mana pandangan matanya.”
Ulas tuk guru,” memenjamkan mata dengan maksud menghindari dan memandang sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat. Misalnya, semasa dalam perjalanan menuju ke masjid, malah dalam kehidupan sehariannya.”
Tuk guru pun bagi cara supaya solat la kat penjuru2 dinding ke, atau mana2 sahaja yang boleh halang pandangan. Matlamatnya? Solat khusyuk.
Sedangkan Allah hanya menerima solat yang khusyuk. Antara caranya, mesti la duduk saf pertama. sebab bila solat di saf pertama, mesti pandangan aku terhalang oleh dinding. baju yang cantik, gerakan2 manusia sudah tak kelihatan...
So, sanggupkah aku nak gadaikan pahala solat dengan MUMTAZ dan KENYANG?? A’uzubillah….
KESIMPULAN
Aku mesti merancang waktu aku betul2. Solat mesti diutamakan.
sebab tu, antara hikmah solat ialah dapat mendisiplinkan diri.
Pandangan 2 biji mata yang akan berbicara di Hari Akhirat kelak, mesti aku jaga betul2. Kenapa? Sebab segala apa yang ditengok, terus masuk ke hati. PENYUMBANG UTAMA ke arah lalai!
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal
4 comments:
tp aku mcm penah terbaca,kalo tgh lapa n ade makanan,baik makan dlu sblom solat supaya rs lapar tak mengganggu ble solat..
aku sgt jahil dlm bab2 agama ni..kalo salah pembacaan aku tu,sile betulkan ye?
first sekali, makasih kat waruq sebab sudi komen,
sebab tu, saya katakan kena ada perancangan, kalau dah tau kita ni mudah lapar, makan la sebelum masuk waktu solat..
tengok la waktu solat dulu, dan makan la setengah jam sebelum masuk waktu solat...
so, perut lapar, hati pun tenang, khusyuk pun datang, insya Allah.. :)
maaf silap tulis,
kalau perut dah kenyang(bukan lapar), hati pun tenang,
bila hati tenang, mudah la nak dihadirkan dalam solat, tak payah nak pk2 lagi pasal makanan,
khusyuk pun mudah nak hadir dalam diri yang sedang bersolat...
maaf sebab jawab banyak kali, tadi, baru je teringat nak tanya us syed abd kadir, (ya Allah, jauhkan aku dari memandai dalam urusan agama)
us syed kadir kata,"mmg kena buat persediaan dulu sebelum solat, so takdela makanan terhidang waktu nak solat tu, apapun, mmg afdhal makan dulu kalau makanan terhidang, melainkan solat maghrib, pasal waktu maghrib terlalu pendek,
hadis tu sebutkan pasal solat isyak. dan ulama' qiaskan hadis tu dengan solat2 lain, YANG PENTING bukan solat maghrib"
thanks a lot to waruq, kalau tak tanya kat saya pasal ni, saya tak de la tanya plak kat us syed kadir,
Post a Comment