Tuesday, June 3, 2008

doakan aku

salam.. sekarang masih ada 5 ari lagi sebelum exam anatomy... kena baca 4 buah buku yang tebal2.. bayangkan, sume benda tu kena sumbat ke dalam kepala dalam masa 5 hari ni.. semoga Allah mudahkan aku..

entah kenapa, dari petang tadi sehingga ke saat ini, aku dirundung masalah..
masalah tu bukan benda baru.. ianya benda lama yang sudah mengacau dan mengganggu hidupku semenjak aku di sekolah rendah.. semasa aku form 1, dia dah berkurang.. tapi, masa aku form2 sehingga sekarang, dia datang kembali dan melakar semula sejarah hitam yang telah terpadam selama beberapa tahun dalam hidup aku..

kini , dia menjelma semula! bukan jelmaan yang biasa! tapi, jelmaan yang sungguh menyakit dan menyeksakan! tak dapat ku ceritakan betapa tersiksanya aku! terbaring! tak boleh nak study! semangat ku yang melangit telah jatuh merundum! aku tension!

jelmaan masalah ku ini, bukan masalah yang biasa. dan tak boleh diselesaikan oleh orang yang biasa.. kalau aku sendiri tak dapat selesaikan nye, sampai mati pun aku gagal selesaikannya! walau aku dapat menggenggam ijazah medik sekalipun, aku pasti gagal selesaikan masalah aku ini!


orang lain cuma dapat membantu aku..menunjukkan jalan dan berdoa untuk aku.. so, aku berharap sangat agar kalian dapat membantu aku.. doakan la agar Allah mudahkan aku.. agar Allah membantuku dalam menyelesaikan masalah ini.. menggagalkan usaha syaitan untuk terus mengacau hidup aku..


sungguh ! aku sungguh menderita! jiwa ku memang terseksa! aku tak boleh nak tumpukan kepada study lantaran jelmaan masalah ini.. yang sentiasa mengacau dan menghuru-harakan hidupku...

kepada rakan2, maaf sebab aku tak dapat memberitau kalian, apa sebenarnya msalah aku tu.. sebab ianya agak mengaibkan aku.. cuma yang ku pinta agar kalian doakan supaya syaitan tidak mengganggu hidupku lagi.. dan supaya Allah memberikan aku kekuatan untuk melawan godaan syaitan celaka itu.. supaya Allah menyediakan ramai manusia di sekelilingku untuk membekalkan aku dengan ilmu yang dapat menentang ancaman syaitan itu kepada aku..

terima kasih, semoga Allah membalas jasa kalian semua..

2 comments:

Learner said...

1. Di sebalik kepayahan, di situlah ada kekuatan, Tekadkan hati sebagai azimat di perjalanan.

2. Di dalam suatu derita itu selalunya terselit bahagia, yang amat jarang untuk kita menghargainya..

3. Ingatlah, selangkah kita kita dekat pada-Nya, seribu langkah Dia akan dekat kepada kita...

** Bukankah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang....

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

thanks 4 da advices.. ikhlas sy katakan, scr teori memang betul, ingat Allah hati akan tenang.. tapi, dgn lemahnya iman di dada, teori itu amat ssh dari sudut praktikal..

doakan ku selalu..