Showing posts with label tazkirah ringkas. Show all posts
Showing posts with label tazkirah ringkas. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

iktibar maulid rasul kali ini!


“hey, minggu depan dah 12 rabi’ul awal la.. kau sedar tak?” abu menyapa ali, kawan sebiliknya.

“Alamak! Ya ke?! Aku tak plan apa-apa lagi la. Nak sambut macam mana entah sambutan maulid tahun ni!” sahut ali, termenung.

SAMBUTAN MAULID NABI

Sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sambutan, yang jauh daripada penghayatan perjuangan dan menjelmakan perwatakan Nabi Muhammad SAW dalam diri. Namun begitu, sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat kita beria-ria menyambut hari kelahiran junjungan kita ini,begitu juga hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Oleh itu, menjadi satu kesalahan yang sangat besar pada pendakwah sekiranya tidak mempersiapkan aktiviti-aktiviti yang betul-betul menarik, yang dapat menyedarkan manusia dan mengisi jiwa mereka.

PENGHAYATAN SEBENAR

Jujurnya, Nabi Muhammad seorang tokoh politik dalam pemerintahannya dalam perjuangannya. Namun, baginda tidak meninggalkan aspek pentarbiyahan rohaninya. Ini adalah satu tempelak kepada pejuang-pejuang Islam yang berbangga dengan gelaran pejuang, namun kurang mengambil berat dengan aspek pembangunan rohani dalam perjuangan mereka.

Nabi Muhammad seorang tokoh suami dan anak yang terbilang, disamping perjuangan dakwahnya. Bacalah bagaimana romantiknya Nabi Muhammad dengan para isteri baginda dan layanan baginda kepada anak-anak. Jadi, adalah satu benda yang jelek jika para pejuang/pendakwah yang terlupa melayan isteri dan anak-anak mereka dengan sebaiknya lantaran terlalu sibuk dengan urusan perjuangan mereka. Walhal, anak isteri adalah tanggungjawab mereka untuk selamat daripada api neraka, bukan anak orang lain!

Nabi Muhammad seorang yang hebat dalam strategi peperangan dan mengatur kehidupan dunia, tanpa melupakan aturan kehidupan akhiratnya. Oleh itu, macam mana seorang yang menganggap dirinya adalah seorang sufi, tapi meninggalkan urusan keduniaannya dan perjuangan untuk meletakkan Islam kembali ke tempatnya?! Terlalai dengan amalan sunat sehingga melupakan amalan wajib yang lebih penting! Menyangka sufi dengan banyaknya amalan. Walhal, hebatnya saidina Abu Bakar bukan kerana banyaknya amalannya, tapi kerana ‘banyaknya’ Allah dalam hatinya.

Nabi Muhammad banyak menceritakan kaedah untuk mencapai kejayaan dalam dunianya, tanpa melupakan kejayaan akhirat. Bertanam bersungguh-sungguh di dunia untuk menunaikan hasilnya di Akhirat. Tidak pernah mengajar umatnya untuk meninggalkan kejayaan dalam mencapai kecemerlangan dunia, lantaran terlalu sibuk dengan urusan akhirat. Terlupa konsep ibadah umum dan ibadah khusus. Terlupa konsep fardhu kifayah yang dapat memajukan kehidupan dunia. Terkubur sudah konsep khalifah, sebagai pengatur dan pemakmur kepada bumi!!

Nabi Muhammad seorang yang sangat pengasih dan menyayangi. Berlembut dan berkerasnya bertempat. Kenapa terdapat golongan yang menganggap dirinya seorang pejuang, terlalu berkeras dan melampau dalam perkara cabang?! Bergaduh dalam perkara wasilah. Tidak dapat membezakan perkara usul dan furu’. Tidak pandai membezakan matlamat dan wasilah. Tidak pandai menyusun keutamaan. Ta’asub pada golongan atau individu tertentu. Berpecah dan bergaduh sesama sendiri, sehingga musuh bertepuk tangan. Mundur dalam perkara duniawi.

AYUH! KITA ‘TENGOK’ KE BELAKANG SEKEJAP

Pada maulidur rasul ini, saya menyeru semua rakan-rakan, kita tengok ke belakang sekejap. Apa kesan tidakan kita sebelum ini?! Menguntungkan Islam atau merugikan islam? Kalau tindakan kita itu merugikan Islam, masih ada masa untuk berubah walaupun perit. Kalau sebaliknya, teruskan langkahmu itu, terus maju ke hadapan. Pimpinlah rakan-rakanmu yang masih terkapai-kapai mencai sebuah kebenaran itu.

Ayuh, jadikanlah Rasulullah SAW itu contoh terbaik kita!

Salam maulidur rasul 1431 H.

Thursday, January 29, 2009

siapakah yang menyayangi dirimu?



“Astaghfirullah, aku kata Allah Akbar, Allah Maha Besar, aku mengaku bahawa semua perkara kat dunia ni kecil2 belaka, Allah Yang Maha Besar. Tapi, dalam solatku, masih tidak khusyuk!” mengutuk diri sendiri, selepas solat fardhu pada hari itu.

Kemudian,

Solat fardhu seterusnya,…………………………….

“la.. sama je macam solat sebelum ni! Ingat lagi benda2 lain! Tak khusyuk langsung!”kecewa dengan kesilapan lama.

Susah hendak berubah, lantaran lemahnya kekuatan iman dalam menggerakkan diri untuk berubah!

Begitulah lumrahnya, iman naik dan turun. Bagaimana jika kematian menjemput semasa iman sedang turun?

CINTA ALLAH

‘ku dambakan cintaNya’ ku baca status seorang rakan di ym.

‘ya Allah, kurniakanlah ku cinta Mu’ tulisan dalam blog seseorang.

Ya, Alhamdulillah, syukurku kerana kesedaran orang Islam dalam mencari cinta Allah yang lebih hakiki dan abadi.

SECEBIS KISAH

Firman Allah yang bermaksud;

pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (‘Abasa:36-37)

begitulah realiti Hari Qiamat, yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.

Ulama’ meriwayatkan, mafhumnya;

Pada hari Akhirat, seorang hamba Allah ditimbang amalannya. Hasilnya, masih perlu sedikit lagi kebaikan untuk membolehkannya masuk syurga. Allah berfirman, “carilah saudara-saudara kamu, dan mintalah sedikit kebaikan dari mereka.”

Lalu, si hamba Alllah ini pun merentas padang mahsyar, mencari semula saudara-saudaranya,

“abang Long, Kak Ngah, dulu kat dunia dulu, abang Long, Kak Ngah sayang sangat kat adik, tolong adik jalan-jalan, belikan adik hadiah, sekarang ni, boleh tak adik nak minta sedikit pahala dari abang Long, Kak Ngah?”

adik, abang Long, Kak Ngah pun takut macam apa yang adik takut,”jawab saudaranya.

Lalu, dia mencari dan menemui ibunya,

“mama, kat dunia dulu, mama sayang sangat kat adik, kan? Kalau adik sakit, mama sanggup tak tidur malam sebab nak jaga adik, adik sayang sangat kat mama. Mama, boleh tak mama bagi kat adik sedikit kebaikan? Adik tak nak masuk neraka! Adik takut!”

adik, mama pun takut macam yang adik takut,”jawab ibunya, lantas meninggalkannya.

Lalu, dia mencari dan menemui ayahnya.

“papa, adik tau, papa sayang kat adik. Papa selalu belikan kat adik hadiah kalau adik dapat nombor 1. Adik pun sayang kat papa jugak. Boleh tak papa bagi kat adik sedikit kebaikan?”

adik, papa pun takut macam yang adik takut,”ayahnya menjawab.

Lalu, dia mencari dan menemui isterinya.

“isteriku sayang, abang tau yang sangat cintakan abang,kan? Dulu, susah senang kita bersama, membina mahligai indah bersama-sama, kan? Sama-sama besarkan anak-anak kita yang comel-comel tu. Sayang, boleh tak bagi kat abang sedikit kebajikanmu?”

bang, yang pun takut macam abang jugak…”balas isterinya.

Lalu, dia bergegas dan menjumpai anaknya.

“anakku sayang, ingat ayah lagi tak? Ayah sayang tau kat acik. Acik pun sayang kat ayah, kan? Ayah ingat lagi, acik sanggup korbankan bermain-main dengan kawan-kawan sebab nak jaga ayah kat hospital. Acik, boleh tak acik bagi kat ayah sikit amalan acik?”

acik pun takut apa yang ayah takut,”balas anaknya.

Buntu, si hamba ini mengadap Allah.

“ya Allah, aku telah meminta sedikit kebaikan dari saudaraku, tapi, tak seorang pun yang sanggup memberikan kebaikan mereka kepada ku.”

Allah menjawab dengan Rahimnya,”wahai hambaKu, sesungguhnya Ku lebih menyayangimu berbanding mereka. Wahai malaikatKu, kau ambillah hamba Ku ini dan kau masukkanlah dia kedalam syurga.

ALLAH sayang sangat-sangat kat hambaNya!

PENGAJARAN HADIS

Daripada Anas bin Malik , bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada dirinya sendiri, anaknya, keluarganya dan manusia keseluruhannya

(riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam An-Nasaa’i, Imam Muslim dan Imam Ibnu Majah)

Allah sayangkan kita, tapi bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? bagaimana nak cintakan Allah?

CARA CINTAI ALLAH

Firman Allah yang bermaksud,

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah Ali ‘Imran:31)

Ikutlah Nabi Muhammad, nescaya, diri ini akan dicintai Allah!

Itulah kata kuncinya.

CABARAN

Badan penat, katil empuk.. tiba-tiba, azan berkumandang..

Teruskan terbaring hingga tertidur, atau terus bangkit dan tunaikan kefardhuan di Masjid?

Ya, Nabi Muhammad menunaikan solat fardhu di masjid!

ya, Nabi Muhammad khusyuk dalam solat!

Nak dapat cinta Allah? Mesti ikut Nabi Muhammad SAW!

Kata-kata mudah dilafazkan dari lidah yang tak bertulang.

Sudah banyak berteori, pelaksanaannya bagaimana?

“ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang imanku yang sering naik dan turun. Kau mudahkanlah diriku mengikuti Nabi Muhammad SAW. Sediakanlah tempat di hatiku untukMu, anugerahkanlah perasaan cintaku kepada Mu.” -ameen-

p/s:

situasi di cabaran tu, hanya salah satu dari contoh-contoh dalam kehidupan.

terdapat rakaman video tentang kuliah seorang ulama' melayu dalam menghuraikan siapa yang paling sayangkan kita. boleh dicari di youtube.com






"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Friday, October 19, 2007

keluarga aku dah baik laa..


kawan2..
ada orang kata,
cukuplah kalau keluarga aku baik..berakhlak..
lantaklah orang lain..kami dah bahagia hidup macam ni..
kami tak nak jaga tepi kain orang..kami nak jaga urusan kami je...


tapi, duhai..
kawan2 yang ku sayangi kerana Allah,
kalau keluarga awak je yang baik, berakhlak,
masyarakat sekeliling tak berakhlak dengan akhlak Islam,
bagaimana kalau keluarga2 yang lain( jiran2), yang tak berakhlak tu,
ganggu hidup awak? ganggu family awak? tengok la dalam paper..
kes kematian nuzrin, kes rompak, kes rogol, kes bunuh dan macam-macam lagi
sebab tu, Islam ajar konsep amar ma'ruf nahi mungkar.. nak kita ni hidup aman..
cantikkan Islam?? Allah dan Nabi Muhammad sayang sangat2 kat kita.. tak nak kita hidup tak tenteram..gelisah..

jadi, lepas ni,
jangan la malu2 nak tegur kawan2..
ajak kepada yang baik..cegah yang tak baik..
hidup kita pun tenang..kita pun seronok..boleh la senyum sokmo..
kalau kita tak nak buat, siapa lagi? jangan hiraukan kata2 orang..
sematkan dalam diri, "aku nak Allah sayang aku..aku nak masuk syurga"
nanti siapa yang susah??

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
(ali imran: 110 )