Showing posts with label wasiat. Show all posts
Showing posts with label wasiat. Show all posts

Thursday, June 12, 2008

jiwa gelisah

" ikmal, tolong nasihat aku, aku rasa bimbang la dengan psikologi ni, sebab aku terpilih jawab soalan susah," luah ku kepada ikmal, kawanku di masjid universiti kaherah.

"ala, markah psiko ni sikit je la.." balasnya bersahaja.

"mal, aku bukannya nak apa, cuma aku nak kau nasihatkan supaya aku masih yakin dengan Allah!" aku mendesaknya.

"sesungguhnya 'kalau2' tu membuka pintu untuk syaitan, (sambil membaca hadis).." katanya.

"owh, alhamdulillah, aku dah lega skit."

itulah antara perbualanku dengan ikmal petang tadi, semuanya gara2 ujian psikology petang tadi. entah macam mana syaitan sial tu boleh muncul dalam hidup aku time2 exam tu. ya Allah, risaunya aku..

TENSION
aku menjadi agak tertekan pada hari itu. lebih2 lagi apabila tengok orang lain dalam keadaan happy. maksudnya memang aku seorang je la yang bermasalah. aku agak rasa gelisah dan tertekan! stress tu ialah respon body kita kepada pelbagai persekitaran, keadaan dan keadaan fizikal yang bermasalah.




BAGAIMANA IMAN AKU?
dulu, masa aku belajar kat PASTI, aku hafal semua rukun iman. rukun iman yang ke6 ialah percaya kepada qadha dan qadar. tapi, aku tak faham. aku hafal sahaja. then, masa aku form 5, ustazah ajar bahawa percaya kepada qadha dan qadar tu maksudnya kita kena redha dengan takdir yang telah ditetapkan! tak kisah la, kalau kau dah usaha sekuat mana pun untuk capai kecemerlangan, tapi kalau Allah dah takdirkan kau tak dapat, terimalah seadanya.

alamak! kalau begitu, aku tak redha ke dengan ketentuan Allah masa aku tension2 dengan masalah tu? kalau aku tak redha, iman aku macam mana plak? ya Allah, ampunkanlah dosaku. ku yakin bahawa Kau Maha Adil dan tak akan menzalimi hamba2Mu.

ALLAH TU DEKAT SANGAT

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Al-Qaaf:16)

see! apa kata Allah! Allah tu sangat dekat dengan aku. cuma aku je yang tidak menyedari kewujudannya sebab iman kat dalam diri ni lemah sangat. apa susah? berdoa dan memohon lah daripada Allah. Allah Maha Berkuasa! Dia mampu buat apa sahaja. Bahkan tak mustahil untuk Allah ubah tulisanku dalam exam tu, dan tambah mana2 point2 yang tertinggal! Allah jugak mampu lembutkan hati pemeriksa tu dan memberi aku markah yang lebih dalam exam tu, kan?


BAYANGKAN BENDA YANG SERONOK
aku malas la nak sebut2 pasal event dalam exam tu kat kawan2! malas nak citer, sebab bila aku citer je, aku mesti jadi tensen dan sedih balik. so, aku fikir positif. aku bayangkan yang aku tengah tengok result MUMTAZ kat papan kenyataan universiti. masa tu, aku sangat gembira. aku bagitau semua kawan2 yang aku dapat mumtaz. alhamdulillah, seronok betul la masa tu, tak sia2 usaha aku selama ini!


APA GUNA BLOG?
bayangkan, apa akan jadi kalau kita tiup angin dalam belon? tiup makin banyak, makin besar dan akhirnya.. pom!! belom meletup! so, takkan aku nak biar je tekanan dalam jiwa ni? nak suruh sampai aku meletup?? belon meletup, pecah je! boleh beli yang baru.. kalau aku pecah kepala? takke aku jadi gila?

tapi, nak luah kat siapa? semua sibuk nak belajar je.. takkan nak kacau diorang plak. musim ni pun musim exam, semua orang sibuk nak study! huh! nasib baik ada blog! lantas ku capai laptop, dan ku luahkan segalanya dalam blog ini! tak kesah la orang tak nak nasihat aku pun, paling kurang aku dah berjaya luahkan segala yang terbuku kat hati aku ni!

MENANGIS
uish! apa ni! tak kan lelaki nak menangis kot.. malu la, tapi lelaki pun manusia gak! apa, manusia yang menangis tak normal ke? menangis dapat release kan tension la!

tapi, jangan la menangis depan manusia. nak buat apa? manusia biasa bukan boleh buat apa pun! setakat nak bagi nasihat suruh sabar, adik aku yang kat darjah 5 tu pun boleh buat!

so, aku menangis la kat Allah! aku mengadu segala apa yang dah berlaku! ku harap sangat, agar Allah tolong aku. aku dah usaha yang terbaik. kurangkan nafsu tidur! bebankan otak hafal2 medical term ni, takkan Allah tak nak tolong aku. aku yakin Allah tu kan Maha Adil.

lagi satu, kalau nak nangis, nangis la depan ulama'. paling kurang, beliau dapat doakan kita, bagi kat kita nasihat2 yang lebih mantap dan sesuai dengan jiwa kita..

APA GUNA KAWAN?
kawan sekadar boleh tolong nasihat sahaja! tak boleh pergi lebih jauh daripada itu. sebab aku sahaja yang mampu jadikan aku tenang! kawan2 aku boleh gak nak tolong doa. itu la yang aku harap2 kan.

KESIMPULAN
kepada diri aku sendiri, janganlah tensen2!! takkan aku tak redha kot dengan ketentuan Allah. ingat, percaya kepada qadha dan qadar adalah rukun iman yang ke6. tak percaya kepda satu rukun iman membawa kepada kufur, ye? a'uzubillah...

Thursday, October 18, 2007

10 wasiat imam as-syafie

" i love ulama'"
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"isk3..kecantikanku dah tak berguna lagi....siapa yang mampu tolong aku?? argghhhhhh!!!

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”"zzz..bestnya tidor.."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

"siapa nak teman aku kat dalam kubur ni? dah la gelap! sempit! panas! banyak kala jengking! tolong!! tolong along maaak!! tolong along ayah!! isk3"

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

"luqman,.i love u so much. i tak sanggup tengok u kena bakar dalam neraka. i nak masuk syurga bersama dengan u. so, kalau i ada buat silap, tolong tegur i, ye??"

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati."jom berzikir. hati pun tenang..muka pun ceria..orang pun suka..Allah laaagi suka, kan?"

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
"eeiii..bestnya dapat solat sama2 dengan ummi..abah..pahala pun berganda..nanti bolehlah masuk syurga sama2..bestnyaaaa!!"

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

"tolonglah kami..dah lama kami tak makan! kalian akan dapat ganjaran yang jauh lebih baik dari apa yang ada kat dunia ni..percayalah"

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

"ya Allah, kurniakan aku keluarga yang soleh..jadikan kami selalu bersyukur kepada-Mu"
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

"besar nanti, fatih nak jadi ulama'.fatih saaaaaayang kat ulama'.kawan2 sayang ulama' gak, kan?"

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

"jika kita tak berani nak cegah mungkar, siapa lagi yang kita nak harapkan? doktor adalah orang yang paling mudah buat kerja ni sebab doktor rapat dengan orang, betul tak?"
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


kawan2,
amallah mana yang kalian mampu amalkan..
yang penting jangan tak amalkan langsung..
sebarkan kepada kawan2..gunakan kecanggihan teknologi kini..
minta Allah lindungkan kita dari hati yang keras dan payah untuk menerima nasihat..

Monday, October 15, 2007

10 wasiat hassan al-banna

" abi, tunggu!! fatih pun nak solat dengan abi."

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

" ya Allah, lazimilah daku membaca al-quran dan berzikir kepada Mu"

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah."kaifa haaluk? afrahu an uqaabiluka fil yaum"

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
" woi sial, ko apa hal??!! "

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
"hahaha, pandai betul abah melawak dengan ummi"

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
"hikhik..janganlah geletek telinga adik, kak long..gelilah..hik3"

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
"woi, jangan ganggu hidup aku lagi!!"

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
"woi, sial gila persatuan kau!! apa hal suka sangat sebarkan fitnah kat persatuan aku? dah puas hidup ke??"

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.


" salam berkenalan. seronok betul dapat jumpa awak."
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

"masa itu seperti pedang. jika kamu tak potong masa, masa akan POTONG kamu."

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.



alamak. payahlah nak buat semua ni! camne ni?
alaah, buatlah sikit-sikit. yang penting jangan tak buat langsung!!

payahlah nak cakap bahasa arab? aku mana ada basic.
hurm, nak seribu daya, taknak seribu dalih. betul tak?

woi! mana boleh tak bergurau! tak ketawa! tak menarik la hidup macam tu!!
Islam bukan agama macam tu la! yang Islam marah kalau berlebih-lebihan. bersederhana dalam semua perkara.

alaa, cakap je lebih. boleh ke tepati masa? tengok la kat sekeliling kita, kat universiti, kat pejabat, tak pernah nak tepat! asyik lambat je! orang besar pun tak berdisiplin!!
sebab tu la kita kena berubah. lenyapkan dari sejarah title janji melayu. kalau kita tak berubah, siapa lagi nak berubah??

kau ni pe la. tak rugged la! tak bestla hidup tak kutuk orang! tak mengumpat orang! bukan apa, aku kutuk orang, mengumpat orang nak berseronok je! nak rapatkan hubungan..
tapi, kita suka ke, kalau orang lain kutuk kita? cakap pasal keburukan diri kita kat orang lain? buat kat orang lain memang seronok. cuba kena kat diri sendiri. bagaimana? best??