Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Tuesday, July 15, 2008

cinta pada buku

“uish, malas la nak membaca, main game lagi best, apa..”

“wargh, baca sikit dah ngantuk…”

Hehe, inilah luahan yang biasa didengari, bila berbicara mengenai membaca.

Cuba fikirkan, sejauh manakah kepentingan membaca?


HOBI

“urm.. hobi aku banyak, antaranya membaca..” ujar seorang pelajar, kata orang, ni jawapan dak2 skema.. jenis ulat buku.. betul ke?

Menurut doktor Raghib As-Sarjani, beliau menolak pendapat yang mengatakan membaca itu adalah hobi. Kenapa?

Pelik tak kalau dengar orang kata, “hobi aku makan”.. pelik kan? Kenapa?

sebab makan itu benda yang darurat, bila rasa lapar, makan la, kan? Macam itu jugalah dengan membaca, perkara darurat kepada setiap insan! Bila rasa jahil, bacalah, kan? Tapi, tak kan, kita dah tau semua benda kot…

WAHYU PERTAMA

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
Itulah wahyu pertama. Ayat2 first pun dah suruh umat Islam membaca. Padahal, boleh je, Allah nak turunkan ayat2 selain dari kalimah itu, tapi, Allah tetap memulakannya dengan suruhan membaca.

BUTA HURUF

Nabi Muhammad seorang yang tak tahu membaca, tak tahu menulis.

Tapi, wahyu pertama menyuruh Nabi Muhammad membaca. Pelik tak? Pelik kan? Tiga kali, sayidina Jibril menyuruh Nabi membaca, dan tiga kali jugak Nabi bagi tau yang baginda tak pandai membaca. Lepas tu, barulah JIbril membaca firman Allah tersebut.

Kalau Nabi Muhammad yang tak tahu membaca dan menulis pun dah disuruh membaca, kita yang memang dah pandai membaca dan menulis ni, apatah lagi?

PENGULANGAN

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Kalau perasan, kalimah ٱقۡرَأۡ diulang sebanyak dua kali, pada ayat 1 dan 3, Allah yang Maha Bijaksana langsung tak guna kias2 untuk mengulang kalimah itu. Jelas.ٱقۡرَأۡ ” (Bacalah!)

WASILAH

Matlamat kita, nak dapatkan ilmu. Apa wasilah untuk mendapatkannya?

Mendengar, melihat, membaca dan lain2.

Tapi, Allah menekankan pembacaan sebagai wasilah untuk mendapatkan ilmu. Ya la, tak kan semua buku kat dunia ni nak belajar dengan guru, kena la baca sendiri.

TAPI, jangan dilupakan untuk berguru, sebab kita akan hilang separuh daripada ilmu,kalau kita tak berguru, sebab kadang2, tak semua ilmu ditulis dalam kitab, ada yang kena didapati melalui mulut guru. Jangan pulak nak buat2 faham. Salah faham dalam perubatan, pesakit bertambah sakit. Salah faham dalam agama, masyarakat sesat.

SUSUNAN AYAT

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١

Selepas kalimah ٱقۡرَأۡ (bacalah!), Allah menyebut بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (dengan nama TuhanMu),

Jadi, kita mestilah membaca dengan nama Allah.

Agak2, boleh ke memulakan pembacaan majalah yang penuh dengan maksiat (macam manga ) dengan kalimah ‘basmalah’?

ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Selepas kalimah ٱقۡرَأۡ Allah menyebut ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥ (yang mengajar manusia dengan pen, Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuiya.)

Allah ajar kita, daripada jahil kepada tahu. So, kalau ilmu dah banyak kat dada tu, boleh ke nak berlagak sombong? syok dengan ilmu2 sehingga takabbur! Tak risau, kalau Allah tarik semula ilmu tu?

KESIMPULAN

Ayuh, letakkan perasaan sayang sangat2 kat membaca tu.. kalau boleh, cium la buku2 tu.

Kalau yang berjiwa remaja tu, ha, anggap la si buku tu, macam 'si dia', peluk dan cium la buku tu, tidur sekali dengan buku tu.. cinta kat buku… bila rasa boring, cakap2 la dengan buku tu, Allah pun suruh kita membaca, kan?

‘Dia’ lah kekasih hati anda..

u/p; semua ini diambil daripada kitab 'alqiraah minhajul hayah' karangan doktor Roghib As-Sarjani dan ulasan dari us hairol nizam sebagai pendiskusi kitab ini...

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, June 26, 2008

Kempen satu orang, satu buku



Khuyuk Dalam Solat
buku yang mantap dan bermutu
bahasa yang mudah dan ringkas
analogi yang tak terfikir oleh minda
- Ahmad Lutfi Othman-

harga
RM 13 bagi semenanjung Malaysia
RM 19 bagi Sabah dan Sarawak

belilah untuk saham akhirat anda!!
sangat2 membantu dalam solat
anda akan mengalami kesannya
yang tak dijangka2 !!

jangan kata tak nak, baca dulu!

nak tau serba sedikit tentang kandungan buku?
klik sini, sini, sini, sini,

bagi yang pulang ke Malaysia tu,
jangan lupa belikan satu buku
untuk kawan2 yang tak balik
untuk anda sendiri, jangan dilupa!

kenapa nak kena beli?
tak boleh ke pinjam dengan kawan2 je?
untuk pengetahuan--> ye, boleh!
untuk pengamalan dan penghayatan --> tak boleh!


sebab apa?
sebab tazkirah perlukan pengulangan
macam mana nak ulang, kalau buku orang lain??

fikir2kan...

cepat!!
bagi yang dah ada kat malaysia tu,
jangan bertangguh, jangan berlengah!
dapatkan buku ini sekarang!!

www.nufair.com






"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Saturday, October 13, 2007

orang beraya, kitapun beraya


"yea!! esok raye!!"

" urm... raye esok nak pakai baju warna apa, ha?"

"aku nak pakai baju kebaya merah ni laa, nampak cantik skit"

" nak tak tahun ni kita bertanding, siapa yang dapat duit raya paling banyak!"

"wah, lawanya rumah kau! macam rumah baru, berapa kau habiskan untuk semua ni?"

"hmm, mesti semua kawan akan puji kelazatan kuih raya aku ni, baru diorang tahu siapa aku.."




kawan2, begitulah antara ucapan2 dan perbualan2 yang kita biasa dengar menjelang raya. semua orang bercakap tentang keseronokan pada hari raya, pasal baju raya, pasal kuih raya, pasal duit raya, dan macam2 lagi.pendek kata, semuanya pasal raya. semuanya seronok memperkatakan hal sedemikian.
kawan2, pernah tak kita terfikir tentang apa sebenarnya maksud dan rahsia Allah di sebalik Dia menghadiahkan hari raya ini sebagai hari kemenangan kepada kita? bahkan Dia mengharamkan orang berpuasa pada hari itu. apa agaknya fadhilat yang tesembunyi di sebalik raya ini?
sehinggakan Tuhan kita mahukan semua orang bergembira pada hari itu..tak nak ada yang sedih..tak nak ada yang lapar.. tak nak ada yang susah..duit zakat fitrah pun akan diberi kepada fakir miskin supaya mereka juga boleh bergembira.. 'best'kan Islam??

kawan2, berbaju baru tu boleh, tapi janganlah sampai membazir. islam tak pernah melarang kita berhias. bahkan ada hadis yang bermaksud, " Allah itu cantik, dan dia suka kepada yang cantik."
buat kuih raya tu tak pe, tapi janganlah sampai tak bertarawikh dan terlewat menunaikan solat fardhu. nak mencantikkan rumah tu boleh, tapi janganlah sampai berhutang hanya untuk membeli perabot yang serba cantik dan mahal. kepada adik2, nak mengumpul duit raya tu boleh, tapi janganlah sampai memaksa tuan rumah bagi duit kat kita.. sampai tak mau keluar rumah selagi tak dapat duit raya..sampai dah lupa niat asal kita nak beraya..kesian la kat tuan rumah tu, sehingga terpaksa berhutang nak bagi duit raya kat budak2 yang comel2 tu.lepas tu, janganlah tarik muka masam kalau tuan rumah bagi duit sikit je..


buat kawan2 , jadikan raya ini sebagai satu peluang untuk kita bergembira betul2..mengikut cara yang islam ajar.. kan islam mengajar kita supaya membesarkan Allah sempena raya ni.. boleh juga jadikan raya ni sebagi peluang untuk kita menziarahi rumah kawan2, kalau sebelum ini bermuka masam apabila berjumpa, sekarang la peluang bermanis muka ( semanis kuih raya, senyuman secantik baju yang dipakai ) apabila bersua muka.. ukhuwah pun semakin mantap, hidup pun semakin seronok..senyum pun semakin lebar.. Allah pun redha..bila Allah redha, insya Allah dapatlah kita mengecapi nikmat syurga..

untuk akhirya, kalau kawan2 nak tau tentang hukum duit raya, mercun dan saling bermaafan pada hari raya, bolehlah melayari laman web http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=611&Itemid=72.. jangan hanya bertqlid membabi buta dalam agama, amalkan sesuatu berlandakan kefahaman yang jelas dalam agama.
sekian, selamat hari raya..

Friday, October 12, 2007

selamat hari raya aidilfitri


kali ini sudah masuk kali ke-2 saya meraikan raya aidilfitri di perantauan, jauh dari mata ummi abah. tadi, lepas maghrib, call family, ummi kata, " walaupun angah jauh di mata, tapi tetap dekat di hati." abah di malaysia pun sakit-sakit. tadi masa cakap dengan abah, terdengar suara abah yang batuk2. kesian. tapi apa lagi yang mampu anak mu ini buat, wahai abah selain mendoakan kebahagiaan ummi abah.

begitulah kita, sebagai anak, janganlah sesekali kita lupakan jasa ummi dan abah kita. walaupun kita duduk kat perantauan, mereka tetap ibubapa kita. janganlah sesekali lupakan mereka. call lah mereka selalu.

jangan terkejut, kalau saya katakan ada anak tak mengaku si penyapu sampah itu adalah ayahnya. jangan terperanjat kalau saya katakan ada anak yang tak mengaku tukang bersih pejabat itu adalah ibunya.

"dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ke dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah , dan menyusunya dalam dua tahun. bersuyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibubapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu." ( surah luqman : 14 )

adakah fenomena yang berlaku di atas bertepatan dengan suruhan Allah kepada kita? bukankah kita mengaku bahawa kita beriman kepada AL-Quran?

inilah hakikat gejala yang berlaku kat malaysia sekarang, melanda kawan2 kita di bumi tercinta, bangsa kita. kalau kita sendiri mempunyai sikap macam tu, muhasabahlah diri semula.

jadikanlah raya ini sebagai pemangkin untuk kita merapatkan hubungan dengan ibu bapa kita.
sekian.