Saturday, October 13, 2007

orang beraya, kitapun beraya


"yea!! esok raye!!"

" urm... raye esok nak pakai baju warna apa, ha?"

"aku nak pakai baju kebaya merah ni laa, nampak cantik skit"

" nak tak tahun ni kita bertanding, siapa yang dapat duit raya paling banyak!"

"wah, lawanya rumah kau! macam rumah baru, berapa kau habiskan untuk semua ni?"

"hmm, mesti semua kawan akan puji kelazatan kuih raya aku ni, baru diorang tahu siapa aku.."




kawan2, begitulah antara ucapan2 dan perbualan2 yang kita biasa dengar menjelang raya. semua orang bercakap tentang keseronokan pada hari raya, pasal baju raya, pasal kuih raya, pasal duit raya, dan macam2 lagi.pendek kata, semuanya pasal raya. semuanya seronok memperkatakan hal sedemikian.
kawan2, pernah tak kita terfikir tentang apa sebenarnya maksud dan rahsia Allah di sebalik Dia menghadiahkan hari raya ini sebagai hari kemenangan kepada kita? bahkan Dia mengharamkan orang berpuasa pada hari itu. apa agaknya fadhilat yang tesembunyi di sebalik raya ini?
sehinggakan Tuhan kita mahukan semua orang bergembira pada hari itu..tak nak ada yang sedih..tak nak ada yang lapar.. tak nak ada yang susah..duit zakat fitrah pun akan diberi kepada fakir miskin supaya mereka juga boleh bergembira.. 'best'kan Islam??

kawan2, berbaju baru tu boleh, tapi janganlah sampai membazir. islam tak pernah melarang kita berhias. bahkan ada hadis yang bermaksud, " Allah itu cantik, dan dia suka kepada yang cantik."
buat kuih raya tu tak pe, tapi janganlah sampai tak bertarawikh dan terlewat menunaikan solat fardhu. nak mencantikkan rumah tu boleh, tapi janganlah sampai berhutang hanya untuk membeli perabot yang serba cantik dan mahal. kepada adik2, nak mengumpul duit raya tu boleh, tapi janganlah sampai memaksa tuan rumah bagi duit kat kita.. sampai tak mau keluar rumah selagi tak dapat duit raya..sampai dah lupa niat asal kita nak beraya..kesian la kat tuan rumah tu, sehingga terpaksa berhutang nak bagi duit raya kat budak2 yang comel2 tu.lepas tu, janganlah tarik muka masam kalau tuan rumah bagi duit sikit je..


buat kawan2 , jadikan raya ini sebagai satu peluang untuk kita bergembira betul2..mengikut cara yang islam ajar.. kan islam mengajar kita supaya membesarkan Allah sempena raya ni.. boleh juga jadikan raya ni sebagi peluang untuk kita menziarahi rumah kawan2, kalau sebelum ini bermuka masam apabila berjumpa, sekarang la peluang bermanis muka ( semanis kuih raya, senyuman secantik baju yang dipakai ) apabila bersua muka.. ukhuwah pun semakin mantap, hidup pun semakin seronok..senyum pun semakin lebar.. Allah pun redha..bila Allah redha, insya Allah dapatlah kita mengecapi nikmat syurga..

untuk akhirya, kalau kawan2 nak tau tentang hukum duit raya, mercun dan saling bermaafan pada hari raya, bolehlah melayari laman web http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=611&Itemid=72.. jangan hanya bertqlid membabi buta dalam agama, amalkan sesuatu berlandakan kefahaman yang jelas dalam agama.
sekian, selamat hari raya..

No comments: