Showing posts with label beginilah hidupku. Show all posts
Showing posts with label beginilah hidupku. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Memfokuskan semula fikiran yang merewang

Exam ENT masih tinggal 2 hari...Tapi, fokus dah lari! Mana silapnya?!

Kadang-kadang,walaupun jiwa begitu bersemangat untuk study, sudah mengetahui kepentingan study, diri tak boleh fokus untuk study. Ada je banyak benda yang terlintas di fikiran. Tengelam dalam lautan masalah, perlukan masa untuk keluar dari lautan itu. Mungkin perlukan bantuan rakan-rakan.

Bacaan quran Imam Misya'ari Al-Fasi memang mendamaikan, mendamaikan jiwa yang resah, memfokuskan fikiran yang merewang. Jom sama-sama kita dengar.




ini pulak nasyid Imam



nasyid ni pulak untuk ingatan destinasi sebenar saya:

Monday, July 28, 2008

pengalaman pahit di masjid azhar

“bai, kau nak gi masjid azhar tak? Ada pengajian tauhid, pukul 11 pagi” kawanku, husaini bertanya melalui telefon.

“owh, ok. Jom!” aku membalas, pantas. Ini lah kali pertama dalam hidupku, bertalaqqi depan syeikh azhar, dengar kata syeikh ni orang hebat, beliau pensyarah kat Kuwait, cuti musim panas je dia ada kat mesir..

Kami menaiki bas yang menuju ke muski, dan kemudian kami terpaksa berjalan kaki jauh ke dalam untuk memasuki lorong menuju ke masjid azhar kerana memang tak ada bas yang masuk ke lorong tu..

TU SYEIKH AZHAR?

“haa, syeikh dah sampai,” senior kami, abg ajak bagitau, sambil melihat ke depan.

“mana?” aku bertanya, hairan, tak nampak pulak kelibat manusia yang berjubah dan berserban di depan aku.

“tu, yang pakai baju warna putih tu,” sambil menunjukkan seorang insan yang berbaju putih, dan berseluar. Kelihatan, ramai manusia yang ingin bersalaman dengan beliau.

“aik? Ni syeikh azhar? Rileks gila! Tak berserban, tak berjubah, tak berkopiah, tak bermisai malah tak berjanggut pun!” hatiku berbisik, pelik dan hairan.

‘don’t judge a book by its cover’.

KULIAH BERMULA

“pergh, ramai gila orang,”

Mereka duduk kelilingi syeikh.

Syeikh pun memulakan pengajaran beliau. Aku duk kat bahagian tengah, tapi kat belakang, tak berani la nak duduk kat depan syeikh.

“haih, syeikh ni cakap apa ni?” getus hatiku, sedih sebab tak faham pengajaran syeikh.

Bukan tak faham sebab syeikh tu mengajar tinggi sangat, tapi sebab tak faham bahasa arab.

“tak pe2, sabar2. Dulu abg min pun pernah cerita, masa kali pertama dia pergi kuliah kat masjid azhar pun, satu perkataan je yang dia faham dari syeikh tu. So, aku mesti bersabar,” hatiku member perangasang.

Aku betulkan duduk dan berusaha semula untuk fokus dan memahami pengajaran pada hari itu.

BOSAN

“aih, bila nak habis ni? Lama nya!” aku mula memberontak.

Mataku mula mengantuk, aku mula bosan, sebab tak tau apa yang syeikh sedang mengajar.

Kemudian, aku pun zzzzzzzzz…

Lepas tu, tersedar kembali, betulkan duduk, cuba untuk fokus…

Tapi, kemudian, aku pun kembali memberi peluang kepada mata untuk berehat…

Tersedar semula, betulkan duduk, cuba betul2 untuk fokus, harap2 kali ni dah tak tertidur!

Tapi, aku masih gagal dan kemudian kembali tetidur.

DITEGUR SYEIKH

Pang! Pang! Bunyi ketukan meja.

Aku terdengar syeikh menjerit!

Aku terjaga. Semua mata menjurus ke arah ku. Semua orang tersenyum.

‘ya Allah, malunya aku… ‘

‘tapi, aku agak sakit hati bila pandang muka seorang arab tu yang macam senyum mengejek kat aku..geram gila!’

‘tak pe2, nanti aku pandai bahasa arab, tengok la..’ aku memujuk diri.

Tapi, lepas tu, aku dah tak tertidur dan mula memahami sedikit demi sedikit pengajaran syeikh tu, Alhamdulillah.

PENGAJARAN

“tu la kau, lain kali duk la kat depan, tapi kat tepi, baru la syeikh tak nampak,”nasihat seorang kawan.

“kau ni tak pandai cover la!” kawan ku mengusik.

Ini lah pengalaman ku belajar diarect dari seorang syeikh azhar buat kali pertama. Tak kan ku ulangi lagi kesilapan yang sama!

Takkan kena tegur sekali, terus merajuk!
takbir!!

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Thursday, July 17, 2008

result ; gembira atau sedih??

“result dah kuar, dr nadia hantar kut e-mel,”

Itu maklumat yang aku terima dari seorang rakan. Huh! Berdegup gak hati aku ni, macam mana la agaknya result aku, memang dah lama aku menunggu result keluar, dah beberapa hari aku menanti.

Lepas je solat asar, aku berdoa banyak2, minta Allah kurniakan kejayaan kepadaku, minta dapat mumtaz dalam semua subjek. Tak dilupakan kepada rakan2, semoga Allah kurniakan kami mumtaz dalam semua subjek.

Sebelum bukak computer, dan bukak emel untuk tengok result, aku baca quran dan berdoa lagi, ya Allah, takutnya.. risau gak tak dapat mumtaz tahun ini..

Download file. Open. Loading………

2006891571

Aku mencari no giliran aku dan melihat markah aku.

Fisiology (202/250-jayyid jayyidan), Anatomy (211/250-jayyid jayyidan), Histology (132/150-mumtaz), biochemistery (130/150-mumtaz), Psychology (39/50-jayyid jayyidan)

Markah keseluruhan…

Apa? aku dapat JAYYID JAYYIDAN??

KECEWA

Aku kecewa, kerana gagal dapat mumtaz, seperti tahun lepas.

Sebab aku rasakan, usaha aku dah macam orang gila tahun ini.

Aku selalu duk kat depan, selalu bertanyakan guru kalau tak faham, korbankan video dan bermain bola , korbankan masa tidur, bersedia dari awal tahun dan macam2 lagi.

Di manakah silapku? Kenapa aku tak dikurniakan mumtaz?? Sedihnya….

MIMPI

Sebelum keluar exam final year ni, aku memang dah bermimpi.

‘maaf, nama anda tak tersenarai dalam mumtaz.’

Itulah tulisan yang tertera di atas kertas result dalam mimpiku. Nama2 kawan2 yang lain pun ada jugak, mereka dapat mumtaz. Uish, memang takut! Doa banyak2, agar mimpi tu tak menjadi kenyataan.

Tapi, semasa result keluar pada hari ini(16 July 2008), mimpi aku tu memang betul. Aku tak dapat mumtaz. Kawan2 yang aku mimpikan tu, memang betul2 diorang dapat mumtaz.

HIKMAH TERSEMBUNYI

Aku masih ingat kenanganku semasa aku darjah 6, UPSR. Aku merupakan harapan sekolah. Guru2 menjangka aku mendapat 5A dalam UPSR tu.

Aku berusaha kuat ke arah itu. Aku masuk tuisyen, aku tidur lewat malam, sambil ditemani oleh ummi, kadang2 korbankan tv.

Tapi, semasa result diumumkan, aku gagal! Gagal mendapat 5A, aku cuma mendapat 4A 1B.

Kemudian aku dimasukkan ke SMKA Tok Jiring, medapat 9A dalam PMR dan seterusnya ke KISAS dan mendapat 12 A dalam SPM.

Aku baru mula nampak hikmah Allah tak memberikan aku 5A semasa exam UPSR.

Cuba bayangkan, andai kata aku mendapat 5A dalam UPSR, aku mesti ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, sebab aku mendapat banyak anugerah semasa aku di sekolah rendah, tambahan pula, aku ketua pengawas sekolah.

Kalaulah aku dapat masuk ke SBP masa aku tingkatan 1, aku mesti tak dapat masuk KISAS, sebab KISAS hanya menerima pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6, pemindahan antara SBP ke SBP lain pun tak dibenarkan.

Andaikata, aku tak dapat masuk KISAS, aku mengalami kerugian yang banyak!

Tarbiyah, Bi’ah solehah, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang betul, ukhuwah yang mantap, rakan2 yang best2, guru2 yang terbilang, mengenali dunia luar dari Terengganu dan macam 2 lagi.

Aku tak tau, adakah aku akan mendapat semua tu kalau aku mendapat 5A dalam UPSR.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah lebih tahu apa yang tersembunyi di sebalik result ku, pasti ada yang terbaik buatku pada masa akan datang.

MUHASABAH

Kini, aku kembali muhasabah diriku, mencari lubang2 kesalahan yang mencacatkan sebuah kecemerlangan yang diimpikan.

Aku mula memeriksa amal ibadatku dan amal ku untuk Islam.

Tak semua solat kat masjid, pernah masbuq, kadang2 ada buruk sangka kat kawan2, kadang2 malas nak berjuang untuk Islam, tak rapat dengan Allah dan macam2 lagi..

Owh, agak2nya, ini yang menghalang kejayaanku!

sebab bagi aku dari segi usaha dalam akademik, aku dah buat yang terbaik, mungkin amalku yang menghalang aku dari mengecapi kejayaan dalam exam.

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberikan teguran kepada ku..

Aku mengakui, amal2 aku pun agak teruk semasa aku di tahun 1, dan aku masih dapat mumtaz. Mungkin Allah nak menyedarkan aku dan menergur aku melalui result dalam peperiksaan kali ini.

Allah masih sayangkan aku.. Alhamdulillah..

KESIMPULAN

Sesunggunya Allah tahu apa yang terbaik buat kita. ya, kita gagal dalam exam kali ini, tapi mungkin kita akan berjaya di masa akan datang. Kegagalan tu tak selama-lamanya!

Kegagalan itu adalah pemangkin ke arah kecemerlangan!

Gembirakan diri, jangan sedih2. Masih ada yang sayang kat kita ni….. percayalah!

Gembira dengan kegagalan kerana Allah bagi kita peluang untuk terus berusaha.

Sedih dengan kegagalan adalah sia2, jika tidak diiringi dengan perubahan ke arah kemajuan diri!

u/p; letakkan diri pembaca sebagai watak 'aku' yang ditulis dalam cerita ini..

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Sunday, July 6, 2008

ustaz bukan nak marah....


“ustaz, ustaz free tak malam ni, lepas maghrib?” aku bertanya kepada seorang ustaz, ketinggian ilmunya memang diakui di perlembahan Nil ini. Beliau di tahun akhir Darul Ifta’, tempat pengajian di Mesir yang akan melahirkan mufti. Beliau begitu disegani di sini.

“urm, lepas maghrib malam ni, ana free, malam esok, ana free jugak,” jawab ustaz tu, dalam dialek Kelantan.

“owh, kalau gitu, saya gi jumpa ustaz malam esok, lepas maghrib, boleh ustaz?”pintaku.


“insya Allah, datang la kat bilik ana,” balas ustaz, mengizinkan..

Keesokannya, aku bergegas ke Asrama Anak Melayu Abbasiyah(ARMA), Abbasiah, untuk berjumpa dengan ustaz tu. Aku bercadang untuk duduk bersamanya sepanjang cuti ni, aku ingin mengaut sebanyak mungkin ilmu yang ada padanya. Tambahan pula, beliau tinggal berseorangan dalam bilik kat ARMA. Harap2 Allah mudahkan..

“Assalamualaikum, ustaz.”

“waalaikumussalam, Baihaqi. Mari kita minum air dulu,” ujarnya mesra, memuliakan tetamu.

Selepas mempersilakan aku untuk duduk, ustaz itu pun menghidangkan air Nescafe kepadaku, Alhamdulillah, nikmatnya dapat merasai penangan air Nescafe ni di saat aku sedang keletihan menempuh kesesakan jalan raya di Mesir ni yang menggila! Faham2 je ustaz ni..

“ustaz, sebenarnya saya nak tanya sikit, boleh tak ustaz mengizinkan saya untuk duduk dengan ustaz selama beberapa hari? Saya nak minta tolong ustaz selesaikan masalah saya, harap tak menyusahkan..” ujarku, menyusun bicara selepas bertanyakan kesibukan ustaz pada musim cuti musim panas ini.

“urm, ana belajar cuti2 ni, ana pun ada jugak buat muzakarah dengan kawan2,”balasnya, tawadhuk.

Kemudian, beliau membuka satu kitab, mengambil sekeping kertas bertulis dalam kitab itu, dan menyerahkan kertas itu kepadaku. Kertas itu bertulis doa yang diajarkan oleh Sayidina Muhammad bin Wasi’, ulama’ tabi’in yang sangat warak, sehinggakan orang teringatkan Allah apabila memandang wajahnya. Apabila masuk ke kedai yang sedang riuh, kedai itu pun menjadi diam. Demikianlah, kehebatan Sayidina Muhammad bin Wasi’ ini.

Beliau menyarankan agar aku mengamalkan doa itu menurut kemampuanku. Aku juga menceritakan masalah ku kepada ustaz itu, dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan berpandukan kitab2 Islam. Sambil2 itu, beliau sempat membuat lawak, membuatkan ku ketawa dan terhibur, memang orang Kelantan ini mudah mesra dan pandai melawak, menghiburkan sesiapa sahaja. Tapi, sebenarnya, aku masih menanti keizinannya untuk membenarkan aku tinggal bersamanya.

Selepas solat Isya’ di bilik beliau secara berjemaah, beliau melayan para pengunjung ke biliknya. Beliau memang disukai oleh orang ramai, terutamanya orang Kelantan, berbual mesra dengan ustaz tersebut, melawak dan ketawa beramai-ramai. Suasana sungguh meriah dan ceria. Banyak betul aku ketawa malam tu. Sungguh, aku memang sukakan suasana itu. Sambil2 berhibur, beliau sempat memberikan nasihat kepada kami.. itulah seronoknya duduk dengan orang alim.

MASIH MENANTI

‘uish, bila ustaz ni nak bagi tau aku ni? Dia setuju ke tak, aku nak duduk dengan dia ni?’hatiku mula berbicara, risau. Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam.

‘ke dia ni uji aku, ntah2, dia nak tengok aku ni bersungguh ke tak… tak pe la, sabar la jap, lepas ni aku cakap sekali lagi..’ pujuk hatiku..

Selepas semua kawan2 ustaz keluar,

“ustaz, camne ustaz? Boleh tak saya nak duduk dengan ustaz ni?” aku kembali bertanya, mengingatkan ustaz, mungkin beliau terlupa. Masih mengharap agar beliau memberi keizinan.

Rupa2nya, beliau baru faham maksud kedatangan ku. Beliau tak memahami permintaanku semasa di awal2 perbualan antara kami, dan tika ini, beliau memberikan jawapan kepada penantianku, tak membenarkan aku duduk bersamanya lantaran kesibukan belajar dan mengaja, lagipun bilik beliau memang selalu dikunjungi rakan2 dari muhafazah selain kaherah.

“ustaz bukan nak marah, ana nak bagi tau sikit kat anta. Sejak pukul berapa lagi anta duduk kat sini? Dari lepas maghrib hingga pukul 12 malam!” tanya ustaz, wajahnya sedikit berubah. Masa tu, jantungku berdegup kencang, dadaku terasa sakit, takut.

“urm, 4 jam ustaz,”jawabku, perlahan, sambil cuba untuk mengawal perasaan.

“Dalam kita bertamu ni, ada 3 peringkat. Mula2, tuan rumah suka sangat, kalau lagi lama, sampai tahap membebankan, kalau lama lagi, sampai tahap mencemuhkan. Anta tak masuk lagi tahap mencemuhkan, cuma membebankan. Ana dah bagi tau kat anta, ana ada kerja lepas isya’ ni!” ustaz menyambung bicara, mukanya serius!

‘ya Allah, apa aku dah buat ni,’ lantas aku bangun dan bergegas keluar selepas bersalam dengan ustaz, memohon kemaafan dan berterima kasih. Maaf kerana mengganggu beliau dan terima kasih atas ilmu yang beliau curahkan sebentar tadi. Aku cuba untuk tersenyum walaupun dalam kepayahan.

Aku terasa bersalah sangat2. Sambil melangkah menuju ke bilik kawan2 ku yang lain, jantungku berdegup kencang. Dadaku sakit. Dimanakah silapnya aku?

Seronok telah hilang! Kini, rasa bersalah menghantui diri.

PERCAKAPAN TAK JELAS

Sebenarnya, bukan aku berniat pun nak duduk lama2 dengan ustaz tu, aku cuma menantikan jawapan dari ustaz. Aku harap, kalau beliau tak dapat mengizinkan aku tinggal bersamanya, beliau boleh mencadangkan nama kawan2 beliau yang lain, yang boleh membenarkan aku duduk bersamanya.

Tapi, lain yang kuharapkan, lain pula yang terjadi.

Aku merasakan, semua ni berpunca dari butir percakapanku yang tak jelas, menyebabkan ustaz tak dapat memahami maksud asal kedatanganku. Ini membuatkan aku tertunggu2 dan beliau pula berasa terbeban dengan kewujudanku, yang lama..

Memang aku ada masalah sikit dari segi percakapan. Entah, aku pun tak tau, sama ada lidahku yang tak normal atau otak ku yang kurang sempurna. Sudah lama, aku mengalami masalah ini. kerananya, aku menjadi bahan ejekan kawan2 di sekolah. Kerananya, pensyarah2 sukar memahami soalan2 yang ku tanyakan dan apa yang paling teruk, seorang ustaz yang mesra telah bersikap luar biasa kepadaku, hanya kerana masalah ini.

BERGAUL DENGAN ULAMA’

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, dadaku terasa sakit dan jantungku berdegup agak kencang apabila aku terkenangkan peristiwa itu. Wajah ustaz itu dan kata2nya menusuk hati. Inilah kesan duduk dengan ulama’, setiap teguran itu melekat di hati dan menjadi panduan. Patut la,Nabi menggalakkan umatnya mendampingi ulama'.

ADAB BERTAMU

Kedatangan tetamu memang membawa rahmat, tapi Islam tetap menggariskan adab sebagai tetamu. Tengoklah, apa kesan saya menjadi tetamu lama2, sehingga memberatkan tuan rumah. Lain kali, saya mesti membuat janji dan persefahaman yang betul setiap kali sebelum bertamu di rumah orang. Entah macam mana, saya boleh terlupa yang beliau ada kerja selepas isya’, sebab tu, beliau agak tak senang dengan kewujudanku. Selain itu, saya juga tak boleh menyampuk kata2 tuan2 rumah sebelum dia menghabiskan bicaranya.

RASA BERSALAH

Perasaan takut itu memang betul2 menghantui jiwaku, sehingga membuatkan saya sukar mendapatkan solat yang khusyuk. Tapi, saya terfikir, kenapa saya tak pernah berasa takut dan bersalah seperti ini setiap kali saya melakukan kesalahan kepada Allah? Kenapa saya tidak berasa takut dan bersalah setiap kali saya tak khusyuk dalam solat, bukankah itu kesalahan yang dibuat kepada Allah, Tuhanku???

KESIMPULAN

Mendampingi ulama' memang sangat elok dilaksanakan, kerana ianya membawa saya lebih taqarrub dengan Allah, menambahkan ilmu dan membaiki akhlak. ustaz2 boleh menegurku secara diarect. Sakitnya cuma sekejap, nikmatnya berpanjangan.

Hidup ini memang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Manusia yang terbaik ialah manusia yang belajar dari kesilapan dan sentiasa berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Semoga saya tergolong dalam kumpulan itu.

Saya mengharapkan doa kawan2 supaya Allah memperelokkan percakapan saya. Bagaimana patient nak faham percakapan saya nanti?

inilah yang sabgat2 merisaukan saya sampai sekarang..

p/s; saya tak dapat ingat sebijik2 butir2 dialog antara saya dengan ustaz itu, jadi, ada jugak isi2 dialog yang saya reka.. harap maklum dan harap maaf..



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Wednesday, July 2, 2008

manusia robot

muka budak tengah protes !

“ala ummi, asyik2 angah! Asyik2 angah! Orang lain tu ummi tak suruh!” marahku kat ummi, menarik muka masam, ku mancungkan mulut semahu2nya, biar ummi tau, aku betul2 marah ni! protes!

Kecewa sangat aku dengan ummi. Along dan rol ada, ummi biar je diorang tu tengok tv, aku ni jugak la yang ummi suruh.

‘Tak adil betul la!’ getus ku dalam hati.

Masa tu, ummi sedang memasak kat dapur, senyum je tengok perangai aku..

Kemudian,




“angah, tuk guru nik aziz kata, ‘kalau Allah suruh buat, buat! Bila Allah larang, jangan buat, kita pun tak buat!’ susah ye nak amal, angah?” balas ummi, sambil tersenyum, mendidik anaknya yang sedang protes!

Aku terdiam, berfikir kata2 ummi. Malas la nak layan. Aku pun lari, masuk ke ruang tamu, menonton televisyen.

Masa tu, aku darjah 6. Ummi memang selalu sangat suruh aku buat macam2. Abang dan adik aku, ummi tak suruh,biar je diorang buat apa yang diorang nak! jiwa budak mana tak dengki masa tu? Padahal, sebenarnya, ada jugak sesetengah perkara tu, ummi lebih suka suruh along dan rol buat daripada aku. Tapi, jiwa budak mana nak fikir semua tu, yang penting, nak protes!

NAFSU dan SYAITAN

Kini, aku mula memahami nasihat ummi tu. Memang tuk guru nik aziz ada kata macam tu. Download dan dengar la kuliah tuk guru pasal ni kat sini.

Siapa sebenarnya yang halang aku dari buat baik, ikut apa yang Allah nak?

Siapa sebenarnya yang rangsang aku buat jahat, nak buat juga benda yang Allah larang?

Siapa lagi, kalau bukan nafsu! senjata bagi syaitan! Dieksploitasi oleh syaitan untuk merosakkan manusia. Nafsu ni memang salah satu komponen manusia, tak boleh dipisahkan.

Masa musim puasa, syaitan dah tak ada. Tapi, kenapa ada lagi manusia buat jahat?

Mana taknya, kalau dah 11 bulan diajar, dilatih taat syaitan, boleh ke dalam masa sebulan tu, nak taat Allah?

NAFSU VS IMAN

Cuba buat eksperimen,

Allah Akbar Allah Akbar (2x) , ha.. azan dah masuk tu.

firman Allah yang bermaksud, "
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat" (Al-Ankabut;45)

Sekarang, jadi macam robot jap, tak de perasaan. Buangkan rasa malas , terus pergi bilik air, terus ambik wudhuk, dan terus ke masjid, terus solat.

senang kan, ?

------------------------------------------------------------------------------------------------

“wow, lawa gila arab ni!,” sambil mata memandang seorang gadis arab, berhidung mancung, berkulit cerah, berpakaian ketat, jelas sebijik2 bentuk tubuh, berjalan pulak, lenggang lenggok. fuh, nafsu lelaki mana tak bergolak? Perempuan arab memang lawa2!

Allah kata yang bermaksud, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya..” (surah An-Nur;30-31)

Sekarang, jadi macam patung jap, tak de nafsu, terus je alih pandangan ke tempat lain, sambil istighfar. Mudah tak? Jangan dilayan langsung perasaan tu, anggap diri ni macam makhluk tak de perasaan. jangan pandang sekali lagi! buang nafsu tu sekejap! buang jauh2!

susah ke?

HARI KIAMAT

Kadang2 memang rasa rugi tak tengok benda2 maksiat ni. seronok sebenarnya buat benda yang Allah larang ni.. seronok kalau rasa aku lebih dari orang lain, seronok tengok perempuan cantik2 ni, seronok solat lewat2 ni, seronok bazirkan masa ni, seronok sakitkan hati kawan ni, seronok malas2 ni, seronok pentingkan diri ni, tapi seronok yang sementara je nak buat apa?

Firman Allah yang bermaksud, “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. “(Al-Waqi’ah; 22-23)

Firman Allah lagi, yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah;35-37)

Tak rasa rugi ke? Dah la jelita,brkali2 ganda lebih jelita dari ratu cantik kat dunia ni, halal, tak tua2, penuh cinta kat laki dia, selama2 nya pulak tu… bukan sementara... tak rasa nak ke?

Firman Allah yang bermaksud, “Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih, dan dalam naungan asap yang hitam. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan.”(Al-Waqi’ah;42-44)

Firman Allah lagi, yang bermaksud, “Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, benar-benar akan memakan pohon zaqqum, dan akan memenuhi perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum. Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan". (Al-Waqi’ah; 51-56)

Tak rasa menyesal? Rasa seronok sekejap je, kejap je suka, tapi kena bakar dalam api neraka, lama! Bukan sekejap! Berbaloi tak? dah tak de, perempuan cantik2! kena seksa aje!! sanggup??

KESIMPULAN

kalau aku nak buat baik tu, mudah je, jangan la layan nafsu tu.

kalau aku nak tinggal buat benda yang jahat tu, mudah je, jangan la ikut kehendak hati yang busuk tu.

Persoalannya, sanggup ke tak, aku nak jadi manusia robot ni? Jadi macam patung? tak hiraukan langsung kehendak nafsu?

tepuk dada, tanya selera..

terima kasih, ummi.. baru sekarang, angah faham nasihat ummi...


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

Monday, June 16, 2008

pseudo habis exam


"huarg!!" mengantuknya...
"apa yang tak kena ngan diri aku ni, baca buku medik, terus je ngantuk."

itulah antara adegan2 yang tejadi kepada diriku kini.. semuanya gara2 written exam dah abih! malasnya nak study untuk oral.. aku pun tak tau kenapa, syndrom ni melanda aku pada saat ni...



BOSAN
dalam hati ni terdetik rasa bosan kepada buku medik.. ye la, aku hanya baca benda yang sama sahaja.. kalau macam ni, ilmu aku langsung tak berkembang.. sama je..

BERALIH ANGIN
aku pun mencapai buku2 yang tak berkait dengan medik, membaca blog2 kawan2 dan ustaz untuk memberi pengisian kat diri.. sebab aku dah berasa tak tenang dengan medik ni.. nak baca buku medik pun dah naik rasa malas,

KESEDARAN
tengah syok2 duk baca buku2 lain ni dan baca blog orang ni, nash mencadangkan ku artikel us hasrizal yang baru, tajuknya jenayah akademik aktivis dakwah, dia kata dia insaf baca buku tu..

tanpa buang masa, aku terus je la baca artikel ustaz tu.. (aku ada copy paste kat bawah), aku tersentak! aku rasa macam bersalah! sebab aku dah mengabaikan medik, bidang yang menjadi kewajipan buatku kuasai!

kata2 ustaz yang sangat2 berbekas kat hati ku,
MALAS
"Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan."

TAK BERSUNGGUH
"Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum."

TAK LAYAK
"
Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam."

KHIANAT
"Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam."

"
Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!"

"Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat."

"
Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?"

SUNNATULLAH DAN SYARIATULLAH
"baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali."

MUKA TAK MALU
"
Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita."

DISIPLIN
"TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya."

PENGAJARAN
sebagai respon atas artikel ustaz tu, aku pun mula mengumpul semula semangat untuk study biokem.. rasa bersalah plak kalau aku tak dapat score untuk exam kali ini.. takut gak kalau aku menjadi fitnah kepada Islam! a'uzubillah...

Thursday, June 12, 2008

exam psiko

ari ni aku baru selesai habiskan exam psikologi.. subjek yang paling last utk written exam ni..

tantang exam
tadi, semasa exam aku ditanya pasal factor of agression, learning, informed consent, cases dan projection theory..(hrp faham la tajuk2 ni).. kena jawab 4 soalan je dari 6 soalan


keliru
tetiba2 time exam tu, kesan dari masalahku datang menjelma, menghantui diri.. keliru nak pilih yg mana satu! pilihan tak rasional dibuat! ku pilih soalan yg ku tak yakin dgn jawapan dan ku tak jawab soalan yg ku yakin ngan jawapan nya! sebab apa? ntah! aku pun tak tau sebab apa, pilihan aku hari tu tak rasional sangat..

redha
aku tak boleh tak redha dengan event ni.. sebab tu sume adalah takdir ketentuan Allah! mana blh dengan taqdir! Allah marah.. tu kan termasuk dalam rukun iman. beriman kpd qadha dan qadar! tapi, nak buat macam mana ye? hati ni tak tenang..



peranan kawan
lantas ku minta nasihat dari kawan2. tolongla nasihat aku! aku risau kalau2 aku dah tak yakin dengan Allah! aku tak nak benda tu menimpa aku! takkan sebab exam je, iman aku terjejas! kata ikmal," perkataan 'kalau2' tu membuka jalan untuk syaitan, (sambil bacakan hadis).."
"haa.. betul gak!" ku tenang skit..


harapan
ku doakan spy Allah bantu aku dalam exam psiko ni.. hrap2 Allah lembutkan hati pemeriksa.. smg exam psiko ni tak jejaskan result aku... ::ku berserah segalanya kepada Allah::

Monday, June 9, 2008

exam anatomy

alhamdulillah, akhirnya ku berjaya habiskan exam anat ari ni.. syukur pada Allah.. Allah banyak sangat bantu aku...

sebenarnya, time 2 hari sebelum exam, aku mahu menangguhkan exam ni.. tak nak la ambik sekrang sebab rasa macam tak bersedia sangat! takut sangat! tak pernah lagi rasa tak bersedia macam ni.. exam sebelum2 ni, bersedialah jugak, tapi takde la macam exam anat ni.. ya Allah, takutnya...






crita kat kawan2, " aku rasa nak ta'jil la exam anat ni.. sebab rasa macam tak sempat.. aku takut kalau2 exam anat ni merosakkan result."
kenapa aku kata maca tu? sebab time aku duk sorang2, aku dah terbayang diriku duk dalam dewan periksa dan apabila tengok soalan, aku 'blank' sebab tak tau nak jawab apa.. ya Allah.. saat tu , aku jadi risau dan takut sangat2..

alhamdulillah, semua kawan2 ku hebat2! thanks to all! memang ada gaya jadi motivator.." ala bai.. rileks laa.. memang la ada beza orang mumtaz dan tak mumtaz, tapi semua akan jadi doktor gak.. so..." "bai...rileks bai, paper ni dah last ni.."


ku cuba semula cari ketenangan.. mencari sebab aku jadi begini.. dan try mengatasi kelemahan.. siapa lagi, kalau bukan kepada Allah , tempat ku mengadu segala-Nya.. ku dah berusaha, sekarang, ku bertawakkal kepada-Nya..

" ya Allah, janganlah ku ditanya dalam exam ni soalan2 yang ku tak tau.. berilah ku hanya ditanya benda2 yang ku tau sahaja, ya Allah..bagilah aku dapat recall semula apa yang ku dah baca.. " ameen


dalam diam2 aku terfikir, aku ni apa laa... asyik stress aje, tu belum ada tanggungjawab lain!!

lepas ni , aku berazam untuk menjadi seorang yang tenang dan ceria... dah tak nak tension2, sebab aku ada Allah.. Allah sentiasa dekat denganku..melepaskan tensen dengan mengadu kepada Allah..

Friday, June 6, 2008

dilema anatomy



salam.. exam anat semakin hampir.. aku pula masih macam ni.. konfius..dilema... nak baca buku department atau nak baca buku prof dr sameh doss... sebab exam mesti berpandukan buku sameh doss tapi agak susah nak faham.. buku dr sameh doss pulak lebih mudah nak faham dan hafal sebab ada banyak sangat gambar.. tapi, kadang2, ada maklumat dalam buku teks takde dalam buku sameh doss.. itu yg buatkan diriku kompius dan dilema...



lantas ku teringat salah satu ajaran agama yg ku sayangi ini, yang menggalakkan penganutnya solat sunat istikharah kalau dalam keadaan taraddud(tgh confius), alhamdulillah, ku berdiri dan terus menunaikan solat sunat istikharah dan berdoa dalam sujud terakhir ku,
" ya Allah, berilah kepada ku petunjuk dan hidayah-Mu... sekiranya buku dr sameh doss lebih baik bagiku, mudahkanlah aku menghafal dan mengingati fakta2 di dalamnya, dan janganlah soalan yang memerlukan fakta yang bercanggah dengan fakta dari buku department ditanya dalam exam.. dan sekiranya buku department lebih baik untukku, mudahkanlah aku memahami dan menghafal fakta dalam buku department.. jangan lah susahkan aku untuk menghafalnya... bagilah kpdku petunjuk dan hidayah-Mu kepada ku.."

selepas solat, ku capai buku department, dan membacanya..masya Allah! kenapa? mataku mengantuk sangat! air mata mengalir keluar dari kelopak mataku.. aku begitu derita membacanya.. kemudian ku capai buku dr sameh doss dan cuba untuk membaca dan memahami isinya, dan alhamdulillah.. rasa mengantukku hilang dan kini diriku stabil semula... dan terasa mudahnya diriku memahami dan menghafal fakta dalam buku sameh doss.. alhamdulillah...

kini, ku bertawakkal kepda Allah.. insya Allah, Allah tidak akan menghampakan diriku.. semoga Allah mudahkan diriku mencapai mumtaz dalam exam anatomy pada tahun ini... ameen... doakan diriku..



bahagianya hidup dalam Islam ni, setiap masalah kita, agama kita tunjukkan cara.. sesungguhnya Allah sayang sangat kat aku.. tp, aku sayang ke kat Allah?? astagfirullah...

Wednesday, June 4, 2008

tertekan vs tersenyum


"ya Allah, beratnya dugaan ini"

"kenapa kepala aku sakit sangat ni?"

"alamak, aku tak leh nak belajar la.. camne ni??!!"

begitulah antara rintihan hatiku dahulu.. entah kenapa, aku sungguh teruk ketika itu, imanku sungguh lemah, ku tau bahawa Allah dekat denganku.. ku tau bahawa Allah itu Maha Mendengar,

"alangkah ajaibnya orang Islam, bila diberi nikmat, dia bersyukur dan apabila diberi ujian, dia sabar." (mafhum hadis)

ku tau hadis ini, bahkan dah terhafal pun maksudnya. tapi, apabila diuji, aku still gagal mengawal diri.. terasa sangat iman ini sangat lemah..

sehinggalah pagi tadi, ku klik you tube yang menceritakan satu kisah seorang warga amerika yang memeluk Islam.. subhanallah, ceritanya sungguh menakjubkan!


sungguh, ku merasakan seolah2 aku macam tak beriman sebelum ini apabila aku mendengar ceritanya!!





kalau dapat download dan dengar la setiap masa.. insya Allah dapat something..

disini ku ringkaskan ceritanya,
orang amerika itu mempunyai harta yang tak terkira la banyaknya
rumahnya macam istana, dibuat dari kaca..

dia boleh buat apa sahaja yang dia mahukan lantaran kekayaan nya itu

namun begitu, dia tak temui satu ketenangan,

dia sering merasakan ada something yang tak cukup dalam hidupnya.
maka pada satu hari dia telah bertemu dengan seorang imam
dan diringkaskan cerita dia mengucap dua kalimah syahadah.. lantas dia menangis..
dia bertanya," apakah rahsia kalimah ini?"

"aku telah merasakan satu ketenangan yang belum pernah aku merasakan sebelum ini.."

tengoklah! orang yang memluk Islam mencapai satu nikmat ketenangan!
takkan aku yang dah 20 tahun berada dalam Islam ini tak merasa nikmat itu!
takkan aku tak sabar menempuh ujian yang Allah berikan..
teruknya aku.. Ya Allah ampunkanlah dosaku..



alhamdulillah, kini telah ku temui ketengan itu, terima kasih kepada saudari sweden dawah yang telah mengupload video ini.. semoga aku kekal dalam ketenangan ini
...

"sabar dalam menempuh ujian dan syukur ketika mendapat nikmat"



senyum sokmo... redha sokmo... bahagia sokmo... senyum....... :)

taubatku ya Allah

ya Allah
ampunkanlah segala dosaku
kerana ku putus asa dengan rahmat-Mu

ya Allah
sungguh rahmat-Mu sungguh luas
tak terbatas dek langit dan bumi

ya Allah
sungguh syaitan itu
si sial itu memang celaka
si sial itu telah menghitamkan hatiku
si sial itu telah mengaburi pandagan mata hatiku
lantran itu, tidak ku nampak rahmat-Mu yang luas itu

ya Allah,
janganlah kau hukum kesalahanku
Kau gantikanlah kemurkaan Mu itu
dengan rahmat-Mu buatku, kerana
sesungguhnya Kau adalah Tuhan ku
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yang Maha Mendengar dan Maha Memahami
Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui
Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu

ya Allah
maafkanlah segala kesilapanku
ampunilah segala dosa-dosaku
kembalikanlah semula rahmatMu
yang tidak terbatas itu kepada ku

ya Allah
ku redha dengan ujianMu
kerna ku tahu, bahawa
ujian yang kau timpakan kepada ku
memang sesuai dengan tahap diriku
memang sesuai dengan kemampuan ku

ya Allah
kau bantu dan bimbinlah aku
janganlah meninggalkan aku keseorangan
terkapai2 mencari tempat untuk berpaut
supaya aku dapat melepasi ujian ini
dengan keputusan yang terbilang
supaya kelak, iman ku akan semakin meningkat
dan aku menjadi insan yang lebih baik di kemudian hari

ya Allah
sesungguhnya hanya
kepda Kaulah tempat aku mengadu
kerana Kaulah yang paling memahami diri ini
kerana kaulah yang telah menciptakan aku
kerana Kaulah yang mentakdirkan segalanya untukku
kerana Kau adalah Tuhan ku Yang Maha Esa
kerana Kau memeliki segala sifat kesempurnaan
Kerana kau tidak langsung memiliki kekurangan

ya Allah,
bantulah aku
tolonglah aku
mudahkanlah segala urusanku
hilangkanlah masalahku itu
tingkatkanlah imanku kepada-Mu
tingkatkanlah daya ingatanku
tingkatkanlah kecerdasan mindaku
kabulkanlah segala permintaanku
kurniakanlah kecemerlngan buatku
berilah yang terbaik buatku dalam exam final year ini
berilah aku dapat mumtaz
barilah kejayaan kepada semua kawan2 ku
yang bersama2 tolong memperjuangkan Agama-Mu
hanya kepada-Mu tempat aku berharap

-ameen-

Tuesday, June 3, 2008

doakan aku

salam.. sekarang masih ada 5 ari lagi sebelum exam anatomy... kena baca 4 buah buku yang tebal2.. bayangkan, sume benda tu kena sumbat ke dalam kepala dalam masa 5 hari ni.. semoga Allah mudahkan aku..

entah kenapa, dari petang tadi sehingga ke saat ini, aku dirundung masalah..
masalah tu bukan benda baru.. ianya benda lama yang sudah mengacau dan mengganggu hidupku semenjak aku di sekolah rendah.. semasa aku form 1, dia dah berkurang.. tapi, masa aku form2 sehingga sekarang, dia datang kembali dan melakar semula sejarah hitam yang telah terpadam selama beberapa tahun dalam hidup aku..

kini , dia menjelma semula! bukan jelmaan yang biasa! tapi, jelmaan yang sungguh menyakit dan menyeksakan! tak dapat ku ceritakan betapa tersiksanya aku! terbaring! tak boleh nak study! semangat ku yang melangit telah jatuh merundum! aku tension!

jelmaan masalah ku ini, bukan masalah yang biasa. dan tak boleh diselesaikan oleh orang yang biasa.. kalau aku sendiri tak dapat selesaikan nye, sampai mati pun aku gagal selesaikannya! walau aku dapat menggenggam ijazah medik sekalipun, aku pasti gagal selesaikan masalah aku ini!


orang lain cuma dapat membantu aku..menunjukkan jalan dan berdoa untuk aku.. so, aku berharap sangat agar kalian dapat membantu aku.. doakan la agar Allah mudahkan aku.. agar Allah membantuku dalam menyelesaikan masalah ini.. menggagalkan usaha syaitan untuk terus mengacau hidup aku..


sungguh ! aku sungguh menderita! jiwa ku memang terseksa! aku tak boleh nak tumpukan kepada study lantaran jelmaan masalah ini.. yang sentiasa mengacau dan menghuru-harakan hidupku...

kepada rakan2, maaf sebab aku tak dapat memberitau kalian, apa sebenarnya msalah aku tu.. sebab ianya agak mengaibkan aku.. cuma yang ku pinta agar kalian doakan supaya syaitan tidak mengganggu hidupku lagi.. dan supaya Allah memberikan aku kekuatan untuk melawan godaan syaitan celaka itu.. supaya Allah menyediakan ramai manusia di sekelilingku untuk membekalkan aku dengan ilmu yang dapat menentang ancaman syaitan itu kepada aku..

terima kasih, semoga Allah membalas jasa kalian semua..