"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah Ali 'Imran:31)
Monday, June 16, 2008
pseudo habis exam
"huarg!!" mengantuknya...
"apa yang tak kena ngan diri aku ni, baca buku medik, terus je ngantuk."
itulah antara adegan2 yang tejadi kepada diriku kini.. semuanya gara2 written exam dah abih! malasnya nak study untuk oral.. aku pun tak tau kenapa, syndrom ni melanda aku pada saat ni...
BOSAN
dalam hati ni terdetik rasa bosan kepada buku medik.. ye la, aku hanya baca benda yang sama sahaja.. kalau macam ni, ilmu aku langsung tak berkembang.. sama je..
BERALIH ANGIN
aku pun mencapai buku2 yang tak berkait dengan medik, membaca blog2 kawan2 dan ustaz untuk memberi pengisian kat diri.. sebab aku dah berasa tak tenang dengan medik ni.. nak baca buku medik pun dah naik rasa malas,
KESEDARAN
tengah syok2 duk baca buku2 lain ni dan baca blog orang ni, nash mencadangkan ku artikel us hasrizal yang baru, tajuknya jenayah akademik aktivis dakwah, dia kata dia insaf baca buku tu..
tanpa buang masa, aku terus je la baca artikel ustaz tu.. (aku ada copy paste kat bawah), aku tersentak! aku rasa macam bersalah! sebab aku dah mengabaikan medik, bidang yang menjadi kewajipan buatku kuasai!
kata2 ustaz yang sangat2 berbekas kat hati ku,
MALAS
"Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan."
TAK BERSUNGGUH
"Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum."
TAK LAYAK
"Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam."
KHIANAT
"Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam."
"Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!"
"Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat."
"Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?"
SUNNATULLAH DAN SYARIATULLAH
"baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali."
MUKA TAK MALU
"Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita."
DISIPLIN
"TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya."
PENGAJARAN
sebagai respon atas artikel ustaz tu, aku pun mula mengumpul semula semangat untuk study biokem.. rasa bersalah plak kalau aku tak dapat score untuk exam kali ini.. takut gak kalau aku menjadi fitnah kepada Islam! a'uzubillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment