Saturday, June 21, 2008

teruknya solat ku - siri 2


Allah Akbar Allah Akbar 2x

“aik? Dah azan? Pukul berapa dah ni?”

“laa.. dah kol 4.30 pm”

“tak pe la jap, kat mesir ni lambat iqamat, study la kejap,banyak lagi tak baca ni. Nanti dah iqamat aku pergi la.”

Aku bermonolog semasa azan dilaungkan. Tika itu, exam sangat la dekat. Mujahadah antara belajar dan menyambut azan. Seruan menuju kearah kejayaan langsung tak menusuk hati, gelapnya hati.. iman vs nafsu belajar!



TIUPAN SANGKAKALA

Menurut tuan guru dr nik abd aziz dalam buku khusyuk dalam solat, beliau berkata,

“jka sewaktu mendengar seruan azan, ramai manusia yang malas untuk bangun menyahut seruan azan itu bagi menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid, maka demikian juga keadaan manusia ramai yang baru dibangkitkan dari kubur dengan keadaan lemah, namun mereka terpaksa melangkah juga setelah mendengar tiupan sangkakakala sekalipun dalam keadaan malas bergerak.”

Tuk guru suruh bayangkan keadaan masa seruan azan tu macam tiupan sangkakala. Bayangkan keadaan manusia ketika itu. Aku dan orang lain bergerak ramai2. Nak kemana lagi kalau bukan ke padang mahsyar! Masa tu, segala amal aku akan dihitung! Aku suka ke, aku tak suka ke! Aku malas ke aku semangat ke! aku tetap akan kesana!

HIKMAH

Tuk guru pesan, kalau aku dah dapat bayangkan keadaan itu, sudah pasti aku akan rasa gerun! Gerun nak buat jahat! Bila dah ada rasa gerun, tak mungkin aku aku tak teringat untuk menjaga kesucian hati! Bersih dari perbuatan keji! Bersih dari ingat benda lain selain Allah! HATI itu adalah pusat tumpuan aku semasa mengadap Allah!

Imam Ghazali pun ada bagi kata2 perangsang, " orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat jemaah, di akhirat kelak, Allah akan menjemputnya dengan segala lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya. orang itu tak perlu tergopoh-gapah bangun ketika mendengar tiupan Israfil, kerana dia telah berusaha dan melatih dirinya menyahut seruan azan secara serta-merta walau dalam keadaan sulit sekalipun."

eii, seronoknya.. aku nak la jadi tetamu Allah. tapi, mudah ke nak lawan nafsu??

BERDIALOG DENGAN ALLAH

“bai, aku tak suka la orang paksa2 aku!” dia berterus-terang.

Masa tu, aku ajak dia join smart circle.

Aku tergamam! Hati mana yang tak tersentuh dengan kata2 begitu? Dah la dia tu junior aku.. selamber je kata macam tu!

“Macam mana ye aku nak berbaik semula dengan dia ni?” dalam solat ari tu, aku bermonolog sambil membayangkan suasana itu, pertengkaran aku dengan dia. ~aih~

Tuk guru kata, “ketika seeorang itu berdiri di dalam solat, dia sedang mengadap Allah. Hendaklah ia membayangkan seolah2 doa baru dibangkit dari kubur dan bersoal jawab dengan Allah.”

Nah, aku sekarang sedang mengadap Allah! Bercakap2 dengan Allah. Boleh ke nak bercakap2 kalau aku sendiri tak faham apa yang aku ucapkan? hati dah melencong ke lain. Ingat macam2 cerita!

Tuk guru bagi analogi, hati ni macam anggota badan yang lain juga, mudah juga nak mengembara ke mana2. Tu yang masa solat, aku boleh ingat suasana aku kat dunia luar solat.

Ni kata2 tuk guru yang menyengat! “betapa pula jika solat yang disifatkan sebagai dialog atau percakapan penting antara manusia dseorang hamba dengan Khaliqnya, yang didalamnya ada pelbagai pujian, permohonan dan harapan tetapi dia sendiri tidak fahami apa yang diucapkannya. Sudah pasti dia gagal dalam melaksanakan solat tersebut.

Uish, bukan benda kecik ni! Tak faham apa yang aku ucap sebab hati ni dah melencong! Tuk guru kata, aku gagal tunaikan solat. Gagal exam, boleh ulang! Gagal solat? Kalau tak neraka, ada tempat lain ke??

HIKMAH

sebab tu aku kena ingat macam aku sedang mengadap Allah kat padang mahsyar tu. Dah tak ada sape2 lagi nak bantu! Aku dengan Allah! Rasa la sikit gerun hari qiamat tu! masa tu, dah tak ada masa nak patah balik. Sifirnya mudah, Aku cemerlang, SYURGA! Aku lalai, NERAKA! Amalan aku banyak, tapi Allah tak terima, NERAKA! na'uzubillah..

KESIMPULAN

Gerun! Sifat tu aku mesti wujudkan! Dengar sahaja azan, mesti diwujudkan rasa gerun tu. Ingat sangkakala! Semasa solat pun sama. Ingat dialog aku dengan Allah kat padang mahsyar! Semoga Allah mudahkan diriku….

_________________________________________________________
"Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan" us hasrizal

No comments: