sengaja saya letakkan kat sini buat motivasi buat diri yang dah semakin malas ni.. pseudo abih exam..
"pertamanya, pelajar medic kena balance sikit kepercayaan bahawa silibus mereka sangat banyak jika dibandingkan dengan orang lain. jika dibandingkan medic dengan shariah, sebenarnya shariah juga tak kurang bebannya. tetapi bagus lemah medic mudah diukur (measurable) sedangkan shariah ni lebih subjektif. kalau pelajar shariah sedar beban yang bakal mereka tanggung, mereka akan study bahan yang bakal menggerunkan student medic yang paling ulat buku.
begitu juga, pattern belajar ni berbeza-beza di antara seorang dengan seorang yang lain. untuk saya, memang bersoal jawab di dalam kelas, duduk kat depan… sangat-sangat membantu memudahkan saya membuat ulangkaji akhir sebelum exam. itu yang saya maksudkan sebagai MENGIKUT PROSES" - us hasrizal-
"maksud saya tidaklah pula masa tengah exam kena baca buku exam je. of course bosan tu muncul dan salah satu caranya ialah dengan relaks sekejap baca buku lain, or even nak main game ke, tengok tv sat ke… terpulang…. tetapi yang penting ialah jangan sampai seronok berhenti rehat kat R&R Tapah, terus lupa yang matlamat asal ialah nak ke Penang…"
- us hasrizal-
" utk yg rs down atau malas belajar,bg bidang yg sy ambil medic nih.sy selalu menjadikan pengalaman kakak sy yg sedang housemenship sbgai penguat smngt.ape yg sy maksudkan adalah,sy perlu belajar rajin2 dan dpt result yg terbaik,nnt dpt sambung jd specialist utk ganti specialist2 yg bukan islam yg slalu nk ‘torture’ org melayu.diorg slalu bg HO melayu ni lmbt lulus,torture mentally.geram2..xkn kita nk slalu di bwh mereka?kita pon kna bgn!!jgn bljar sekadar melepas batuk di tangga,dpt result pon ala kadar.setakat cukup jd GP je.so kalo kita yg x jd specialist,jd org2 atasan sape lg?
teman2 ku dan adik junior yg baru nk melangkah ke alam universiti.jgn jdkan alasan sibuk belajar utk tidak terlibat dlm dakwah dan jgn jadikan alasan sibuk berdakwah utk tidak belajar.tepuk dada tanye iman!bg yg sedang terlibat dlm dakwah dan sdg sibuk berorganisasi,jgn jdkan diri kita sebagai fitnah kpd islam." -iman muslimat-
"
Huhu. Seorang da’ie sepatutnya mengenalpasti kepentingan antara kedua2 aspek - dakwah dan study.
Adakah bila berdakwah, automatik study akan terencat? Atau bila study, takleh berdakwah?
Da’wah itu seni. Da’wah itu natural. Sesiapa yg menjadi Islam, maka seruan berdakwah itu sudah kena ke atasnya. Bukan hanya terpikul atas bahu ustaz2. Atau penceramah2.
Persoalannya, bagaimana cara berdakwah itu? Tentunya dalam skop sebagai seorang pelajar, berdakwah tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada seseorg untuk bergelar “pelajar”.
Da’ie yg bagus, akan memecut dakwahnya tetapi dalam masa yg sama, tidak kehilangan identitinya iaitu siapa dia. Sama ada seorang pelajar, seorang doktor, hatta pemilik kedai runcit atau petani, masing2 mampu dan ada keupayaan untuk berdakwah. Cuma bezanya, pada skala mana magnitud dakwah itu dapat digerakkan.
Mungkin seorang student yg bz, hanya dapat berdakwah di malam hari melalui laman blognya. Mungkin seorang doktor berdakwah secara tidak langsung semasa sesi rawatan. Dan dakwah pula, tidak semestinya perlu besar-besaran = mensasarkan kepada ribuan pengunjung, membawa topik2 berat seperti bersyarah mengenai Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syahadatul Haq dan sebagainya. Cukup sekadar menyampaikan tauladan yang baik, hatta itu pun dikira sebagai dakwah!
Nah, apa lagi mengatakan bila berdakwah, aktiviti2 lain boleh terencat! Tak masuk akal! Kenapa tidak boleh bergerak seiring? Maka salah da’ie lah kerana tidak tahu mengasimilasikan dakwah dalam dirinya dan kehidupan sehariannya. Sedang Rasulullah itu sendiri bukan semata2 seorang pendakwah, baginda ahli perniagaan, baginda ketua kerajaan. Tetapi itu semua tidak menghalang dakwah baginda. =)
Teringat ungkapan yg pernah saya temui di laman2 pendakwah “muda”:
“Dakwah bukan segalanya, tetapi segalanya sia2 tanpa dakwah”
dan
“Study is the first, but dakwah is never the second.” -leokid-
No comments:
Post a Comment