Thursday, June 26, 2008

teruknya solat ku - siri 5 (panduan untuk hati yang cintakan dunia)

‘entah apa2 la aku ni, tengah syok2 duk baca fatihah, aku terfikir nak masak apa ari ni!’

‘masa aku duk sujud, yang aku kena buat macam hinakan diri tu, boleh plak aku rasa seronok, sebab ingatkan lawak kawan2!’

‘sebut Allah Akbar banyak2 masa solat, tapi time sebut tu la, aku duk terbayang benda2 lain, tuk guru Nik Aziz kata perbuatan macam ni syrik kat Allah!’

Itulah muhasabah yang dibuat selepas solat. Teruk betul!

segala ilmu2 yang aku dapat dan telah aku post kan dalam siri2 sebelum ini, hanya memberi sedikit sahaja kesan kepada aku.. aku masih gagal nak capai khusyuk dalam solat!

orang lain solat, dapat pahala, aku dapat apa?

Orang lain solat, rasa seronok, sebab dapat borak dengan Allah, dapat ‘bersama’ dengan Nabi, tapi, aku tak rasa apa2 pun..



Orang lain solat, penuh khusyuk, aku solat tak khusyuk pun, kotornya hati!

CINTAKAN DUNIA

Kenyang. Sayang. Mumtaz. Menang.

Itulah perkara2 yang sering aku fikirkan. Itu yang duk mengacau sampai ke dalam solat. Sibuk nak penuhkan perut dengan makanan. Sibuk memikirkan nak masak yang best2 kat kawan2, sampai duk reka resepi yang pelik2 dalam solat. Sibuk sangat nak kejar kecemerlangan.

Persoalannya, untuk apa semua ini? berbaloikah dengan ganjaran yang bakal diterima? Mumtaz yang dikejar bawa rahmat atau celaka? Ya Allah, rahmatilah diriku..

Kata Imam Ghazali, “halangan bersifat batin lebih banyak jika dibandingkan dengan halangan bersifat lahiriah, kerana orang berada dalam lembah dunia dengan fikiran yang bercabang2 dipenuhi dengan daki dunia.”

Kesannya…

“Orang seperti ini sukar untuk menumpukan hatinya khusus kepada sesuatu perkara. Fikiran yang bercabang2 dalam memikirkan daki2 dunia itu menjadi musuh yang ganas kepada hatinya sendiri.

Analogi..

“Sesungguhnya orang yang fikirannya dipenuhi dengan daki2 dunia untuk kesenangan duniawi yangbersifat sementara itu, maka jadilah dia seperti burung yang berterbangan dan hinggap dari satu dahan ke dahan yang lain sehingga dia lalai untuk kembali ke sarangnya yang asal.”

PAKSA DIRI

Kata tua guru nik aziz, “mereka ini, bagi mencapai maksud sebenar dalam solatnya, TIDAK ADA JALAN LAIN selain bertindak sendiri untuk memaksa diri itu bagi memahami setiap kalimah yang diucapkan di dalam solatnya itu, malah dia mesti tahu dan sedar hatinya terpaksa atau mesti dipaksa untuk mengikut setiap gerak-geri dan segala ucapan yang dilakukan dalam solat tersebut.”

Ini yang paling praktikal bagi aku, Cuma aku masih gagal nak wujudkan perasaan takut kepada dosa!

Tuk guru menyambung ,“sebagaimana dia sedar bahawa apabila dia meninggalkan solat fardhu itu, adalah suatu dosa besar, maka demikian juga dia mesti sedar bahawa begitu besarnya dosa yang diterimanya apabila hatinya meninggalkan tanggungjawab dari mengikuti dan memahami segenap ucapan yang dilakukannya.

Sebab apa?

Jawab tuk guru, “ini kerana jika dia tidak mengambil tahu terhadap hatinya yang lalai dari memahami segala bacaan dalam solat, maka amatlah ganjil jika lidahnya menyebut supaya dihindarkannya dari jalan yang dimurkai Allah dan juga jalan yang sesat, seperti yang ada dalam surah Al-Fatihah. Tetapi, oleh sebab hatinya lalai dan fikirannya tidak tidak tertumpu kepada kepada apa yang diucapkannya, maka tiadalah dia sedari maka Allah murka atau sebaliknya.

Macam mana nak wujudkan rasa takut tu?

Pesan ustaz shauqi, anggaplah bahawa dosa yang dibuat dalam solat lantaran tak khusyuk dalam solat tu, tersangat besar! Sebab, memang tak patut aku teringat benda lain di dalam solat, selain Allah.

tapi, aku still tak boleh nak bayangkan takut tu. so, aku bayangkan dosa aku tak khusyuk tu macam aku berzina. bila aku nak lalai je, aku akan ingatkan diri aku tentang dosa zina!

MEMAHAMI

Bagaimana nak paksa hati ikut bacaan dan ucapan, kalau aku tak faham apa yang diucapkan?

“oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang berkeadaan demikian itu, hendaklah dia memaksa dirinya untuk mengambil tahu segala makna yang diucap dalam solat sama ada dalam ucapan fardhu ataupun sunat.”

Memanglah aku dah tak faham semua ucapan, sebab aku tak mahir bahasa arab. Tapi, aku dah tahu maksud setiap kalimah dalam fatihah dan bacaan dalam setiap rukun. Kenapa kadang2, hati aku lalai jugak?

“untuk membantunya dalam perkara ini, maka orang itu mesti bersiap sedia sejak sebelum solat itu didirikan, malah sebelum seseorang itu mengucapkan takbiratul ihram, sayugialah dia berdiri dulu, dengan menumpukan ingatannya kepada perkara yang bersifat Akhirat. Bayangkan seolah-olah, solat yang didirikan adalah solat yang terakhir. Bayangkan juga dalam ingatannya bahawa dia sedang berdiri di padang mahsyar. Berdirinya seseorang menghadapi suatu penentuan yang abadi bahawa syurga neraka menjadi salah satu tempat yang mana dirinya akan dihantar kesana.”

Jadi, aku mesti berusaha mencari maklumat tentang hari Qiamat. Aku mesti tingkatkan kefahaman aku pada Beriman Kepada Hari Qiamat! Guna la you tube, yahoo search, dan buku2 yang melambak di pasaran.

HARAPAN

Aku tak mahu kehilangan peluang dapat minum air dari telaga Nabi, dapat tengok wajah Allah, dapat semua benda yang aku nak kat syurga, hanya sebab aku malas berusaha untuk dapatkan solat yang khusyuk.

Aku tak sanggup kehilangan bidadari yang jelita2 kat syurga, hanya sebab aku nak dapat kasih sayang dari kawan2, yang mengacau fikiranku dalam solat.

Aku tak rela dibakar dengan api neraka, hanya sebab aku nak dapat mumtaz dalam peperiksaan, yang sering membuatkan aku risau tentang peperiksaan.

Aku tak sudi makan buah zaqqum , minum air yang menghancurkan diri aku, hanya sebab aku nak makan best2 kat dunia ni, yang mengganggu ingatanku kepada Allah.




KESIMPULAN

Sekarang, Cuma yang perlu aku buat ialah buang sifat malas! Malas nak cari maklumat yang boleh menyebabkan aku membayangkan suasana kat Hari Qiamat tu. Malas untuk paksakan hati untuk fokus dan khusyuk dalam solat.

Aih, ruginya kalau tak dapat berseronok dengan bidadari kat syurga, dah la jelita, taat plak tu…

Persoalannya, Sanggupkah aku berkorban untuk mendapatkannya??


"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

No comments: