Monday, June 16, 2008

malas, kau muncul lagi??

malas
kenapa kau muncul?
kenapa kau datang bersinggah?
kenapa kau menjelma dalam diri ku?
kenapa kau ajak kawan-kawan kau
si bosan, si khianat, si tak bersungguh
datang sekali bertamu kat sini???
kenapa kau datang di saat ini?

malas
kau tau tak
kau tu sifat tercela!
sampai Nabi Muhammad
minta berlindung dari kau!
bahkan baginda suruh plak umatnya
minta Allah lindungkan diri dari kau!

malas
kau telah halang aku
halang aku dari study
halang aku dalam ibadat
nafsuku sayang dan suka sangat
layan 'kawan' macam kau ni!

tapi
aku pelik
kenapa kau kacau aku
di saat aku baca buku medik
kenapa kau tak kacau aku
semasa aku baca buku2 yg bukan medik??

malas
janganlah kacau!
pergilah main jauh2!
shuh! shuh! shuh! shuh!
jangan singgah lagi kat sini!
tak ada benda menarik kat sini!
pergi! pergi! pergi! aku benci kau! benci!

malas
janganlah kerana kau
aku jadi fitnah!

janganlah kerana kau
aku jadi lemah!

janganlah kerana kau
aku jadi
pengkhianat kepada ilmu!

janganlah kerana kau
aku tak ikut , tak selari
dengan sunnatullah dan syariatullah


No comments: