Sunday, July 6, 2008

ustaz bukan nak marah....


“ustaz, ustaz free tak malam ni, lepas maghrib?” aku bertanya kepada seorang ustaz, ketinggian ilmunya memang diakui di perlembahan Nil ini. Beliau di tahun akhir Darul Ifta’, tempat pengajian di Mesir yang akan melahirkan mufti. Beliau begitu disegani di sini.

“urm, lepas maghrib malam ni, ana free, malam esok, ana free jugak,” jawab ustaz tu, dalam dialek Kelantan.

“owh, kalau gitu, saya gi jumpa ustaz malam esok, lepas maghrib, boleh ustaz?”pintaku.


“insya Allah, datang la kat bilik ana,” balas ustaz, mengizinkan..

Keesokannya, aku bergegas ke Asrama Anak Melayu Abbasiyah(ARMA), Abbasiah, untuk berjumpa dengan ustaz tu. Aku bercadang untuk duduk bersamanya sepanjang cuti ni, aku ingin mengaut sebanyak mungkin ilmu yang ada padanya. Tambahan pula, beliau tinggal berseorangan dalam bilik kat ARMA. Harap2 Allah mudahkan..

“Assalamualaikum, ustaz.”

“waalaikumussalam, Baihaqi. Mari kita minum air dulu,” ujarnya mesra, memuliakan tetamu.

Selepas mempersilakan aku untuk duduk, ustaz itu pun menghidangkan air Nescafe kepadaku, Alhamdulillah, nikmatnya dapat merasai penangan air Nescafe ni di saat aku sedang keletihan menempuh kesesakan jalan raya di Mesir ni yang menggila! Faham2 je ustaz ni..

“ustaz, sebenarnya saya nak tanya sikit, boleh tak ustaz mengizinkan saya untuk duduk dengan ustaz selama beberapa hari? Saya nak minta tolong ustaz selesaikan masalah saya, harap tak menyusahkan..” ujarku, menyusun bicara selepas bertanyakan kesibukan ustaz pada musim cuti musim panas ini.

“urm, ana belajar cuti2 ni, ana pun ada jugak buat muzakarah dengan kawan2,”balasnya, tawadhuk.

Kemudian, beliau membuka satu kitab, mengambil sekeping kertas bertulis dalam kitab itu, dan menyerahkan kertas itu kepadaku. Kertas itu bertulis doa yang diajarkan oleh Sayidina Muhammad bin Wasi’, ulama’ tabi’in yang sangat warak, sehinggakan orang teringatkan Allah apabila memandang wajahnya. Apabila masuk ke kedai yang sedang riuh, kedai itu pun menjadi diam. Demikianlah, kehebatan Sayidina Muhammad bin Wasi’ ini.

Beliau menyarankan agar aku mengamalkan doa itu menurut kemampuanku. Aku juga menceritakan masalah ku kepada ustaz itu, dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan berpandukan kitab2 Islam. Sambil2 itu, beliau sempat membuat lawak, membuatkan ku ketawa dan terhibur, memang orang Kelantan ini mudah mesra dan pandai melawak, menghiburkan sesiapa sahaja. Tapi, sebenarnya, aku masih menanti keizinannya untuk membenarkan aku tinggal bersamanya.

Selepas solat Isya’ di bilik beliau secara berjemaah, beliau melayan para pengunjung ke biliknya. Beliau memang disukai oleh orang ramai, terutamanya orang Kelantan, berbual mesra dengan ustaz tersebut, melawak dan ketawa beramai-ramai. Suasana sungguh meriah dan ceria. Banyak betul aku ketawa malam tu. Sungguh, aku memang sukakan suasana itu. Sambil2 berhibur, beliau sempat memberikan nasihat kepada kami.. itulah seronoknya duduk dengan orang alim.

MASIH MENANTI

‘uish, bila ustaz ni nak bagi tau aku ni? Dia setuju ke tak, aku nak duduk dengan dia ni?’hatiku mula berbicara, risau. Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam.

‘ke dia ni uji aku, ntah2, dia nak tengok aku ni bersungguh ke tak… tak pe la, sabar la jap, lepas ni aku cakap sekali lagi..’ pujuk hatiku..

Selepas semua kawan2 ustaz keluar,

“ustaz, camne ustaz? Boleh tak saya nak duduk dengan ustaz ni?” aku kembali bertanya, mengingatkan ustaz, mungkin beliau terlupa. Masih mengharap agar beliau memberi keizinan.

Rupa2nya, beliau baru faham maksud kedatangan ku. Beliau tak memahami permintaanku semasa di awal2 perbualan antara kami, dan tika ini, beliau memberikan jawapan kepada penantianku, tak membenarkan aku duduk bersamanya lantaran kesibukan belajar dan mengaja, lagipun bilik beliau memang selalu dikunjungi rakan2 dari muhafazah selain kaherah.

“ustaz bukan nak marah, ana nak bagi tau sikit kat anta. Sejak pukul berapa lagi anta duduk kat sini? Dari lepas maghrib hingga pukul 12 malam!” tanya ustaz, wajahnya sedikit berubah. Masa tu, jantungku berdegup kencang, dadaku terasa sakit, takut.

“urm, 4 jam ustaz,”jawabku, perlahan, sambil cuba untuk mengawal perasaan.

“Dalam kita bertamu ni, ada 3 peringkat. Mula2, tuan rumah suka sangat, kalau lagi lama, sampai tahap membebankan, kalau lama lagi, sampai tahap mencemuhkan. Anta tak masuk lagi tahap mencemuhkan, cuma membebankan. Ana dah bagi tau kat anta, ana ada kerja lepas isya’ ni!” ustaz menyambung bicara, mukanya serius!

‘ya Allah, apa aku dah buat ni,’ lantas aku bangun dan bergegas keluar selepas bersalam dengan ustaz, memohon kemaafan dan berterima kasih. Maaf kerana mengganggu beliau dan terima kasih atas ilmu yang beliau curahkan sebentar tadi. Aku cuba untuk tersenyum walaupun dalam kepayahan.

Aku terasa bersalah sangat2. Sambil melangkah menuju ke bilik kawan2 ku yang lain, jantungku berdegup kencang. Dadaku sakit. Dimanakah silapnya aku?

Seronok telah hilang! Kini, rasa bersalah menghantui diri.

PERCAKAPAN TAK JELAS

Sebenarnya, bukan aku berniat pun nak duduk lama2 dengan ustaz tu, aku cuma menantikan jawapan dari ustaz. Aku harap, kalau beliau tak dapat mengizinkan aku tinggal bersamanya, beliau boleh mencadangkan nama kawan2 beliau yang lain, yang boleh membenarkan aku duduk bersamanya.

Tapi, lain yang kuharapkan, lain pula yang terjadi.

Aku merasakan, semua ni berpunca dari butir percakapanku yang tak jelas, menyebabkan ustaz tak dapat memahami maksud asal kedatanganku. Ini membuatkan aku tertunggu2 dan beliau pula berasa terbeban dengan kewujudanku, yang lama..

Memang aku ada masalah sikit dari segi percakapan. Entah, aku pun tak tau, sama ada lidahku yang tak normal atau otak ku yang kurang sempurna. Sudah lama, aku mengalami masalah ini. kerananya, aku menjadi bahan ejekan kawan2 di sekolah. Kerananya, pensyarah2 sukar memahami soalan2 yang ku tanyakan dan apa yang paling teruk, seorang ustaz yang mesra telah bersikap luar biasa kepadaku, hanya kerana masalah ini.

BERGAUL DENGAN ULAMA’

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, dadaku terasa sakit dan jantungku berdegup agak kencang apabila aku terkenangkan peristiwa itu. Wajah ustaz itu dan kata2nya menusuk hati. Inilah kesan duduk dengan ulama’, setiap teguran itu melekat di hati dan menjadi panduan. Patut la,Nabi menggalakkan umatnya mendampingi ulama'.

ADAB BERTAMU

Kedatangan tetamu memang membawa rahmat, tapi Islam tetap menggariskan adab sebagai tetamu. Tengoklah, apa kesan saya menjadi tetamu lama2, sehingga memberatkan tuan rumah. Lain kali, saya mesti membuat janji dan persefahaman yang betul setiap kali sebelum bertamu di rumah orang. Entah macam mana, saya boleh terlupa yang beliau ada kerja selepas isya’, sebab tu, beliau agak tak senang dengan kewujudanku. Selain itu, saya juga tak boleh menyampuk kata2 tuan2 rumah sebelum dia menghabiskan bicaranya.

RASA BERSALAH

Perasaan takut itu memang betul2 menghantui jiwaku, sehingga membuatkan saya sukar mendapatkan solat yang khusyuk. Tapi, saya terfikir, kenapa saya tak pernah berasa takut dan bersalah seperti ini setiap kali saya melakukan kesalahan kepada Allah? Kenapa saya tidak berasa takut dan bersalah setiap kali saya tak khusyuk dalam solat, bukankah itu kesalahan yang dibuat kepada Allah, Tuhanku???

KESIMPULAN

Mendampingi ulama' memang sangat elok dilaksanakan, kerana ianya membawa saya lebih taqarrub dengan Allah, menambahkan ilmu dan membaiki akhlak. ustaz2 boleh menegurku secara diarect. Sakitnya cuma sekejap, nikmatnya berpanjangan.

Hidup ini memang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Manusia yang terbaik ialah manusia yang belajar dari kesilapan dan sentiasa berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Semoga saya tergolong dalam kumpulan itu.

Saya mengharapkan doa kawan2 supaya Allah memperelokkan percakapan saya. Bagaimana patient nak faham percakapan saya nanti?

inilah yang sabgat2 merisaukan saya sampai sekarang..

p/s; saya tak dapat ingat sebijik2 butir2 dialog antara saya dengan ustaz itu, jadi, ada jugak isi2 dialog yang saya reka.. harap maklum dan harap maaf..



"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

No comments: