“adus! sakitnya kepala, rasa macam nak demam pulak, lepas ni, ambik panadol la.”
“alamak, duit aku dah habis! Camne erk? Urm…haa.. pinjam duit Rahman la.”
“alahai, pesal susah sangat nak tidur malam ni? Tanya doktor la, harap2 diorang dapat bagi nasihat..”
“aih, susah betul nak faham biokem ni, tanya amir la petang ni..”
Inilah lafaz2 yang sering terpancul dari mulutku semasa menghadapi masalah.
HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Saya teringat kisah seorang sahabat Rasulullah SAW apabila menghadapi kesusahan. Mereka terus memohon bantuan daripada Allah, bukan mengharap pertolongan dari rakan2 mereka.
Teringat kisah sayidina Ali KWJ(kalau tak silap), suatu hari, beliau pulang ke rumah, tetapi, tiada makanan di rumah. Lantas beliau terus ke masjid dan menunaikan solat sunat 2 rakaat, serta memohon pertolongan daripad Allah. Kemudian, beliau kembali semula dan bertanya kepada sayiditina Fatimah, ada atau belum lagi makanan? Tatkala sayidina Fatimah mengatakan tidak ada, beliau terus ke masjid semula untuk menunaikan solat sunat dua rakaat dan memohon kepada Allah. Tetapi, masih makanan masih tiada. Dan buat kali yang ketiga inilah, Allah mengakbulkan permintaan mereka. Tiba2, datang seseorang yang memberikan mereka pengisar gandum yang berkisar tidak henti2 dan menghasilkan gandum dengan sendiri. Subhanallah!
Bagaimana pula hubungan saya dengan Allah?
Apabila datang masalah, kawan lebih diutamakan berbanding Yang menciptakan kawan itu.
Ubat lebih diutamakan berbanding Yang menyembuhkan penyakit itu.
Kenapa ini boleh berlaku?
CINTAKAN DUNIA
Duit. Hiburan. Wanita. Laptop. Internet.
“Islam bukan agama yang jumud! Islam tak pernah menghalang kita mengecapi nikmat dunia ini. bukankah dunia ini jambatan ke akhirat?”
Secara jujurnya, saya amat bersetuju dengan pandangan sedemikian. Tapi, kadang2, saya sangat2 terkilan apabila kata2 itu hanya dilafazkan oleh lidah yang tak bertulang, tanpa penghayatan di hati.
Jika betullah, nak gunakan nikmat2 itu sebagai jambatan menuju akhirat, kenapa sanggup dilewatkan solat hanya kerana sedang menonton televisyen? Dan kadang2 adegan2 babak dalam cerita itu muncul ketika solat, adakah sempurna dan khusyuk solat seperti itu?
Jika betullah, nak nikmati segala keindahan dunia ini, kenapa kalimah ‘wau’ lebih mudah terpancul dari mulut berbading kalimah subhanallah, tatkala hati kagum melihat keindahan ciptaan-Nya?
Jika betullah, nak kecapi nikmat2 itu, kenapa laptop digunakan untuk menonton video2 yang tidak membawa ke arah mengingati akhirat?
Bukankah ini, akan menjauhkan diri dengan Allah? Yang mengurangkan keyakinan untuk bergantung kepada-Nya, lantas mengharapkan bantuan makhluk yang secara hakikatnya memang LEMAH! Tak terasa DUNGUkah, mengharapkan bantuan dari perkara yang TAK PASTI dan TAK ADA UPAYA?
TAWAKKAL DAN USAHA
“tawakkal je laa,”
Ya Allah, mudahnya nak bertawakkal!
Saya akui, Islam memang menyuruh umatnya bertawakkal, tetapi tak malukah untuk bertawakkal, sedangkan usaha macam melepaskan batuk di tepi tangga?
Kadang2, usaha yang dibuat tanpa diiringi dengan doa. Seolah2 menganggap, Tuhan tidak terlibat dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha.
Ya, Islam menyuruh umatnya bertawakkal, tapi jangan tawakkal tanpa usaha!
Ya, Islam menyuruh umatnya berusaha, tapi jangan usaha tanpa doa!
Teringat kata seorang teman, “semasa usaha, aku berusaha betul2, seolah2 usaha aku inilah yang menentukan kecemrlangan aku, selepas peperiksaan, aku letakkan sepenuh2 pengharapan kepada Allah, hanya Allah yang akan menentukan kejayaan aku.”
Berusaha betul2, yakin pada sunnatullah. Kemudian, tawakkal dan berdoa, yakin pada syariatullah. Bukankah Allah sangat2 berkuasa dalam memberikan keputusan keatas usaha. Bahkan, kadang2 keputusan itu di luar jangkauan fikiran manusia! Percayalah!
DOA
"doa adalah salah satu senjata orang2 beriman," tuan guru nik Abd Aziz dalam Sirah Nabawiyah p425.
“ya, betul doa tu senjata mukmin, tapi kalau tangan yang berdoa tu lemah, macam mana senjata tu nak berfungsi. Macam seseorang yang memegang pistol, tetapi tangan tu lemah, tak mampu nak angkat dan petik picu pistol tu, boleh ke pistol tu membunuh?” –sebahagiannya kalam tuan guru nik aziz-
Memang doa tu senjata kita, tapi kalau dalaman lemah, iman tak kuat, agak2 mampukah ‘senjata’ itu berfungsi dan menghasilkan kesan yang diharapkan.
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Al-Mu’min;60)
Ya, Allah Maha Memperkenankan doa makhluk-Nya. Bahkan, Allah perkenankan doa iblis laknatullah yang meminta Allah panjangkan umurnya untuk menyesatkan umat manusia sehingga Hari Qiamat. Takkan Allah tak perkenankan doa orang yang beribadat kepadaNya?
Allah merakamkan kisah ini didalam Al-Quran yang bermaksud, “Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan(yakni waktu tiupan pertama tanda permulaan Hari Qiamat).” (Al-Hijr;36-38)
Tapi, tak malukah memohon kepada-Nya dalam keadaan tak patuh perintah-Nya dan melanggar larangan-Nya? Tak berasa segankah, meminta itu dan ini daripada Dia sedangkan, keyakinan kepadaNya pun begitu lemah?
KESIMPULAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, lebih penyayang daripada seorang ibu kepada anak. Dia sentiasa nak membantu, apabila hamba-Nya didalam kesusahan. Tapi, sejauhmanakah peluang dan kasihsayangNya itu dimanfaatkan? semoga aku menjadi orang yang sentiasa mengingati-Nya dan selalu memohon daripada-Nya.
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment