Saturday, July 5, 2008

teruknya solat ku-siri 7 (saya seorang pesalah)

“aku lapar, nak makan kat mana ye?” tanya Ramli(bukan nama sebenar) mulakan bicara.

“uish, dah lewat malam ni, dah pukul 12.30 malam dah haa, ada lagi ke kedai yang bukak?” balas Badrul(bukan nama sebenar), risau..

“haa, kita makan kat mo’men la, masa ni kedai tu bukak lagi, tapi jauh la, aku call la, nanti diorang hantar ke rumah,” Ramli memberi cadangan, berseri2 mukanya, gembira..

Masa tu, saya sedang menunaikan solat isya’ kat rumah abang kadir, lepas kelas us fawaz. Tapi, tengoklah, saya boleh dengar perbualan diorang, astaghfirullah..

“assalamualaikum warah matullah..(2x)” saya memberi salam, menghabiskan solat..


“bang, saya nak order mo’men gak laa,” pintaku,sejurus selepas memberi salam..

“ok,” jawab Ramli dan Badrul,saya tersenyum, memang masa tu, perut sedang menyanyi, minta diisi..inilah antara faktor utama yang menggangguku disamping faktor2 lain..

KEBELAKANGAN INI

Saya sedih sangat, sejak kebelakangan ini, solatku semakin teruk. Entah, sudah berapa kali, saya lupakan bilangan rakaat, sudah berapa kali saya tak dapat fokus dalam solat, sudah berapa kali saya tak tahu apa yang saya baca…

Post2ku dalam siri2 sebelum ini, sudah ku lupa, saya sudah cuba untuk hadirkan dan ingat kembali apa yang dah dibaca dan dibuat dulu, tapi masih gagal, syaitan tetap membawa hati saya mengembara, menghayati kenangan2 lama..

MENGULANG

Selepas solat, saya selalu muhasabah. banyak manakah saya sudah khusyuk dalam solat kali ini? entah, rasa macam sikit sangat. Berdoa minta Allah bagi rasa nikmat khusyuk tu.. Lepas solat, saya bukak semula post2 yang lama, baca semula siri2 solat sebelum2 ini. saya akui, solatku memang semakin teruk!

Allah semakin jauh, menjadi orang yang fasiq, tak dapat hidayah, taubat yang tak bersungguh2 juga satu dosa.

Itulah balasan buat mereka yang tak khusyuk dalam solat. Secara lumrahnya, saya memang rasa takut dengan ancaman2 tu, tapi, bila saya solat, ancaman2 hanya terlintas seperti angin, tak melekat kat hati..Astaghfirullah…

KEMBALI MEMBACA BUKU

Pulang ke rumah malam tu, saya terus mencapai semula buku Khusyuk Dalam Solat tu, dan tengok kembali, apakah ilmu2 yang saya ter’miss’ point, yang mungkin dapat membantu diriku mendapat solat yang khusyuk.

Mengadap Allah sebgai seorang pesalah. Itulah tajuk yang ku baca. Memang, saya adalah seorang pesalah!

“bolehkah anda bayangkan bagaimana perasaan seorang anak yang lari meninggalkan rumah, kemudiannya, kembali semula setelah menghadapi kesulitan. Ketika tiba di ambang pintu rumahnya, tanganya merasa berat untuk mengetuk pintu, tetapi dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan, dia terpaksa pulang ke pangkuan orang tuanya, dalam keadaan berat hati, dia memberanikan diri untuk memasuki rumah tersebut dan sekaligus dia menghadap orang tuanya.

Sukar hendak dibayangkan betapa malu dan berat hatinya untuk menemui kembali orang tuanya, lebih2 lagi mengingatkan tindakannya yang lalu begitu nekad untuk melawan dan menyinggung perasaan orang tuanya yang penyayang itu, dia bersikap biadap terhadap mereka. Suatu ketelanjuran mesti dibayar dengan penyesalan, walaupun sewaktu dia meninggalkan bagaikan tidak akan diinjak lagi. Semua itu kerana menurut kata hati. Kini dia terpaksa pulang semula membawa hati yang insaf bercampur malu serta mengharap segala kesalahannya dimaafkan.”

“Itu satu contoh dan gambaran perasaan yang sepatutnya ada pada setiap kali seseorang itu hendak mendirikan solat.”

Allah yang Maha Penyayang telah memberikanku pelbagai jenis nikmat. saya sihat, bernafas, makan, minum, tidur, kawan2, boleh bercakap, dan macam2 lagi. Tapi, semasa saya sedang menikmati pemberian Allah itu, dengan ‘slumber’nya, saya langgar perintah Allah, saya langgar apa yang Allah larang dan saya tak buat apa yang Allah suruh. Apa yang lebih teruk, semasa sedang mengadap Allah tu, saya boleh pulak buat seolah2 Allah tu tak nampak saya, depan Allah pun, saya boleh buat benda yang Allah larang! Macam tu, tak dikira biadap ke?

Sepatutnya, bila saya dah sedar yang saya ni banyak buat salah, saya mestilah datang mengadap Allah selepas membuat kesalahan dengan penuh penyesalan, penuh rasa malu, macam anak lari rumah tadi. Mana boleh saya datang mengadap Allah dengan penuh sikap yang sambil lewa! Saya mesti membuat azam baru setiap kali saya datang semula nak mengadap Allah di dalam solat, harap sangat2 semoga Allah mengampuni saya selepas, dengan suka2 je buat benda yang Allah Maha Penyayang tu larang!

MOTIVASI

tuan guru bagi sikit motivasi kepadaku sebagai seorang pesalah ni,

"memang dia sudah bersedia untuk menerima sebarang balasan dari Tuhan, tetapi dia tidak putus asa malah terus mengharap agar Allah menerima dia sebagai seorang hamba yang telah bertaubat, serta mengampuni dosa2nya yang lalu."

harap2 Allah ampunkan dosaku..

lega sikit hatiku selepas membaca petikan ini..

KESIMPULAN

Apa yang saya sedar, untuk mendapat khusyuk dalam solat ni bukan benda yang sangat mudah dan mungkin memakan masa bertahun2. Senjatanya ialah sabar.

Untuk mendapatkan khusyuk juga, saya perlu kepada pengulangan. Oleh sebab susah nak mencari kawan2 yang bertaraf murabbi, saya mesti selalu mengulang2 membaca karangan tn guru nik aziz ni untuk membantu saya mencapai khusyuk dalam solat. insya Allah, saya akan baca semula post2 saya setiap kali sebelum solat, recharge battery..

Tapi, dengan iman yang lemah, saya juga akan gagal mendapatkan khusyuk itu, sebab tu, iman juga perlu ditingkatkan! Semoga Allah membantu dan memudahkan diriku dan kawan2..

semoga kawan2 doakan saya..



u/p; saya membahasakan diri sebagai saya atas nasihat seorang senior..

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

No comments: