Entah, aku pun tak tau apa sebenenarnya yang telah menimpa diriku. Walau aku mencintai ilmu dan kuat mencari dan menggali segala khazanah di Mesir ini, aku masih gagal menjadi Hamba Allah yang dikehendakiNya. Aku gagal menemui hakikat diri dalam penciptaan-Nya.
Tapi, alhamdulillah, melalui buku yang aku pinjam dari seorang rakan, akhirnya baru aku sedar kesilapanku. Dibawah ini, kunukilkan petikan dari buku itu yang memang tepat2 terkena atas batang hidungku. Semoga Allah membantuku. "Apabila orang yang berada di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma’rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala’ah semata-mata, sehinggakan jihadnya tertumpu dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya dalam dan amal yang lain yang dituntut agama, itulah penyelewengan ilmu yang lebih berbahaya daripada mereka yang berfatwa tanpa ilmu yang cukup. Akhirnya, hatinya menjadi terlalu seronok dan khusyuk dalam dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata . ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membalik-songsangsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil. Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melewati batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik daripada apa yang kita belum ketahui. Juga barangsiapa yang mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian, kita cantum ilmu dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa. Kita mestilah sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan fikiran yang sahih dan benar tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka. Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali batas kadarnya." Dipetik dari buku; Jalan Dakwah Oleh; Mustafa Masyhur
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment