“Bai, kau balik tak?” tanya seorang sahabatku.
“tak,” jawabku ringkas, malas nak layan pertanyaan sebegitu.
“tahun depan?” tanya nya lagi.
“tak,” aku menjawab.
“tak balik gak? Kenapa tak balik?” bertanya lagi..
Aku tersenyum..
RINDU
Siapa kata aku tak rindu kat family?
Baru2 ni, abah kirim gambar satu family kat aku. Ada gambar ummi dan adik2. Huhu, bukan main bergaya lagi abah, ummi plak macam tengah fikir sesuatu. Entah la apa yang difikirkan.
Tapi, gambar tu, aku sembunyikan, aku tak berani nak tengok. Sebab bila aku pandang je gambar tu, aku terus je ingat kat ummi dan abah, terus je nak balik kampung, walhal, amanah dari abah belum lagi ku sempurnakan.
HARAPAN
“angah, abah nak cakap dengan angah sikit ni,” abah ku berbicara, lembut je bunyinya.
“ye, apa dia abah?” balasku, curious.. masa tu, kami tengah berbual melalui telefon.
“angah belajar la betul2 kat mesir ni, tak payah la balik Malaysia, buang duit je. Abah nak tengok angah cemerlang dalam belajar. Usah dilayan sangat perasaan tu..” abah menyambung biacara.
Hatiku tersentak. kagum. Kagum melihat pengorbanan seorang ayah.
Ummi dan abah nak tengok aku jadi seorang berilmu. Bukan sahaja pandai ilmu perubatan, juga dalam ilmu agama. Ummi juga mahukan aku mahir dalam bahasa arab. Memang dia berharap agar aku menjadi ulama’. Sebab tu namaku Baihaqi, nama seorang ulama’ hadis.
PENGORBANAN
Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Aku pernah merasa makan nasi dengan berlaukkan air kosong.
Kini, keluarga ku membuka kedai, menjual ikan dan ayam. tapi sekarang, harga barang semakin mahal, lantaran kerakusan pemimpin yang tak merasai derita orang seperti kami! So, kedai abah ku semakin tak laku. Kami kesempitan. Siapa lagi nak tolong ummi dan abah berniaga kat kampung? Adik2 aku kecik2 lagi.
“angah doakan kami ye? Doakan supaya perniagaan semakin maju,” itulah permintaan abah kepadaku dalam perbualan telefon.
“tak pe la angah tak balik pun, yang penting angah call la ummi 2 minggu sekali ye?” pinta ummi.
Itulah pengorbanan hebat seorang ibu, sanggup dikorbankan rasa rindunya kepada seorang anak..
BERSYUKUR
Aku bersyukur kerana Allah kurniakan aku dua orang istimewa ini dalam hidupku. Merekalah yang mencorakkan aku, mendidikku dengan amal2 dan ilmu2 Islam, demi melihat kejayaanku di dunia dan di akhirat. Sabar melayani karenah ku yang nakal. Sungguh, tak ternilai perngorbanan yang telah mereka lakukan! Sanggupkah aku menghancurkan harapan mereka?
“wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu ku kecil”
Buat sahabat2 yang pulang ke kampung, sayangilah ibu bapa dan buktikanlah kasih cinta kalian kepada mereka! Selamat bermusafir!
KESIMPULAN
Kini, segalanya terletak keatas diriku. Aku mesti memenuhi permintaan ummi dan abah, itulah juga arahan Allah kepadaku…
So, cuti summer ni, aku mesti manfaatkan sepenuhnya untuk mecari ilmu. Jangan join orang lain yang sibuk melayan movie. Aku tak nak hancurkan hati ummi abah dengan perangai buruk tu. Lebih2 lagi, Allah suka ke kalau aku buat benda macam tu?
Aku mesti membuat perancangan dan mempunyai target yang jelas. Aku tak mahu membazirkan cuti aku dengan benda yang sia2.. semoga Allah membantu aku..
“kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun. ” - sayidina Ali-
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
|
10 comments:
sayu hati baca post ko ni bai..
moga yg dicita2 kan oleh umi dan abah ko tu tercapai la..
haih.. aku angkat tangan awal2..
aku x sekuat ko bai.. hahaha
pernah merancang nk balik 3 tahun sekali..(mean 1 je la balik)but.. x tahan seyh...
moga sama2 bertambah ilmu kat mesir ni
nak nanes..nak nanes~~~
mulianya hati kedua ibu bapa jua dirimu wahai baihaqi..
moga jd kuat
mantap la ko bai.. bangge aku sbb kite same2 trg haha n same2 x balek lak tawn ni hehe =D
doakan ku berjaya capai apa yang ummi dan abah mahukan, dan apa yang lebih penting yang Allah mahukan..
you remind me about something...
thank you for your "indirect help"...
mgkn bleh dtg jumpe aku ms cuti ni,, ade ssuatu nk buat ngan ko... aku balik raye je taun ni..
aku akan sentiasa sokong ko bai..
haha..
*poyo*
kepada abg iwan, insya Allah, kita jumpa nanti,doakan saya dalam exam ni final ni..
kepada pepe, makasih la atas sokongan kau.. hehe, bukan senang nak cari sahabat yang bersama ketika susah..
Post a Comment