"kita boleh baca dan percaya idea2 seseorang, tapi kita tak boleh nak ta'asub," seorang senior menasihatkan aku selepas aku menyampaikan idea us hasrizal.
setiap kali ditimbulkan kata2 sebegitu, aku terdiam! kembali berfikir, betulkah selama ini aku ta'asub?
BERKENALAN
aku mula berkenalan dengan saifulislam.com semasa aku di tingkatan 4. kawanku, firdaus kadir yang mencadangkan aku membaca laman ini..' aku tidak pedulisme'
itulah tajuk yang pertama aku baca, tapi pada masa tu, aku tak begitu tak tertarik dengan saifulislam.com..
entah bagaimana, aku mula tertarik semula dengan saifulislam.com semasa aku kat mesir. aku pernah tak tidur kerana membaca artikel2 di sana. ye la, sebab aku baru start baca, banyaklah artikel2 yang aku tak baca lagi.. berbekalkan matlamat untuk menghabiskan semua artikel2 tersebut, aku tak tidur malam. bukan sebab aku tahan mengantuk, tapi memang aku tak mengantuk! seronok sangat membaca artikel2 di saifulislam.com.
PENGUBAH FIKIRAN
"huh, barat kafir!"
"malas aku nak baca, dah la bahasa inggeris!"
begitulah lebih kurang ayat2 aku semasa aku belum mengenali saifulislam.com.. huh, begitu teruk!
tapi segala2nya berubah bila aku berkenalan dengan saifulislam.com
ini semua kerana artikel beliau yang bertajuk 'menjahilkan diri terhadap musuh', aku tersentak membaca artikel ini. segala paradigma aku kepada barat berubah.
dulu, aku sangat membenci bahasa inggeris dan malas nak baca buku2 bahasa inggeris, lebih2 lagi yang membabitkan agama! namun, kerana sentuhan us hasrizal, aku mula berjinak2 dengan buku2 bahasa inggeris, terutama yang melibatkan human mangement. aku terkesan dengan kata2 beliau"Maka ’kenal Allah’ tetapi ’tidak kenal manusia’, menjadikan kita sombong apabila bercakap kepada manusia dengan lagak tuhan!"
sejak daripada itu, aku mula membaca buku2 tentang human management.. kebanyakannya dalam bahasa inggeris. pemalas betul la bangsaku ini!
tambahan pula, semasa aku di kisas, "pandai dalam bahasa inggeris mudahkan kita untuk berdakwah!" kalam us kamal semasa perhimpunan harian kat kisas. time tu, result bi agak merundum di kalangan kami.. see! what he said!
maka, aku mula berjinak2 membaca buku bahasa inggeris. bi aku memang la hancur! baca buku, bukak kamus! baca lagi, bukak kamus lagi! tapi, oleh sebab nak faham idea2 dari buku itu, aku mesti mujahadah! aku nak jadi orang berilmu dan tak menjahilkan diri kepada musuh!
BERBAHASA
"woi, apa ni! agak2 la.. bersatu2 la.."
"bodoh betul la dia ni..." lepas kemarahan kat kumpulan tertentu.
oh! teruk betul la aku ni.. suka sangat menghukum orang! padahal diri tu bukan bagus sangat pun! ilmu tak de la mantap! aku da'i bukan qadhi'! Ahkam, Tahkim dan Mahkum, telah menjadikan aku berbahasa, hormat dengan orang lain dan menjauhi perdebatan yang sia2!
haa, satu lagi, aku suka sangat gunakan perkataan yang ringkas dalam tulisan.. kalau 'yang' jadi yg, kalau 'pergi' jadi 'g' dan lain2.. dulu, aku tak pernah terfikir pun kepentingan bahasa, hanya yang ku tau, aku belajar bahasa untuk aku faham ilmu2 lain dalam bahasa asal.. tak pernah terfikir lebih jauh dari itu! tapi, kemunculan artikel dalam saifulislam.com ini, bahasa intan kaca, bahasa itu sikap, bahasa akal bahasa hati telah berjaya mengubah pendirian ku.. tak sangka plak sebegitu hebat peranan bahasa!
CLOSED MINDED
"aku mesti pilih jemaah ini, sebab ini la jemaah paling lama! jemaah lain mesti dibubarkan dan tolong jemaah ini! kalau jemaah ni lemah, bantulah! pesal nak tubuh jemaah lain plak?"
"mana ada pekdah jemaah tu, menyusahkan je! ni la melambatkan perjuangan Islam ni!"
ya Allah, teruk betul kalam2 aku dulu! pemikiran aku tertutup! hanya memandang satu tu aje yang betul! dah tak nak terima kebaikan dari jemaah lain! walhal, masing2 menyumbang peranan masing2. nak suruh bubar jemaah, macam mustahil. so, lebih baik bekerjasama. kita bersatu pada apa yang kita mahukan. itulah kesimpulan yang aku buat dari pembacaan di saifulislam.com. tapi, aku still tak boleh nak terima jemaah yang berlawan dengan jemaah yang dah sedia ada! jemaah itu keperluan ummah itu tujuan.
tapi, untuk berperanan, aku mesti terlibat dalam satu jemaah je! dan jangan nak terima sahaja dari jemaah! apa yang aku boleh bagi kat jemaah? itulah persoalan yang paling penting! jernihkan fikrah sebelum dakwah.
SIKAP
apa yang paling penting, saifulislam.com telah banyak mengubah sikap aku! syukran jaziila diucapkan kepada ustaz hasrizal. sekarang, aku lebih banyak berfikir untuk mempraktikalkan teori2 ilmu yang ku pelajari, berbanding 'bercakap macam nak meletup' dengan kawan2.
usaha ustaz hasrizal dalam mengislamisasikan buku stephen covey, 7 habis to be an effective person, sangat2 membantu dan mengubah sikap dan pendirian aku!
huh, banyak gila sikap aku yang tersilap selama ini, terutama berhubung dengan sikap da'i kepada mad'u dan hubuungan antara sunnatullah dan syariatullah. artikel us pasal jenayah akademik aktivis dakwah sangat2 menyengat! tepat2 kena atas batang hidung ni sendiri!
TA'SUB
ye ke, aku ta'asub? bacalah pandangan sorang ustaz tentang ta'asub.
Gejala Ta’asub dapat dilihat pada ciri-ciri yang dimiliki oleh umat Islam terhadap tokoh-tokoh tertentu atau pada fahaman tertentu seperti :
1) Menganggap apa yang disampaikan oleh guru atau fahaman mereka sebagai mesti benar dan tidak akan salah sama sekali
2) Menganggap apa yang diucapkan oleh guru dan tokoh tertentu mesti bertepatan dengan kitab dan sunnah atau membawa maksud dari kitab dan sunnah
3) Menyakini kelebihan guru dan fadhilatnya yang melebihi orang lain sekaligus menjamin kebenaran pendapatnya
4) Merasakan gurunya sudah cukup menjadi rujukannya tanpa perlu melihat kepada pendapat orang lain atau kepada ulama dan tokoh lain
5) Menyakini jalan perjuangan yang dibawa oleh gurunya bertepatan dengan kitab dan sunnah serta mesti disokong walaupun tidak memahaminya atau masih belum memahami isi kandungan kitab dan sunnah
aku rasa, aku tak de la mencapai ke tahap seperti itu. aku cuma amik apa yang baik dari ustaz. aku tak de la menerima sepenuhnya, kalau ada benda yang aku tak faham, aku akan bertanyakan orang yang faqih! lagipun, salahkah aku mengangumi tokoh yang banyak mengubah aku?
tengok la apa kata us hasrizal dalam saifulislamisme.com
"Kesemua artikel saya berulang kali membenci taqlid. Sama ada taqlid hukum, mahu pun taqlid metodologi, taqlid dakwah, taqlid politik dan taqlid beragama. Kerana taqlid sebegitu membunuh unsur penting kejadian manusia… akal fikiran dan waras pertimbangan.
Kesemua artikel saya berulang kali membenci taassub. Sama ada taassub menerima, atau pun taassub menolak. Kerana taassub itu juga menghijab manusia, daripada memenangkan kebenaran, yang satu-satunya jadi titik perkiraan Allah di alam Sana.
Kesemua artikel saya menyeru kepada pembebasan diri dari taqlid dan taasub.
Tetapi jika seruan saya itu pula menjadikan segelintir pembaca bertaqlid dan taasub dengan saifulislam.com, mereka telah menghabiskan masa yang banyak di sini kerana gagal menggarap cita-cita dan harapan yang satu itu. Jangan sesiakan kesempunaan diri sebagai insan, dengan membiarkan diri dirantai hidung.""Saya menolak open house saifulislam.com, saya tidak gemar dengan idea saifulislam.com fan club dan pelbagai lagi contoh saranan yang pernah dikemukakan kepada saya. Semua cadangan itu akan menjadikan saya dan pemikiran saya sebagai pusat, dan ia adalah sebesar-besar perkara yang saya hindarkan."
KESIMPULAN
gejala ta'sub bukanlah satu fanomena yang baik, sebab ia menghalang kemampuan kita dalam mencari kebenaran dan menutup minda! mana ada manusia dalam dunia ni yang perfect, kan?
tapi, pada saya 'ta'sub' kepada Allah dan Rasul tak menjadi masalah sebab Allah dan Rasul ini sentiasa benar!
kepada rakan2 yang masih belum mula membaca dan menghayati saifulislam.com, ayuh, kita buat langkah perubahan! link kan di blog2 anda. tapi, ingat! Us Hasrizal tak suka kita ta'sub pada tulisan beliau! gunakan kemampuan akal mu untuk berfikir!
insya Allah, aku akan teruskan sesi pembacaan ini. aku nak jadi macam 'dia' satu hari nanti!
4 comments:
seorang daie yang berjaya kna mempunyai seorang guru yang mursyid yang mampu membina pemikiran seorang daie dan membentu halatuju dakwahnya.Tidaklah menjadi salah seorang itu menjadikan seseorang sebagai idola dan panduan.Aku rasa bisalah kita menjadikan seseorang sebagai panduan.Akan tetapi tidaklah menjadi salah jikalau kita berbeza pendapat dgn guru kita.Imam mujtahid yang empat walaupun berguru sesama mereka tetapi mereka tetap berbeza pendapat.Aku rasa engkau bukan seorang yang taksub tetapi hanya menerima dan mengambil pandangan dari seseorang.Jangan bimbanglah tidaklah salah klau mengambil pandangan dan ilmu seseorang sebagai panduan.Cuma pandai2lah sesuaikan diri masa mana kita nak menggunakan ilmu tersebut.
wei, bai..apakata ko kaji Ustaz Hasrizal camne dia boleh jadi unik sebegini? hakhak
ini kalam semangat dari us hasrizal kepadaku.. terima kasih, ustaz..
"wsalam IBNUSINA. terima kasih atas penulisan tersebut. ustaz menyambutnya sebagai satu feedback yang menambahkan lagi semangat diri untuk terus memberi. tahniah kerana IBNUSINA berjaya mengaitkan di antara satu artikel dengan satu artikel yang lain. Insya Allah ia bukan taasub... tetapi keserasian :)"
kepada kudin, terima kasih atas nasihat tu.. betul gak, kita kena ada sorang guru yang mursyid untuk membina pemikiran..
kepada pemenang, tengok la kalau ada masa, buat masa ni tak terfikir lagi nak kaji orang, cuma terfikir nak kaji camne pemain bola boleh kuat sangat stamina atas padang bola...kagum laa..
dan ini feedbacak dari farhan mahabot, kawanku kat alex, dia kata aku mesti mempraktikalkan idea2 yang dibawa oleh ustaz hasrizal dan belajar menerima pandangan dari orang lain juga, jangan asyik duk terima pandangan us hasrizal aje...
terima kasih atas nasihat dan pandangan kalian, doakan semoga aku berjaya capai apa yang aku nak..
Post a Comment