Tuesday, February 2, 2010

pengajaran daripada cerita madu tiga p ramlee


Madu Tiga lakonan P Ramlee menghangatkan suasana gerak kerja pembungkusan kitab kat rumah ustaz fawaz pada malam itu. Memang tak kering air liur dengan lawak-lawak mantap pelakon-pelakon tu. Hafzi dan copuk, berapa kali ter'rehat' sebab terpaku dengan lawak-lawak tu. Sampai terhafal-hafal, buat modal nak 'sakat' orang! ~aih~

SUAMI KAK TIPAH KAHWIN LAIN SEBAB MAIN MAHJONG

Jamil, dilakonkan P Ramlee berkahwin lain, atas alasan isteri lama dia, sibuk dengan mahjong 24 jam. Suami mana yang tak tensen, kan? Last-last, nak mengubat hati yang sunyi, dia kawin lagi satu. Apa lagi, melenting si isteri, bila dapat tau suami dah kawin lagi satu.. sampai gaduh-gaduh dengan madu dia..gaduh dengan suami, tak payah nak cerita...

biasalah, perempuan mana yang nak dirinya di'madu' kan. Kasih suami biarlah tumpah kat dia sorang je, tak nak share-share dengan orang lain..

SUNNATULLAH

Situasi ni macam sama dengan situasi orang yang marah-marah dengan orang yang tak nak join 'kumpulan' masing-masing.

'Kumpulan' A tu 'kelihatan' biasa-biasa je.. Tarbiah Ruhiyah ada, tapi biasa-biasa je... Tarbiah thaqafiah ada, tapi biasa-biasa je... Pendek kata, semuanya ada, tapi biasa-biasa je.. puak A kata, manhaj dia paling tepat! Puak dia adalah puak terbaik!

'Kumpulan' B ni pulak, 'kelihatan' tarbiahnya mantap! 'Kelihatan' hubungan dengan orang pun dia jaga.. 'kelihatan' kecemerlangan akademik pun hebat.. pendek kata, secara zahirnya memang nampak 'macam sempurna' je puak lagi satu ni..Puak ni pun mengaku, puak mereka adalah puak yang tepat! Manhaj mereka adalah manhaj yang tepat!


Hukum Sunnatullah, MANUSIA LEBIH YAKIN DENGAN APA YANG DILIHAT OLEH MATA, BERBANDING YANG DIDENGAR OLEH TELINGA.


KITA ADALAH HAQ

Kumpulan kita memang BENAR.

Tapi, kalau gerak kerja mengingkari sunnatullah, JANGAN MELETING kalau orang tak nak 'kahwin', 'bermadu' atau 'cerai' dengan kumpulan kita.

Kalau cara pendekatan, gerak kerja masih tak memenuhi permintaan dan keperluan semasa, JANGAN MELENTING kalau orang nak 'kahwin' dengan kumpulan lain.

Sedangkan gerakan freemasonary dan lain-lain gerakan nak hancurkan Islam pun macam 'dibenarkan' untuk berkuasa sekarang. Walhal, mereka itu sudah jelas BATIL. Kenapa mereka boleh berkuasa macam hari ini?

SEBAB mereka buat kerja jahat tu dengan BETUL-BETUL! Kumpulan kita pula, tak buat kerja yang betul dengan betul-betul!


JEMAAH dan ISTERI

Jemaah ni macam isteri. Tempat untuk melepaskan rindu, menyayangi dan disayangi, dibelai, dididik dan macam-macam lagi. Kadang-kadang disayangi, kadang-kadang kena tegur. Biasa tu, sayang memang sebab sayang dan ditegur tu pula tanda sayang. Apa yang penting, PERHATIAN diberikan sebaiknya. PERHATIAN yang baik melahirkan PERKHIDMATAN dan HUBUNGAN yang mantap. Lalu, terbentuklah KEBAHAGIAAN!

apabila PERHATIAN tidak diberikan, ditumpahkan kepada perkara lain, 'si suami' berasa sunyi lalu mencari PERHATIAN daripada wanita lain.

sama macam mana-mana jemaah,

apabila tiada PERHATIAN sebaiknya kepada ahli, PERKHIDMATAN pun kehilangan 'umph'nya dan nikmat KEBAHAGIAAN dalam berjemaah sudah hilang, bahkan sengsara datang bertimpa-timpa, ahli akan mencari jemaah mana yang dapat berikan PERHATIAN kepada mereka, demi menikmati kebahagiaan yang mengasyikkan.

KEKUATAN JEMAAH

Kalau macam tu, kalau kita nak orang masuk jemaah kita, kita mestilah memberikan sepenuh PERHATIAN kepada ahli. Tidak dinamakan memberi perhatian, jika perkhidmatan tidak memenuhi KEPERLUAN, dan perhatian pula gagal dijelmakan dalam bentuk perkhidmatan yang mantap, jika tiada KESUNGGUHAN.

Kekuatan jemaah juga adalah hasil kekuatan pendokong-pendokong jemaah. Kuat pendokong, maka kuatlah jemaah tu. Kalau lemah pendokong, lemah jemaah tu.
Bukan pemimpin sahaja pendokong jemaah. Macam mana pemimpin nak memimpin jika tiada orang yang nak dipimpin.

Jadi, kombinasi padu antara pemimpin dan yang dipimpin mesti utuh. Pemimpin cuba mengkaji keperluan, memberi perhatian sebaiknya kepada yang dipimpin. Yang dipimpin pula patuh dan bersungguh-sungguh menerima apa yang diberikan, disamping menegur untuk proses pembaikan.

Ringkasnya, kedua-dua pihak mesti mematuhi sunnatullah, (work hard and work smart) untuk survival jemaah masing-masing. Mesti GELIGA dan BERSUNGUH-SUNGGUH!

Bila jemaah dah 'cantik', baru la orang 'tertarik'! Tak sanggup lagi nak 'bermadu-madu'! Apatah lagi 'bercerai'.

Ayuh kita bersama-sama menambahkan lagi ke'cantik'an Jemaah Islam PAS!

u/p: tak perlu cakap kumpulan A dan kumpulan B mewakili jemaah mana-mana, masing-masing muhasabah diri. Hakikat kehidupan, manusia memang tak sempurna. Mereka yang paling baik, menyedari ketidak sempurnaan diri dan berusaha mengubahnya!

No comments: