Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera
Tarikh Keputusan:21 Apr, 2009Tarikh Mula Muzakarah:21 Apr, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah:23 Apr, 2009Oleh:Muzakarah Kali Ke-86Keputusan:Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.
Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
Walau bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak
Acara-acara seperti Majlis Peringatan termasuk Bacaan Doa Selamat, Yasin, Tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
Muzakarah juga bersetuju supaya JAKIM menyediakan satu garis panduan binaan tanda peringatan untuk rujukan semua agensi Kerajaan dan swasta serta masyarakat awam.
Sumber: klik sini
KENAPA TAK DIPOPULARKAN?
Daripada sumber tu, kita semua dapat melihat kebenaran tetap kebenaran. Tapi, kenapa dipopularkan. Kelihatan seolah-olah ulama'-ulama' pembangkang yang bersemangat, membantah tindakan pemimpin kerajaan pada satu masa dahulu.
Tak sangka, ulama' dalam kerajaan juga membincangkan isu yang sama. Pendapat pun tidak bercanggah. Maksudnya, kebenaran tu tetap kebenaran, walaupun keluar daripada mulut sesiapa. asalkan berpegang pada manhaj yang benar!
Tapi, kenapa kurang diwar-warkan?
No comments:
Post a Comment