"Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan, maka bererti berusaha untuk hilangnya nikmat itu. Dan barangsiapa yang syukur atas nikmat bererti telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kukuh."
daripada Kitab Al-Hikam, karangan Syeikh Ibnu Atho'ilah.
DI MASJID MUKHATAM
Syeikh Yusri, seorang pakar bedah, keturunan Rasulullah SAW mensyarahkan kalam tersebut. Walaupun saya tak faham apa-apa pun apa yang syeikh terang. Tapi, ustaz-ustaz selalu pesan, nak tuntut ilmu mesti SABAR. Jangan tergesa-gesa.
Kat masjid mukhatam ni, syeikh ada ajar syama'il muhammadiah(ajak sifat2 Nabi Muhammad SAW) dan Kitab Hikam (antara kesan demam KCB kat Mesir). syeikh ajar setiap lepas jumaat. kalau nak pergi sana, boleh naik tremco kat sayedah aisyah. LE 1 je...
SYEIKH ULAMA' BERJIWA BAPA
apa yang paling best, saya dapat bergambar dengan syeikh. Mula-mula memang la segan, sebab syeikh tu hebat sangat. Kita ni apa la sangat, rasa inferior complex betul!
tapi...
tanpa disangka-sangka, syeikh sendiri pegang tangan aku..
subhanallah, syeikh yusri memang berjiwa lembut, lembut sangat-sangat. Jiwa beliau penuh dengan kasih sayang. Penuh dengan rahmah. Tengok muka syeikh pun kita dah rasa tenang. Mukanya penuh dengan cahaya. pandang mukanya pun, sudah dapat ingatkan kita pada Allah. Mudah masuk dengan orang, layan semua orang dengan baik, cakap pun lembut, penampilan pun menarik. Suka senyum..Yang lebih menariknya, beliau seorang pakar bedah.
Itu baru syeikh pegang tangan, belum lagi syeikh cium dahi(syeikh pernah cium dahi ustaz nazrul). Bila dah cium dahi, penanda kita dah ada dalam hati syeikh.
HADIS TENTANG KASIH SAYANG
Daripada Jabir bin Abdillah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
" Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak disayangi." (riwayat Bukhari)
Kalau diri hendak disayangi, sayangilah orang lain.
Hadirkan kasih sayang daripada dalam, berlandaskan iman kepada Allah.
Mudahkanlah diri untuk menyangi, sebelum diri disayangi.
Percayalah! Kita akan rasa seronok sangat dengan BERKASIH SAYANG.
Serlahkan kasih sayang itu pada SENYUMAN MENAWAN.
Jom senyum sentiasa! Senyum sokmo!
No comments:
Post a Comment