Thursday, February 4, 2010

Had dan Peranan

"Alahai, semua buku agama dalam bahasa Arab. Macam mana la nak buat. Nak belajar bahasa arab pun bukan senang. Prioriti aku sekarang medik."

Ini antara rungutan yang biasa didengari. Jujurya saya seronok melihat perkembangan sekarang. Masyarakat semakin mahu kepada Islam. Mereka semakin bersemangat dalam usaha untuk memahami Islam.

BAKAL PROFESIONAL BERSEMANGAT

Maaf, saya bukan hendak mengatakan profesional tu bukan ulama' dan ulama' itu tidak profesional. Tapi, saya guna istilah itu untuk memudahkan penulisan saya.

Bakal golongan profesional kini semakin kuat kesedaran mereka kepada agama. Mereka semakin bersemangat menghadiri kelas-kelas agama, usrah-usrah agama bahkan ada yang lebih advance terlibat sebagai pendokong, penggerak kepada usaha memahamkan masyarakat kepada Islam.

SEKITAR POLEMIK YANG TIMBUL

Dalam keseronokan saya melihat kesedaran mereka yang semakin meninggi kepada Islam, kerisauan terhadap fanomena ini semakin menjadi-jadi dewasa ini.

Mereka mula berani memasuki zon-zon yang mana golongan agamawan sendiri tidak berani memasukinya. Mereka berani mengkritik hukum hakam terdahulu, bahkan berani mengeluarkan hukum dari nas-nas tertentu. Mereka mula berani mengkritik ulama' Islam terdahulu, bahkan ulama' masa kini. Kesedaran mereka kepada Islam kelihatan menjadi lebih berbahaya berbanding fanomena keegganan mereka kepada Islam, lantaran pengaruh mereka lebih kuat dalam masyarakat dan sikap mereka yang keras kepala dan tergopoh-gapah.


FAHAMI PERANAN DAN BATASAN MASING-MASING

Saya merasakan setiap orang harus memahami peranan dan batasan masing-masing. Kebijaksanaan golongan bakal profesional ini seharusnya diambil berat oleh golongan agamawan. Golongan agamawan harus membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu agama yang ber'aproach' kontemporari.

Kebijaksanaan akal mereka seharusnya dimanfaatkan dengan memberi mereka peluang membaca buku-buku agama, memahami kuliah-kuliah agama dalam bahasa Arab oleh ulama'-ulama' Arab yang muktabar dan diyakini ilmunya. Buku-buku syeikh Yusof Al-Qardawi, Dr Ahmad Zuhaili, Dr Sa'aduddin Khilali dan ramai lagi ulama' yang mengambil pendekatan yang sesuai dengan zaman sekarang harus diterjemah dan disebarkan, kerana mereka banyak menjawab persoalan 'KENAPA' golongan profesional sekarang.

Janganlah bersikap reaktif, tapi amalkan sikap proaktif. Golongan profesional sendiri harus menyedari batasan mereka. Mereka pendakwah, bukan faqih. Mereka da'i bukan Qadhi.

Seperti dimaklumi Allah berbicara dengan hambaNya melalui ayat mahzuurah(alam), maqruah (AlQuran) dan ayyamullah(kejadian). Serahkan penilitian maqruah kepada ulama dan laksanakan peranan kita untuk mendalami ayat mahzurah dan memikirkan hikmah di sebalik setiap ayyamullah.

Setiap golongan memahami peranan dan mengetahui batasan masing-masing.


HARUN YAHYA

Kita ada contoh hebat dan praktikal iaitu Harun Yahya. Beliau memahami batasan dan peranan. Beliau optimumkan peranan yang sepatutnya dimainkan.

Saya mencadangkan agar kita semua menjadikan Adnan Oktar(nama sebenar Harun Yahya) sebagai idola kita. Saya menyeru golongan profesional semua untuk memahami pemikiran beliau, men'download' audio, video, artkel, pembentangan dan sebagainya dari laman web beliau.

klik sini untuk ke laman web harun yahya
klik sini untuk download buku
klik sini untuk download audio
klik sini untuk donwload video

CADANGAN GUNAKAN HARUN YAHYA

Tengok minat kita. Kalau minat membaca dowload banyak buku dan artikel. Jika minat melihat, download la video. Kalau minat macam budak-budak, dowload versi budak-budak (Klik sini)

Ayuh kita ambil semangatnya. Perhebatkan peranan kita di tempat yang kita sepatutnya berperanan. Pada saya, cemerlang dalam bukan bidang kita adalah mengada-ngada. Bidang sekarang terlalu luas. Realitinya, kita perlu kepada pengkhususan.

Fikirlah dengan mata hati, bukan dengan mata nafsu berteraskan syaitan.

4 comments:

PEMENANG said...

kabur r bai......org2 professional bila buat sesuatu yang melebihi had dia.....mesti ada sebab

aku rasa kurang tepat kita cakap x boleh melebihi had tanpa memberi alasan...kena beri alasan yang lebih jelas....

dalam artikel nih lebih baik ko bagi alasan mengapa ada had....sebagai contoh

aku fikir camnih ...
manusia berfikir berdasarkan persepsi...persepsi ada dua satu tepat dan satu lagi tak tepat....

cam ayat di atas kalo diambil 5 orang melayu maka tafsiran akan jadi hampir sama...

tapi jika dilihat oleh org inggeris yang tak tau bahasa melayu mungkin dia ingat ini suatu lukisan atau mungkin tafsiran dia salah teros....

so kesimpulan ialah sila bagi alasan supaya pembaca jelas....

artikel yg baik tapi persembahan blog cam tuut...

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

pemenang, aku rasa aku dah nyatakan sebab apa kenapa ada had.. boleh rujuk semula artikel..

betul, ada sebab orang profesional buat sesuatu melebihi had. Tak kisah kalau had yang dia buat tu tidak memberi kesan buruk kepada Islam. Malah, kalau mengabaikan improvement dalam bidang sendiri, pada aku, itu tak patut. setiap ilmu ad etikan dan disiplin sendiri. termasuk agama Islam. tapi kenapa penganut agama Islam sendiri tidak menghormati etika agama mereka sendiri?

PEMENANG said...

xde pon xde pon....cuba tunjuk ayat mana....

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

pemenang, ada kat atas tu.. sila baca dengan mata hati...

kan dah ada tertulis,
aku terus bagi contoh la senang. dak medik yang mengada-ngada nak keluarkan hukum dlm bidang agama, dalam keadaan tak de ilmu alat yang cukup,tak ke menjahanamkan. lebih2 lagi bidang perubatan sekarang pun dah bukan main luas lagi sekarang.. dia duk sibuk nak keluarkan hukum, konon2 lebih pandai daripada ustaz, sampai bidang sendiri pun terkontang-kanting.

bukan ke tak bagus tu.. maaf cakap, kalau bahasa kasarnya, "bukan ke bangang tu!!"