Tuesday, February 2, 2010

berusaha ke arah sempurna

Kebelakangan ini, orang sibuk membicarakan soal persatuan. Persatuan yang manakah yang TERBAIK, untuk disertai kerana penyertaan memerlukan komitmen dan komitmen memerlukan perngorbanan masa, diri,pemikiran, wang dan tenaga.

HAKIKAT KEJADIAN
Dalam memilih, banyak perkara yang perlu diambil kira untuk dijadikan kayu ukur. Kadang-kadang, kita terlupa ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Sebelum memberi, mesti memiliki dan memiliki memerlukan usaha.

Kekuatan adalah satu nilai yang RELATIF dan bersifat SEMENTARA, manakala dasar dan objektif persatuan adalah TETAP dan TIDAK AKAN BERUBAH!

Ahli yang mencorakkan persatuan. Kuat ahli, maka kuatlah persatuan itu. Begitu juga, jika lemah ahli, maka lemahlah juga persatuan itu. Ahli itu pula adalah manusia. Manusia yang menentukan kekuatan sesuatu persatuan setelah segala gerak kerja dilaksanakan ke arah objektif dan selaras dengan persatuan! Biarpun kadang-kadang, gerak kerja itu mempunyai banyak cacat cela kerana kekurangan manusia itu sendiri.

Maksudnya, jika kita menyakini dasar dan objektif sesuatu persatua sudah jelas dan tepat, kenapa mahu dicari persatuan yang kelihatan hebat luarannya, tanpa kita menggeladah isinya? Kenapa sanggup keluar dari persatuan yang sudah disertai hanya kerana tertipu oleh luarannya yang kelihatan lemah, sedangkan sudah jelas dan tepat objektif dan dasarnya?

FIKRAH MENERIMA

Sayang seribu kali sayang, fikrah menerima begitu membarah dalam umat ini. Jarang sekali difikirkan untuk memperelok dan memantapkan sesuatu yang kurang sempurna. Mahu dicari apa yang sudah sempurna. Walhal, terlupakah kepada hakikat makhluk yang pasti tidak akan sempurna?

Alangkah indahnya jika akhirat dijadikan matlamat. Pahala kesan daripada amalan jari'ah di hebat-hebatkan promosinya untuk diamalkan oleh umat Islam. Menyediakan dasar kebaikan yang tepat untuk orang akan datang berjalan atas dasar yang baik itu, menjanjikan pahala yang berterusan hatta empunya diri sudah alam barzakh sekali pun!

Pahala amal jariah bukan sebarangan. Pahalanya laksana hujan turun lebat melimpah-limpah. Namun, cabarannya besar sekali. Banyakkan memberi!

Ada sesiapa berani menyahut cabaran ini?

2 comments:

pemenang2 said...

ini menjadi persoalan aku...nak memilih berdasarkan dasar atau tindakan atau ahli?

kadang2 dasar begini
tapi tindakan lain
pas tu tindakan ahli lain...

sedangkan dasar dan objektif persatuan pon bukan tak boleh diubah..boleh aje tapi susah la sket

gi mana sih?

ini umum ya merujuk kepada perkumpulan manusia seperti UMNO PAS ISMA DAP PERUBATAN PMRAM dan sebagainya

bukan merujuk kepada individu

kah2 serius plak aku

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

huhu, pemenang.pemenang.. ada2 je ko yek? terima kasih, safwan...
hehe...

pada aku, dasar ni substance pada sesuatu.. tindakan ahli, yang merupakan manusia tu, memang la kadang-kadang lain daripada dasar sebab manusia memang tak lari daripada kesilapan.. dasar yang nak dibawa mesti la BERTEPATAN dengan manhaj Islam...

ISLAM tu sempurna, tapi penganutnya tak sama macam sempurnanya Islam.. so, tak kan kita nak tolak Islam, kan?
kita cuba amalkan Islam setakat yang termampu..

yang menariknya Islam ni ada konsep tegur menegur.. itu yang menjaga diri supaya sentiasa berada pada track yang betul...

sedangkan macam mana, nak berada berusaha berada pada track yang betul, kalau daripada awal lagi dah tak melalui track yang betul??

u/p: maafkan saya, saya tak berminat nak bincang pasal ta'adud jema'ah kat sini.. saya cuma harapkan MASING-MASING MENILAI DIRI SENDIRI SAHAJA.. Harap tiada isu saling menyalahkan persatuan/jemaah mana2..

apa yang penting, dalam hidup ini kita sentiasa buat yang terbaik..so, rujuklah para ahli/pakar/alim ulama'... mereka lebih tahu dan lebih dekat kepada Allah..
salam