Thursday, July 17, 2008

result ; gembira atau sedih??

“result dah kuar, dr nadia hantar kut e-mel,”

Itu maklumat yang aku terima dari seorang rakan. Huh! Berdegup gak hati aku ni, macam mana la agaknya result aku, memang dah lama aku menunggu result keluar, dah beberapa hari aku menanti.

Lepas je solat asar, aku berdoa banyak2, minta Allah kurniakan kejayaan kepadaku, minta dapat mumtaz dalam semua subjek. Tak dilupakan kepada rakan2, semoga Allah kurniakan kami mumtaz dalam semua subjek.

Sebelum bukak computer, dan bukak emel untuk tengok result, aku baca quran dan berdoa lagi, ya Allah, takutnya.. risau gak tak dapat mumtaz tahun ini..

Download file. Open. Loading………

2006891571

Aku mencari no giliran aku dan melihat markah aku.

Fisiology (202/250-jayyid jayyidan), Anatomy (211/250-jayyid jayyidan), Histology (132/150-mumtaz), biochemistery (130/150-mumtaz), Psychology (39/50-jayyid jayyidan)

Markah keseluruhan…

Apa? aku dapat JAYYID JAYYIDAN??

KECEWA

Aku kecewa, kerana gagal dapat mumtaz, seperti tahun lepas.

Sebab aku rasakan, usaha aku dah macam orang gila tahun ini.

Aku selalu duk kat depan, selalu bertanyakan guru kalau tak faham, korbankan video dan bermain bola , korbankan masa tidur, bersedia dari awal tahun dan macam2 lagi.

Di manakah silapku? Kenapa aku tak dikurniakan mumtaz?? Sedihnya….

MIMPI

Sebelum keluar exam final year ni, aku memang dah bermimpi.

‘maaf, nama anda tak tersenarai dalam mumtaz.’

Itulah tulisan yang tertera di atas kertas result dalam mimpiku. Nama2 kawan2 yang lain pun ada jugak, mereka dapat mumtaz. Uish, memang takut! Doa banyak2, agar mimpi tu tak menjadi kenyataan.

Tapi, semasa result keluar pada hari ini(16 July 2008), mimpi aku tu memang betul. Aku tak dapat mumtaz. Kawan2 yang aku mimpikan tu, memang betul2 diorang dapat mumtaz.

HIKMAH TERSEMBUNYI

Aku masih ingat kenanganku semasa aku darjah 6, UPSR. Aku merupakan harapan sekolah. Guru2 menjangka aku mendapat 5A dalam UPSR tu.

Aku berusaha kuat ke arah itu. Aku masuk tuisyen, aku tidur lewat malam, sambil ditemani oleh ummi, kadang2 korbankan tv.

Tapi, semasa result diumumkan, aku gagal! Gagal mendapat 5A, aku cuma mendapat 4A 1B.

Kemudian aku dimasukkan ke SMKA Tok Jiring, medapat 9A dalam PMR dan seterusnya ke KISAS dan mendapat 12 A dalam SPM.

Aku baru mula nampak hikmah Allah tak memberikan aku 5A semasa exam UPSR.

Cuba bayangkan, andai kata aku mendapat 5A dalam UPSR, aku mesti ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, sebab aku mendapat banyak anugerah semasa aku di sekolah rendah, tambahan pula, aku ketua pengawas sekolah.

Kalaulah aku dapat masuk ke SBP masa aku tingkatan 1, aku mesti tak dapat masuk KISAS, sebab KISAS hanya menerima pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6, pemindahan antara SBP ke SBP lain pun tak dibenarkan.

Andaikata, aku tak dapat masuk KISAS, aku mengalami kerugian yang banyak!

Tarbiyah, Bi’ah solehah, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang betul, ukhuwah yang mantap, rakan2 yang best2, guru2 yang terbilang, mengenali dunia luar dari Terengganu dan macam 2 lagi.

Aku tak tau, adakah aku akan mendapat semua tu kalau aku mendapat 5A dalam UPSR.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah lebih tahu apa yang tersembunyi di sebalik result ku, pasti ada yang terbaik buatku pada masa akan datang.

MUHASABAH

Kini, aku kembali muhasabah diriku, mencari lubang2 kesalahan yang mencacatkan sebuah kecemerlangan yang diimpikan.

Aku mula memeriksa amal ibadatku dan amal ku untuk Islam.

Tak semua solat kat masjid, pernah masbuq, kadang2 ada buruk sangka kat kawan2, kadang2 malas nak berjuang untuk Islam, tak rapat dengan Allah dan macam2 lagi..

Owh, agak2nya, ini yang menghalang kejayaanku!

sebab bagi aku dari segi usaha dalam akademik, aku dah buat yang terbaik, mungkin amalku yang menghalang aku dari mengecapi kejayaan dalam exam.

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberikan teguran kepada ku..

Aku mengakui, amal2 aku pun agak teruk semasa aku di tahun 1, dan aku masih dapat mumtaz. Mungkin Allah nak menyedarkan aku dan menergur aku melalui result dalam peperiksaan kali ini.

Allah masih sayangkan aku.. Alhamdulillah..

KESIMPULAN

Sesunggunya Allah tahu apa yang terbaik buat kita. ya, kita gagal dalam exam kali ini, tapi mungkin kita akan berjaya di masa akan datang. Kegagalan tu tak selama-lamanya!

Kegagalan itu adalah pemangkin ke arah kecemerlangan!

Gembirakan diri, jangan sedih2. Masih ada yang sayang kat kita ni….. percayalah!

Gembira dengan kegagalan kerana Allah bagi kita peluang untuk terus berusaha.

Sedih dengan kegagalan adalah sia2, jika tidak diiringi dengan perubahan ke arah kemajuan diri!

u/p; letakkan diri pembaca sebagai watak 'aku' yang ditulis dalam cerita ini..

"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz

6 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

pesanan buat anda yg tak sepatutnye sedih dan kecewa..

"org yg sentiase bejaya mmg tak mampu utk hadapi kegagalan"

ko takde sbb utk sedih seolah2 mcm dh gagal gle2..perhatikan yg dibawah..ramai lg yg naseb jauh lebih teruk dari jayyid jiddan [in fact,jayyid jiddan tu bukan satu bende yg teruk..malah cemerlang]

fikirkan ye..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sori,pembetulan,"perhatikan dibawah" tu maksudnye perhatikan org len yg berada dibawah result anda..yg lebih teruk dari anda

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

kepada saudara nazrul syazwan,terima kasih atas komen saudara,

kan saya kata kat u/p tu, letak diri anda sebagai 'aku' bila baca post ini, saya menceritakan pasal result tu, bukan sebab saya nak lahirkan kekecewaan saya je, main fokus saya ialah nak bagi semangat kat kawan2 yang kurang bernasib baik, sebab tu saya menceritakan pengalaman masa UPSR tu(cerita tu nak bagitau, kadang2 Allah menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih hebat pada masa akan datang), dan keadaan amal 'aku' yang teruk, sebagai muhasabah buat diri dan kawan2,(USAHA kita sahaja tak cukup untuk berjaya..


itulah AIM saya dalam post ini, bukan saya nak cerita sangat pasal saya punya result,(kebetulan saya dapat jayyid jayyidan, nak buat macam mana?)

izzati.abdullah said...

congrates!
syukur kerana Allah kurniakan kejayaan pada anda.

bg smgt kat kawan2 yg blm berjaya..

Noor Asyila said...

salam alaik..
mabruk result..hmm setuju dgn pandangan saudara tuu..
even da usaha gila2, result yg dpt tak secemerlang yg diimpikan,tu sume ujian n teguran Allah..
sekadar mahu berkongsi pandangan sahabat saya, kita yg gagal nii dapat peluang..
peluang apa??peluang utk memperbaiki diri kita nii..wallahua'lam..

Anonymous said...

assalamualaikum~!

sesaja mmbaca post kamu yg ini.
then ternmpk tntg the UPSR rzlt~!
suddenly terimbau kenangan lama di SKDM2..
cerita kita pon lebih kurang sama, sbb sama2 pun dpt 4a 1b, then masuk sbp masa form4..
dffrnt nya kamu ni, aliran agama la kan..
but u r much lucky than me sbb kamu dpt fly awal..
like me, i've to wait for 2years before study abroad..

rezeki masing2 kan..

gud luck sahabat~!

~miminapis~