Thursday, March 11, 2010

bidang baru untuk agamawati

Kini, taraf hidup yang tinggi sangat mendesak kepada kerjaya yang menjanjikan wang yang lumayan. Seorang ayah yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mendesak isteri untuk mencari kerjaya lain bagi menampung keluarga.

Persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua, selaku muslim adalah soal pendidikan anak-anak. Dalam kesibukan bekerjaya di luar, siapakah yang hendak mengambil berat tentang soal pendidikan anak-anak? Bakal pemimpin dan pencorak keadaan masyarakat pada masa hadapan?

NURSERY

Ramai golongan agamawan yang mengaggap kerjaya mereka selepas menggulung ijazah, adalah ustaz/ah. Saya sangat tertarik untuk mengajak golongan agamawan meneroka bidang baru, iaitu PENJAGAAN ANAK-ANAK atau NURSERY.

Ramai mahasiswa yang bersemangat memperjuangkan Islam di peringkat kampus dan mendirikan rumah tangga dengan orang yang berfikrah sama. Menjadi fitnah yang hebat kepada pasangan ‘pejuang’ ini apabila anak-anak mereka tidak menunjukkan akhlak yang sesuai dengan perjuangan ibu bapa mereka. Sekiranya dikaji, faktor utama dalam masalah ini adalah anak-anak kurang mendapat pendidikan di rumah, ibu bapa mereka lebih sibuk berdakwah di luar berbanding rumah sendiri. Hal yang sama juga berlaku kepada bidang-bidang yang kritikal seperti doktor, pakar muamalat Islam dan lain-lain.

Oleh itu, saya sangat berbesar hati menyeru kepada GOLONGAN AGAMAWAN PEREMPUAN untuk cuba meneroka bidang baru untuk membuka pusat penjagaan anak-anak.

Alangkah seronoknya jika anak-anak yang masih putih bersih itu dijaga oleh orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama, dibiasakan dengan zikir-zikir dan suasana yang sungguh damai dengan laungan nama Allah.

Bayangkan, anda merupakan pembentuk kepada generasi yang sudah dibiasakan dengan Islam. Generasi yang bakal mencetak kawan-kawan mereka yang lain pada satu masa nanti.

Hakikatnya, penjagaan dan pembentukan anak-anak kecil adalah sangat sukar. Janganlah sebab kesibukan ibu bapa yang mendesak mereka menghantar anak-anak mereka kepada orang yang tidak sepatutnya, menjadi punca terbantutnya generasi yang dapat memperjuangkan Islam.

Sanggupkah membiarkan perempuan yang tidak sepatutnya membelai anak-anak pendukung-pendukung Islam?

Insya Allah, income untuk penjagaan anak-anak ini tinggi, terutama di negeri-negeri yang sibuk seperti Selangor. Lebih-lebih lagi, orang sekarang sudah mula yakin dengan Islam.


CABARAN DAN PENYELESAIAN


Tidak dinafikan, cabaran yang hebat adalah ilmu penjagaan anak-anak, modal kewangan. cabaran ini boleh diatasi jika dibuat perancangan lebih awal.


Peluang sebagai mahasiswi mestilah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina kumpulan dan merangka gerak kerja untuk merealisasikan sesuatu idea. Manfaatkan internet dan buku-buku yang dijual di pasaran.


Sesuatu bangsa jadi cemerlang kerana kesungguhan dan bijaksana mereka dalam merancang. Lebih menghairankan kerana kebanyakan mereka adalah orang kafir.


Jadi, mana laungan yang mengatakan pengamalan Islam memberi kejayaan? Dimanakah fungsi Islam dalam membangunkan umat?


atau, adakah itu hanya laungan retorik semata-mata?


hanya anda yang mampu menjawabnya...



1 comment:

c's said...

sekarang ramai yang mengejar kerja yang lebih 'nampak' di kaca mata msyrkt.. membawa kpd kurangnya pembabitan yg serius oleh 'org celik'dalam bidang mcm nih

nursery penting, kilang jahit baju n fashion yang betul2 syarie pun penting

macam mana nak berkongsi idea2 spt ini dengan orang lain spy mrk terasa utk melakukannya? [sebab sendiri tak mampu nak buat[

tQ