Arg! Sakitnya kepala! Sakitnya hati, bila membaca blog2 yang cuba nak menunjuk pandai! Aku betul2 terbakar apabila membaca media yang sibuk melaga2kan dua orang tuk guru yang ku sayangi sepenuh hati ini.
DIAM ITU LEBIH BAIK
Kenapa orang sibuk nak memberikan pelbagai pendapat tentang kerajaan perpaduan? Bukankah muktamar hari tu menyeru agar isu ini didiamkan? Kenapa masih ada pihak cuba menerangkan unity government sedangkan ia masih belum dijelaskan secara jelas oleh para pimpinan.
Sedarkah kita yang kita sedang mengupas benda yang kurang jelas,yang masih kabur dan kupasan kita itu yang membawa kepada perpecahan, kepeningan dan kecelaruan pemikiran?
Islam adalah agama yang fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman dan kawasan, selain agama yang sangat memuliakan aqal.
Lantaran itu, Islam membenarkan umatnya yang memahami ilmu2 Islam untuk berijtihad. Tujuan berijtihad adalah untuk memudah dan mempraktikalkan hukum2 Islam, dalam bahasa yang lain, menterjemahkan Islam dalam quran dan kitab, kedalam kehidupan untuk diamalkan oleh penganutnya.
Orang yang tidak faqih diseru untuk berdiam diri dan mengambil mana2 pendapat yang dia tenang dengan dirinya, tanpa DIKRIKTIK dan DIKUTUK golongan yang tidak mahu mengamalkan pendapat yang dipegang. Pokoknya, jangan TA’ASUB kepada sesuatu pendapat. Ingat, TA’ASUB ITU MEROSAKKAN!
Saya yakin, tiada sesiapa pun yang memahami kerajaan perpaduan selain dari tuan presiden. Kenapa? Sebab memang beliau tidak pernah menerangkan isu ini dengan sejelas2nya untuk dilaksanakan diperingkat negara! Jadi, bukankah lebih baik kalau kalian semua BERDIAM DIRI? kenapa nak melaga2kan?
Atau adakah kita suka kalau PAS berpecah belah?
Atau ada antara kita yang nak menguasai PAS? Kerana PAS bakal memerintah negara?
MEMULIAKAN AQAL
“Islam agama yang memuliakan aqal.” Seorang ‘critism’ berhujah.
“Tengok dan kaji la ayat quran. Banyak sangat ayat yang menempelak golongan yang tidak mahu berfikir!” ‘dia’ menguatkan hujahnya.
Ya,memang tidak dinafikan, Islam agama yang memuliakan aqal. Tapi, adakah kita juga beriktiqad bahawa Islam adalah agama yang membenarkan perpecahan?
Yup, islam menempelak golongan yang tidak mahu berfikir. So, adakah kita beranggapan, tak perlu wala’ kepada pimpinan, kerana ia tidak memuliakan aqal? Adakah kita juga beriktiqad Islam adalah agama yang tidak mementingkan kesatuan?
Bukankah perkara utama yang Nabi Muhammad buat di Madinah adalah persaudaraan demi sebuah kesatuan? Dan golongan munafiq cuba menghancurkannya?
HAD DAN SEMPADAN
semua orang mengakui, Islam adalah agama yang membuka, tapi masih ada sempadannya. Allah Maha Penyayang, dan Allah juga Maha ‘Samseng’! Bahkan, kita perlu kepada raja’, tanpa di'anak tiri'kan perasaan khauf.
indahnya, saling melengkapi….
Anak yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan menjadi seperti Anakku Sazali.
Manusia yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan hancur musnah.
Kalau betul manusia patut diberikan kebebasan sepenuhnya, kenapa undang2 diciptakan? Bukankah undang2 tu diciptakan untuk mengawal manusia?
Suruhan untuk berfikir, mesti juga ada had dan sempadan. Berfikir tentang hakikat Allah sangat2 ditegah agama, lantaran ketidakmampuan akal kearahnya.
Berfikir, lalu melontarkan idea yang mengundang kekeliruan dan menimbulkan perpecahan bakal menempa balasan dariNya. bukankah lebih baik jika berdiam diri, dan tidak mencetuskan sebuah perpecahan?
yup, mungkin kita sangat2 menyayangi jemaah Islam ini, tidak mahu ia rosak dan musnah.. tapi, harus diingat, tanpa disedari, kadang2 terlalu menyayangi tanpa cara yang betul juga akan merosakkan!
8 comments:
sy setuju ngan idea penulisan nie...berpandangan jauh...tahniah!
sy pun setuju dgn penulis
kita sbg ahli kena tunggu kputusan dr pimpinan pusat..
jgn bt anggapan sendiri
umno sdg berhelah skrg..
wa'allahu'alam
haha..pemikiran songsang
untuk menyayangi PAS kita haruslah membenci PAS
untuk membenci PAS kita harus menyayangi PAS
ibarat bulldozer---kelihatan seperti menghancurkan tapi sebenarnya membina
bai,aku nak repot kat cik hazam..abesla ko..
hahahhaa... bile pokdi n safwan komen, aku tros rase cam post ni da jadi x serius hahaha
Islam memang tidak lari dengan loqik akal juga logik akal memerlukan bimbingan wahyu kerana keterbatasan akal fikiran makhluk yang bernama manusia.
Semoga pemimpin PAS dapat mengharungi dugaan dan ujian untuk kali ini.
Sekian dan salam ziarah.
betul2.. setuju dgn enta,,
sungguh, tarbiyah kendiri tu pentig.. jauh dari segala zon2..
salam ziarah
Salam saudara Baihaqi. Saya terbaca blog Azizi Abdullah, terus tertarik dengan komen saudara. Terus, ke sini. Yup, saya setuju benar pandangan saudara itu. Apa yang ada dalam kepala ini sudah saudara keluarkan. Terima kasih.
Saya sebenarnya berkira-kira hendak beri komen enrty Azizi Abdullah, tetapi rasanya pandangan saudara sudah cukup.
Bisingnya, tak membina, meruntuh lagi ada. Lebih baik, diam!
Post a Comment