“ok murid2, ari ni, saya nak sume org citer apa citer2 dia bila besar nanti,”guru bahasa melayu masa aku darjah satu, memulakan kelas pada hari itu..
Zaman masa tu, bomba macam hebat je.. so, aku kata, "saya nak jadi bomba, cikgu!"
Masa aku darjah 3 plak,(kalau tak silap),ummi abah suka bawa kami adik beradik, dengar kuliah tuk gur haji hadi kat masjid rusila..best betul, kat sana, banyak pasar2, jual baju, jual makanan dan macam2 lagi..macam pasar malam la plak..masa tu, aku budak2,aku tak dengar sangat kuliah tuk guru, aku follow pak cik2 aku(bapa saudara), umur pun tak jauh sangat beza ngan aku, gi jalan2 kat pasar..makan2, borak2..bila kuliah dah habis, aku gi jupe abah. Then ,abah pun belanja makan kat kedai..haa…bab ni la yg paling aku suka..pandai betul abah aku pancing kami adik beradik..
Sebab tu, masa darjah 3, aku bercita2 nak jadi ustaz..aku mula membaca buku..aku suka tengok tuk guru haji hadi berceramah, apatah lagi Mat Sabu! Meronta2 jiwa aku nak berceramah macam tuk guru!aku ambik buku yg ummi abah belajar ngan tuk guru haji hadi, aku baca kuat2, haa..baru ada rasa macam penceramah..kadang2, aku baca dalam van kuat2.sampai peluh2!
Tapi, bila masuk darjah 6, aku mula risau tentang cita2 aku..kalau nak jadi ustaz, mesti kena mengajar..tapi, aku ada masalah lain plak..kalau tak silap, ummi pernah cakap kat aku, “ummi nak angah jadi doktor perubatan muslim.” Besarnya harapan ummi kat anak dia sorang ni.. tapi, kalau dah jadi doktor, tak boleh la nak jadi ulama’. persoalan ni membelenggu fikiran aku..
Akhirnya, lepas SPM, lepas istikharah dan pandangan2 manusia sekeliling, aku ambik keputusan nak sambung medik kat mesir..aku tak sangka, persoalan aku masa kecik2 dulu, “kalau dah jadi doktor, tak boleh la nak jadi ulama’ “ terjawab di bumi mesir ni. Memang lama aku cari jawapan ni, sejak dari tahun 1, bertanyakan ustaz2..namun, aku masih belum bertemu dengan jawapan yg memuaskan hati.. sehinggalah, aku terbaca blog us nik abduh, yang aku rakamkan dibawah, sebagai peringatan dan jawapan buat diriku..penerangan beliau memang sangat2 memuaskan hati aku…syukran ustaz.
ULAMA' TAK SEMESTINYA PELAJAR BIDANG AGAMA SAHAJA, AMBIK BIDANG MEDIK DAN APA2 BIDANG PUN BOLEH MENJADI ULAMA' APA YANG PENTING ADALAH TAQWA!.
*********************************************************************************
mari saya bimbing anda kepada sesuatu yang lebih ke puncak.
Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah yang terbaik dan terpilih?
Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah merupakan kurniaanNya yang teragung?
Jawabannya adalah ilmu wahyu. Kenapa? Sebabnya ilmu wahyu adalah lebih cepat kepada taqwa. Ia lebih cepat menuju Allah dan mengenaliNya.
Justeru para nabi dikurniai ilmu wahyu. Ia milik nabi tanpa kongsi. Ilmu wahyu mesti daripada nabi. Kemudian ia dipindah milik kepada manusia yang dipilihNya untuk memperolehi kurniaan agungNya. Lihat asy Syura:52.
Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis Sahih: ”Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan (yang banyak dan agung), pasti Allah menjadikannya faqih dalam ugama.” Agama adalah wahyu.
Ilmu wahyu, nabilah juara di depan. Ilmu aqli, tak semestinya nabi menjuarai. Kerana itu nabi bersabda, “Kamu lebih tahu perihal urusan duniawi kamu,” saat para sahabat mengadu kebun tamar yang kurang mengeluarkan hasil apabila cadangan awal nabi dipraktiskan.
Justeru anda akan menemui seorang miskin buta huruf di pedalaman jauh yang menangis di tengah malam kerana takutkan tuhannya. Dia tiada memiliki selain secubit ilmu wahyu yang diajar oleh guru ugama lepasan pondok ( yang tiada memiliki ilmu duniawi rasmi ) yang telah memperkenalkannya dengan tuhannya.
Tetapi anda boleh melihat seorang profesor di menara gading yang bertambunan sijil – sijil ilmu aqlinya, hari – hari kerjanya adalah menentang Allah dan rasulNya! Dia memiliki segalanya kecuali ilmu wahyu!
Setitik ilmu wahyu mungkin saja mencipta taqwa. Seluas lautan ilmu aqli pula tak mungkin mencipta taqwa kecuali selepas dititikkan dengan ilmu wahyu.
Ilmu naqli ( wahyu ) tidak memerlukan ilmu aqli sedang ilmu aqli memerlukan ilmu naqli untuk menuju tuhan.
Ilmu aqli membimbing anda mengenali wujud tuhan yang satu. Ilmu naqli menyudahkannya dengan berkata, yang satu itu adalah Allah!
*******
Mari membaca dan memahami sebahagian surah Fathir yang menjadi rujukan perihal ilmu,ulama dan taqwa.
Ayat 27 dan 28, Allah mengarahkan kita mengkaji dan memerah akal untuk memahami kemukjizatan alam semesta ciptaanNya. Hasilnya adalah ilmu yang mencetus taqwa! ” Sesungguhnya hanya yang takut pada Allah adalah ulama ( ilmuan ).”
Tetapi perhatikan awal ayat, “Tidakkah kamu lihat bahawa Allah…” Taqwa hanya terhasil apabila si pengkaji itu terlebih dahulu mengenal Allah. Jika tidak, dia pasti dalam kebingungan dan kehairanan sendirian tanpa jawaban melihat kehebatan alam semesta.
Anda mungkin mendengar bagaimana ramainya ahli sains barat dan timur hanya memeluk Islam selepas mereka mengenali Allah daripada pembacaan al Quran atau diperkenalkan oleh ulama Islam! Sebelum itu, bukankah mereka buntu?
Lihat, titikan ilmu wahyu menjadikan segalanya adalah emas!
Jangan berhenti di ayat 28, sehinggalah anda melihat ayat berikutnya.
Lihat pula ayat berikutnya, dari ayat 29 hingga 32. Allah memperincikan perihal manusia yang bertaqwa.
Dalam 4 ayat ini, Allah menyebut ‘KitabuLlah‘ ( al Quran ) sebanyak 3 kali!
Selepas penegasan bahawa taqwa itu milik para ulama ( hatta ulama sains ), Allah mengembalikan kita kepada nikmat membaca dan memahami al Quran ( ayat 29 ). Kemudian, Allah mempertegaskan al Quran sebagai sumber kebenaran dan al haq ( ayat 31 ). Akhirnya Allah memberitahu kita kepada siapakah al Quran itu diwarisi daripada al Rasul ( ayat 32) dan siapakah yang terbaik daripada mereka. Mereka yang menjuarai berpegang dengan al Quran disifatkan sebagai telah memperolehi kurniaan yang agung!
Begitulah taqwa. Ia bermula dengan al Quran dan berakhir dengan al Quran. Ditengahnya adalah segala ilmu aqli dan naqli yang saling memperkenalkan kita dengan tuhan, lalu mencetus taqwa.
No comments:
Post a Comment