Monday, June 22, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu


“apa tujuan kita belajar?” soal us Razi.

“nak tingkatkan iman.. nak kenal syari’at.. nak buat ibadat..” pelajar2 kesayangan us razi bingkas menjawab.

Hari itu, kami membincangkan tentang tujuan kita menuntut ilmu.

“hurm..tujuan sebenar kita menuntut ilmu adalah mengenal Allah,” jelas beliau tersenyum.

Semua orang khusyuk mendengar kalam2 mutiara seterusnya dari beliau.

Allah ciptakan alam sekitar untuk berbakti kepada manusia, dan manusia pula diciptakan untuk menyembah, mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, manusia mesti menggunakan seluruh alam sekelilingnya, dengan apa cara sekalipun untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah.

TANDA2 KEKUASAAN ALLAH

“ulama’ membahagikan tanda2 kekuasaan, ciptaan alam seluruhnya kepada 3 perkara;

pertama; tanda kejadian seperti pokok, laut dan sebagainya

kedua: tanda2 sifat kepada kejadian seperti sifat kepada laut adalah ombak.

Ketiga : tanda tulisan seperti Al-Quran dan Al-Hadis.”

“manusia mesti menggunakan seluruh tanda2 tersebut untuk mengenali Allah dengan apa cara sekalipun,” sambungnya lagi, sambil merenung mata kami satu persatu.

Tanda pertama dan yang ke dua adalah sunnatullah manakala tanda yang ketiga pula adalah syaria’atullah.

Nak mengenal Allah bukan sahaja diperolehi dengan mengkaji syaria’atullah, bahkan mengkaji alam dan sifat2nya(sunnatullah) juga dapat membawa pengkaji kepada mengenal Allah, lantas menguatkan iman dan membuahkan taqwa.

Firman Allah yang bermaksud,

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’’(surah Fathir:28)

AGAMAWAN DAN DOKTOR

TAQWA itu milik sesiapa. Bukan milik mutlak seorang ustaz dan agamawan.

Bahkan ustaz yang tidak beramal dengan ilmunya, mengkhianati ilmunya lebih teruk dari seorang doktor yang berilmu agama sedikit, tapi bersungguh2 menjaga agamaNya!

“Saya terangkan kat antum semua benda ni, sebab saya tak nak dengar nanti orang kata, ‘alaa… bolehlah dia tu ustaz, kami ni doktor.. memanglah susah kami nak kenal Allah’. Tapi, antum semua kena ingat, walau sesiapa pun kita, ilmu apa pun yang kita ambik, bidang apa pun yang kita sedang terokai, semua ilmu itu mesti membawa antum kepada Allah, jika betul jalan dan cara antum belajar,” tegas ustaz razi.

Kita semua berasal dari ruh Allah, dan Allah mesti menjadikan sesuatu yang dapat menghubungkan kita denganNya. Alam2 sekelilinglah yang mesti dimanfaatkan dan dijadikan alat untuk mengenal Allah, untuk melahirkan sifat kehinaan dan kehambaan yang mencetuskan kemanisan iman dalam ibadat kita kepadaNya.

JALAN UNTUK MENCAPAI MA’RIFATULLAH

“ustaz, habis tu kenapa kami susah sangat nak kenal Allah, tingkatkan Iman kami dengan kami belajar medik?” seorang sahabatku bertanya.

“betul tu ustaz, saya dah cuba dah relatekan dengan semua kejadian Allah, yang saya belajar dalam ilmu medik ni, tapi susah betul nak rasa zuuq, rasa takut kat Allah,” sampuk seorang lagi, menjelaskan persoalan.

“memang la kalau antum buat sekali dua, tak rasa apa2.. cuba buat banyak kali. Buat lagi dan lagi, berterusan. Insya Allah, Allah tak akan sia2kan. Antum akan dapat zuuq tu.”

Apabila mengaitkan alam yang dipelajari dengan kuasa Sang Maha Pencipta, terasa diri ini begitu kerdil. Daripada situlah, diri ini akan sentiasa muhasabah atas segala musibah yang menimpa. ‘sunnatullah’ pada muasahabah itu akan dikaitkan dengan syariatullah, mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan, kemalasan dalam ibadat, kelalaian dalam melaksanakan segala perintaNya menyebabkan musibah itu datang menimpa.

AMALKAN YANG INI

“ha.. ana nak kongsi satu benda yang ana buat kat antum,” us razi berkongsi pengalamannya dalam tasawuf.

“antum duduk diam2..antum sebut laa ilaaha illallah kuat2. Masa sebut laa ilaaha tu, buang semua yang kat dalam hati tu, buang semua! Palingkan muka ke sebelah kanan! Kemudian, masa sebut, illallah tu, tujukan muka antum kat jantung antum, sebelah kiri la. Buat ulang2 kali, sampai hati tu, betul2 kosong dari yang lain.

BIla dah capai tahap tu, antum pejam mata, tarik nafas dalam2 dan tahan nafas kat perut. Masa tengah tahan nafas tu, sebut Allah berulang2 kali. Sebut lagi dan lagi. Bila dah rasa nafas dah habis, hembus, kemudian buat lagi. Ulang lagi! Ulang lagi! Sampai satu tahap nanti, antum dah tak perlu lagi sebut nama Allah kat mulut, antum akan rasa degupan jantung antum akan berfegup dengan kalimah Allah! Allah! Allah! Bila antum dah rasa nak berhenti, jangan terus minum air, kerana minuman itu akan hilangkan zuuq yang antum dapat tadi tu. Antum akan sesak nafas bila antum dah selesai buat semua tu. Kalau antum rasa sakit kepala buat macam tu, biasa la tu, first time. Lama2 nanti, biasa la, insya Allah.

Kalau antum amalkan yang ini, jangan pelik kalau antum tiba2 menjerit nama Allah kuat2. Antum akan rasa……. Entah la, ana pun tak tau nak cakap macam mana,” us razi menutup pelajarannya pada hari itu, bersemangat!

Terima kasih ustaz.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

diri kembali bermuhasabah, kini ku dah berada di penghujung tahun 3.

berbanding dengan tahun 2 dulu, ilmu ku semkin banyak.

tapi, kenapa iman, taqwa dan mengenaliNya masih seperti dulu?

No comments: