Masa aku upsr dulu, aku nak dapat 5A sebab aku nak masuk sekolah2 hebat. Tapi, gagal sebab aku tak dapat 5A, aku dapat 4A 1 B..
masa tu, aku perasan jugak, aku tengok kawan2 aku.. mana2 yang dapat result gempak2, confirm, mesti nak hantar ke sekolah power2! Macam MRSM dan sebagainya..jarang pulak, aku tengok family yang nak hantar anak dia ke sekolah agama, apatah lagi pondok. Seolah2, belajar agama ni, bukan penting sangat. kalau dah dapat masuk sekolah power2, tak de harapan nak jadi doktor, tak de harapan nak jadi engineer, baru hantar anak ke sekolah agama.. kalau peringkat unversiti plak, yang dapat pointer rendah2 ni, masuk bidang pengurusan, sejarah, peradaban dan sebagainya..senang sangat kah bidang pengurusan ni? Kecil sangat kah cabaran dibidang tersebut di alam reality(semasa alam pekerjaan)?
aku teringat kata senior aku,”sekarang ni, jarang orang yang berIQ tinggi nak ambil, mendalami bidang agama..yang berIQ tinggi ni, lebih gemar nak ceburi bidang lain yang kelihatan gah dan menghasilkan pulangan yang lumayan.”
RISAU
Aku risau, apabila agama diambil, diterokai oleh orang2 yang seperti ini,(tanpa menafikan ada orang yang berIQ tinggi mendalam bidang agama).. kerana agama ini adalah sistem kehidupan yang mengatur kehidupan manusia. Jadi, sekiranya agamawan sendiri tidak mampu membaca politik semasa, menilai dengan ilmu agama , untuk menterjemahkan ilmu2 dalam kitab kea lam reality, saya sangat merisaukan AGAMA DIFIKIRKAN SUDAH TIDAK RELEVAN KERANA TIDAK MAMPU MENJAWAB PERSOALAN SEMASA DAN MENGATUR KEHIDUPAN MASYARAKAT. Sedangkan, Islam itu,adalah satu sistem yang memang lengkap dan sempurna, namun perkara2 teknikal untuk menterjamhkan Islam sebagai Ad-Din itu perlu kepada pemikir2 Islam yang menguasai ilmu2 Islam dengan kefahaman yang jelas dan sahih! Apatah lagi, jika kita mahu mengubah sistem kapitalisme, dan mana2 lagi sistem barat yang telah mendarah daging dalam minda masyarakat kita pada hari ini, sangat susah untuk diyakini oleh masyarakat, sekiranya sistem alternative Islam itu dihidangkan kepada masyarakat dalam keadaan yang tidak meyakinkan mereka.
Begitu juga, dalam bidang pengurusan dan pendidikan(melahirkan guru). Ramai orang mengejar untuk menjadi doktor dan seumpamanya, tapi sedarkah kita, PENGURUSAN dalam pentadbiran, PENGURUSAN dalam mencapai kemajuan ekonomi, perubatan dan sebagainya juga tidak kurang pentingnya. Jika negara hanya mampu melahirkan ramai dokor dan seumpamanya, tapi GAGAL melahirkan manusia yang pandai MENGURUS, MEMBACA REALITI MASYARAKAT, saya amat takutkan jika negara kita tidak mampu menampung kebanjiran doktor dan seumpamanya, tidak membawa negara ke arah kemajuan! Lantaran mereka tidak diurus secara bijaksana.
Begitu juga dalam sistem pendidikan, sistem perguruan seolah2 tidak begitu diambil berat oleh kerajaan. Kita sendiri melihat banyak isu negara yang melibatkan perguruan ini. adakah disana, disediakan guru yang betul2 mampu menempuh cabaran semasa yang lebih mencabar dalam mendidik pelajar yang bukan macam pelajar pada zaman 80-an dahulu? Adakah disana, diberikan motivasi yang bersungguh2 kepada guru2, kepentingan pendidikan kepada negara, kesungguhan guru2 yang bukan sahaja hendak melahirkan pelajar yang BANYAK ‘A’ tapi juga mampu menempuh cabaran semasa dan menyelesaikan masalah2 masyarakat semasa yang tidak ada dalam silibus mereka?
PELIK
Aku pelik, kenapa kita tidak meniru sistem pendidikan di negara2 maju seperti UK dan sebagainya? Baru2 ni, aku berkenalan dengan pengasas Khalifah(tadika) yang begitu hebat dan berkesan dengan sistem tadikanya. Aku bertanya, idea dan cara beliau berjaya mengasaskan sistem tadika yang begitu hebat ini. beliau menceritakan kepadaku, macam mana kesungguhan beliau dan isteri merantau ke negara2 maju, dan melihat serta mengkaji sistem2 pendidikan tadika di negara2 tersebut. Lalu, mereka menganalisa dan merangka sistem pendidikan tadika (Khalifah) seperti yang ada pada hari ini.
Kalau mereka, selaku individu berjaya membuat perkara tersebut untuk sistem pendidikan pra sekolah(tadika), kenapa kerajaan, atau mana2 NGO , parti2 politik, jemaah Islam yang mempunyai kekuatan tersendiri tidak membuat perkara yang sama? Adakah PENDIDIKAN dipandang remeh oleh masyarakat kita? adakah ekonomi dan politik lebih penting dari pendidikan?
Sistem pendidikan kita pun macam pelik! Tidak melihat kepada keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar. Orang yang pakar dalam matematik, adakah diberikan pendedahan kepada mereka untuk mengambil bidang engineer yang lebih sesuai dengan jiwa mereka? Orang yang minat menghafal dan menganalisa, adakah disuntik semangat mereka untuk menceburi bidang agama, sejarah dan pengurusan? Sebab, saya ada ramai kawan2, yang saya melihat kehebatan mereka dalam matematik. Tapi,oleh sebab tersalah memilih bidang, mereka gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang itu. Bahkan, ada yang gagal dalam bidang itu! Dan, mereka menujukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mereka mengambil bidang engineer, selepas mereka di’tendang’ dari bidang yang asal!
Aku pelik, adakah terdapat silibus dalam pendidikan perguruan yang mengajar guru cara untuk men’detect’ kecenderungan pelajar2 beliau dalam bidang tertentu, terutamanya pelajar SPM. Kerana, kadang2, pelajar2 tersebut kurang matang untuk memilih bidang yang amat sesuai untuk mereka. Bahkan faktor persekitaran, ibu bapa dan keluarga amat mempengaruhi mereka dalam memilih bidang seterusnya. Sekiranya guru mampu memberikan pandangan yang bernas, berdasarkan pemerhatian mereka, pelajar berkenaan akan berfikir dengan lebih mendalam dan membuat pilihan yang tepat dengan diri mereka!
No comments:
Post a Comment