Wednesday, January 28, 2009

TUBERCULOSIS - siri 2

Sambungan daripada TUBERCULOSIS SIRI 1....
Semoga dapat manfaat,

2. USUS


seperti paru-paru TB, usus juga terdiri dari primary dan secondary TB.

Dalam Primary usus TB, meminum susu haiwan seperti lembu dan seumpamanya yang sudah dijangkiti tuberculous bacili ini. Bakteria ini akan dibawa oleh salah satu sel pertahanan badan merentasi dinding usus dan menyebabkan jangkitan di kawasan itu.
Ruang dalam usus, di kawasan jangkitan mengalami luka dan akan sembuh dengan meninggalkan parut dan digantikan tisu fiber. Salur limfa dan ruas limfa juga akan dijangkiti bakteria ini. Mesenteric lymph node(salah satu ruas limfa di kawasan usus) akan membesar, menjadi kuning dan melekat sesama sendiri.
kawasan jangkitan ini akan sembuh(digantikan dengan tisu fiber) sekiranya sistem pertahanan badan berfungsi dengan baik, tetapi sekiranya sistem pertahanan badan tidak berfungsi dengan baik, bakteria ini akan tersebar dan menjangkiti anggota badan yang lain.

Dalam secondary usus TB, jangkitan biasanya berlaku kepada orang dewasa, akibat daripada jangkitan paru-paru TB yang kronik akibat daripada menelan air liur yang sudah dijangkiti bakteria ini.
Kawasan jangkitan ini juga akan menjadi luka, secara melintang. Luka itu juga akan sembuh dengan digantikan oleh tisu fiber.
Orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami usus berdarah, tersebarnya bakteria ke anggota badan yang lain, usus tersumbat dan lain-lain lagi.

3. GINJAL TUBERCULOSIS

Dalam ginjal TB yang kronik, jangkitan biasanya di bawa oleh darah atau daripada organ seks. Ginjal akan berlubang dan saluran kencing akan tersumbat, dan menyebabkan pembesaran ginjal.
Pesakit yang dijangkiti penyakit ini mengalami kencing berdarah, kegagalan ginjal untuk berfungsi dan penyebaran bakteria ke anggota badan yang lain.

4. TULANG TUBERCULOSIS (POTT'S DISEASE)

Tulang belakang dan hujung tulang yang panjang biasanya dijangkiti bakteria ini, dan menyebabkan tulang hancur.
Jangkitan di tulang belakang akan menyebabkan tulang belakang dan disk antara tulang juga akan hancur. Tulang belakang akan membengkok ke depan, dikelilingi material yang berwarna kuning dan lumpuh separuh badan.

5. SARAF TUBERCULOSIS

Jangkitan ini menjangkiti otak dan kawasan sekeliling otak, menghalang saluran cecair dalam otak, yang menyebabkan cecair itu terkumpul dan meninggikan tekanan dalam otak serta menekan saraf-saraf sekeliling yang menyebabkan lumpuh.

untuk pengetahuan semua, sebenarnya, tuberculosis juga boleh menjangkiti tonsil, kulit, pundi kencing, jantung dan seks organ. Secara keseluruhannya, semua anggota badan mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti bakteria ini!

Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya, "DUA nikmat yang sering dilupai oleh manusia iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG."

Allah berfirman dalam Al-Quran surah Luqman ayat 12; " Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

"ya Allah, sementara masih dikurniakan dua nikmat ini, aku mengadu kepadaMu tentang LALAInya aku dalam mentaati perintahMu, Kau jadikanlah aku orang yang dapat mengikut Nabi Muhammad SAW, supaya ku berjaya mendapatkan cinta-Mu" -ameen-

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah Ali 'Imran:31)

1 comment:

Nabila H.... said...

assalamualaikum
em...ana nak mohon kebenaran untuk mengambil sedikit maklumat dalam artikel ni untuk majalah bleh? harap dibenarkan
jazakllahukhairan jaza'