“Mohd Saifulloh: Faiz Matzaid: 24 Januari-Seorang mahasiswa tahun satu kuliah Usuludin Kaherah, saudara Mohd Hatta Mohamad Hanafi,21 meninggal dunia di sini malam tadi. Beliau berasal dari Terengganu merupakan pelajar yang baru tiba di Mesir bagi sesi pengajian tahun lepas. Yang Dipertua Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika dihubungi pagi ini memberitahu, Allahyarham yang menetap di Asrama Rumah Terengganu,Hayyul 'Asyir menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ustaz Shafizi lagi, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit Tibi. Allahyarham juga mempunyai abang di Mesir iaitu Ustaz Hambali. Sehingga pagi ini, jenazah masih berada di Hospital 'Ain Syam dan akan diuruskan serta dikebumikan hari ini. al-fatihah”
Itulah mass massage yang ku dapat petang tadi, selepas exam pharmacology. Semalam, ku telah diberitakan pelajar itu sudah dimasukkan ke hospital, kerana serangan tuberculosis tu(TB), ku buat status ym, ku minta agar semua orang solat hajat untuknya.. harap2, dia sembuh! Tapi, Allah lebih menyayanginya.. umur semuda itu meninggal semasa dalam perjalanan menuntut ilmu agama, di bumi mesir, bumi para anbia’ dan ulama’..
“alfatihah buat ustaz Mohd Hatta Mohamad Hanafi, semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan mendapat kelebihan mati syahid.” –ameen-
Aku juga mendapat berita dari Alexandria, 2 orang pelajar perubatan terkena penyakit TB ni, tapi, Alhamdulillah,setakat hari ini, masih tidak kedengaran pemergian mereka ke rahmatullah. “ya Allah, ku mengadu kepadaMu lemahnya kudrat kami, Kau sembuhkankanlah dua orang sahabatku itu, hanya Kau Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Menyembuhkan, Yang Maha Mengasihani.” –ameen-
Entah kenapa, selepas solat asar, aku terasa terpanggil untuk menulis sedikit maklumat tentang penyakit tuberculosis ini. ku risau kalau diriku dan sahabat-sahabat semesir ini terkena penyakit ini lagi. Kerana Allah ku sayangkan kalian! Sesungguhnya, ku teramat-amat merindukan kemunculan ulama’ dan pengamal perubatan dari Mesir ini, yang mendapat didikan Islam dari ulama' mesir, untuk memimpin dan mengajak rakyat Malaysia kembali kepada Islam dan menjadikan Islam dalam hati setiap insan!
ya, ku sangat-sangat rindukan saat itu!
Semoga maklumat ini dapat membantu kita semua..
mycobacterium tuberculosis
APA ITU TUBERCULOSIS?
Tuberculosis ialah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mycobacterium bacilli, sejenis bacteria.
BAGAIMANA MENDAPAT JANGKITAN?
Terdapat 3 cara manusia boleh terkena jangkitan bacteria ini, sama ada melalui pernafasan, pemakanan dan suntikan melalui kulit.
Antara ketiga-tiga cara jangkitan ini, jangkitan melaui pernafasan adalah yang paling lazim, melalui debu-debu yang sudah dijangkiti bacteria ini yang masuk kedalam saluran sistem pernafasan badan. Bacteria yang dijangkiti melalui pernafasan akan menyerang tonsil dan paru-paru.
Jangkitan melalui pemakanan diperolehi melalui susu lembu , kerbau dan seumpamanya(genus bos) yang dijangkiti bacteria ini, dan menjangkiti tonsil dan usus-usus perut.
Jangkitan melalui suntikan kepada kulit diperolehi melalui pengendalian kepada barang-barang yang sudah dijangkiti bacteria ini seperti daging dan lain-lain. Jangkitan melalui cara ini adalah yang paling sedikit.
BAGAIMANA PENYAKIT INI BOLEH TERSEBAR DALAM BADAN MANUSIA?
Bacteria ini boleh tersebar melalui darah, cecair limfa, saluran-saluran dalam sistem badan, (seperti saluran kencing, saluran pernafasan dan sebagainya) dan juga secara terus(menjangkiti kawasan sekitar)! Bacteria ini boleh menjangkiti salur darah dan memasuki darah melalui jangkitan pada salur darah tersebut. Kaedah yang sama digunakan dalam penyebaran melalui cecair limfa, malah cecair limfa ini membawa limfa yang sudah dijangkiti bacteria ini ke ruas limfa(lymph node).
APAKAH BAHAGIAN BADAN YANG BIASA DIJANGKITI PENYAKIT INI?
PARU-PARU TB ada dua jenis iaitu primary(kali pertama) dan secondary(kali berikutnya).
Dalam primary paru-paru TB, titik-titik jangkitan muncul di bahagian tepi paru-paru. Salur limfa dan ruas limfa juga akan mengalami jangkitan. Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak dan boleh sembuh sekiranya sistem pertahanan badan mampu melawan bacteria itu. Sekiranya sistem pertahanan badan gagal, bacteria itu akan tersebar melalui darah, limfa dan saluran-saluran sistem badan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru semakin teruk dan juga menjangkiti bahagian-bahagian badan yang lain pula.
Dalam secondary paru-paru TB, yang biasanya menjangkiti golongan dewasa, kesan jangkitan juga bergantung kepada sistem pertahanan badan. Sekiranya sistem pertahanan badan kita berada pada tahap yang sederhana dan bilangan bacteria itu juga sederhana, chronic fibro-caseous pulmonary tuberculosis akan berlaku. Dan sekiranya sistem pertahanan kita lemah dan bilangan bacteria itu terlalu banyak, tuberculous bronchopneumonia dan acute caseous tuberculous pneumonia akan berlaku.
Dalam chronic fibro-caseous pulmonary tuberculosis, bahagian atas paru-paru berlubang-lubang kerana jangkitan ini menyebabkan sebahagian paru-paru menjadi lembut, hancur dan memasuki saluran-saluran pernafasan. Bahagian bawah paru-paru juga akan menunjukkan kawasan jangkitan. Pesakit yang terkena jangkitan ini menyebabkan paru-parunya mengecut dan tidak dapat berfungsi, batuk berdarah, jangkitan di bahagian tubuh yang lain, jantung gagal berfungsi dengan lancar dan lain-lain. Pesakit ini juga akan kehilangan berat badan, berpeluh-peluh, demam malam, sakit dada dan susah untuk bernafas.
Dalam tuberculous bronchopneumonia pula, titik jangkitan berselerak di seluruh paru-paru. Ruas limfa juga akan membesar(hilar lymph node). Sekiranya sistem pertahanan badan semakin lemah, penyakit ini akan menjadi semakin teruk dan dipanggil acute caseous tuberculous pneumonia. Titik-titik jangkitan akan bercantum sesama sendiri , menjadi lembut, hancur dan membentuk lubang-lubang di paru-paru.
adakah TUBERCULOSIS menjangkiti paru-paru sahaja?
bagaimana anggota badan yang lain?
nantikan sambungannya....
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
2 comments:
be the first to jot down the comment is a pleasure of me!
erm.. kebetulan, mmg saya seorang yang jenis minat explanation yang details. bagus.
Kiranya, once dah kene serang.. susah a nak baik? dan percentile of death to come die.. erm..tinggi?
salam baihaqi.
pada tahun 2003, ana pernah terlantar sakit di rumah kerana tuberculosis. berkemungkinan besar menurut doktor pakar yang merawat, jangkitan diperolehi daripada produk tenusu, mungkin semasa mengisi diari kembara di turki kerana banyak memakan keju home made.
lymph node di bawah ketiak kiri membengkak besar dan apabila pembedahan dibuat, finding menemukan saya dengan tuberculosis. regim antibiotik 4 drugs selama 6 bulan adalah pengalaman perit dalam hidup hingga berbulan-bulan tidak keluar rumah.
suatu muhasabah yang akan dikenang lama....
takziah juga untuk keluarga al-marhum sahabat yang meninggal dunia di mesir itu... allahummaghfir lahu warhamhu...
Post a Comment