Monday, June 16, 2008

JENAYAH AKADEMIK AKTIVIS DAKWAH

June 16th, 2008 | by Abu Saif | 942 views | Print Print | Email Email |

“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.

Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi hakikatnya separuh benar separuh batil.

DULU-DULU

Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.



Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah?

Tentu sahaja tidak.

Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.

‘ESCAPISM’

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?

Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.

Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.

Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.

Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.

ALASAN

Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.

“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.

Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.

Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.

MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’

“Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.

Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.

“Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.

Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.

Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.

Sifirnya mudah.

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT:


“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.

Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA

Setuju. Saya setuju 100%.

Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.

Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.

Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.

Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana. Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!

Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!

AKIBAT LEMAH AKADEMIK

Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.

Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.

Syariatullah

Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.

“Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.

“Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.

“Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.

Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.

Itu jenayah terhadap Syariatullah.

Sunnatullah

“Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.

Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.

Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.

Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?

Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.

Mencetus mudarat..

Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!

Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?

ALLAH MESTI TOLONG

Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.

Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.

“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.

Cuba perhatikan firman Allah SWT:


“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]

Allah SWT berjanji akan membantu.

Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.

TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).

Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.

Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.

Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.

Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.


Gambar hiasan

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.

Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.

BERLATIH MENGURUSKAN REALITI

Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.

Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.

Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.

Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.

Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.

TAMRIN DISIPLIN

Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.

TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.


“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]

Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.

Berdisiplinlah!

p/s: pelajar yang enggan memikul amanah dakwah dengan alasan kesibukan akademik juga harus banyak berkoreksi dan memuhasabah diri…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Sunday, June 15, 2008

lecturer penyayang

Sempena oral pagi tadi, ku ingin menceritakan pengalaman menarik semasa exam pagi tadi. Aku tak mahu menceritakan kegagalan aku menjawab soalan pensyarah dengan cemerlang, tapi ada benda lain yg ku ingin share.. smg masing mendapat manfaat.

RECALL

Dalam exam, ability to recall is very important! Apa guna kalau study banyak2 tapi gagal untuk recall? Camne nak tulis atas paper? Camne nak bg tau kat pensyarah apa yg dia nak?

Kemampuan untuk recall ni sangat bergantung kepada jumlah oksigen yg dibekalkan ke otak kita. Sebab tu, sebelum start exam, lebih baik kita bersenam dulu! Jogging ke! Minum teh ke! Sumenye bermatlamat nak bg bekalan oksigen cukup ke otak!

kita pun kena gak berlatih untuk recall semasa study, skill study macam tu, nama dia out put learning. sangat2 penting!

KURANG TIDUR

Inilah symptom yg melanda aku time exam baru ni. Start dari exam written fisio tu, aku mengalami kesukaran untuk malam. So, biasanya aku akan tido lepas subuh. Exam start kol 10 pagi time written tu dan start kol 9 time oral. so, aku tido dalam 3 hingga 4 jam je sebelom exam! Huih, gila betul! First time dalam hidup aku buat gitu!

Kesan kurang tido ni ketara time exam oral. Sebab apa? Sebab aku tido 3 jam je dan pensyarah plak nak jawpan segera! So, aku agak tak sempat la nak recall apa myg dah dihafal. dia tanya pasal branch of internal iliac artery pun aku dah blank, hehe.. tapi, sekarang aku dah belajar untuk sabar dab redha. Aku masih percaya kepada keajaiban.

TUKAR BIOLOGICAL CLOCK

Aku tak mau kejadian macam tadi tu menimpa aku lagi time exam oral biokem, histo dan fisio nanti. So, aku memberanikan diri bertanya pensyarah anatomy yg soal aku tu tentang masalah aku. Harap2 dapat membantu.. (kata kawan2 aku, orang lain, time exam oral, pensyarah tanya pelajar, tapi lau plak tanya pensyarah.. aku tersenyum je.. tak tau nak cakap apa.. huhu)

MUJAHADAH

Kata pensyarah tu, kamu kena paksa diri kamu untuk tak tido waktu pagi tu.. lawan la.. memang meletihkan! Tapi, kamu kena la buat!

~aih~berat gak piker nak buat gitu! Tahan mata dari tido, bukan mudah tu, takkan nak minum Nescafe 15 cawan kot! Hey, gian nescafe la plak aku lepas ni!

Satu lagi, pensyarah tu suggest kat aku makan pil, nama dia ‘calmapain’. Tapi, dia larang aku makan pil tu banyak2. dia kata makan selama 1 atau dua ari je, dua jam sebelom nak tido tu! Pasal side effect? Dia kata, tak de side effect kalau malam skit2..

KAGUM

Sebenarnya, aku sangat menyayangi mesir ni, pensyarah2 medik ku sangat2 la baik. Tengok lah, time tgh2 exam pun, dia masih lagi nak layan aku.. berjiwa keibuan betul laa.. dah la ‘speaking’ aku hancur! Berapa kali dia suruh aku ulang soalan, sebab tak dapat tangkap apa yg aku cakap.. seronoknya ada pensyarah baik2 dan penyayang cenggitu.. dah macam mak aku plak..

KESIMPULAN

Janganlah segan2 nak nak tanya kat pensyarah2 kita.. tanya je , kalau nak tanya apa2. insya Allah diorang akan layan.. rugi la kalau tak dapat ilmu dari diorang ni.. siyes, ilmu diorang tu banyak gila! Untung la duk mesir ni, nak mahir bidang agama, ulama2 pun ramai! Nak mahir medik, pensyarah2 terer dan penyayang pun ramai..

Alhamdulillah, baru ku nampak kesan istikharahku lepas dapat tawaran JPA ke mesir.. syukur pada –Mu ya Allah.


biasiswa naik?


Elaun pelajar tajaan Mara di Mesir dinaikkan

"bai, tau tak biasiswa kita naik?" tanya abg apez kat aku selepas solat maghrib kat masjid hidayah.
"eeh, ye ke?" balasku, time tu, hati ni dah seonok sangat.
"urm, en puat call ana tadi, dia bagi tau biasiswa kita naik, " jawab nya.
ku membetulkan posisi tubuh ke arah qiblat dan sujud syukur.. alhamdulillah..




alhamdulillah, seronoknya! biasiswa dah naik! terima kasih la kat abg2 lama yang berjuang tak henti2! alhirnya perjuangan itu berbaloi! tak lupa kat abg syazwan nordin yang meminta secara diarect dengan pak lah semasa beliau datang ke mesir dulu, alhamdulillah.
firman Allah yang bermaksud,
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (surah Ibrahim:7)

KENANGI NASIB PENDUDUK MALAYSIA
di kala ku sedang menikmati kenaikan biasiwa yang pastinya akan mengubah cara hidupku, bagaimana agaknya dengan ummi, abah dan seluruh penduduk malaysia? lebih2 lagi yang menjadi nelayan. mungkin mudah untuk diseru supaya berjimat oleh sesetengah pihak lantaran sikap ego dan memandang rendah mengelabui mata mereka, tetapi bagaimanakah dengan nasib nelayan2 ini dan golongan miskin yang lain?









si kaya memang tak terasa apa2 sebab mereka cuma perlu hidup yang mewah kepada hidup yang kurang mewah. tetapi, kalau mengubah dari bagaimana pula dengan nasib si miskin? mereka nak ubah dari hidup yang susah kepada hidup yang lebih susah? mustahil kalau ku katakan ku memahami penderitaan kalian, sebab ku tak pernah hidup di tempat kalian. cuma pernah ku katakan, semasa ku kecil2 dulu, time minyak tak naik menggila macam ni, ku pernah makan nasi dengan berlaukkan air kosong dan ikan! sekarang, harga barang dah naik menggila, memuaskan nafsu serakah manusia2 jahanam yang cintakan duit! apa agaknya nasib kalian?

NIKMAT ATAU BALA
apa yang pasti peningkatan biasiswa ini akan menjadikan aku lebih boros dalam berbelanja! kalau dulu, ku tak ingin memakai kasut berjenama adidas, nike dan lain2, tapi sekarang, ku dah mula berjinak2 dengan jenama tersebut! duit dah ada, nak tunggu apa lagi? nak guna kat siapa duit tu, kalau bukan kat diri sendiri?

nabi Muhammad SAW pernah menceritakan bahawa baginda melihat ramai ahli neraka dari golongan orang yang kaya2! tapi, nabi juga menceritakan bahawa orang kaya yang bersyukur lebih disukai oleh Allah dari orang miskin yang sabar!

jangan kerana duit, aku saggup lupakan pergantungan aku kepada Allah! sebab aku rasa aku dah mampu memiliki segala2nya. tapi, dengan duit juga aku mampu membuat banyak amal yang orang miskin tak boleh nak buat.

orang miskin tak boleh nak sedekah! orang miskin tak boleh nak bantu perjuangan Islam dari sudut kewangan! orang miskin susah nak beli buku untuk belajar!

SEDEKAH
kata ustaz fauwaz, sedekah tu dapat memudahkan kita untuk belajar.
sekarang duit aku dah banyak, takkan aku tak nak gunakan duit tu untuk orang2 miskin kat mesir. rugi la! kalau kat malaysia, aku takut nak sedekah , sebab aku fikir orang2 yang minta sedekah tu dipaksa oleh sendikit2 tertentu! nak bagi pun, fikir dua kali.

tapi, kalau kat mesir ni, si peminta sedekah tu orang Islam, mereka ini pula bukan diupah oleh mana2 sendiket tertentu, bahkan memang keadaan mereka ini sangat2 mendesak mereka berkeadaan begitu! tapi, aku kurang suka untuk bersedeqah kat pemuda2 yang muda2 dan orang yang cuma meminta sahaja, paling kurang jual la tisu..

kalau dah tidak ada duit pun, bagilah senyuman yang paling manis kepada peminta sedekah tu. bukankah senyum itu juga sedekah?

KESIMPULAN
semoga aku dapat gunakan duit tu dengan sebaik2nya. ku berharap agar aku tak lupakan nasib aku yang pernah susah satu ketika dahulu. semoga Allah sentiasa ingatkan diriku.. ameen..

hospital fransawi

alhamdulillah, ku baru selesai ujian oral anatomy.. dah tak nak fikir2 lagi pasal anatomy, dah serah segalanya kepada Allah. dah tak nak lagi tension2, bukan dapat faedah apa pun, bertambah sakit jiwa adalah.. terima kasih atas nasihat tn guru nik abd aziz dan kawan2.

selesai je exam ari tu, aku terus ke hospital fransawi.. nak dapatkan nasihat doktor untuk sejenis penyakit..harap kalian dapat doakan supaya penyakitku cepat sembuh.



EXPLORE
oleh sebab aku tak reti cakap arab, aku explore la sendiri bahagian2 dalam hospital fransawi yang tinggi melangit tu. nak cari bahagian yang sesuai untuk penyakit ku. tanya arab tu, tanya arab ni, sampai ada arab yang tension ngan aku, dia suruh aku tanyakan nurse perempuan kat depan dia, dan alhamdulillah, nurse tu membantu aku... mulianya jiwa seorang wanita..ni bukan gambar hospital fransawi


SEORANG ARAB MESIR
"tak baik kalau kita mengutuk arab2 ni, sebab mereka ni Nabi Muhammad dan ramai ulama'2 adalah keturunan arab. bahkan ada saru hadis yang bermafhum,
"barangsiapa menyintai arab, maka seolah2 dia menyintai ku dan barangsiapa yang membenci arab, maka seolah dia membenciku". sebab tu aku kutuk perangai orang mesir, bukan aku kutuk perangai orang arab.

semasa aku tengah2 pening nak buat apa, sorang arab tu nak tolong aku, alhamdulillah, dia pandai cakap inggeris. so, mudahlah aku nak berkomunikasi dengan dia..
"ismak 'eih?", arab tu tanya kat aku. (soalan biasa arab kat orang asing).
"Ahmad Baihaqi," jawabku dengan penuh yakin.
"muslim?" tanya nya kembali.
"alhamdulillah," jawapan yang biasa.
"People in europe dont like prophet Muhammad saw?" dia bercerita.
aku cuma mengiakan kata2 nya, sebab aku takut gak nak bersungguh2 cerita bab Islam kat orang mesir yang aku tak kenal ni.. aku risau2 kalau2 dia ni ahli ikhwan muslimin. biarlah aku menuntut ilmu kat mesir ni dulu bersungguh2, perjuangan tu akan dilaksanakan di Malaysia, bukan di Mesir.
"bagus gak mamat ni," bisik hati kecilku.

MAKLUMAN TENTANG HOSPITAL
sebenarnya, buat mereka yang tak pernah ambik perkhidmatan kat hospital fransawi, kalau nak dapat perkhidmatan kat sana, mula2 kena bayar dulu kat tingkat bawah sekali, sebelah pintu masuk utama, sebaris dengan 'musolla' hospital tu.
lepas bagi tau kita nak jumpa dengan bahagian apa, dia minta bayaran dan maklumkan kat kita tingkat berapa bahagian tu.

NAK DUIT
sampai je kat kaunter tu, pak cik arab kat kaunter tu bagi tau la kat aku berapa bayarannya, tapi aku buat tak endah je.. then, si kawan mesir yang tolong aku tadi tu, bagi tau aku, bayar kat dia ni, LE5000! wow! banyak tu! macam tipu je mamat ni! aku pun berterima kasih kat mamat tu, malas la nak layan dia!

aku tanya la semula kat pak cik arab yang jaga kaunter tu, sebenarnya berapa bayaran? "khamsiin genih (sambil tunjuk kat wang LE50 atas meja)"
"laa.. sikit aje, ooo, mamat tadi tu, tipu aku la rupanya! tadi, bukan main hebat lagi cakap bab Islam!" getus hati ku, terkilan melihat nasib penduduk mesir ni.


PENGAJARAN
berjaga2 lah dengan penduduk mesir ni, walau sebaik mana pun dia.. ingat lagi kalam ustaz fakhrul razi semasa aku kat intec, "antum mesti suu' dhzan (sangka buruk ) dengan orang mesir! kalau bawa beg, anggap la macam ada orang yang nak curi beg antum tu!"

dengar kali pertama pelik gak masa kat intec dulu, sekarang kat mesir, baru aku faham kenapa ustaz razi kata macam tu, terima kasih ustaz.. :)

Friday, June 13, 2008

blog oh blog

“nanti, aku akan tulis pasal medic dalam blog aku,”

“lepas perikse ni, aku nak tulis sikit2 benda2 jenaka dalam blog aku, best skit.”

“rugilah kalau aku lupa semua mimpi2 aku, lebih baik aku rakamkan dalam blog aku!”


Itulah antara lamunan yang sering muncul dalam pemikiranku. Lamunan itu bukan lamunan yang biasa. Sebab ‘mereka’ ini telah mengganggu aku dalam solat! Aku solat tak khusyuk! Ganggu aku dalam belajar! Aku belajar tak fokus! Sedih betul.. L




FUNGSI BLOG

Aku mula terfikir apa sebenarnya fugsi blog? Kenapa ramai manusia menulis blog? Apa dasar dan tujuan mereka dalam penulisan blog tu? Saja nak suka2? Untuk melepaskan tension dalam diri? Untuk menyampaikan dakwah Islam? Untuk itu? Untuk ini?





blogger.jpg



FAEDAH BLOG

Kalau ditanya pada aku, apa sebabnya aku mengambil keputusan untuk menjadi blogger, aku katakan aku menulis dalam blog kerana ada tujuan tertentu! Bukan perkara yang sia2. Sebab kalau perbuatan yang aku buat ini sia2 tanpa makna , aku akan mengalami 1001 kerugian. Bukankah dalam Islam ada ibadah umum yang menjanjikan pahala untuk pelakunya? Nabi bersabda yang bermaksud, “setiap amalan itu berdasarkan niat” (riwayat Imam Bukhari).

MELUAHKAN PERASAAN

Blog sebenarnya adalah tempat untuk aku meluahkan perasaan, terutamanya bila aku dalam keadaan tensen! Aku akan menulis mengikut apa lintasa yang terlintas di benak pemikiranku! Aku tak kisah la kalau kadang2 ayat yang aku tulis tu agak berterabur, sebab bila aku dah meluahkannya, aku menjadi sedikit tenang.. Alhamdulillah.

apa yang lebih seronok ialah apabila rakan2 pembaca blog memberi nasihat.. terasa ringan sikit beban yang ditanggung. terima kasih semua.

MENGURANGKAN GANGGUAN

Seperti yang aku mulakan di awal blog ini dengan lintasan2 yang mengganggu ku semasa dalam solat dan belajar, lintasan2 ini telah mengacau hidup aku! So, melalui blog, aku dapat menceritakan kekacauan itu dan berjaya mengurangkan kehadiran ‘mereka’ dalam hidup aku. Sebab bila ‘mereka’ muncul kembali, aku akan mula mengingati apa yang aku dah tuliskan dalam blog ini, so insya Allah aku akan berjaya menangkis serangan syaitan yang tidak mahukan aku mencapai solat yang khusyuk dan kecemerlangan dalam belajar! Alhamdulillah.

MELUAHKAN IDEA

Secara umumnya, manusia akan dikunjungi oleh idea2 yang pelbagai! Ada idea yang baik dan idea yang buruk. Bergantung kepada apa yang difikirkan. Bahkan kadang2 idea yang difikirkan itu agak ‘gempak’ dan tanpa di sangka2 ianya mampu memgubah dunia! Tapi oleh sebab KEMALASANKU dalam merakam idea2 tersebut, ianya menghilang ditiup angin masa. Rugi sangat! Dengan penulisan dalam blog ini, aku mampu merakam idea tersebut, bahkan kalau ada pembaca yang ingin mengembangkan idea tersebut dan melaksankannya, Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

MENYAMPAIKAN DAKWAH

Aku tidak terfikir untuk menyampaikan dakwah Islam melalui blog, sebab aku merasakan diri aku memang tak layak kearah itu lantaran pelbagai penyakit dan masalah yang menimpa aku. Segala tazkirah yang ditulis dalam blog ini ditujukan khas buat diriku. Apabila aku membaca semula tulisanku, aku muhasabah semula diri aku. Aku pun takut kalau ada manusia yang dakwa aku di akhirat sebab aku tak buat apa yang apa yang aku cakapkan.

Firman Allah yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (as-Saff; 2-3)

MENJANA MINDA KREATIF

dengan mem'blog', aku mencari akan mencari ayat2 dan isi2 yang sesuai untuk bacaan diri dan sesiapa sahaja. untuk itu, aku akan berhempas pulas mencari dan berfikir isi2 dan penggunaan ayat. hal ini secara tak langsung akan menjana minda aku untuk berfikir.

dengan niat untuk menulis dalam blog la, aku akan mula berfikir atas segala apa yang berlaku di sekeliling. kalau event itu bermanfaat dan boleh dijadikan pengajaran, aku akan melakarkannya dalam blog ini, sebagi perkongsian dengan para pembaca.

kata orang, luahan idea ini akan mengembangkan idea kita, berbanding kita pendamkan sesuatu idea tu dalam diri sendiri. kalau tak percaya, cubalah apply. bila datang ilham, terus tulis dan cuba kembangkan idea tersebut. insya Allah, akan dapat tengok la hasilnya macam mana..

UKHUWAH

melalui blog, aku akan menulis apa yang terbuku di hati dan apa yang terlintas di minda. secara tak langsung para pembaca akan dapat menilai macam mana cara aku berfikir dan perangai aku. macam mana aku berdepan dan melihat sesuatu perkara.

dengan itu, aku berharap supaya kalau ada cara berfikir aku yang salah, dan perangai aku yang tak betul, aku harapkan agar para pembaca dapat membetulkan aku. siapa lagi yang nak menegur aku kalau bukan rakan2 di sekeliling?

KEBURUKAN BLOG

Setiap benda ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan blog! Jangan tak nampak keburukan sistem blog ini!

GANGGU TUMPUAN

Kerana sibuk berfikir apa yang nak ditulis dalam blog, aku kehilangan fokus dalam solat dan belajar. Gangguan ini sentiasa datang! Sebab itu aku rakamkan dalam blog ini, ku harap agar ‘merka’ dah tak kacau aku lagi selepas ini!

Untuk mengatasi solat yang tak khusyuk, aku akan cuba untuk meniatkan bahawa aku akan menunaikan solat yang terbaik kali ini(setiap kali sebelum mula solat), aku akan hayati maksud ayat yang aku atau imam ucapkan, aku akan cuba tulis dalam fikiran ayat2 tu (kalau aku tak faham apa maksud ayat tu), aku akan cuba tanam dalam diri ni rasa takut dan harap kat Allah dan last sekali aku akan cuba untuk kagumi kebesaran Allah melalui penciptaan-Nya(banyak dalam buku medic).

"ya Allah, kau jauhkan lah aku dari mengingati blog aku semasa aku solat. kurniakanlah 'ihsan' kepadaku dalam solat. semoga Engkau menerima solat yang ku lakukan."

MENCARI POPULARITI

Lantaran inginkan yang popularity, masa banyak terbuang untuk mencantikkan blog! Setiap ranking pun dimasuki untuk melihat seramai mana manusia yang melayari blog. Tanpa disedari, niat asal untuk berdakwah berdakwah telah menyimpang jauh dan masa pun banyak terbuang dek blog! Buku2 medik tak disentuh! Al-quran kurang dibaca! Buku2 agama, apatah lagi!(ini ditujukan kepada diriku) semoga kemasukan ku ke dalam mana2 ranking tidak akan menjadikan aku riya'.

ya Allah, Kau mantain kan lah niat ku ini, biarlah aku membuat setiap benda hanya untuk -Mu. jangan larikan niat ku dalam menulis. -ameen-

MAKSIAT

kalau ada sesiapa yang ada alternatif, harap dapat memberitahu aku. seperti biasa, blog tak menarik tanpa gambar. so, semasa mencari gambar2 menarik sama ada menggunakan engine search yahoo, aku jumpe banyak gambar yg pelik2. pernah satu kali aku nak cari gambar orang berdoa, tapi, aku jumpe gambar yang sangat2 teruk. semakin kotorlah hati aku. :(

yang aku risau sebab ilmu tu cahaya dan cahaya tu takkan masuk ke dalam hati orang yang buat maksiat.(seperti lafaz imam kepada imam syafie). takkan sebab nak bagi blog aku menarik aku sanggup buat maksiat.

KURANG MEMBACA

kalau dulu, masa aku tak de blog, aku mesti baca bukak blog us hasrizal, us zaharuddin, us nik abduh, sebab nak dapat ilmu2 baru yang bermanfaat. tapi, sekarang oleh sebab dah ada blog ni, asyik tengok blog sendiri je.. lepas ni nak tulis apa lagi? ada ke tak orang komen ni? apa lagi benda yang nak dibuat untuk memantapkan lagi blog ni? ~aih~ teruknya.. bimbang gak kalau2 niat tu dah terpesong jauh!

KESIMPULAN

Setiap benda ada baik dan buruk. Bergantung kepada cara ku menggunakan benda itu. Namun apa yang penting, aku mesti memaksimakan kebaikan blog ini, dan menimumkan kekurangan blog ini! Aku harap agar kawan2 dapat membantu..

HARAPAN

sesiapa yang ada pandangan untuk aku mengatasi masalah ini, tolong bagi tau.. tak kesah dengan lisan atau tulisan. semoga aku menjadi lebih baik selepas ini.. harap2, harapanku untuk menimumkan kekurangan menjadi kenyataan.. semoga Allah membantuku.. -ameen-

Thursday, June 12, 2008

jiwa gelisah

" ikmal, tolong nasihat aku, aku rasa bimbang la dengan psikologi ni, sebab aku terpilih jawab soalan susah," luah ku kepada ikmal, kawanku di masjid universiti kaherah.

"ala, markah psiko ni sikit je la.." balasnya bersahaja.

"mal, aku bukannya nak apa, cuma aku nak kau nasihatkan supaya aku masih yakin dengan Allah!" aku mendesaknya.

"sesungguhnya 'kalau2' tu membuka pintu untuk syaitan, (sambil membaca hadis).." katanya.

"owh, alhamdulillah, aku dah lega skit."

itulah antara perbualanku dengan ikmal petang tadi, semuanya gara2 ujian psikology petang tadi. entah macam mana syaitan sial tu boleh muncul dalam hidup aku time2 exam tu. ya Allah, risaunya aku..

TENSION
aku menjadi agak tertekan pada hari itu. lebih2 lagi apabila tengok orang lain dalam keadaan happy. maksudnya memang aku seorang je la yang bermasalah. aku agak rasa gelisah dan tertekan! stress tu ialah respon body kita kepada pelbagai persekitaran, keadaan dan keadaan fizikal yang bermasalah.




BAGAIMANA IMAN AKU?
dulu, masa aku belajar kat PASTI, aku hafal semua rukun iman. rukun iman yang ke6 ialah percaya kepada qadha dan qadar. tapi, aku tak faham. aku hafal sahaja. then, masa aku form 5, ustazah ajar bahawa percaya kepada qadha dan qadar tu maksudnya kita kena redha dengan takdir yang telah ditetapkan! tak kisah la, kalau kau dah usaha sekuat mana pun untuk capai kecemerlangan, tapi kalau Allah dah takdirkan kau tak dapat, terimalah seadanya.

alamak! kalau begitu, aku tak redha ke dengan ketentuan Allah masa aku tension2 dengan masalah tu? kalau aku tak redha, iman aku macam mana plak? ya Allah, ampunkanlah dosaku. ku yakin bahawa Kau Maha Adil dan tak akan menzalimi hamba2Mu.

ALLAH TU DEKAT SANGAT

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Al-Qaaf:16)

see! apa kata Allah! Allah tu sangat dekat dengan aku. cuma aku je yang tidak menyedari kewujudannya sebab iman kat dalam diri ni lemah sangat. apa susah? berdoa dan memohon lah daripada Allah. Allah Maha Berkuasa! Dia mampu buat apa sahaja. Bahkan tak mustahil untuk Allah ubah tulisanku dalam exam tu, dan tambah mana2 point2 yang tertinggal! Allah jugak mampu lembutkan hati pemeriksa tu dan memberi aku markah yang lebih dalam exam tu, kan?


BAYANGKAN BENDA YANG SERONOK
aku malas la nak sebut2 pasal event dalam exam tu kat kawan2! malas nak citer, sebab bila aku citer je, aku mesti jadi tensen dan sedih balik. so, aku fikir positif. aku bayangkan yang aku tengah tengok result MUMTAZ kat papan kenyataan universiti. masa tu, aku sangat gembira. aku bagitau semua kawan2 yang aku dapat mumtaz. alhamdulillah, seronok betul la masa tu, tak sia2 usaha aku selama ini!


APA GUNA BLOG?
bayangkan, apa akan jadi kalau kita tiup angin dalam belon? tiup makin banyak, makin besar dan akhirnya.. pom!! belom meletup! so, takkan aku nak biar je tekanan dalam jiwa ni? nak suruh sampai aku meletup?? belon meletup, pecah je! boleh beli yang baru.. kalau aku pecah kepala? takke aku jadi gila?

tapi, nak luah kat siapa? semua sibuk nak belajar je.. takkan nak kacau diorang plak. musim ni pun musim exam, semua orang sibuk nak study! huh! nasib baik ada blog! lantas ku capai laptop, dan ku luahkan segalanya dalam blog ini! tak kesah la orang tak nak nasihat aku pun, paling kurang aku dah berjaya luahkan segala yang terbuku kat hati aku ni!

MENANGIS
uish! apa ni! tak kan lelaki nak menangis kot.. malu la, tapi lelaki pun manusia gak! apa, manusia yang menangis tak normal ke? menangis dapat release kan tension la!

tapi, jangan la menangis depan manusia. nak buat apa? manusia biasa bukan boleh buat apa pun! setakat nak bagi nasihat suruh sabar, adik aku yang kat darjah 5 tu pun boleh buat!

so, aku menangis la kat Allah! aku mengadu segala apa yang dah berlaku! ku harap sangat, agar Allah tolong aku. aku dah usaha yang terbaik. kurangkan nafsu tidur! bebankan otak hafal2 medical term ni, takkan Allah tak nak tolong aku. aku yakin Allah tu kan Maha Adil.

lagi satu, kalau nak nangis, nangis la depan ulama'. paling kurang, beliau dapat doakan kita, bagi kat kita nasihat2 yang lebih mantap dan sesuai dengan jiwa kita..

APA GUNA KAWAN?
kawan sekadar boleh tolong nasihat sahaja! tak boleh pergi lebih jauh daripada itu. sebab aku sahaja yang mampu jadikan aku tenang! kawan2 aku boleh gak nak tolong doa. itu la yang aku harap2 kan.

KESIMPULAN
kepada diri aku sendiri, janganlah tensen2!! takkan aku tak redha kot dengan ketentuan Allah. ingat, percaya kepada qadha dan qadar adalah rukun iman yang ke6. tak percaya kepda satu rukun iman membawa kepada kufur, ye? a'uzubillah...

exam psiko

ari ni aku baru selesai habiskan exam psikologi.. subjek yang paling last utk written exam ni..

tantang exam
tadi, semasa exam aku ditanya pasal factor of agression, learning, informed consent, cases dan projection theory..(hrp faham la tajuk2 ni).. kena jawab 4 soalan je dari 6 soalan


keliru
tetiba2 time exam tu, kesan dari masalahku datang menjelma, menghantui diri.. keliru nak pilih yg mana satu! pilihan tak rasional dibuat! ku pilih soalan yg ku tak yakin dgn jawapan dan ku tak jawab soalan yg ku yakin ngan jawapan nya! sebab apa? ntah! aku pun tak tau sebab apa, pilihan aku hari tu tak rasional sangat..

redha
aku tak boleh tak redha dengan event ni.. sebab tu sume adalah takdir ketentuan Allah! mana blh dengan taqdir! Allah marah.. tu kan termasuk dalam rukun iman. beriman kpd qadha dan qadar! tapi, nak buat macam mana ye? hati ni tak tenang..



peranan kawan
lantas ku minta nasihat dari kawan2. tolongla nasihat aku! aku risau kalau2 aku dah tak yakin dengan Allah! aku tak nak benda tu menimpa aku! takkan sebab exam je, iman aku terjejas! kata ikmal," perkataan 'kalau2' tu membuka jalan untuk syaitan, (sambil bacakan hadis).."
"haa.. betul gak!" ku tenang skit..


harapan
ku doakan spy Allah bantu aku dalam exam psiko ni.. hrap2 Allah lembutkan hati pemeriksa.. smg exam psiko ni tak jejaskan result aku... ::ku berserah segalanya kepada Allah::

Monday, June 9, 2008

exam anatomy

alhamdulillah, akhirnya ku berjaya habiskan exam anat ari ni.. syukur pada Allah.. Allah banyak sangat bantu aku...

sebenarnya, time 2 hari sebelum exam, aku mahu menangguhkan exam ni.. tak nak la ambik sekrang sebab rasa macam tak bersedia sangat! takut sangat! tak pernah lagi rasa tak bersedia macam ni.. exam sebelum2 ni, bersedialah jugak, tapi takde la macam exam anat ni.. ya Allah, takutnya...






crita kat kawan2, " aku rasa nak ta'jil la exam anat ni.. sebab rasa macam tak sempat.. aku takut kalau2 exam anat ni merosakkan result."
kenapa aku kata maca tu? sebab time aku duk sorang2, aku dah terbayang diriku duk dalam dewan periksa dan apabila tengok soalan, aku 'blank' sebab tak tau nak jawab apa.. ya Allah.. saat tu , aku jadi risau dan takut sangat2..

alhamdulillah, semua kawan2 ku hebat2! thanks to all! memang ada gaya jadi motivator.." ala bai.. rileks laa.. memang la ada beza orang mumtaz dan tak mumtaz, tapi semua akan jadi doktor gak.. so..." "bai...rileks bai, paper ni dah last ni.."


ku cuba semula cari ketenangan.. mencari sebab aku jadi begini.. dan try mengatasi kelemahan.. siapa lagi, kalau bukan kepada Allah , tempat ku mengadu segala-Nya.. ku dah berusaha, sekarang, ku bertawakkal kepada-Nya..

" ya Allah, janganlah ku ditanya dalam exam ni soalan2 yang ku tak tau.. berilah ku hanya ditanya benda2 yang ku tau sahaja, ya Allah..bagilah aku dapat recall semula apa yang ku dah baca.. " ameen


dalam diam2 aku terfikir, aku ni apa laa... asyik stress aje, tu belum ada tanggungjawab lain!!

lepas ni , aku berazam untuk menjadi seorang yang tenang dan ceria... dah tak nak tension2, sebab aku ada Allah.. Allah sentiasa dekat denganku..melepaskan tensen dengan mengadu kepada Allah..

Friday, June 6, 2008

nasi ayam versi exam

salam.. resepi baru lagi,.. alahai.. nak masak musim exam ni memang tak best.. nak masak nasi ayam pun susah.. bukan senang nak goreng ayam tu.. aku memang jenis manusia yg tak suka menggoreng kalau memasak...

so, nak mask nasi ayam ni mudah saje.. buat sup ayam.. then, bila dah masak, letakkan perencah nasi perasa ayam jenama arab ke dalam sup tu.. pastu, letak la beras yg dah dibasuh, pastu hidang dan makan... simple je...

kalau tak best, tambahkan best dengan senyuman, jangan lupa mayonis dan kicap untuk mengcover ketak'best'an itu.. hehe..

ok. jgn lupa tanggungjawab kepada rumah musim2 exam ni.. ok..

ceramah dan kasih sayang

ku mimpi jumpa us zaharuddin.. dia datang dan bagi ceramah kat dak2 medik.. kalau tak silap dia cakap pasal kewangan laa.. tapi, yang sedihnya, oleh sebab kita nak periksa, ceramahnya tak dapat sambutan terutama dari pelajar laki.. pelajar perempuan je yang datang beramai-ramai jadi pendengar.. apakah maksudnya??

kemudian, ku mimpikan seorang perempuan yang belum baligh menari keseronokan, kemudia dia berlari mendapatkan ayahny... ayahnya pun mengucup dahinya..., aku jadi pelik, sebab aku teringatkan kejadian sumbang mahram tu.. kemudian ada ustaz yang membacakan hadis yang menyeru kita berkasih sayang dengan anak2.. apakah maksudnya??

dilema anatomy



salam.. exam anat semakin hampir.. aku pula masih macam ni.. konfius..dilema... nak baca buku department atau nak baca buku prof dr sameh doss... sebab exam mesti berpandukan buku sameh doss tapi agak susah nak faham.. buku dr sameh doss pulak lebih mudah nak faham dan hafal sebab ada banyak sangat gambar.. tapi, kadang2, ada maklumat dalam buku teks takde dalam buku sameh doss.. itu yg buatkan diriku kompius dan dilema...



lantas ku teringat salah satu ajaran agama yg ku sayangi ini, yang menggalakkan penganutnya solat sunat istikharah kalau dalam keadaan taraddud(tgh confius), alhamdulillah, ku berdiri dan terus menunaikan solat sunat istikharah dan berdoa dalam sujud terakhir ku,
" ya Allah, berilah kepada ku petunjuk dan hidayah-Mu... sekiranya buku dr sameh doss lebih baik bagiku, mudahkanlah aku menghafal dan mengingati fakta2 di dalamnya, dan janganlah soalan yang memerlukan fakta yang bercanggah dengan fakta dari buku department ditanya dalam exam.. dan sekiranya buku department lebih baik untukku, mudahkanlah aku memahami dan menghafal fakta dalam buku department.. jangan lah susahkan aku untuk menghafalnya... bagilah kpdku petunjuk dan hidayah-Mu kepada ku.."

selepas solat, ku capai buku department, dan membacanya..masya Allah! kenapa? mataku mengantuk sangat! air mata mengalir keluar dari kelopak mataku.. aku begitu derita membacanya.. kemudian ku capai buku dr sameh doss dan cuba untuk membaca dan memahami isinya, dan alhamdulillah.. rasa mengantukku hilang dan kini diriku stabil semula... dan terasa mudahnya diriku memahami dan menghafal fakta dalam buku sameh doss.. alhamdulillah...

kini, ku bertawakkal kepda Allah.. insya Allah, Allah tidak akan menghampakan diriku.. semoga Allah mudahkan diriku mencapai mumtaz dalam exam anatomy pada tahun ini... ameen... doakan diriku..



bahagianya hidup dalam Islam ni, setiap masalah kita, agama kita tunjukkan cara.. sesungguhnya Allah sayang sangat kat aku.. tp, aku sayang ke kat Allah?? astagfirullah...

Wednesday, June 4, 2008

tertekan vs tersenyum


"ya Allah, beratnya dugaan ini"

"kenapa kepala aku sakit sangat ni?"

"alamak, aku tak leh nak belajar la.. camne ni??!!"

begitulah antara rintihan hatiku dahulu.. entah kenapa, aku sungguh teruk ketika itu, imanku sungguh lemah, ku tau bahawa Allah dekat denganku.. ku tau bahawa Allah itu Maha Mendengar,

"alangkah ajaibnya orang Islam, bila diberi nikmat, dia bersyukur dan apabila diberi ujian, dia sabar." (mafhum hadis)

ku tau hadis ini, bahkan dah terhafal pun maksudnya. tapi, apabila diuji, aku still gagal mengawal diri.. terasa sangat iman ini sangat lemah..

sehinggalah pagi tadi, ku klik you tube yang menceritakan satu kisah seorang warga amerika yang memeluk Islam.. subhanallah, ceritanya sungguh menakjubkan!


sungguh, ku merasakan seolah2 aku macam tak beriman sebelum ini apabila aku mendengar ceritanya!!





kalau dapat download dan dengar la setiap masa.. insya Allah dapat something..

disini ku ringkaskan ceritanya,
orang amerika itu mempunyai harta yang tak terkira la banyaknya
rumahnya macam istana, dibuat dari kaca..

dia boleh buat apa sahaja yang dia mahukan lantaran kekayaan nya itu

namun begitu, dia tak temui satu ketenangan,

dia sering merasakan ada something yang tak cukup dalam hidupnya.
maka pada satu hari dia telah bertemu dengan seorang imam
dan diringkaskan cerita dia mengucap dua kalimah syahadah.. lantas dia menangis..
dia bertanya," apakah rahsia kalimah ini?"

"aku telah merasakan satu ketenangan yang belum pernah aku merasakan sebelum ini.."

tengoklah! orang yang memluk Islam mencapai satu nikmat ketenangan!
takkan aku yang dah 20 tahun berada dalam Islam ini tak merasa nikmat itu!
takkan aku tak sabar menempuh ujian yang Allah berikan..
teruknya aku.. Ya Allah ampunkanlah dosaku..



alhamdulillah, kini telah ku temui ketengan itu, terima kasih kepada saudari sweden dawah yang telah mengupload video ini.. semoga aku kekal dalam ketenangan ini
...

"sabar dalam menempuh ujian dan syukur ketika mendapat nikmat"



senyum sokmo... redha sokmo... bahagia sokmo... senyum....... :)

taubatku ya Allah

ya Allah
ampunkanlah segala dosaku
kerana ku putus asa dengan rahmat-Mu

ya Allah
sungguh rahmat-Mu sungguh luas
tak terbatas dek langit dan bumi

ya Allah
sungguh syaitan itu
si sial itu memang celaka
si sial itu telah menghitamkan hatiku
si sial itu telah mengaburi pandagan mata hatiku
lantran itu, tidak ku nampak rahmat-Mu yang luas itu

ya Allah,
janganlah kau hukum kesalahanku
Kau gantikanlah kemurkaan Mu itu
dengan rahmat-Mu buatku, kerana
sesungguhnya Kau adalah Tuhan ku
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yang Maha Mendengar dan Maha Memahami
Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui
Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu

ya Allah
maafkanlah segala kesilapanku
ampunilah segala dosa-dosaku
kembalikanlah semula rahmatMu
yang tidak terbatas itu kepada ku

ya Allah
ku redha dengan ujianMu
kerna ku tahu, bahawa
ujian yang kau timpakan kepada ku
memang sesuai dengan tahap diriku
memang sesuai dengan kemampuan ku

ya Allah
kau bantu dan bimbinlah aku
janganlah meninggalkan aku keseorangan
terkapai2 mencari tempat untuk berpaut
supaya aku dapat melepasi ujian ini
dengan keputusan yang terbilang
supaya kelak, iman ku akan semakin meningkat
dan aku menjadi insan yang lebih baik di kemudian hari

ya Allah
sesungguhnya hanya
kepda Kaulah tempat aku mengadu
kerana Kaulah yang paling memahami diri ini
kerana kaulah yang telah menciptakan aku
kerana Kaulah yang mentakdirkan segalanya untukku
kerana Kau adalah Tuhan ku Yang Maha Esa
kerana Kau memeliki segala sifat kesempurnaan
Kerana kau tidak langsung memiliki kekurangan

ya Allah,
bantulah aku
tolonglah aku
mudahkanlah segala urusanku
hilangkanlah masalahku itu
tingkatkanlah imanku kepada-Mu
tingkatkanlah daya ingatanku
tingkatkanlah kecerdasan mindaku
kabulkanlah segala permintaanku
kurniakanlah kecemerlngan buatku
berilah yang terbaik buatku dalam exam final year ini
berilah aku dapat mumtaz
barilah kejayaan kepada semua kawan2 ku
yang bersama2 tolong memperjuangkan Agama-Mu
hanya kepada-Mu tempat aku berharap

-ameen-

Tuesday, June 3, 2008

doakan aku

salam.. sekarang masih ada 5 ari lagi sebelum exam anatomy... kena baca 4 buah buku yang tebal2.. bayangkan, sume benda tu kena sumbat ke dalam kepala dalam masa 5 hari ni.. semoga Allah mudahkan aku..

entah kenapa, dari petang tadi sehingga ke saat ini, aku dirundung masalah..
masalah tu bukan benda baru.. ianya benda lama yang sudah mengacau dan mengganggu hidupku semenjak aku di sekolah rendah.. semasa aku form 1, dia dah berkurang.. tapi, masa aku form2 sehingga sekarang, dia datang kembali dan melakar semula sejarah hitam yang telah terpadam selama beberapa tahun dalam hidup aku..

kini , dia menjelma semula! bukan jelmaan yang biasa! tapi, jelmaan yang sungguh menyakit dan menyeksakan! tak dapat ku ceritakan betapa tersiksanya aku! terbaring! tak boleh nak study! semangat ku yang melangit telah jatuh merundum! aku tension!

jelmaan masalah ku ini, bukan masalah yang biasa. dan tak boleh diselesaikan oleh orang yang biasa.. kalau aku sendiri tak dapat selesaikan nye, sampai mati pun aku gagal selesaikannya! walau aku dapat menggenggam ijazah medik sekalipun, aku pasti gagal selesaikan masalah aku ini!


orang lain cuma dapat membantu aku..menunjukkan jalan dan berdoa untuk aku.. so, aku berharap sangat agar kalian dapat membantu aku.. doakan la agar Allah mudahkan aku.. agar Allah membantuku dalam menyelesaikan masalah ini.. menggagalkan usaha syaitan untuk terus mengacau hidup aku..


sungguh ! aku sungguh menderita! jiwa ku memang terseksa! aku tak boleh nak tumpukan kepada study lantaran jelmaan masalah ini.. yang sentiasa mengacau dan menghuru-harakan hidupku...

kepada rakan2, maaf sebab aku tak dapat memberitau kalian, apa sebenarnya msalah aku tu.. sebab ianya agak mengaibkan aku.. cuma yang ku pinta agar kalian doakan supaya syaitan tidak mengganggu hidupku lagi.. dan supaya Allah memberikan aku kekuatan untuk melawan godaan syaitan celaka itu.. supaya Allah menyediakan ramai manusia di sekelilingku untuk membekalkan aku dengan ilmu yang dapat menentang ancaman syaitan itu kepada aku..

terima kasih, semoga Allah membalas jasa kalian semua..

syaitan, kau memang celaka!!

syaitan
kenapa la kau muncul dalam hidupku
susahnya aku nak menentangmu
tipudaya mu begitu hebat

syaitan
kau sungguh celaka
sungguh!
sudah ku jumpa ratusan ustaz
telah ku temui ramai kenalan
telah kudengar jutaan nasihat
tapi, ku masih gagal menentangmu

syaitan
kenapa kau mengganggu ku di saat ini?
kini ku sedang menghadapi peperiksaan?
bukan peperiksaan biasa!
kau telah menghalangku daripada study
kau telah mengancurkan semangat ku!
walau pun dulu, semangatku melangit

syaitan
tolonglah pergi jauh2,
jangan lah kau kacau hidupku lagi
sudah ku tak mampu untuk menentangmu
sudah ku tak mampu menangkis tipu dayamu

ya Allah,
Kau bantulah aku
aku sudah tak mampu
sudah ku tak tau lagi nak buat apa
untuk ku tentang si syaitan ini

ya Allah,
sungguh telah ku berusaha untuk menentang syaitan ini
telah ku minta nasihat dan tunjuk ajar ustaz2,
sehinggakan ada yang bosan mendengar rintihan ku
dan mula tak mahu mendengar rintihanku

ya Allah,
aku tau Kau sentiasa di sisiku
aku tau kau memang sentiasa memerhatiku
sentiasa mendengar masalahku
sentiasa mendengar jeritan bantinku
sentiasa meneliti penderitaan ku

bantulah aku ya Allah
tolonglah aku..
bantulah aku..
berilah kekuatan kepada aku...
adakah ini ujian untukku?
atau ini adalah bala untukku?

ya Allah..
kepada siapa lagi
aku nak mengadu rintihan batinku ini
siapa lagi yang sudi mendengar rintihanku ini
jika bukannya Engkau ya Allah
Tuhanku yang Maha berkuasa..
Yang Boleh Melakukan apa sahaja..
kau bantulah aku melawan syaitan ini.
tolonglah aku ya Allah...

Monday, June 2, 2008

nasi ikan masin berlemak

salam.. ari ni, lepas exam biokem , giliran aku masak kat rumah... sebenarnya, aku kena masak semalam, tapi, oleh sebab exam, aku minta maaf la kat kawan2 ahli beit, aku terpaksa tangguhkan tugas aku.. ye laa.. aku nak study..

time masak ari ni, aku nak masak best2.. aku ajak damak, copok ngan najib mara makan kat rumah aku.. saja nak ajak kawan2 makan.. barulah makan best skit.. makan ramai2 ngan kawan2..

so, aku pun mulakanlah idea aku..
jeng.. jeng...

aku mula mengidam nak makan nasi lemak.. tapi kalau setakat buat nasi lemak je, apa barang.. biasa je.. aku nak wat something yg special.. yang orang lain tak pernah buat..

macam biasa, kalau dalam nasi lemak ,kita kena letak susu atau santan,kan? aku modified letak susu ngan ikan masin yang dah di blend..
pastu, aku tumis bawang yg dah diblend, dengan sikit lada kering.. tunggu sampai naik bau mensuk idung, aku letak susu ngan beras...

untuk kuah plak, macam nasi lemak laa.. ada sambal, kan? aku modified skit, aku letak udang kerang... then aku masak la macam biasa.. ada lada kering, ada bawang yang dah di blend.. ada tomato yang dah di hancurkan dan tomato puri..

haa,, jangan lupa masak telur..

makanan akan lebih seimbang jika ada timun batang..
dan
akan lebih bermakna jika kita tambahkan dengan senyuman...

niat makan untuk ibadah, dapat pahala...
niat masak untuk gembirakan orang, dapat pahala...
niat masak untuk kawan2, rapatkan lagi hubungan pun dapat pahala...


selamat mencuba..

Wednesday, May 28, 2008

nasi koftah tomato

hari ni baru abih exam histo.. syukur alhamdulillah, Allah bantu aku...
so, nak sambut gembira ngan nak masak best2 utk ahli rumah.

tapi, nak masak apa? diorang sume mesti dah biasa makan nasi ayam ... nasi minyak.. nasi dagang dan lain2.. so, aku nak buat idea gila2! aku nak reka resepi sendiri..

aku nak wat nasi yang tak perlukan rempah.. hanya gunakan apa2 yang ada kat mesir ni sahaja..

based on resepi nasi tomato yg dibekalkan oleh abg najib saleh, aku modified resepi tu kepada nasi koftah tomato..

bahan2 (nasi )
- mesti la beras yang dah bersih
- tomato puri
-sebuk kuftah
-bawang yang dah di blend
-susu atau satan

kuah
- kacang yang dah di blend
- lada giling
-susu atau santan

mekanisme (nasi)
1. tumiskan bawang
2. masukkan tomato puri dan sebuk koftah
3. masukkan susu atau santan
4. tunggu sehingga masak
5. masukkan beras

mekanisme ( kuah )
1. tumiskan bawang
2. masukkan lada giling
3. letakkan kacang
4. masukkan susu atau santan dan air
5. masukkan ayam

last sekali, tunggu la sehingga masak.. tapi, ingat! jangan bukak api kuat2 sangat, nanti cepat hangus.. (aku dah cukup serik dengan masakan yang pahit tu).


haa.. sebelum makan jagan lupa nak baca doa, jangan makan sorang2, tak syok!
makan ramai2 seronok, nabi kita pun makan beramai-ramai...
niat amal sunnah, masa makan pun dapat pahala


sekian, selamat mencuba