"aku dah study banyak, tapi kenapa result aku masih teruk?"
"hafal2, pastu lupa! lebih baik tak payah hafal!"
itu antara luahan kata yang ku dengar dari mulut dak2 medik, terutama saat2 exam.
~hai~ memang tensen study medik ni. berlambak2 nak kena hafal!
dah la penat hafal, kepala lak sakit, lepas tu,lupa balik! kena hafal balik!
apa yang lebih TENSEN, LUPA masa exam!
" Ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang lemahnya ingatanku, Kau janganlah bagi aku lupa apa yang telah ku belajar dan hafal.." -ameen-
disini, hatiku terdetik untuk berkongsi dengan semua, pada pandangan dan pemerhatian aku, KESILAPAN yang dilakukan oleh diriku sendiri dan rakan-rakan masa study dan menjawab exam.
MASA STUDY
1. Terlalu fokuskan nak habiskan silibus. TAK PENTINGKAN kepada keFAHAMan dan HAFALan.
Ø Meneruskan pembacaan dan usaha untuk menghafal tanpa PENGULANGAN kepada hafalan.
Ø Hanya membuat latihan apabila sudah selesai membaca SELURUH buku setiap subjek, bukan setiap 2 hingga 3 bab, meyebabkan latihan dan pengulangan pada kali ke-2 seperti bacaan masa kali pertama. (hafalan kurang kukuh.)
2. Main HAFAL je semua. Tak letak priority yang mana PENTING dan KURANG PENTING.
3. Tak de output learning. Input learning je.. --> blank masa exam.
4. Paksa diri untuk study walau badan dan otak dah TAK MAMPU!
5. Study dari pelbagai jenis buku.
6. Menghafal ayat, hafal buta. Tak faham dan tak tau apa yang dihafal.
7. Anggap latihan membuang masa. Tak buat latihan selepas pembacaan.
8. Terlalu risaukan silibus yang tak dibaca, muka tensen, tak senyum, hidup tak seronok, TERTEKAN!
9. Tak membandingkan secara efektif point2 yang kelihatan serupa.
Ø Hanya ‘vertical learning’(bacaan secara detail, tanpa comparison.)
10. Tak tengok past year question.
11. Study tanpa perancangan yang tersusun dan tak melihat KEMAMPUAN DIRI.
MASA JAWAB EXAM
1. Tak bajet masa mengikut markah dan kehendak soalan.
2. Jawab semua yang diketahui BUKAN yang diminta.
3. Tulisan terlalu kecil.
4. Tak menggaris point2 penting.
5. Tinggalkan kosong.
u/p: kalau kawan2 nak tambah, sila2 ..
kalau ada yang tak bersetuju, nak kritik, tafadhol..
maaf atas segala kekurangan..
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
3 comments:
salam..
ha'ah la Bai..
ish, kene berUBAH!
syukran atas perkongsian..
yang num 9 tu memang ramai missed
benda2 camtu ha yang sebabkan hafalan lebih mudah :)
nice sharing anyway
syukron
saya minat part
study dari banyak buku.
~~
zaman skrg, org selalu pulun silibus ja~ habis lunyai satu buku kuliah dihabiskan
yap! itu mmg bagus. tp, saya suka yg lagi bagus. pelbagaikan bahan bacaan. dengan cara ni, kita akan lebih pandai dan lebih luas pengetahuan. sepatutnya lah!
wikipedia.google..etc.. bagi saya, adalah sumber tertier. sumber yang tak sesuai sgt utk dibuat sbg fundamental ilmu. Lebih setuju dengan pembacaan buku2 yang betul2 fokus pada bidang kita.
thats the way i pratice physic
Post a Comment