“mat, tolong doakan aku.. harap2 Allah memperelokkan cara aku bercakap,”pintaku kepada Muhammad, kawan baik ku semasa di smka tok jiring. Memang aku ada satu masalah dari sudut percakapan. Aku pernah di ‘soud’ oleh guru2 kerana masalah ni, malah pernah menjadi bahan kutukan kawan2..
“ Ya Allah, kau perelokkanlah percakapanku..”itu sahaja doa yang ku panjatkan kepada Penciptaku, kepada siapa lagi, untuk ku adukan masalah ini?
Sejak di tingkatan 2 lagi(kalau tak silap), aku doakan supaya Allah perelokkan percakapan ku.. malam2 di bulan ramadhan, adalah waktu yang aku tunggu, aku panjangkan sujud terkahir dalam solat hajat, minta agar Allah perelokkan percakapanku, namun, percakapanku masih bermasalah, sehingga sekarang..
aku akan jadi doktor nanti, macam mana nak deal dengan patient? Dan banyak lagi persoalan yang cukup2 menghantuiku!
Entah, kadang2 aku dah putus asa dan tak berdoa untuk itu lagi.
Dimanakah silapnya?
FOKUS DAN MENGHARAP
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad bersabda,”berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan makbulkannya. Ketahuilah,sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan tidak bersungguh.” (riwayat at-tarmizi)
Aku pernah tengok orang mesir ni, menangis ketika berdoa, bersungguhnya mereka! Tapi, semasa aku berdoa, aku masih boleh memikirkan perkara2 lain! kosong dari fokus, apatah lagi harapan!
antara tanda2 pengharapan, sentiasa berada dalam ketaatan..
Tanda2 orang yang berharap, Firman Allah yang bermaksud, “sesungguhnya orang2 yang beriman dan orang2 yang berhijrah serta berjuang di jalan Allah(menegakkan agama Islam), mereka itulah orang2 yang MENGHARAPKAN rahmat.Allah.” (Al-Baqarah;218)
inilah puncanya yang pertama!
BERSUNGGUH-SUNGGUH
Sabda Nabi Muhammad,”apabila salah seorang dari kamu berdoa, maka janganlah dia berkata;’Ya Allah, ampunilah aku, jika Engkau mahu,’ tetapi hendaklah dia BERDOA BERSUNGGUH2, dan melahirkan KESUNGGUHAN keinginannya. Sesungguhnya Allah tidak sedikitpun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakannya. (diriwayatkan oleh at-tarmizi)
Aku akui, memang kadang2 aku doa sambil lewa je… sekadar cukup syarat .. kadang2, doa dilafazkan tanpa penghayatan, hanya terpancul dari mulut lantaran kebiasaan menyebutnya setiap kali selepas solat..Aku akui, memang kadang2 aku doa sambil lewa je… sekadar cukup syarat .. kadang2, doa dilafazkan tanpa penghayata, hanya terpancul dari mulut lantaran kebiasaan menyebutnya setiap kali selepas solat..
Tak bersungguh langsung!
Inilah punca ke2!
MERAYU-RAYU
Firman Allah yang bermaksud, “dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau2 tak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya dimakbul). Sesunggunya rahmat Allah itu dekat kepada orang2 yang memperbaiki amalannya.” (Al-A’raaf;56)
Sesungguhnya Allah menyukai jika hamba2Nya menzahirkan ubudiyyah kepadanya, dan mengemukakan hajatnya. Tunjukkan kat Allah, bahawa diri ini memang tak ada kemampuan langsung, hanya Dia sahaja yang boleh memberi, seperti si lumpuh yang miskin merayu2 kepada seorang doktor yang angat sombong! hanya doktor tu sahaja yang boleh memulihkannya. Bagaimanakah rayuannya?
Ini punca ke-3!
PUTUS ASA DAN MENINGGALKAN DOA
Sabda Nabi Muhammad, “doa kamu akan dimakbulkan selagi kamu tidak berputus asa dengan mengatakan, “Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi Dia tidak memperkenankan.” (muttafaqun ‘alaih)
Patutkan aku berputus asa? Sedangkan Dia sudah berjanji untuk memperkenankan setiap doa hambanya?
Sabda Nabi Muhammad, “ barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia murka kepadanya.” (Ibnu Majah)
Jadi, kenapa harus berhenti dari berdoa? Rahmat Allah kan luas!
Ini punca ke-4!
USAHA
Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”(Ar-Ra’d;11)
Urm.. aku sangat2 setuju dengan ayat ni. Selama ni, aku berdoa je lebih, usaha sejemput je. Dah ramai kawan2 bagi nasihat, tapi sikit2 je yang aku buat.. tak de kesungguhan!
patuhilah syari'atullah, jangan membelakangkan sunnatullah.
Ini punca ke-5!
TERKABULNYA DOA
Nabi Muhammad bersabda, “tidak seorang muslim berdoa dengan doa yang tidak membawa kepada melakukan maksiat atau memutuskan silatur rahim, melainkan Allah akan memberikannya salah satu daripada tiga perkara; menerima doanya dengan segera, atau Allah meyimpan untuknya doanya itu di akhirat atau Allah meneyelamatkannya dari keburukan yang seumpamanya.” Para sahabat berkata,”kalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa.” Baginda menjawab;”Allah lebih banyak (kurniaanya walau sebanyak manapun doa kamu).”
Nah! Bukan bermaksud doa yang dimakbulkan itu, aku dapat apa yang aku pinta je! Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kenapa bersangka buruk dengan Allah?!
Athar (kata2 sahabat) ada menyebut, “ apabila seorang hamba yang dicintai Allah berdoa, maka Dia berkata; wahai Jibril, janganlah kamu tergesa2 memenuhi permintaannya. Sesungguhnya aku suka mendengar suaranya.”
cewah.. seronok kan? Itu tanda Allah cinta kat hambaNya.. semoga hambaNya itu adalah aku!
KESIMPULAN
Firman Allah yang bermaksud, “dan Tuhanmu berfirman; berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenanankan doa permohonanmu.” (Ghaafir; 60)
Allah, Tuhan kita, Tuhan yang kita sembah setiap hari.
Allah tu Maha Kuasa, Dia boleh buat sahaja apa yang Dia nak!
Dengan sifat Maha Penyayang, Allah bagi ‘offer’ kat kita!
Kau nak apa? Mintalah dariNya. nak cakap lebih elok? Nak lulus exam? Nak muka cantik? Nak jadi hebat?
Apa lagi yang ditunggu?? Ayuh, kita berdoa!
jangan dilupakan pada USAHA! Usaha pun mesti bersungguh2!
jangan diulangi 5 kesilapan itu kembali! bersabarlah dalam menantikan terkabulnya doa...
u/p; kesinambungan dari artikel sebelum ini, klik sini..
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
1 comment:
salam..
hmm..
muhammad smkatj?
batch korg ramai nma muhammad ke?
de gop kwn nma muhammad smkatj batch spm 2005..
insan yg sma ke?
Post a Comment